Friday, May 30, 2014

KaNToi

Alamak!! Kantoi sudah.

You know one of the employee benefits is medical. Huhu.. And co ni hanya tanggung pekerja je n exclude tanggungan. So kalo anak2 sakit bawak gi klinik sila bayar sendiri.

 Nak dijadikan cerita, masa Damia marathon demam hari tu, aku pun tenyeh medical card aku. Sekali 2 kali lepas. Tapi sebab hari tu marathon demam, sso sebulan je 3-4 kali visit klinik. Maka sampailah bil..

 Boss aku pas nah post. Post aje dlm system belum buat payment. Ni after 3-4 months, tadi boss aku pun capai la file un-paid invoices. Belek2 memana yg patut di bayar.. dia stuck lama kat bill klinik. Wekk..!!

 And dia start berbunyi tapi belum lagi nak tembak aku. Huhu..

 Xpe la boss. Kalo aku nak menipu sgt2 mesti aku akan cover line sikit bill tu. Tapi kalo dah boss nak jugak deduct salary.. saya pasrah aje.. Walaupun belum sampai limit pun lagi.

 Teringat satu masa dulu, bila smp 1 bill utk sorg staff ni. Patut max limit only RM50 per visit. Tapi bill budak ni RM 65. Bila aku tanya boss aku jawab, xpe.. as long belum exceed total limit. So ok lah..

 Dan2 tetiba tadi dia dok bagi sipi2 kat aku, masa aku post x bagi dia tgk. Kalo dia noticed confirm dia tolak salary budak tu. Pulakk..



Thursday, May 29, 2014

SeWa RuMaH

 Pencarian rumah telah pun bermula. Pada mulanya kami nak cari rumah dibeli untuk tujuan didiami. Haa.. tu diaa.. Sebab owner rumah yg kami sewa ni, dah lah x sampai setahun pun kami duduk. Itu pun sebab owner rumah aka member lama hubby akan berpindah ke Kuantan atas sebab kerjaya. So, bila kami pun mmg sedang cari rumah, situasi kami masing2 seperti macam mengantuk disorongkan bantal.

 Boleh bila kami beriya nak sewa rumah dia, dia pun seperti biasa mntk deposit la. Walaupun nama kawan lama, tapi sebab belanja utk dia pindah dari Shah Alam ke Kuantan sangat besar so, dia mntk 2+1 deposit rumah + api air. Selalunya jika kita start menyewa bulan October, bermakna October la kita bayar deposit @ late September ke. Tapi disebabkan deposit kami tu dia nak gunakan utk deposit rumah dia di Kuantan pula, so kami pun dgn ikhlas hati memberi awal. Rasa dalam 3 bulan lebih awal. Tapi 1st payment tu kami hanya bagi RM1000. Following month tu another RM850. Nama pun rumah flat je. Sewa bulanan RM550. Dia kata mmg sekarang rate RM550. Walaupun kawan kan. Sebab rumah sewa dia di Kuantan tu RM550 jugak.

 Tup2 x sampai setahun dia, dia kata awalnya sedang cari kerja di KL semula. Kemudian dia dah dpt kerja n akan start pertengahan bulan 6. Owhh.. dowhh!!

 Adoii.. dah la Damia dah sekolah. Sekolah tadika register kan bayar utk setahun. Xkan nak burn je. So, hubby yg seorang tenang dan bukan pemarah pun jadi marah. Huhu.. hubby pun kata, kalo kami x dpt cari rumah nearby, tahun depan baru pindah sebab Damia dah sekolah. Ermm.. Last2 owner pun kata, oklah next year.

 Tetiba one day hubby tanya, bulan 10 kita ada byr sewa rumah x? Sebab hubby jumpa bank-in slip date Oct. Ermm..?? Ikutkan deposit 2+1. 1 tu termasuk bulan 10 sebab we move in early seminggu dalam akhir bulan 9. So, sepatutnya kami start bayar sewa bulan Nov lah. Aku pun godek2 enfon jumpa sms pada 2 October.

" As salam, kami dah bank-in duit sewa rumah"

" ok. terima kasih.."

Amboiii... nape x remind kami.. ehh.. patut bayar Nov la bukan Oct...

Huh!!




Thursday, May 22, 2014

aL-KaHFi HiLaNG?





Hanya peringatan untuk diri sendiri dan rakan2 yang lain.
Hafalkan dan amalkan surah Al-Kahfi ayat 1-10 & 100-110
Semoga kita terlindung dari fitnah dajjal..

Meremang bulu bila si Anis ni cerita perihal makcik dia sendiri yang dok beli Al-Quran yg kemudian diperiksa terdapat kekurangan pada surah al-kahfi..

Ni kat opis ni,
balik jangan lupa cek quran sendiri ye mommy..




Tuesday, May 20, 2014

DeMaM 2

Damia demam lagi. Last Sunday panas dah...

Mummy pon whatsapp Ihsan dengan innocentnye..

Mommy : San.. San.. Damia demam lagi la..

Ihsan : Ko dah tukar susu belum..?

Mommy  : Erkk...??? Canne lak boleh terlupa. Lin lah ni.. aku soh tukar dah susu dia kata ada byk lagi.. aisehh..

Ihsan : pulak...

Huhuuu... apa laaa punya mommy. Ye lah selalu Damia akan request susu kat abi. Kalo dia mintak abi maka abi lah. Even bila abi dah pas botol susu ke mommy n mommy suap ke mulut Damia pun Damia xnak. Bila mintak abi maka abi yg buat. Abi jua lah yg hulur ke tangan Damia. Begitu la ragam si anak dara ku nan sorang.

Kami bagi Damia makan panadol, Isnin petang sihat dah. Tapi Damia x nak gi sekolah semalam.. so hntr lah ke rumah Mak baby sitter. Segan pun segan. Hari tu bila Damia dah start sekolah, berani tanya mintak kurang sikit sebab Damia dah half day je hantar. La ni main dok hantar pulok kann..

Ekceli kalo di ikutkan Wesak PH x hntr Damia, so replace semalam. Ni ayat cover malu..

Pape hal pun, mommy think to give full monthly payment to this Mak la. So, xde la mommy segan sangat. Huhu..


Thursday, May 15, 2014

DeMaM

Dari lahir Damia mmg fully breasfeed. Only nenen aje yg Damia akan nyonyot. Kalo puting botol susu tu mmg Damia reject! Damia lebih rela menahan kelaparan tatkala mommy bekerja untuk menyonyot puting botol susu tidak sama sekali. Huhu.. akibatnya berat badan Damia susut. Tengok aje lah sekarang pun, Damia tergolong dalam golongan cekeding. At age almost 4 yrs Damia only 14 kg berbanding lahir 3.825 kg.

haaa.. ni lah Damia di usia 1 hari


ini ketika berusia hampir 2 thn


and this one is past few months at age 3 yrs ++

berbeza sungguh berbeza..

Damia bebas sepenuhnya dari nenen ketika berusia 2 tahun 3 bulan. Otomatik Damia berhenti dan bertukar kepada botol susu. Ye lah dulu kecik baby lagi mana faham bahasa. Dah besar dah bole bercakap dan faham araham maka Damia akur... Alhamdullillah.. x susah pun nak berhenti kan Damia dari nenen. Xde lah sampai sesetengah org nak kena lumur nenen dgn nescafe lah, dgn kapur lah nak bagi anak x lalu nyonyot. Alhamdullillah.

Jadi susu apa ye yg mommy bagi? Lupa sudah...
Tapi apa yg ingat kami belikan Damia susu Fernleaf. Murah pun murah. Naseb baik xde la nak alahan susu apa ke benda. X nak Fernleaf nak Pediasure ke kan.. huhuuu... Xde lah jugak kami gigih perlu utk menukar2 jenis susu lantaran Damia reject. Alhamdullillah..

So ermm... sampai satu masa kami bagi Fernleaf. Beli lah kat Speedmart murah.. Murah dibandingkan Giant, Tesco & Carrefour. 

Kemudian menjelang umur Damia 2 tahun 6 bulan lebih kurang tu, Damia start marathon demam. Every month mesti demam punya. Fikir punya fikir la konon, mungkin susu. So kami pun bertukar dari Fernleaf kepada Dumex Dugro perisa stoberi coket cedap kata Damia. Bertahan la jugak setahun rupanya.

Ni lebih kurang setahun berlalu Damia start pulak demam dan demam. Last month April 2014 lagi haru. Tiap minggu lak nak demam. Takot gak denggi. 2 kali jugak cek darah dlm sebulan, Alhamdullillah -ve denggi.

Selalu Damia panas badan tu mommy rasa mcm x berapa panas la. So esok lusa tu Damia masih gigih nak bersekolah. Tapi masuk hari ketiga baru mommy terhegeh2 bawak gi jumpa doktor risau kan 3 hari demam x kebah. Huuuhhu..

Tapi last time Damia demam akhir bulan April 2014, panas badan membawak sehingga 3 hari lamanya. Perkhh... mmg cuak la kan. Memang 3 hari tu Damia lembik dan tidur je. Mommy mmg jenuh lah menuam sampai x tido la malam tu.

Baget sgt kan x tido mana x nye layan marathon ' My Love From The Star 21 episod non-stop'. So sambil mommy tuam Damia tu smbil menonton la gitu..

Jadi sebagai seorang ibu pastinya persoalan sentiasa berlegar di benak fikiran ni apa mengapa punca penyebab Damia kerap demam? Fikir2 punya fikir Allah s.w.t. kasi 'tingg....'

Pada firast mommy tidak lain tidak bukan adalah kerana kekurangan nutrisi. 
Jadi vitamin apakah yg paling bagus utk diberi kepada Damia Az Zahra ku?
Nak post tanya kat FB... ermm.. ermm.. ermm..???

Tetiba mommy teringatkan si Ihsan. Member mommy masa keje Guardian dulu. Ihsan ni seorg Nutritionst. Tapi Alhamdullillah.. ntah berapa lama mencuba, akhirnya Ihsan berjaya dapat keje Gomen tahun lepas. So, beliau sungguh berbangga post kat FB beliau utk pertama kalinya 1st May PH beliau cuti. Hahaahahahaha...

Nasihat dari Ihsan..antara simple2 food yg mommy x terpikir plak cukup simple nak sediakan .. huhu

katanya kalo selalu demam2 ni ada link dgn imuniti
x dinasihatkan utk bg vitamin kat anak

susu min 3x sehari mesti bagi. Tapi jangan la diberi susu kotak..

Jangan beri milo - banyak gula

Nasi goreng planta
atau nasi digaul dgn planta
roti + peanut butter
roti telur
keju, dadih, jagung
roti cream dicicah dgn susu
bubur

jangan la bagi anak makan sosej nugget tu semua

Susu? Pediasure. Nak murah sikit Sustagen

Last2 sekali Ihsan cakap
" ni la keje hakiki aku Sid tetiap hari dari org muda sampai ke tua aku cakap benda sam.. "

So, Alhamdullillah.. mommy bertanya pada org yg betul.. Kikiki







Thursday, May 8, 2014

My FeBeReT


Disini saya lampirkan 5 buah resipi lengkap iaitu Mee Hokkien, Mee Bandung, Kuey Tiow Ladna, Kuey Tiow Kungfu dan Kuey Tiow Kantonis untuk dikongsikan bersama anda semua.Ikhlas daripada saya ( Chef Arm ).
* Mi Hokkien.
Bahan-bahan:
2 sudu besar Minyak masak
1 sudu besar Bawang putih cincang
200g Kubis, dipotong 1 cm
1 sudu besar Perencah pati Ayam
3 cawan Air
500g Mi Kuning
Sedikit Bawang goreng
1 sudu teh Tepung jagung, digaul dengan 1 sudu besar air
Bahan-bahan A:
100g Udang, dibersih dan dikupas kulit
100g Sotong, dibersih dan dipotong gelang
100g Filet ayam, dihiris
1 keping Kek ikan, dihiris
Bahan-bahan B (perencah):
1 sudu besar Kicap pekat
½ sudu teh Serbuk Lada Putih.
1 sudu teh Garam
Hidang bersama: Sambal belacan
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan
air dan perencah pati ayam biar mereneh.
(2) Tambah masuk kubis dan mi kuning. Kacau sebati & reneh selama
beberapa minit.
(3) Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Bubuh air tepung jagung.
(4) Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan.
* MEE BANDUNG
Bahan-bahan:
500g Mee kuning dicelur
200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
100g Udang hidup/Sotong
100g Sawi
7 cawan Air
½ cawan Sos tomato
2 biji Telur
1 sudu besar Perencah pati ayam
Secukup Garam
Secukup Gula
Secukup Minyak untuk menumis
X: dikisar halus
½ cawan Udang kering
20 tangkai Cili kering
10 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
2 batang Serai, dititik
1 biji Keledek, direbus dan dikisar
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.
(2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
(3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
(4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
(5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.
* Kuey Tow Ladna.
Bahan-bahan : -
• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.
Cara-cara
1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.
3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.
5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...
* Kuey Tiow Kungfu.
Bahan A
400 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]
Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas
* Kuey Tiow Kantonis.
• Bahan-bahan : -
1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )
isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )
2 keping fish cake dipotong nipis
1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong
2 tangkai sawi ( dipotong )
sedikit kobis ( dihiris halus )
3 biji telur dipukul
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
1/2 sudu teh minyak bijan
2 ulas bawang putih dicincang
1500ml air
1 sudu teh lada sulah
• Cara Penyediaannya : -
1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.
2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.
3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.
4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.
5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.
6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.

Yahh... i like... kita hsare je dulu tp x pasti lak bila bole nak cuba buat.. huhuu
Like ·  · 

Monday, May 5, 2014

KeBaiKaN AiS

Sharing is Caring.

Benda ni lama dah baca tapi then nak copy paste x tahu dah source nya kat mana dapat. Nasebek ada member share last Friday makanya dapat lah achik nak share pulak kat sini.

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. 
Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. 
Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais
“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”.
Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak.
 Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan 
memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 
Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. 
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. 
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. 
Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. 
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. 
Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. 
Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin? 



Friday, May 2, 2014

Apa jadi insurans?

Sedang dalam proses utk dapatkan lesen unit trust. :)

Apa jadi dgn insurans?

Ermm.... Alhamdullillah, walaupun xde new client tp ni tahun kedua aku still dpt komisyen. Maksudnya di sini, patut dah kena terminate. Alhamdullillah rezeki Allah yg tentukan. Thanks juga pada Kak Long sebenarnya. 

Kalo pasal insurans ni rasa macam dah surrender. Kenapa ek? Maybe jgk sebab x bergual secara aktif dgn agen2 yg lain so mood n semangat dah ke laut. Kalau selalu bergaul share helping each other maybe semangat masih berkobar. Lepas jumpa je berkobar, lepas jumpa je berkobar. Dah based pun kat Melaka. KL xde sapa.

Lagi satu, walaupun org Melayu sekarang ni dah ada kesedaran untuk amik insurans tapi still, anything happen, insurans is the first thing yg dorg surrender. Ho Ho..

Xkan tiap bulan pulak kita nak basuh org. Nak ingatkan supaya beringat. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna... kan?