Bismillah hirraman nirrahim
Rasa dah lama sesangat x berjalan-jalan. So, bila dapat tau je pasai
Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak hot spring ni,
terkinja-kinja la nak pegi. Actually tempat ni dah lama, cer try google, dari per entry RM8/adult sekarang 2015 dah jadi RM15/adult.
So, achik pun dok google la nak booking. Amboii... January 2015 dah fully booked. Keep changed the date sampai la dapat available room on 21-22 March 2015? Wawee.. sampai cenggitu sekali packnye?
Jadi, tanpa membuang masa, aku pun terus la booked that date tanpa toleh ke kiri dan kanan. After confirmed baru called abi ask him to block the date. Muahahha... kuasa diktator gitu. Abi orait je siap amik AL on the next Monday pulak tu. Ceh.. Aku je yg kalo boleh nak keep cuti sebab nak guna utk something else insha allah.. jika diperkenankan oleh Allah s.w.t.
Ok, since aku booked melalui booking.com , xde deposit charged. Bayaran perlu dibuat on the day we stay. Tapi still kena provide credit-card details. Senang, kalo ko nak cancel after certain date still kena fully charged. Tapi kalo kita cancel before stated date, then xde charged dikenakan.
Tapi sebenarnya aku xde credit card. So apa yg aku telah lakukan? Aku isi je part cc tu guna detail debit card. Approved je booking aku so ok la. Tapi aku notice kat mana ntah ada stated, kat sana dorg x terima debit card. So, siap2 la bawak cash senang cite. -- updated on the day aku bayaq guna debit card. Dorg accept. Xtau pasai apa dorg highlight x terima dc.. huhuuhuu..
On the day, we woke up not so early jugak.
After breakfast 'nasi biru' kami sekeluarga bergerak dari Shah Alam @ 10.30am
melalui Lebuhraya Utara-Selatan exit Sungkai.
Total tol = 3x RM 1.40 + RM 13.20 = RM 17.40 sehala.
2 hala grand total tol = RM 34.80
Perjalanan sejauh 136km memakan masa selama 1 jam 30 minit pada kelajuan aku memandu,
so kami sampai exit Sungkai tu 12pm.
Punya la awal memandangkan check-in as normal 3pm. Huhuhu....
Senang je dari exit Sungkai tu. Lepas tol amik kiri.
Peace yaw..
Lepas masuk parking kami terbangak-bangak masa sampai kat lobby.
Sebab awal lagi, masih xde org yg check-out, check-in apatah lagi so memang kosong & lengang la kat lobby tu.
Aku x tau pasai apa ada 3 org staff dok menonggok kat receptionist desk buat donno je tgk kitorg terkebil2. Greeting pun x dak. Cuaca dah la panas ketegaq..
Disebabkan kami sampai awal, so register aje la dulu. Xleh check-in lagi.
Budak tu kata akan call kitorg bila bilik dah ready.
Achik ni org kampung, 1st time gi hot springs.
Masa register tu tetiba terdetik lalu aku pun utara la pada budak tu,
Aku : alamak, cuaca dah la panas, nak mandi sekrg mesti panas kan?
Recep. girl : Air panas, panas la kak..
Alamak budak ni buat spoil mood betul.
Cuba la ko bermesra alam nak2 ko tu dok kat front desk.
Aku bukan selalu gi hot springs ni wehh.. aku tatau. Cuba cakap mcm ni ke...
"Aah kak, sekarang cuaca panas sikit so panas la bila nak mandi, Tapi kita ada 2 pool kat dlm. 1 pool air panas 1 lagi pool air dia x panas. So, sementara panas ni akak tejun la pool yg x berapa nak panas tu. X pun akak berendam dlm kolam air yg agak2 panas tapi dia bawah pepohon nan hijau & ada jugak bawah atap so xde la rasa panas mentari terik sgt kak..."
Cakap cenggitu ke bagi introduction sikit. Macam la glamer sgt tempat kau ni semua orang tau. Ni dah berapa tahun bukak, tahun ni la baru aku nak sampai. Baget glamer la kau dik non..
After register, hari masih awal kol 12.30pm, so kami decided utk keluar gi makan dulu & beli jajan pape yg patut. Habis makan masuk balik jam baru kol 2pm. Huhu.. haru..
Gamble gi je tanya boleh check-in awal x?
Nasebek pi tanya sebab bilik pun dah ready.
