Thursday, December 30, 2021

Shah Alam Banjir 2021

 Last Shah Alam banjir masa tahun 2006. Banjir yg agak teruk. Ingat lagi masa malam kejadian tu aku & the gang naik Genting Highlands. Lepak bodo2 je layan sejuk. Pehtu turun. Sampai bawah tu hujan mula lebat. Hajat di hati nak terus balik Klang rumah sewa si Rusydah tapi disebabkan hujan terlalu lebat, kitorg decide overnite lepak kat kedai mamak area Ampang.

 Rupanya time tu bukan hujan biasa, sebaliknya hujan yg luarbiasa sehingga mengakibatkann banjir. Ingat lagi 1 cerita, ada sebuah kereta dihanyutkan banjir ketika melalui federal highway. Bila di congak2, sekiranya kami meneruskan perjalanan pulang ke Klang time tu, mmg akan rempuh banjir yg x disangka tu lah. Nauzubillah...

 Ada seorg kawan duduk di TTDI Jaya, rumah double storey, rumah dia habis air naik paras bumbung kereta. Kereta dia mmg habis terendam. Giant Seksyen 13 pula air cuma ada di luar je melimpahi parking tapi air x masuk ke dalam.

 Tapi banjir kali ni 2021, air naik sehingga paras bumbung kereta sehingga air melimpah masuk membanjiri Giant Seksyen 13. Masya Allah. Ada jiran yg keje dia pejabat pos Seksyen 13 tu ptg around 4pm dah whatsapp video air dah naik paras betis. Rupanya air naik sgt cepat hingga mereka terpaksa bermalam di HQ gaint yg terletak di floor atas bangunan Giant tu. Semua terperangkap di situ sbb jalan keluar dr Seksyen 13 dah ditenggelami air. 

 Bila aku dgr air masuk Giant, aku tau dah, mesti banjir ni dahsyat.

tbc



No comments: