Dah terlalu lama rasanya mama whoopss.. mommy x update cite pasal Damia whoopss again.. kakak.
Hehehhe..
Dolu2 patut mama, tapi then nenek selalu ajar Damia panggil mommy. Tapi disebabkan Damia masih pelat jadi berbunyi 'ami'. Sedang elok la tu abi n ami. Bila mommy dah terbiasa dengan 'ami', Damia pula semakin petah berkata2. Pronounce pun betul. Maka jadilah 'mommy'..sila sebut dgn 'telo' British okay kerana begitulah sebutan Damia. Huhuhuu..
Penat mommy cari nama cantik untuk Damia yang bermaksud kebijaksanaan. Gitu.. Memang mommy harap anak mommy bijak :). Then semakin Damia besar nak latih la awal2 sebab nanti Damia mesti nak kena ada adik. So kami pun start la memanggil Damia sebagai ' kakak'. Sehingga lah pantang nak menyebut Damia, mesti Damia akan betulkan, 'kakak lah..kakak' Ermm..okay.
Orang kata nama jangan disebut pendek @ jangan dipanggil nama samaran. Mesti sebut habis nama. Contohnya Rosaliana panggil Ana. Nanti rezekinya sekerat juga. Jadi haruslah memanggil dengan sebutan yang penuh. Instead of Mia should call as Damia. Ye ke?
Sebenarnya iya begitu. Setiap nama membawa maksudnya sendiri. Sebab tu jika ada sesetengah budak yang x sesuai namanya akan menangis je kejenya. @ sakit ke, kerap sakit kerana badan x mampu untuk membawa maksud sesuatu nama tersebut. Antara contoh nama yang berat maksudnya adalah 'Adi Putra'.
Kerana setiap nama itu memainkan peranan yang penting, kerana itu lah kita disarankan agar memcari dan memberikan anak2 dengan nama yang membawa maksud yang indah. Dan jangan lah pula memberi nama yang tidak mempunyai apa-apa maksud seperti Emilia. Kesian kat anak tu di padang masyhar nanti akan menjadi orang yang terakhir untuk di hisab.
Setiap nama juga sudah tersirat perjalanan hidup anak2 tersebut. Jadi elakkan lah dari memberikan nama2 yang panjang @ sungguh panjang seperi Muhamad Iqram Dinzly Zulkarnain bin blablab... Adehh... Punya lah panjang. Memang bersirat2 la perjalanan hidup budak tu nanti. Kesian kat dia.
Damia Az Zahra pun panjang juga. Ye lah maafkan mommy sebab mommy x tahu ketika itu. Walau bagaimanapun tetap cantik maksud nya. Damia is Kebijaksanaan dan Az Zahra yang memang khusus mommy pilih sempena puteri Rasullullah s.a.w bermaksud berseri-seri. Semoga anak mommy menjadi seorang yang bijaksana & sentiasa berseri-seri :)
Jadi makanya, untuk adik Damia kelak hanya akan ada maybe 1 patah perkataan sahaja. Adam. Cukup. ermm.. Siddiq ke, Maliq ke, huhuu... Hahah... perasan mommy? Nope. Amin..amin... amen ya rab al-amin.