Sunday, January 1, 2023

South Korea : Yellow @Itaewon Guesthouse

 Masa mula2 nak cari hotel pening jugak.

Nak hotel ke guesthouse ke apa ke 

Harga lah paling consider sekali selain dari area mana, myeongdong ke hongdae ke itaewon ke.

So, mmg rajin lah dok search agoda, booking,com apa lagi?


Selain dari itu, pilihan hotel utk last day.

Memandangkan flight balik around 630am, jdi dilemanya adalah,

nak checkout bila?

then nak naik apa utk ke airport after checkout.


Mula2, aku booked hotel kat area airport utk last day.

Tapi bila google punya google,

nnt kena book taxi utk ke airport.

Yg risaunya bole dpt ke taxi around that time.

Utk international kan kena ada 3-4 jam before departure utk lebih selamat.

Kalo flight time 630am maknanya kena ada airport around 230am.


Sudahnya, terus cancel booking utk last day kat Dreamtrip guesthouse tu.


Maknanya malam before flight balik tu,

kami akan tido kat airport je.

Rupanya ramai je yg tido airport dan jumpa ramai jugak Malaysian yg tido airport malam tu.

Layan borak la apa lg.

Tapi aku terus kroh kroh sebab penat.

Hehehe...

Owh, kenapa pilih Itaewon?

1- kawasan senang utk dptkan halal food.

2- dpt harga yg pd aku reasonable lah.

Total stay 12 hari 11 malam  Won 410,670 = RM1500

untuk 2 adults + 1 teen.


Awal2 riki2 tu n dah bear in mind hotel around RM1900-RM2100

sekali bila dpt RM1500 terusssssssss booked. 

Ingat dah settle part hotel,

sekali dah half way buat itti, anak dara kata nak gi alpaca world nak tgk alpaca.

Sudahnya terpaksa book 1 lagi hotel utk 1 malam di area Wonju 

since alpaca world ni terletak luar Seoul.


Hotel kat Wonju utk 1 malam RM140 mcm tu lah.


Yellow Itaewon ni bukan lah hotel,

dia level2 guesthouse. 

Ada dapur boleh masak kalo nak, kitorg jarang2 masak, setakat masak telur hancur gitu je lah.

Toilet dlm bilik lah and bukan sharing dgn other guess.


Recomended jugak guesthouse ni sebab, jarak ke subway itaewon dlm 3-400m je

n jalannya landai dan tidak berbukit.

Yg penatnya dari subway Itaewon tu je la,

berlapis2 jauh kedalam tanah,

naik escalator berlapis2.

Keluar dr subway tu dekat je dlm 3-400 m shj.


Awal2 tu kitorg mmg naik subway ke mana2.

Masuk 3rd day ke camtu, ehhh x larat lah.

Penat wehhh nak2 kalo kena exchange subway. Huhu..


Solution kitorg naik bas je.

Lg senang. Ada apps dia, download je,

 siap boleh track lg korg berada kat mana, nak benti kat mana, nak naik bas tunggu bus stop mana.

Sgt mudah dan senang giler.

Bas dia pun berlambak2 x mcm kat malaysia lah.

Ntah bila bas nak lalu pun x tau.

Lagi satu sana cuaca time tu kat sana best x panas.

So setakat nak jalan kaki tu ketiak x basah lah.

Hahahaha...

lain keadaan kat malaysia,

dgn cuaca panas, lama pulak tunggu bas.

Naik bas panas pulak xde aircond.

So, sgt2 tidak selesa. 

Sebab tu jgn kata org lain, aku lg selesa la drive sendiri je kemana2.

Cuaca lah faktor utama kenapa org Malaysia lebih selesa naik transport sendiri kot.

Pada aku lah.


Bus stop area guesthouse kitorg ni terletak tgh2 antara gueshouse ni and subway. 

Maknanya nak ke subway, akan lalu bus stop dulu.

Kalo dah hujung2 tu, kami banyak naik cab.

Sebab penatttt.....


Area makanan halal pun mmg byk kat sini.

2 je kedai yg kitorg pegi pun iaitu Eid dan Yell-o Chichken.

Pizza ke apa x masuk. 

xtau la kenapa.

Maybe sebab was was huhuh...

Depa nampak je rupa org Arab tp x pasti lah Islam ke apa.

Sapa yg g sama n makan sebab depa dah study dan bertanya dan konpident.


Aku x search more detail so konpident itu tiada.

Kalo was2 better jgn makan.

Kalo terasa nak makan pasti aku akan do some research that time,

Tapi sbb yell-o chichken lg sedap dan eid pun sedap2, tu sebab kami tuju ke sana je.