Sunday, July 31, 2011

DaMia 1 TaHuN 3 MiNGGu

 Oohh yeah.. syukur Alhamdullillah.. Pada usia Damia setahun 3 minggu Damia sudah boleh berjalan. Bukan setakat berjln 4 5 6 7 8 langkah. Tapi Damia dah pun boleh berjalan. 

 Memula Damia jalan2 berani takut2 gak. So last week on Sunday, slps dibelikan sneakers utk Damia at Metro Point, balik singgah Jusco Balakong, haaa.... nak mengejarkan escalator tu dr Damia berjln terkedek2 tu terusssssss bole jalan. Hehehee.....

 

Wednesday, July 27, 2011

aPa LaGi..?

 Apa lagi yg mama nak wat pulak skrg ni..?? Hoh..?? Kueh raya?

 Ekceli, mcm thn lepas, my bes prend Rdah yg buat business kueh raye ni. Dia buat choc chip, almond london n choc cornflakes. Bukan sj up tp series mmg sedap. Tang choc tu die guna cekelat Selbourne. Mmg mahal sikit tp mmg sedap.

 Tp thn ni, Rdah x nak buat byk sgt kueh. Cukup choc chip je. Tapi kalo ade demand dr member2 je dia leh la nak buatkan gitu. So, table kami last week pun penuh kueh Rdah aje la. Tetiba Rdah tu suggest soh aku je yg buat choc cornflakes. Eh eh..why not kan?? So after Rdah menurunkan ilmu terus la aku menyambar bahan2nya.. And tada.....!!! Dah siap. Ermm abaikan sikit rupanya. Nama pun baru testing2..



Sunday, July 24, 2011

KeJeR

 Hadoii... agak tensyen jgk aku membaca komen dr x-scool mate fr my fb wall.

 Aku rasa semua keje yg kita lakukan x kira la apa pun as long as ianya halal dan nawaitu nye betul pasti akan mendapat keberkatan dr Allah s.w.t. Nak2 kita bekerja utk mendptkan rezeki yg halal utk memberi anak isteri makan. Janji apabila kita dah bekerja itu, kerja haruslah dilaksanakan sepenuh hati, bersungguh2sungguh, bukan smbil lewa, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dan bukan juga bekerja smbil mencuri tulang, pasti akan mendapat keberkatan dr-Nya.

 Jangan lah nak kata kalo kita keje x ikhlas tu xkan mndpt keberkatan. Nak senang kita amik lah contoh penyapu sampah ke. Ada ke cite2 makcik tu dr kecil nak jadik penyapu sampah? Org gaji? Jaga parking? Ada ke? Org cecita mestilah doktor ke, peguam ke, lecturer ke. Ade ke cecita nak jadi pak guard kat universiti? Cecita nak jadi driver? Kalo nak jadi boss yg ada driver tu adalah kot. 

 Tp bila dah ada kekurangan here and there yg menyebabkan cita2 suci murni itu x dpt dicapai. Nak2 kelulusan apa pun xde. Anak2 semakin lama semakin membesar. Dr sorang jadi 3-4-5 org. Habih kalo nak ikut best suka keje happy x happy, mmg x makan lah anak bini. yelah dah la xde kelulusan nak pulak keje jadik doktor tauliah?? So nak x nak, kerja la apupun janji rezeki itu halal.

 Menyampah betul la aku kalo dr sekolah dulu x habih2 nak tunjuk mcm terer. Result aku jugak lagi gempak dr kau tu. Huh!!

Friday, July 22, 2011

TaBLe

 Kalo ikut perancangan awal..sepatutnya esok kawe n frend open table kat karnival apa ke jadah ntah kat Alam Damai Cheras. Alih2 atas sebab2 yg mcm kelakar, so achik x jadi lah menjoinkan diri. Akak tu nak bukak table, aku nak menyibuk je.. Pehtu dah la dia watak utama pehtu dia pulak yg x bole nak jaga table? Huhuu...  Pehtu lawak yg kedua adalah akak tu nak letak baju for baby n kids tp stocks xde? Kata dah bayar tp supplier x hntr stock lagi smp malam ni?

 Hayoo....

 So, sy proceed pd table at Metro Point Kajang on coming Sunday. Nak letak brg DCL la..nak tgk market cemana. Tapi disebabkan brg ada sikit je pun. So, aku ajak lah member..bole dia letak cookies. Cookies sedap woo... Famous Amos resepi wehh.. Mmg sedap.

 And up to today, planning is on.

 Rancangan utama adalah DCL. Nak tgk market. And pada sesapa yg berminat utk cari side income pun bole lah menjenguk peluang. Nanti akan diterangkan dgn lebih terperinci cara2 utk mendapatkan big cheque. And also kecil2an. Apa susah... bermula dr yg kecil, sikit2 pun lama2 jadik bukit. X gitu..??

 So, kepada sesapa yg berminat utk mencari side income,  kepd yg masih tercari2... set appointment. Kita jumpa la this Sunday yea....

