Yesterday kami gi jenjalan ke Gombak, rumah Lily, sepupu kepada abi. Sesampai ke sana, baru kami tahu yg adik ipar kepada Lily, which is stay together in same house with Lily got accident past few days.
Muda, 22 tahun, lelaki & belum berkahwin.
Kemalangan terbabit terjadi berpunca dari sebuah kereta yg illegal melakukan U-turn. So, si adik yg rider moto ni mmg laju lah kan telah merempuh kereta tadi tu.
Pemandu kereta terbabit adalah seorang pakcik yg mana telah terlebih dahulu membuat laporan polis. Kalo mengikut laporan polis pak cik tadi, terang lagi bersuluh pak cik tu kata si adik tadi bawak moto laju sangat. Memang laju la 120kmj x laju? Tapi si abang siap gi snap lagi gambar tempat kejadian, dah memang wujud terpacak gagah sign board tulis 'no u-turn'.
Kemudian juga telah datang menziarah si adik. Kisahnya apabila pakcik tadi @ anaknya sebagai wakil telah meminta budi bicara daripada pihak adik tadi sebab si pemandu merupakan org yang sudah tua.
Apa yg terjadi kepada si adik tadi kesan dari kemalangan?
Akibat dari kemalangan, salah satu urat yg penting iaitu urat yg menghubungkan telinga, hidung & mulut telah mengalami kecederaan. Maaf ye aku ni bukan Doktor jadi ayat pun tidak lah scientific terms. Bahasa yg lebih senang untuk faham gitu. Maksud di sini ayat yg aku paham. Hihi..
Ok, dimana tadi?
So, terdapat darah keluar la daripada telinga si adik ni.
Sebab tu la kalo budak2 kecik ni, kalo selepas terjatuh hendaklah di observe. Make sure tiada muntah, @ pendarahan keluar dari telinga, hidung @ mulut. Sekiranya berlaku pendarahan, ianya adalah bermaksud otak telah mengalami gegaran. Hendaklah dikejarkan ke hospital dengan kadar segera.
Kesannya sekarang kepada si adik tadi?
Beliau telah mengalami masalah percakapan. Slow dan tidak jelas.
Hoh?
Jadi bagaimana pakcik tadi?
Tadi pakcik katakan pakcik sudah tua.
Tapi adik ni tadi masih muda. Kalo nak kata masih bujang, Bagaimana dgn masa depan beliau? Kerjaya? Adakah lagi anak dara di luar sana sudi menjadi isteri?
Jadi cemana?
Sebenarnya kita jangan selfish. Jgn fikir kesian ayah kita dah tua. Mcmana kalo adik kita? X kesian ke adik kita masih muda?
Memang senang bercakap sebab benda ni x terjadi pada kita. Aku nak komen pun x berani. Aku nak bising2 sangat, sekali keluarga si adik tadi redha, Alhamdullillah, aku pulak nak lebeh2. Aku nak kata redha aje lah, cuba kalo adik tadi tu adik aku? Haa.. x tahu lah cemana pulak ceritanya.
Apa2 hal pun pada aku yang paling penting bertanggung jawab n jangan selfish. Kalo dah sah2 kita salah, org xnak maafkan, kita pulak nak ajak gaduh? Betul x? Kalo dah sah memang kita salah, kita haruslah bertanggungjawab. Aku x kata lah pak cik tadi tu x bertanggung jawab sebab dia x lari pun. Just bila pak cik tadi tu mintak jasa baik sebab dia dah tua, tu yg aku rasa agak selfish.
Minta di jauhkan dari segala mala-petaka dan juga accident ya allah ya tuhan ku.. sesungguhnya engkau maha berkuasa. amin.