Ok, ni pemandangan membelakangkan lobby.
Nun jauh depan celah2 pepohonan kelapa sawit tu depan tu.. kat situ lah hot springs nye.
So, dari bilik hotel kena la jalan kaki sikit.. exercise sikit.
Utk yang bermalam je akan masuk ke kawasan melalui sini, kalo kita masuk hari ada entrance lain.
So apa tunggu lagi, moh check-in cepat... zasss
On the way masuk bilik, kita berposing dulu..
Ni depan bilik.
Ni lah hotel nye.
Cantik memang cantik kawasan sini.
Nak bertenang-tenang kan fikiran seswai..
Deluxe Room utk Peak Rate RM220/night
include breakfast for 2 +
entrance hot spring for 2 adults for 2 days.
Bilik besau katil besau.
Kalo anak ada 2 orang kecik boleh je tido berempat atas katil.
& boleh main kejar2 dalam bilik.
Kalo xnak berasak atas katil boleh sewa extra mattres RM20/mattres.
Tapi dinasihatkan x payah la nak sewa-sewa bagai.
Hari tu kitorg sewa extra mattress tu, mattres yg dia bagi dah macam comforter je lepernye aku tgk.
X semenggah betoi.
Baik korang bawak toto sendiri. Lagi puas hati.
Hari tu sewa extra mattres sebab nenek nak ikut tetiba.
So, tambah nenek sorang utk entrance hot springs utk 2 hari + breakfast RM60.00.
+
Entrance utk Kid Damia utk 2 hari + breakfast RM 37.00
So total utk penginapan RM 317.00
Wrisband ni kena pakai untuk entrance hot springs.
Category | Price |
Adult | RM 15 |
Child (4 to 12 years old) | RM 12 |
Senior Citizen | RM 8 |
Handicap | RM 5 |
Foreigner - Adult - Child (4 to 12 years old) | RM 18 RM 15 |
Ni hage entrance utk yg datang hari x bermalam.
Siap tukar baju apa semua jom moh segera kita ke hot springs.
Masuk2 je kawasan hot springs ni jumpa kolam ni dulu.
Asal xde orang ..?
So, kitorang pun meneruskan perjalanan mencari main pool springs katanya.
Main pool ni kat bahagian belakang ke dalam.
Agak ramai jugak org time kami sampai tu.
Okay jom terjun.
Jejak je kaki, mommy paandang abi, abi pandang mommy.
Kat mana yg hot nye?
Suhu macam kolam renang biasa tu jekk..
Dalam confuse kami redah jugak la..
Bahagian kanan hujung ni tempat dalam sikit.
Ye dalam paras pinggang. Huhu...
Ada border dorg letak & xde kekanak mandi bahagian situ.
Orang dewasa je... tp xde pun org yg berkuak lentang mahupun kuak kupu2 di situ.
Dari situ sampai dah niat nak tanya apa motif kolam tu yg suhu x hot, tapi x tertanya.
Huhu..
X lama pun kitorg berendam kat sana sebab x best.
X panas pastu x dalam.
Kalo x panas tp dalam best gak nak renang gaya bebas.
So, 1/2 jam je kami pun angkat kaki.
Actually diantara pool yg memula tadi dgn main pool ni, kita akan tempuh Kawasan
Terapi & Egg Boiling Area ni.
Area ni di bawah pephon halus2 rendang mcm dalam gambar ni. So, utk activiti berendam di kolam 30-45 darjah boleh la dilakukan kol 11-4pm sebab kureng cahaya matahari.
Area ni di bawah pephon halus2 rendang mcm dalam gambar ni. So, utk activiti berendam di kolam 30-45 darjah boleh la dilakukan kol 11-4pm sebab kureng cahaya matahari.
Utk egg boiling ni, memang tempatnya kat punca air panas.
Sebab tu boleh nak boil egg.
Egg sila jgn bawak sendiri.
Kat situ dorg dah standy utk jual
6 biji RM5.00
Nampak kat keliling tempat egg boiling ni tetiba sebok plak org ramai nak merendam kaki?
Apa korang x nmpk sini org dok nak masak telur?
Ok, tmpt masak telur ni air dia tinggi sikit dah paras org dok rendam kaki.
So, huhu.. 1st impression mcm agak failed la
tp orait je ko rendam kaki situ aku masak telur sini.
Nampak belakang tu?
Memang di pagar sebab tu punca air panas nya. Lagi satu punca air panas.
Kalo x di pagar, silap haribulan ada orang tersadung kaki terjatuh kat dalam tu, masak.
Panas. Boleh nampak asap2 keluar..
Kawasan berjalan kaki berbatu-batuan kecil ni,
ni la kawasan terapi nya.
Kalo orang berpenyakit memang x boleh nak berjalan kat situ. Sakit yg amat.
Aku xde penyakit berat pun x tahan.
Huhu..
Rasa mcm batu eh tajam menonjol sgt.
Kat sini jugak ada 3 kolam kecik yg boleh memuatkan 15 orang dewasa berendam.
Ni kolam paling rendah suhunya 30-35 darjah.
Bebudak pun boleh tahan masuk dalam ni.
Nak best berendam pagi. Air jernih.
Masuk ptg air dah jadik keruh.
2nd day kami berendam dlm 1/2 jam, abi dah berpeluh lencun.
Aku peluh sikit. Aik apasal? Byk nor lemak degil kot. Huhu..
2nd panas kolam ni bersuhu 35-40 darjah.
Miahaaha...
Sila la berendam kalo terer.
Takat acah2 kaki sampai buku lali apa barang.
1st day gi hari dah petang, so panas dia boleh lagi tahan masuk sampai pinggang.
2nd day x gi dah sebab,
kolam yg suhu 30-35 darjah di pagi hari lebih kurang rasa panasnya dgn yg suhu 35-40 ni.
Yg ni kolam yg paling kurang mendapat sambutan.
Masa 1st day lalu pun x, apatah lagi nak singgah.
Ingat kan below 30 darjah.
Sekali 2nd dtg jenguk jap nak snap gambar,
ambik kau... 40-45 darjah.
Bahahaha... padan la xde org nak masuk.
Panas weh..!!
Petua nak berendam dlm kolam air pepanas ni,
x yah lah nak dok kocak2 kaki tu, ingat air dlm cawan ke tiup2 hembus boleh sejuk?
Ni panas semulajadi. Lagi air berkocak lagi panas rasanya.
So, sila masuk dan kejungkan kaki dalam air.
Masuk badan, sila duduk static jgn gerak2.
Gitu..
Lagi 1 aku rasa, jgn pakai contact lens sebab air panas. Haba wap apa semua.
Kalo nak cair contact lens tu dlm bijik mata, silakan.
Siap habis boring berendam, moh kita bergerak ke kolam yg first2 tadi.
Ntah kolam apa agaknya yg kureng mendapat sambutan itu.
Baca dulu ni amaran.
Jangan main sedap je nak terjun.
Aku tatau la nape ek kencing manis darah tinggi x leh mandi air panas?
Ni gambar hari Sabtu di petang hari, orang agak ramai.
n pagi Ahad pun dlm kol 10am baru orang ramai.
Tapi kalo mandi sini ada matahari x best la sebab air dah memang panas,
nak berendam kena mentari pulak...
ermm... x best.
So better kalo nak mandi sini, pagi sebelum matahari naik tinggi or
ptg bila dah redup sikit.
Dok berendam apungkan badan dalam air panas ni.
Fuhhh..!! terbaek!!
Best giler
Aku suka.
Lepas mandi air panas,
mandi pulak air dari tempayan ni.
Perkkhhh... !!! Sejuk.
Best.
So siap la aktiviti berendam kami on Saturday around 6pm.
Nenek pulak haus moh kita cari port lepaking.
Kat kawasan dalam ni memang ada gerai2 jual air la buah la jambu la.
Medan selera pun ada.
Tapi malangnya, hari tu kol 6pm semua tutup dah.
Boleh?
Ni gambar hari Ahad, di pagi hari.
Orang pun xde
Gila kentang best mandi tenggelam2 timbul kat sini.
Ini kolam aku yg punya.
Muahahaa...
Ok, kalo ikut arahan dia,
jangan mandi lebih dari 30 minit kat kolam air panas ni.
Reason? Xtau.
Ada sesapa tau?
So, kami bergerak jalan keluar ke hotel.
Ada restauran.
Memasuk je, waiter tu kata
" kak, basah x boleh la masuk sini.. "
Bole?
Bukan kawasan mandi-manda ke kat sini?
Ok fine, kami order air & dok lepak kat kusi batu luar restauran.
Tgk menu boleh tahan hage hotel katanya.
Abi order air kopi ais.
Rasanya?
Aku rasa macam kopi kapal api huhu.. ataupun kopi yg biasa2 nenek2 di kampung bancuh utk atuk2 nya.
Huhu...
RM 5.00
X padan betul.
Kopi chatime ke cool blog ke jauh lebih sedap!
Siap minum masuk bilik la.
Call front desk nak tanya wifi password.
Sekali?
Wifi kat lobby je kak..
Erkk..???
Apa activiti malam?
Xde.
Mati kutu.
OMG
Ada astro beberapa channel je.
Pastu malam tu around 10pm kot hujan turun lebat2 selebatnya.
Tido memang best la.
Jadi kita gi bercuti ni nak tido aje la..?
Huhu...
So, xyah tido sana pun xpe.
Balik hari je sebab xde activiti pun yg boleh nak dibuat kat sana di malam hari.
Patutnya kolam tu dibuka la kot di malam hari utk yg menginap baru best.
Memalam sejuk2 mandi air panas best sikit.
Kiosk pun xde.
Kot2 la boleh nak beli jajan sikit cikedis ke kuaci ke waffer ke
xde.
Huhu..
So, kalo nak tido bermalam tu, utk dinner, pepandai korang la nak wat canne
huhu...
Memang boleh order dari restauran yg ada kat sini
tp kesedapannya tidak diketahui.
2nd day, breakfast dulu.
Smlm punya planning, bangun terus gi sarap kol 8am. 1/2 jam je utk breakfast jgn lelama nanti x puas nak mandi memandangkan check-out as usual @ 12pm.
And pagi ni memang kami kol 8 am sampai restaurant ni nak breakfast. Huuhu.. orang pun x berapa ramai.
Mommy amek utk Damia,
bihun fevourite + sausage mommy amek lebih sebab favourite mommy + potatoes wedges + and apa bean ni? = x sedap.
Huhuh... Damia tolak tepi. Hairan bin ajaib. Budak yg makan je pun xnak.
Abi kata mommy cerewet, ok what bihun & sausage tu.
Wahai abi, sausage ni siapa punya favourite? Mommy kan..? Goreng ke rebus ke semua mommy suka tp this is unacceptable.
Sausage dia mcm letak atas hot pan, gelek gelek 2-3 kali siap.
Huhu.. masih keras.
Breakfast mommy?
Bubur nasi je. Kang komplen kata cerewet.
Tapi.. semalam tgk menu nasi goreng RM 13.00, teh panas RM4.00 so paham x std restauran yg harga cenggini?
And they served bubur yg cenggitu..?
X patut.
Aku rasa sapa yg dok jual bubur tapi bagi kicap cair .. ermm...ermm..??
Tapi disebabkan abi x kisah mungkin sebab dah bayar mahal,
x padan harga dgn kualiti so planning semalam breakfast 30 min dah jadi sejam 15 minit. Eh?
Abi makan apa sahaja yg ada sampai kenyang.
Siap gi toilet seround pastu sambung makan roti bakar pulak. Huhu...
Pagi tu lepas breakfast kol 9.15am kami start menapak ke hot springs.
Our suggestions, kalo nak gi mandi-manda kat sini, better datang pagi or ptg.
Mandi kat big pool yg air panas ni sebelum matahari naik. Baru best.
Pagi tu kami smp masuk berendam kol 9.20am masih best lagi.
Pepagi air pun nampak bersih. X macm semalam mcm dah keroh.
Cuaca pagi masih sejuk pastu masuk kolam air panas. Wahh... nikmat.!!
Cukup 30min naik mandi pulak air tempayan yg sejuk ni wahhhhhhhhhhhh...!!!! Best..!!
Ni gambar depan hotel. Nampak belakang tu? Tu la lobby nye.
Nak balik baru amek gambar kat sini. Masa dtg semalamnya panas agak terik.
Balik ni ok sket cuaca..
Amik gambar yo yo oo melompat tapi kena paksa masuk pool.. siap menjerit2 tak nak.
Adoii.. bosan giler mommy & abi.
Last month lagi teruk menjerit2 kat Sunway Lagoon.
Padahal sebelum ni selalu je bawak gi aquatic pool tu baik kat Shah Alam baik kat Putrajaya.
Mommy baru letak beg Damia dah nak terjun kolam yg 5 kaki dalam.
Kelam kelibut mommy kejar..
X tau kenapa Damia berpenyakit takot air sekarang ni,
Ok
Bye
No comments:
Post a Comment