Friday, July 15, 2011

NYaMPaH

 Ketensionan melanda pada pagi2 buta tadi..Ermm... smlm.

 Kan anak org sebelah aku ni suka sakat Damia kan. Semua brg yg Damia pegang dia rampas. Smp mainan Damia sndr pun dia rampas jgk. Cubit2 Damia la. Hari tu akak bb sitter tu gtau si Atirah tu ketuk kepala Damia dgn kayu garu badan tu???? Dah xkan aku nak marah pulak budak kecik yg x reti n paham pape lagi tu kan? Tapi pd pandangan n pikiran aku, akak bb sitter tu la yg kena tgk n pantau. Jgn bagi sesapa sakit mahupun tercedera.

Bila akak bb sitter tu gitau mak Atirah tu, si emak pun berkata, ala kak, budak2.

 Damia skrg ni dah x happy dok kat sana. Mcmn aku tau? Pagi aku hntr Damia nangis. Ptg aku jemput Damia nangis jgk cepat2 nak kat aku. Dulu xde pun.

 So aku sj la tunjuk jari cubit kat si Atirah tu. Depan mak dia pun mmg aku sj buat. Biarlah mak dia tau anak dia dok cubit2 Damia. Sampaikan Damia time nenen pun habih aku dicubit2nya? Skrg Damia pun pandai bergaduh. Ohh bebudak sdg membesar...

 Smlm time jemput Damia si Atirah n mother pun ada. Aku tunjuk jari kat Atirah. Aku pun tunjuk jari aje lah. Xde pulak aku acah2 nak mencubit smp jari aku mencecah ke anak dia @ menjulur tangan aku nak cubit acah2 anak dia.

 And yg buat aku hot giler pagi tadi bila si bb sitter gtau.. Nana kata dia x suka aku dok buat gitu ke anak dia. So aku pun soh la akak bb sitter tu smpikan pesan...

 Aku sebenarnya mmg x suka. Tapi nak buat mcmn. Nak marah pun budak kecik. Evevn bdk kecik tu pun xkan paham apa yg aku marahkan. Tapi aku mmg x suka anak dia nak cubit2 anak aku nak rampas2 brg Damia smp kan Damia dah pandai gaduh n x happy dok sana lagi. 

 Ada ke dia pulak yg nak suarakan ketidak puasan hati dia kat aku? Belum pun sakit anak dia aku buat. Patutnya aku ni yg bersuara. Mmg nak kena betul budak sengal tu...

Friday, July 8, 2011

e MaLL

 Tgh leka2 update blog tetiba terpasan kat luar tu cuaca dah smkn mendung. Aiseh men betmen otomen.. Kalo ujan lobat kang susah pulak nak kuar. Jadi dgn kepantasan sepantas kelajuan cahaya, mama pun bersiap. Zas zas zas..alamak..hujan dah turun la pulak..

 Kami pun bergerak dlm kehujanan. Tapi kat KL x hujan langsung dong.  

Setiba je di SR e Mall..wah!!! Terkezutnye mama melihat aunty Fauzani.. beliau kelihatan slim.. Ermm...Maksud mama, berat badan aunty Fauzani dah susut sikit dr dulu. 6 tahun mama kenal..eh eh 6 thn dah kenal rupanya? Ya Allah..cepatnya masa berlalu... Haa.. inilah first time aunty Fauzani kelihatan lebih langsing.

Sebenarnya byk lagi gmbo mama nak upload tp, asal la pulak broadband ni lambat pulak malam ni. Jadi sblm mama melebankan broadband ni nanti baik cukup 1 aje lah gmbo pd entry kali ini.

Anway thanks to aunty Fauzani yg banke 2 slice of cakes, apa pai ntah, french fries n apa dim sum kot. Hohoho.. Mama kekenyangan. Nasebek larat lagi nak drive. Terpaksa terkocoh2 balik awal before jammed. Nak2 dgn kabar2 ada sekatan jalanraya la apa la.. Nasebek perjalanan kami lancar pd hari ini.

JaLaN2

Today mama off day. Semangat berjalan2 dah datang ni... Mama ni kalo tgh bersemangat ni mmg nak2 jugak. Tu sebab la abi kena tingal. Hehehe... SO today mama akan gi melawat aunty Fauzani kat The Mall dgn Damia. Berdua pun berdua lah. Dah lama x jumpa aunty Fauzani ni. Semenjak2 jadik Cafe Manager Secret Recipe ni manjang busy jee... Smp nak balas sms pun amik masa. 


 Hari tu mama pun ada apply gak Cafe Manager SR, dorg panggil interview mama x gi. Hehee.. sebab x sanguup la nak keje FnB. Agak seksa juga. FnB ni penat lebih.. 


 Di samping tu mama nak hantar water filter ni kat aunty Fauzani. Dah lama order, stock ada tp xde masa mama nak hantar n aunty Fauzani pun xde masa nak amik. 

Monday, July 4, 2011

BiDaDaRi




Bidadari 375ml


merupakan product DCL yang terlaris. Ia merupakan minuman yang berfungsi untuk kesihatan, kecantikan dan kebahagiaan suami isteri yang mana dikomposisikan dengan bahan semulajadi mewah.

Kandungan bidadari adalah seperti berikut :-
       1. madu asli      2. sireh    3. akar serapat     4. kacip fatimah   5. kurma  
       6. manjakani    7. serai    8. jarum mas     9. asam jawa    10.  herba-herba terpilih


Mekanisme Bidadari
BINA DARI DALAM DIRI wanita untuk faedah wanita (isteri) dan suami. Bidadari kaya dengan protein, serat, karbohidrat dan vitamin A, B, C, D dan E sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina system rahim, meningkatkan seri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan perhubungan kelamin (suami dan isteri).


Madu
Kaya dengan zat galian penting seperti Kalsium, fosforus, Sulfur, Karbon, zat besi, natrium, kalium, Klorin, Magnesium, Iodin, Kuprum, Manganese dan silikon serta kaya dengan vitamin-vitamin seperti A, B kompleks, C, D dan E. Madu sangat mudah dan cepat diasimilasikan dan cepat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan, sangat baik untuk buah pinggang dan mempertingkatkan system imunisasi tubuh.


Sireh
Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan system peranakan


Akar Serapat
Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan system kemutan



Kacip Fatimah
Terbukti boleh merawat buasir, penyakit tulang dan sangat baik untuk perempuan lepas bersalin bertujuan untuk mengetatkan rahim serta membantu mengetatkan faraj




Kurma
Kaya dengan protein, sertat, vitamin A dan C, Zat Mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, membantu menyerap tenaga dengan segera, mencegah bengkak usus, membaiki sistem saraf, tekanan, menguatkan ingatan, meredakan tekanan darah tinggi dan meningkatkan tenaga seksual.                                                                        




Manjakani
Terbukti membantu mengatasi masalah buasir, keputihan, anti kanser dan mengetatkan faraj.



Serai
Kandungan `Citral’ di dalamnya berkesan membantu proses pencernaan, melegakan kekejangan, ketegangan otot, sengal-sengal dan sakit kepala. Pati minyak di dalam serai membantu meredakan senak dalam perut disebabkan angin dan membantu mengurangkan bau badan (khususnya tapak kaki). 
Serai juga membantu menurunkan suhu badan. Ia juga bersifat antiseptik. Kandungan tonik di dalamnya akan merangsang sistem badan. Ianya bertindak sebagai pelali terhadap sistem saraf pusat.




Jarum Emas
Terbukti mampu untuk meningkatkan kesihatan dan tenaga seksual.     



Asam Jawa
Kandungan `Flavonoid’ di dalamnya bersifat anti radang dan membantu pengeluaran peluh. Asam Jawa juga membantu melangsingkan badan.



Keistimewaan Bidadari
    1.              Membina dan mengecutkan rahim
2.              Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
3.              Menegangkan payudara
4.              Membantu merawat luka dalam perut dan selepas pembedahan
5.              Menguatkan sistem kemutan
6.              Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan     kelamin.
7.              Menambahkan kolegen dalam badan
8.              Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
9.              Menghilangkan bau badan & mulut
10.          Mengatasi masalah senggugut dan keputihan
11.          Melegakan panas badan

Cara Menggunakan:
1.              Ambil 2 sudu makan, 2 kali sehari (pada kebiasaannya, tindakbalas mula dirasai selepas 2 jam pengambilan) selama sebulan. Gunakan sudu plastik.
2.              Selepas sebulan, minum Bidadari 3 kali seminggu untuk mengekalkan sistem dalaman yang telah dibaikpulih oleh Bidadari sepanjang sebulan pertama pengambilannya
3.              Sebaik-baiknya jangan minum apa-apa air selepas 1 jam pengambilan Bidadari.
4.              BIDADARI TIDAK BOLEH DIMINUM SEMASA DATANG HAID- kerana ketika haid, rahim tengah mengembang kembang, fungsi Bidadari pula untuk kecutkan rahim
5.              Lelaki & wanita mengandung dilarang mengambil Bidadari

BesDaY GiRL..


 Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamat kan Damia Az Zahra..Allah selamat kan kamu.. Semalam wat besday Damia.. Ni gambo di siang hari.. mana tetamu ni x dtg2..?? Dtg lambat...mlm baru ramai.. lepas pak ngah n family balik baru org dtg.. apa ra.. salah tgk waktu ke apa..

 Tetapi papehal pun..thanks sebab sudi dtg.. Tgk2 besekal di atas tu pak ngah, mak ngah ira n iqa yg bagi. Mekasih bebanyak.. Mcm kelakau mama tgk sebab Damia x pandai jalan tp dah dpt besekal.. Hehehee...