Monday, April 30, 2012

LeNGaNG..

 Wahh..lengang jalan pagi ni. Walau pun xde la lengang sgt tp...walaupun keluar rumah lambat tp still managed to arrived opis before time. Wahh..

 Mana tidaknya, esok Public Holiday Hari Buruh, semalam ahad. So org sambung cuti la for today so dapatla 4 days straight cuti. Bole la gi coti2 Malaysia balik kampung ka..

 Aku dan kami? X bole la nak cuti sebab abi x dapek la nak cuti kan. Mana tidaknya baru je last week abi resume to work after mc 8 hari masuk wad akibat ulcer perut. Next week kami nak ke Sabah pulak. Jadi, hari ni lagi mau cuti?? Hek hek..

 X saba asenye nak gi Sabah. First time Damia naik flight!!!

Friday, April 27, 2012

LeTiH BeToL La

 Skali aku dah inform, aku dah buat amendment so papehal refer to e new one lah. Ok, dia dah buat amendment part dia. Then aku soh print nak hantar, diprintnya semua before n after amendment. Mcm perli la pulak. 

 Then aku ask e rest artwork? Oh dah siap..bagus nya.. tapi then what happend pulak? Digunanya alamat yg before amendment? Erkk..alamat suda silap la.. Sapa yg buat amendment? Laa tadi kan dah kata, dah buat amendment then used e new one lah. Nape mesti used yg lama punya?

 Aku dah tolong buat pembetulan punnnn susah!! Aku ni dah kurangkan keje dia patutnya. Hadoii... Payah betol la macam. Letih dibuatnya.

Wednesday, April 25, 2012

TeNDeR

 Sekarang ni walaupun kerajaan telah mengaplikasikan tender dlm talian..ermm...betul ke ayat aku ni? Meaning here, semua tender ke sebut harga ke semua dah computerized sekarang ni. Nak submit kena on-line, bila open tender pun dorang on line. Selain dari itu biasa la nak open tender mesti lah diwarkan2. 

 Ini semua dilakukan untuk mengelakkan sebarang aktiviti rasuah. Juga bertujuan supaya segala urusan adalah telus dan jujur.

 Tapi ye ke? Nak submit tender siap sertakan sekali siap sign bhwasanya tidak akan ada xtvt rasuah tp hakikatnya..??

 Kalo xde orang dalam memang la payah. Utk konfirm dapat, mesti ada link dgn org dalam. Memang diakui tidak semua jabatan kementerian yang begitu sebabnya, aku sekarang tengah proses order selepas berjaya dapat tender la. Memang jujur la ni sebab memang aku xde link langsung dgn Jabatan tu.

 Tapi, masih lagi wujud aktiviti gitu. Kalo tidak masakan hanya orang yg sama je dapat tender kan?  Kalo nak cerita 1 story ni lagi lah hebat. Company yang susah payah siapkan projek hanya dapat payment RM150k aje? Itu pun sub company. Sedangkan direct company tu dpt tender RM500k.. wallahhh...!!!

 Pegawai sendiri belit kerajaan sendiri. Konfirm2 gomen bayar gaji dia tinggi, lagi dibelitnya. Mana x melingkup duit rakyat? Orang macam gini memang x selamat dunia akhirat. Lepas tu pakai keta besar bagi anak bini makan duit h****.

KeTa

 Pagi tadi gi keje macam biasalah kan. Today x kemana, then stay office smp lunch. Lunch kuar makan dgn bebudak office then, aisehh...apahal tayar macam gelong je rasa? Terus hala ke petrol pam dulu nak isi angin tp tayar tetap rasa gelong. Aisehh!!!

 Around kol 2.30pm kuar nak ke MTIB. Before that kena balik rumah lah kan. Kena tukar keta nenek, mana bole jadik gini. Waaa........ buat julung2 kalinya aku drive pada tahap kelajuan bercinta. Tayar keta gua mmg gelong.. Waaaaa............

 Kenapa eh?

aBi

Alhamdullillah...abi dah sihat dan dah pun discharge last Monday, got MC for yesterday and today he resume to working. Last time Doktor pun dah checked peparu, buah pinggang, usus, perut blabla semuanya in good conditions.

 Alhamdullillah..

Saturday, April 21, 2012

MaLaM

 Isnin malam Selasa, malam Rabu, malam Khamis, malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad = dah 6 malam berturut2 mama n Damia datang melawat abi tanpa fail. Erm..abi admitted KPJ after menanggung kesakitan 10 hari.

 Last month 14hb admitted denggi, bulan ni masuk balik. Parut abi kembung n keras. Gi cek klinik biasa kata gastrik. 2 klinik yg berlainan Doktor kata benda yg sama. Tapi bagi ubat abi makan sampai habis. Sakit xde jugak kurang. Yg mama kesian tu abi sakit 24 jan sehari. Kalo kejap2 datang ke, @ sakit every 2-3 jam ke xpe lagi. Ini sakitnya 24jam smp abi xle nak tido. Makan x kenyang tido pun x lena.

 Makteh nasihatkan gi sepital takot ulcer dlm perut ke. Isnin petang tu baru sebulat suara, gi sepital aje la. Tu yg malam tu terus gi n admitted. Memula malam tu Dr bg injection, after sejam kalo sakit hilang then u nak balik @ nak masuk wad? Aiseh Doktor, masuk wad ajela..nama pun insurance cover. Buat pe nak bayar kan? Hehehe...

 Then after 1 hour, sakit macam tu jugak. So after abi warded then kol 12am baru mama balik umah. Damia nenek dah angkut awal2 tadi balik Cheras.

 Esoknye Doktor scope abi melalui mulut. Malam tu kami beramai2 menyaksikan dvd perut abi. Hambik kau.... Punya la banyak giler asid. Ulcer kecik2... Haa...tu la yg pedih sgt tu. Doktor cuci sembur air. Tu la abi kata ada kurang sikit pedihnya. But then, sakit gitu jugak.

 Esoknya pulak, Doktor scope usus pulak. Usus ok just kata Doktor usus abi tebal. Then, gitu jugak sakitnya.

Esoknya Doktor scope lagi but melaui b***** pulak. Nyeh nyeh nyeh..

 Esoknya lagi, abi masuk terowong pulak. 

Keputusan after semua check up = usus, buah pinggang, jantung, peparu semua ok. Kiranya ini ulcer la penyakitnya. Hermmm... ulcer dlm perut teruk juga ye??






Friday, April 13, 2012

BeRDeBaR2

Bismillah....
Kenapa la pulak sekarang ni dah start berdebar2 pulak ni..? Mcm zaman belajar dedulu pulak. Kalo nak exam bila ada feel tu selalunya Alhamdullillha resultnya.

Adakah esok juga...?? Alamat memang x tido malam la aku malam ni nampaknya...

Ya Allah ya tuhanku, permudahkan lah urusan hambamu ini dan kurniakan lah kejayaan kepada hamba mu ini.. amin ya rabbil al amin..

TaN SRi

 " yg ni posting note Tan Sri punya. Bole x nak yg sebijik mcm ni n yg ni ada 1 je..Jgn hilang yea.."
 " kenapa kad Tan Sri ni x sama besar?"

 Aku rasa lah kan, Tan Sri tu pun x heran janji ada ada name card dia nak tabur..

Saturday, April 7, 2012

SaBTu

Bismillah hirrahman nirrahim...
 Baru aku sedar aku x pernah memulakan bacaan maha suci tersebut setiap kali ingin memulakan karutan ni sini. Astaqfirullah al azim... maha suci Allah.

 Kita teruskan dgn ngomolan. Pada pagi yg mulia ini, sebaik aku bangun tido Damia pun turut sama bukak mata. Selepas kami berguling2 Damia pun berkata bahawa Damia 'pookk' . Aiseh. Aku tgk jam dah kol 8am. Diraba2, tencing Damia dah berbekas ni atas tilam n seluar beliau. Jadi., tanpa membuang masa aku pun angkut Damia masuk toilet. Xkan nak tukar pampers aje kan walaupun aku dah lambat (oh tidak mama..every day mama lambat dan lewat..)

 Jadi selepas mama mandi, mama pun mandikan Damia juga. Lepas mama bersiap, mama siapkan Damia juga. Ohh..today is Saturday. Then, mama terus pakaikan Damia baju yg tomey dan dgn Damia2 sekali pegi ke opis hari ini.

 APa pulak axtiviti Damia dlm opis? Siap dok kat kusi boss lagi ye. Bukan kusi dihadapan boss tetapi boss punya kerusi. " xpe, xpe.." boss aku kata. Huuuhuhuu...


Wednesday, April 4, 2012

SoYa

 Yup, today ada cerita pasal soya ni in newspaper Utusan Malaysia if I not mistaken. And I also forgot samada aku dah post belum cite pasal soya ni yang mana rupa2nya kebaikan soya adalah propaganda semata-mata.

 Last time masa pegnant kan Damia ku sayang, memang ramai yg mengetahui mitos tentang soya ni. Kalo nak anak putih minum lah soya. Jadik x-staff aku dulu yg gelap kulitnya pon meneguk bertodi-todi la soya dengan harapan akan memiliki bayi yg putih. Tetapi apakan daya, kedua-dua anaknya berkulit gelap. Ye lah, like parents like daughter la kan.

 Aku pun x terkecuali berfikiran begitu tetapi tiadalah pula kuasa aku untuk berlumba-lumba @ beriya iya meminum soya ni. Almaklum lah, aku minum berwarna putih, minuman susu ni mmg aku kureeng. Tetapi ALhamdullillah, Damia berkulit putih. Memang la tidak lah putihh sangat. Tapi itu semua dr genetik abinya.

 Ok. Apa keburukan soya sebenarnya ya puan2 sekelian? Tu dia..

 Pengambilan makanan @ minuman berasaskan kacang soya boleh menjejaskan rawatan kanser & menggalakkan tumbesaran tumor di kalangan pesakit kanser payudara, menurut sekumpulan saintis.

Selain dari itu, Amerika memang mewar2kan kebaikkan soya untuk menggalakkan pembelian soya dikalangan pengguna dan juga untuk menggalakkan penjualan soya sementelah lagi Amerika itu sendiri merupakan pengeluar siya yg terbesar di dunia. Al-maklum....



Sunday, April 1, 2012

PD YG BeST

Wahh..agak lama rupanya aku x update blog.. Huhuu.. so many things happened and i cannot catch up la. Maybe kalo dapat i-pad sebijik ke tablet ke..musti best kan? Abi..may i have 1? Hehee..

 Saat ini? Damia sedang tido. Tido kepenatan maybe tp penuh keriangan. Maybe juga..

Kami sekeluarga, together with Uncle K and Cik Na and family baru balik dari Port Dickson. Kami bermalam di apartment Paradise Lagoon? Lagoon Paradise cenggitu la bunyi nye. Nothing much about the apartment yg biasa la.. Nama pun apartment, jgn la nak expect lelebih kan? Yg best just apartment 3 bilik tido + 2 bilik air itu besar. Patut bole muat lagi sepupu and family. Rugi x ajak cum paksa mereka ikot.

Dan gambar ini adalah puteri kesayangan beta.


Beliau tidak menyempat2 nak mandi. So excited bila disarungkan swimming suit ni. Dgn segera Damia mencapai pelampungnya. 

1st xtvt petang tu after checked in, kami semua terjun ke laut. Wahhh..Damia x mahu dipegang yea.. Damia beria-ia mengejar Cik Na ke tgh laut. Naseb bek la airnya cetek. Maklum la nama pun lewat petang, tentunya air surut..

Tapi mama memang cukup kagum betul dgn Damia. Xde nangis2 merengek2 ketakutan ke. Lagi x mau dipegang ada. Hello Damia.. u ingat u dah besau panjang ke mama n abi nak lepaskan mandi sendirian berhad?

Keesoakan harinya, semua harus bangun pagi utk memanfaatkan pagi hari yg redup utk terjun ke laut. Selepas xtvt laut and hari semakin panas, kami pun berarak pula ke kolam renang. Aiseh.. sekali lagi Damia buat hal. Damia x mahu dipegang ok. Bukan mama x nak lepaskan Damia tp masalahnya, kaki Damia tu x sampai langsung ke dasar pool. Jadi mcmn mama n abi nak lepaskan Mia ?? Sila Damia jawab?

And we olls checked out around 1pm. 
Kesimpulan di sini, mama memang rasa sgt happy, sgt best, xde rasa tension. Effect ketenangan tu terasa sehungga sekarang. Hhehehe.. Hope this feel will end forever...yeaahhaa...bole ke?