Thursday, December 30, 2021

2021 The Red Sleeve

 


Oh my oh my.. Aku mmg suka Junho ni start dari cite Confession.

The Red Sleeve

Genre : Romance, Historical
Eposide : 16 + 1
Release : 12 Nov 2021 - 1/1/2022

Hero : Lee Jun Ho ( San )
Heroin : Lee Se- Young ( Duk Im)

Episod awalnya adalah sebanyak 16 episode je but due to sambutan yg sgt hangat terhadap drama ni, depa tambaha 1 additional episode tu pasai jadi 17 episode kesemuanya.

Aku mmg sukakk giler drama ni. Hehehehe... gelak gatai.

Drama ni xde adegan hangat pun ye, 1st scene kiss dia pun masa episode 15. Haaa hujunggggg baru ada. Itu pun scene si raja ni forced kiss. Dia sakit hati bebenau dgn pompuan si Duk Im ni kan. Bape kali dah tolak cinta dia. Kijam betui. 

Lepas dia kiss tu lepas tu dia halau Duk Im. Ko keluar dari istana, aku tokse dah tgk muka mu. Mu jange muncui lagi depan mata aku. Haa... gitu lah.

Si Duk Im dok terpinga pinga. Tadi mu cium aku kan, pehtu mu halau aku pulok.

Si Jun-ho ni kan apa nama dia, San. San ni putera mahkota gantikan ayah dia yg dah mati. So raja ketika itu adalah datuk si San ni. 

 Memula xtau pasaipa bapak dia ni gila bodo sgt tau. Dia dok marah & malu dgn keturunan dia. Asal mak kepada bapak si San ni dayang. Dayang kan kelas bawah kan. bla and bla, bapak dia pernah mengamuk kat istana. Hasil dari amukan tu, dia dah bunuh about 100 orang dayang dlm incident tersebut yg telah membawa kepada hukum bunuh. Jadi, mati lah bapak San tu. Tu pasai San tu naik jadi putera mahkota.

Raja mmg favor dgn si San ni, So bapak dia x suka dgn San, dia xde layan San dok halau San, San jgn muncul la depan muka dia. Dia x suka. Sian San, dia sedih bapak dia x suka dia  & mcm trauma dgn kematikan bapak dia. 

Spt biasa la drama raja2 Korea ni, ahli politik dia mesti ada 2 puak, Soron & Noron. Cumanya aku confuse sikit. Current queen dari family Hong, perdana menteri pun dari family Hong, tapi si PM ni dok la bersengkongkol dgn puak yg nak jatuhkan si San ni. Padahal mak si San ni dari family Hong jugak.

Kan dah family Hong tu yg berkuasa jadi apa masalah engorang ni ha hah?? Conpius ai.

Rupanya semua tu terjadi akibat angkara ketua dayang ni. Kiranya dia lah yg menghasut dari awal. Sepatutnya Raja, datuk si San ni td selepas dia naik tahkta dia patut jadikan dayang tadi sebagai gundik tapi Raja tadi kawen pulak dgn nenek si San ni. Maka terjawab lah kekonpiusan dari awal tadi apasal Hong nak jatuhkan Hong.

Part sedih dia bila document kebenaran terbongkar. Document tu ditulis oleh Raja tadi. Perjanjian antara Raja dgn bapak San. Sebagai balasan utk mencabut nyawa bapak San yg bersalah setelah mengamuk di istana dulu, Raja telah berjanji akan selamatkan nyawa anak dia iaitu San dan tidak akan sesekali membunuh San walau dalam apa jua keadaan dan berjanji akan menyerahkan takhta kepada anak dia iaitu San.

Sedih la, mak si San selama ni hidup membenci mendiang laki dia tu sbb benci anak dia. San pun sedih la ingat bapak dia x sayang kan dgn dia. Tapi rupa2nya... sedeyy...

San ni mmg falling in love bebetui la dgn si Duk Im ni. Tapi Duk Im ni sedor diri dia siapa. Dia just buat keje dia sebagai hamba raja yg setia. Tu je. Nak berangan kawen dgn raja pun idok sebab dia nak bebas. Kawen dgn raja pun, nnt jadi gundik je pun. Raja akan ada permaisuri. Siapa la dia. Jadi dia x pikir sgt perasaan kasih raja tu, Tu selepas San jadi raja dok lamar dia pun dia tokse. 

Pasaipa si San ni dok head over heels sgt dgn si Duk Im ni? Sbab Duk Im ni dah selamatkan nyawa dia berkali2. Sampai mcm tu pun pada Duk Im itu just sbb dia hamba yg setia. Itu tugas dia, Dia x pikir lebih dari itu. 

Sakit hati aku tgk si San ni smp 2x la dia kawen kan. Bukan sakit hati kat San tp sakit hati kat Duk Im ni. Huh !! Hahahahah

Ada 1 watak yg mulanya ingat dia jahat iaitu watak Hong Doek- Ro. Dia ni masa kecik jadi kawan putera mahkota si San tu, dah beso jadi guru San pulak, San dah jadi Raja dia jadi penasihat raja ke perdana menteri ek? Org no 2 la kiranya.

Muka dia ni hensem, so semua dedayang mmg tergila2kan dia. Ada sorg bff Duk Im mmg crush giler la dgn Doek Ro ni. Ada 1 scene 1st time Duk Im jumpa San. Masa tu kat library, Duk Im dok halau si San ni sebab pakai kasut. Aku dok penat jaga kebersihan cantik2 library ni ko dok pakai kasut. Syuh syuh syuh...

Xkan itu guru putera mahkota. Asal? Orang kata guru tu hensem bebenor, hok ni x hensem pun.. **juling angkat mata atass jari kat bahu.

San yg bengang beredar dari library selepas dicampak garam oleh Duk Im, dia terserempak dgn Doek Ro. Dalam hati San kata... oooo ni la orang yg paling hensem kat Hanyang...? Tgk Doek Ro smb mencebik. Yg Doek Ro dok terpinga. Hhuhuuh

Apa sahaja perbuatan Doek Ro ni, San akan maafkan. Biar apa pun kesalahan dia. So org mmg nampak Doek Ro ni jahat, gila kuasa, Owh,, padan la Doek Ro ni x suka dgn Duk Im, sbb mmg dr awal dia aim nak kawenkan adik dia dgn San.

Tapi actually, Doek Ro ni baik. Ni hamba yg setia sebenarnya. Tapi last sekali dia bunuh diri selepas di halau keluar dari istana. 

Kesian San. Hilang lagi seorg yg dia sayang. Dah la Duk Im xnak ke dia. Doek Ro mati pulok. Sedih!

Kan San dah halau Duk Im keluar istana kan? Mak si San ni memandai mandai je panggil Duk Im balik semula berkhidmat ke istana. Dah lah San baru nak move on, dia kawen lagi nak mulakan hidup baru. Bina family. Tup tup nampak muka si Duk Im? Seposen je muka si San.

Marah la dia pi jumpa Permaisuri dok apasal hang pi panggil balik Duk Im balik istana? Apa niat nko sebeno nya  ni hah? Marah boto si San. Permaisuri balu pun jawab, ehh salah orang mu nak marah ni. Habis siapa siapa. Rupanya mak dia sendiri yg panggil Duk Im balik.

Dah la Doek Ro baru mati bunuh diri. X cukup sedih ke aku ni mu bawok balik pulak si Duk Im.

Kenapa? San tanya.. Pesan mak dia, hanya itu je kunci kebahagiaan ko. Berbahagia lah. Hidup lah dgn bahagia............... Lagi sengsara hati San dgr. Mcmana aku nak bahagia, org tu tokse pun ke aku....









No comments: