Genre : Historical
Episode : 24
Release Date : 28/3 - 14/6/2016
Patut la aku suka giler cite ni. Release on my brithday.. pulak.
x tau kenapa tapi aku paling suka cite ni.
Masa gezet cite ni keluar, ada keluar sorg pelakon la mmg cute giler. Tapi setelah habis tonton kesemua 24 episod aku x nampak pun mana pergi budak cute tu. Pelik. Rupanya budak cute dalam gezet yang aku nampak tu si 1st lead, Jang Keun Suk. Hahhaa... dalam cite ni series mmg x nampak cute langsung. Maybe sebab cite ni cite series and Keun Suk ni dah matured. Hahahah.. sian.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZO8Satz6TBzqZR_oEofM9gzj_VualN_-rJxEuVShYK4hT9gsBfmUxg02MFj7HdCiryQjRoIShgqjHZlRL0m8aNtakhgtwyBbH8noIZQN4y7ORj9Y33FveLSq836tYF_U4wJ_Cxz5GJvI/s1600/PM.jpg)
Pelakon Putera Mahkota, Yeon Jin-Go ni pun aku suka. Ada satu lagi cite dia best giler, Crown Clown. Lain tahun aku aku post cite tu. Sekarang kita cite pasai drama ni.
Lagi satu watak yang sungguh charismatic ialah watak Maharaja dia, Choi Min-Soo. Tengok la gambar dia pun dah nampak gerun. Gerun la ko nak hadap Maharaja kan bukannya pakcik uncle2 yang selisih tepi jalan.
Cite ni mula2 dia Maharaja ni dok terpikat pulak dengan seorang dayang pekerja istana bernama Sookbin. Bila dah start ngorat2, dayang ni bagitau hal sebenar yakni dia rupanya isteri orang. Terkejut la Maharaja tu kan. Bini orang la pulak. Siasat punya siasat ceh.. dia x nikah pun tapi bila dah kena bawak lari oleh orang yg jatuh cinta dgn dia, terus depa duduk bersama dah jadi macam laki bini. Masalahnya suami dia ni kaki judi. Menyampah betui aku tengok rupa suami dia ni. Dah la x hensem, semikin pulak tu pehtu kaki judi. Aduihhh sila la angkat kaki lari jauh2 kalau jumpa spesis laki macam ni.
Jadi Maharaja tadi ni menyamar la jadi saudagar kaya dan telah pergi berjudi di sarang perjudian kat kota Hanyang kot. Aim sebenar adalah untuk kalahkan si suami tadi ni. Maklum lah taik judi. Dan seperti diduga last2 sekali bila si suami dah pokai, si suami sanggup gadaikan isteri dia semata-mata untuk cuba jugak kalahkan saudagar kaya tadi ni. So, since bini dia dengar sendiri dengan telinga dia yang si suami siap gadaikan si isteri terus lah isteri dia tekad untuk tinggalkan si suami dan pergi kepada Maharaja.
8 bulan kemudian si gundik Sookbin ni tadi telah selamat melahirkan seorang putera. Tetapi disebabkan tidak cukup bulan, sok sek sok sek di istana pun bertebaran. Memasing sangsi anak raja sebab x cukup bulan. Mesti anak bekas suami ni kata mereka mereki. Akibatnya? Putera tadi dah ditukar atas arahan gundik tadi demi keselamatan nyawa putera tadi. Maha hiduplah beliau dalam buangan penuh kemiskinan.
Sementara putera kedua gundik Sookbin tadi telah menjadi seorang putera yang agak x boleh dipakai dan kuat berpoya2. Setelah Putera Mahkota anak kepada Permaisuri mangkat barulah Yeo Jin-Goo naik jadi Putera Mahkota. Biasa la watak Putera Mahkota mesti akan keluar istana mnyamar jadi orang kebanyakan.
Hasil dari pemyamaran tu beliau pun berkenalan la dengan kaki judi Baek Dae Gil yang kemudian nasib hidup dia asyik la bertukar-tukar sebab asyik bertembung dengan si jahat Lee In-Jwa. Ntah apa yang Lee-in-Jwa ni nak sangat dari dia entah sehinggakan bapak angkat si Baek Dae Gil ni pun mati dibunuh oleh Lee In-Jwa.
Nasib si Dae Gil ni bertukar bila dia mula berguru dengan seorang pahlawan yang rupanya merupakan pahlawan diraja. Lepas tu baru Dae Gil ni nampak hensem sikit. Ye lah berbeza kan orang bodoh dengan orang pandai. Macam tu la lebih kurang. Hahahaha....
Satu hari, Maharaja tadi telah berpakat dengan pengawal diraja tadi utk adakan latihan ugutan bunuh ke atas Maharaja. Seorang pembunuh upahan cuba mengambil kesempatan membalas dendam untuk membunuh Maharaja yang telah membunuh bapanya lama dahulu ketika beliau masih kecil. Ketika cubaan bunuh itu, Maharaja telah diselamatkan oleh Dae Gil yang kemudiannya dianugerahkan sebilah pedang hebat oleh Maharaja.
Putera Mahkota agak pelik apahal pulak bagi pedang yg hebat itu pada ntah sesapa. Kat aku xnak pulak bagi. Macam tu.
Tiap cite mesti ada orang jahat kan? Watak jahat ni si Lee In Jwa. Menyampah betul aku tengok dia ni. X habis2 gila kuasa. Macam2 Lee In Jwa ni punya perangai. Yang si Putera Mahkota ni pun dah banyak ikhtiar. Liat pulak tu nyawa dia. Bila dah kena tangkap nak jatuh hukum si Permaisuri pulak mangkat. Selamat lagi nyawa dia.
Part paling best bila dah kena tangkap, Si Lee In Jwa menganjing putera mahkota suruh list kan la apa kesalahan dia sampai kena tangkap. Ada je hujah dia nak patahkan dakwaan putera mahkota. Sekali Maharaja datang. Apa yang payah sgt ko ni nak buat keje ha putera mahkota? Sekali Maharaja kira kira terus jatuh hukum bunuh lusa. Hahahahahahhahaha... Kan senang. Eh suka hati aku la nak hukum bunuh ko macam tu la kiranya cara Maharaja jatuh hukum. Aku kan raja, sukahati akulah.
Hahahahahaha...
No comments:
Post a Comment