Sunday, June 14, 2020

KDrama - Confession


Genre : Crime , Lawyer
Episode : 16
Release Date : Mar - May 2019

Pada aku, cite ni best. Dah. Hahaha.

Cite ni pasai hero ni, Choi Do-Hyun (Lee Joon Ho) merupakan seorang lawyer. Dalam satu kes ni Do-Hyun represent seorang pembunuh dan Do-Hyun menang kes ni yang mana pembunuh tadi didapati tidak bersalah and he walks free while pegawai polis yang menyiasat kes ni terpaksa letak jawatan.

After 5 yrs pembunuh tadi ditangkap semula atas jenis kesalahan yang sama tapi mangsa yang berlainan. Disebabkan ini kes kedua, pihak polis memang xkan adanya la nak lepaskan si pembunuh ni tadi kan sbb polis mmg yakin sesangat dari kes pertama lagi pembunuh ni mmg bersalah. Disebabkan semua bukti memang point pada si pembunuh tadi , si pembunuh ni tadi dah terdesak giler sebab dia memang tidak bersalah untuk kes kedua ni. Makanya beliau pun sekali lagi appoint Do-Hyun untuk represent dia.

Baca elok2, pembunuh tu kata kes kedua ni memang dia langsung tidak terlibat. Jadi apakah maksudnya? Huhuhuh....  Semasa kes kedua ni berlangsung la terbongkar satu - satu information penting untuk kes bapak si Do-Hyun.

Rupanya bapak si Do-Hyun ni merupakan bekas askar yang sedang menunggu hukuman gantung untuk satu kes bunuh. Time tu Do-Hyun sekolah lagi. Bapak dia diam langsung xnak bukak mulut sehingga langsung xnak dilawat oleh Do-Hyun selama dia di penjara. Sian dia, membesar sorang2 tanpa mak pak. Nasebek bijak jadilah seorang lawyer.

Part yang kelakar bila Do-Hyun beberapa kali bertembung dengan Lee Hyun-Joon seorang pendakwa raya sampaikan si Hyun-Joon ni rasa bengang giler la apasal Do-Hyun ni asyik nak cari pasal dengan dia. Yang kelakar sebnarnya bukan apa tapi si Hyun-Joon ni sebok nak berlawan kalahkan si Do-Hyun ni, yang si Do-Hyun ni pulak macam lantak ko le labu, ada kes lebih penting aku nak handle ni. Macam tu la manusia sentiasa fikir orang lain asyik nak nyebok hal dia padahal ada aku kesah?  Ehhh lantak ko la kan nak kata apa pun. Aku ada hal yg lebih mustahak nak dipikirkan ni. Haa macam tu lah lebih kurang.

Part yang sedihnya bila bapak Do-Hyun reversed statement dan dia appoint Do-Hyun untuk re-appeal kes dia. Sedih la kan, anak sendiri bermatian tau nak bongkar kes bapak, bapak ni diam aje xnak pun pikir sian kat anak. Padahal Allah swt aje la yang tahu apa yg berlaku dan apa yg terbuku dalam hati setiap insan. Kita ni cuma manusia kerdil je.

Rupanya polis yang letak jawatan kes pertama tadi, Ki Choon-Ho juga merupakan polis yang terlibat dalam kes bapak si Do-Hyun ni tadi. Tu pasal la masa 1st kes tu masa polis tu datang confront Do-Hyun lepas jatuh hukum tu selamba je Do-Hyun tembak polis tu tadi. Ko kata aku lepaskan pembunuh? Ko tu polis x cekap. Kalo ko cekap sgt apasal kes bapak aku ko xnak siasat bebetul kan.. Mcm tu lah lebih kurang.

Akhirnya Do-Hyun telah bekerjasama dengan polis tadi Ki Choon-Ho untuk membuka semula, menyiasat dan membongkar kes bapak Do-Hyun yang rupanya bukan kaleng-kaleng kes. Ramai juga yang mati akibat dari kes bapak Do-Hyun ni dan rupanya pembunuh kes pertama tadi, Han Jong Koo merupakan bekas pemandu askar dan beliau merupakan salah seorang saksi untuk kes bapak si Do-Hyun ni. 

Macam yang dikatakan tadi, rupanya kes bapak Do-Hyun ni bukan kes kaleng-kaleng kerana melibatkan VVVVVIP macam tu. Masa di kandang saksi konon VVVIP ni tanya ngejek "kau ada bukti ke?" Dia tanya. Berani la tanya sebab dia dah arahkan balaci dia selongkar office Do-Hyun utk rampas bukti. Sekali Do-Hyun jawab "Ada.." Hahaha...  

Part paling best sekali, last sekali bila hakim kes bapak Do-Hyun ni nasihat pendakwaraya untuk menyiasat kes kaleng-kaleng ni. Biasa la bila kes melibatkan VVVVIP ni siapa yang berani nak bongkar kan sebab rasuahnya masyuk. So siapa pendakwaraya yang terlibat untuk kes kaleng-kaleng ni?

Seposen je muka VVVVIP tadi ni bila masuk bilik siasatan. Masuk2 je tengok muka pendakwaraya ni muka si DO-Hyun. Kahkahkahkahka... Konpem2 la ko kedalam lepas ni.

Tolong netflix siarkan drama ni. Hakak suka. Hakak bagi 11 bintang. Sekali dengan subtitle Malay ye. Walaupun hakak x terer english akak tetap nak tonton with sub Malay.

Tapi sorry para pencinta manusia semua, cite ni bukan kisah cinta-cinta.















No comments: