Saturday, December 12, 2015

Dec 2015 Ho Chi Minh, Vietnam let's jom

Assalamualaikum w.b.t.,
aku dah selamat sampai Malaysia dgn selamatnya tetapi flight pergi delay, balik pun delay.. huhuhu.

Perkara yang perlu tahu tentang Ho Chi Minh.

Kita tolak tepi sejarah apa semua, kalo nak tau jgk google je memang berlambak blog ada share cerita pasal sejarah Ho Chi Minh ni.

1. Perjalanan menggunakan fight dari KLIA, Malaysia ke airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam dalam 2 jam je. Banyak je syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan ke sana. Nak murah Airasia tapi kena beli luggage sekali. Sila pastikan korang beli luggage sekali jika naik AA melainkan korang backpacker. 


2. Kami telah booked hotel bilik untuk 2 orang melalui Agoda. Tetapi pada hari kejadian kami memula sampai, dgn terrernya kami tersurrender 3 passport makanya mereka telah meminta bayaran tambahan. According to booking uolls booked untuk 2 orang nape datang 3 orang..? Camtu lah aku tolong translatekan ke base Melayu.

 Tidak dapat dipastikan pulak kalo boleh lepas jika kami hanya surrender 2 passport time tu.

 Tapi dinasihatkan, kalo bertiga tempah aje la bilik untuk 3 orang sebab bilik dia kecik. X cukup space untuk bertiga. Serious.


3. Makanan.
Kalo duduk kat 'Malaysian street' tu tak perlu risau sebab kedai2 makan or restoren kat situ semuanya halal restoren. So korang boleh la bergilir2 restoren kalo nak rasa tapi, sama je pun menunya. Bezanya mahal dan murah. 

Macam restoren 'Mu Sa Ka Ri Em' ni, salah seorang budak pompuan waitress ni or mungkin juga anak tokey, antara reramai tu, dia ni agak fasih la berbahasa Melayu. Bila ditanya rupanya dia pernah belajar pondok di Sri Petaling KL. Wahh... sekolah tahfiz budak pompuan ni. Memang dia berpurdah tutup muka pun walaupun dia pakai seluar. Budak tu jugak la yg aku nampak 'cantek' nor bersepak takraw masa 1st nite kitorg sampai. Huhuhu...

Rasa makanan, orang Vietnam masak makanan Melayu Malaysia, ermm... xde la sedap mana pun. Even aku makan nasi goreng kat Hjh Basiroh tu pun xde sedap jugak. Biasa2 je rasanya.

Tentang makanan yang dikatakan mahal pulak di sana, memang agak mahal sikit nak2 lagi kalo korang berhidang dgn ikan siakap 3 rasanya, sotong la udang la apa la memang la mahal kan..? Takat makan sefamily 6 orang boleh cecah RM200. 

So far kitorang makan je 'Pho' mi yang dikatakan glamour sedap tu dalam semangkuk VND 50,000-60,000 = RM10-12. Ataupun nasi goreng kampung or cina adalah dalam VND70,000-75,000 = RM14-16.

Nak jimat boleh la breakfast kat Restoren Halal Amin boleh dapat kopi free jika order makanan melebihi VND50,000.


4. Matawang.
Jika blog2 terdahulu advice unutk kita bawak 3 matawang ke sana iaitu RM, VND & USD, nampaknya cara tersebut dah x boleh dipakai sebab dorang mmg nak RM.

Contohnya, bila ditanya berapa RM beg deuter, dorang akan jawab RM20. Kalo dong? Selepas diconvert akan jadi RM22. Harga untuk USD akan jadi RM25, lagi teruk. Padahal USD lagi firm dari RM. Macam hampeh...

So, VND digunakan untuk transport dan makan. (Makan pun dorg boleh je accept RM tapi aku x tahu mcmana dorang mintak nnti sebab aku fully guna VND untuk makan di sana).
Guna RM untuk shopping dan USD untuk hotel dan trip2 ke Mekong or Cu Chi Tunnel. Ingat satu perkara, guna RM untuk shopping.


5. Kopi dorang yang dikatakan sedap sgt tu, memang sedap la wehh..!!! Ecah bagi 20 bintang..!! Memang pagi petang siang malam aku bedal kopi Vietnam tu sampai sembelit. Huhu..Hahaha...


6. Ho Chi Minh ni sebenarnya tempat nak beli kain cotton dan tudung2 shawl naelofar ke fareeda ke. Kalo hajat di hati nak shopping selain cotton ermm... pendamkan aje la niat tu sebab, kalo x percaya gi la Ben Than yang heboh dikatakan tu. 

Masuk2 je Ben Than tu, macam pasar kat Terengganu Kelantan tu la. Ada bermacam2 yg dijualnya dan kedai yg berlambak2. Blous dorang..? Kelaut designnya. Baju kekanak? Ketasik. Takat fesyen dan kualitinya boleh cari je kat pasar malam cina kat Malaysia ni. Huhu... 


7. Bila nak bargain shopping tu mesti hati kental. Memula bila kita tanya 'berapa' or 'how much', dorang tanya kita balik pulak 'berapa u nak beli..'? Eh eh.. aku cakap singgit kang marah. Tapi serious, bila dorang tanya berapa kita nak tu, make sure korang letak harga semengarut mungkin sebab dorang akan tarik harga.

Contoh situation.
a - kat kedai2 bawah hotel kitorg tu banyak je kedai or penjual2 jalanan yang menjual 'key chain' dengan harga RM5 untuk sepapan 10 bijik key chain. Kat Ben Than tu dorang jual RM25. Lepas tu dari RM25 jadik RM15 jadik RM10, aku xnak gak. Nak blah terjerit2 dorang nak bagi aku RM7 paling rendah. Abah kau... 

b- Member aku Anim nak cari baju gown utk baby dia buat cukup syarat je. Ye la mama gi Vietnam x beli pape untuk baby..???? Walaupun baby dia baru 7 bulan konpem xkan tanya punya. Tapi disebabkan naluri keibuan, mesti nak beli paling tidak satu untuk anak. Capai satu gown, seller tanya kita harga. Nak letak RM10 x sampai hati. Sekali dia tibai RM74 untuk gown yg kain maha nipis? Bila questioning dia kata hand made hand made. Ceh..!!

Tawar punya tawar dia nak bagi paling rendah RM40. Tak perlu la merepek. Sekali Anim terlepas cakap 'kalo VND150,000 ok la jugak.' Terus dorang pegang RM30 tu sampai ke sudah. Kalo rendah dari itu dorang dah rugi la, hand made ni kos dia tinggi la, apa la apa laa.... Sekali Anim tanya aku 'aku sebut ke VND150,000 tadi.. ? Huhuh.. aah nim ko sebut tadi.

VND150,000 bersamaan dgn RM30. Ikutkan mmg aku x bagi pun Anim beli baju tu harga RM30 sebab x padan langsung harga dengan kain. Kain baju gitu boleh dapat pasar malam Malaysia RM5-10 je . 

Bertekak harga sampai seller tu marah2 la. Malaysian not good la apa la. Tapi Anim beli jugak la sebab malas nak pusing2 lagi sebab kami beli tu last day, nak balik dah.


8 - Info dari blogger lain ada stated yang imigresen or kastam sana kerek giler. Muka masam je. Tapi dari pengalaman aku, masa memula aku smp lepas cop passport aku kata thank you dia buat dono je. Masa balik pun muka stock masam je.

Tapi aku dgn terer nya gi tegur, tapi guna bahasa isyarat la "can i go that lane to Q?" Pompuan tu angguk tanpa senyum. Pehtu sebab aku kena jalan jauh untukberpusing2 ikut lane dia yg kosong tu buat pe kan? Dgn selamba aku nak bukak tali lane tu tapi x boleh, yang pompuan td dok perati kat aku. Ingat nak kena sound tadi sekali dia datang tolong bukak tali lane tu bagi kitorg lalu. 

So far kastam or imigresen or polis dorang ok je. Jadinya kesimpulan yang aku buat adalah, dorang masam untuk mengelakkan dari ditanya oleh foreigner sebab dorang langsung x tahu berbahasa inggeris. "baik aku masam2 so xde la orang sebok nak tanya itu ini bukan aku paham ponn.." gamaknya la dorg cakap gitu dlm hati.


9 - Toilet kat airport sana xde paip air or hose. Tapi sinki still ada air. So make sure korang bawak botol air untuk isi air cebok. Hahaha... puii..!


10 - Makan dulu sebelum bergerak balik dari hotel ke airport. X perlu keluar awal sangat rushing ke airport sebab walaupun jalanraya dorang banyakkkkk sgt kenderaan tapi x jam. Kenderaan bergerak perlaham tapi smooth. 

So makan dulu sebab dikhuatiri flight delay, di air port xde halal food. Or bawak bekal makanan ke air-port.






No comments: