Orait, pada sesiapa yang ingin menjalankan sebarang perniagaan, memang patut sangat lah kan untuk menubuhkan syarikat / form company. Saya x tahu lah cemana procedure dedulu but i wanna share my experience lah.
GI je ke kaunter SSM yg terdapat di ur nearest neighborhood. Kalo saye hari ni gi ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang terletak di Putrajaya.
Sampai kaunter mintak form, isi dulu baru boleh amik nombor giliran. Jangan lah lupa siap2 bawak salinan fotostate IC. Kat situ mmg x disediakan kemudahan fotostate. Even nearest Kedai 1 Malaysia yg terletak di situ pun awal2 lagi dah tampal notis di pintu masuk - fotostat/ copy tiada.
Ada 2 borang kesemuanya. I forgot already okey.. dont blame me ha... 1st form tu kena letak 3 pilihan nama company. Letak lah pape nama pun yang dihajati. Tapi belum tentu confirm available. Sebab tu dorg mintak 3 suggestion nama. Kalo yg 1 choice tu telah digunakan then terus try 2nd then 3rd choice. Kalo x letak awal2 kang terkial2 pulak masa di kaunter. Dah satu hal stuck di kaunter 1 hal, menyusahkan org lain menunggu lagi satu hal.
Paling senang nama sendiri. Memang sangat senang. Me? Just put nama Damia hhuhuu.. bak kata sepupu awal2 lagi telah menyuarakan ketidak setujuan beliau. Katanya kesian kat adik2 Damia.. Hehe... Xpe pupu, ini 1st step. Later on will form Sdn Bhd okey..
Utk register fee amat lah murah sekarang ni sebab ada promotion. Utk milikan tunggal hanya RM60 aje okey untuk 5 tahun.. Siap org kaunter tu isi2 form then tunggu sekejap...within 10-20 min dah siap.. Amat mudah cepat dan tangkas.