Monday, June 30, 2014

Beli Rumah

 Last month kami decided utk beli rumah. Rumah yang nak dibeli tu letaknya di area Bukit Tinggi Klang. Wahh..!! xde yg lagi 'dekat' ke nak beli? Biarlah rahsia....

 1st step nak beli rumah ni sebenarnya adalah, gi survey ke bank dulu, sejauh mana gaji kita boleh gi utk beli rumah. So, kalo bank tgk2 kira2 boleh lepas 150k house value. Lepas tu br operasi mencari rumah. Jgn la loan boleh gi up to 150k kita dok cari hok rumah hage 300k.

 2nd step cari rumah. Bila dah jumpa rumah cek2 nego2 apa yg patut. 

 3rd step, bayar 3% booking..Selepas booking 3% di bayar, baru la proceed ke submit home loan application. Normally we will sent to more than 2 banks. So that we can do comparison and accept which offer lower interest lorr..Oh yeah, rumah tu harganya bawah RM100K je. Banyak juga lah rumours yg kedengaran. Antaranya, 
1) bank x offer lagi home loan below 100k
2) rumah below 100k apply personal loan aje la..
3) rumah below 100k interest tinggi la 
wah.. xkan banyak cekadak betul kan? Habis kalo bank sendiri xnak offer loan utk rumah below 100k, maknanya apa? Jap2 gi rumah paling murah 100k lah..kan..?? biar pun kecik macam pigeon hole.. huhu..

 So, utk lebih jelas, nasebek aku teringatkan si Senah, member aku masa matrix dulu. Dia dah jadi org berpangkat kat CIMB dah la. So menurut beliau, bukan polisi bank pun tentukan below 100k dorg xnak process. Itu apa yg branch praktikkan. Ye lah, branch kat PJ apa barang nak proses home loan application value 100k kan? Rumah area PJ mcm SS14 tu kan main 4-500k. Gitu la. So kalo nak submit application gi la kat bank yg macam Semenyih ke gitu la. Okay.

 Kot2 ada yg tersedak, bank2 lain x tahu la dorg accept aje ke utk loan below 100k, tapi pengalaman kami, Bank Islam memang x offer, Bank Rakyat Shah Alam ok je, tapi menurut agen kami tu, Bank Rakyat Banting kot since she is from Banting -x offer.

 Kemudian, apa next step? Tunggu aje lah loan approved.

 Kes kami, after 2 weeks submit to CIMB, loan pun approved. Tapi ni rasa dah dekat 2 weeks kot letter offer x kuar lagi pun. Wekk..! 



1st Client

Alhamdullillah.. i got 1st client. Except me and hubby la.. and both of us still havent sign the form yet.

So, who is my 1st client? hehe... she is Syam. Little sister of my sister in law. Pening ahh... Syam ialah adik kepada akak ipar aku. Sama la..

So, semalam aku n Damia drive far far away from Shah Alam to Cheras Baru. Far lah.. bukan dekat lagi. Dulu masa bujang and before bersalinkan Damia rumah tu dah jadik tempat lepaking aku. But since Damia lahir dah jarang sangat @ pun boleh kira rasa dalam 2x je kot aku usung Damia gi lepak sana. Bukan dah sombong tapi ye lah, bila dah ada anak ni lain dah ceritanya.

 Dulu sorang2 dok umah boring so gi lah keluar mencari entertainment. Kiranya hebat la rumah tu dah cukup boleh entertain aku. Haha.. Then, bila Damia dah lahir, x sempat nak boring la. Dah asyik dok ngulit budak Damia tu je. Mana kencing la berak la lapar la. So, hidup dah x sunyi and boring la dah bila dah ada anak ni. Just rajin x rajin je la nak menghetongkan budak2.

 Alhamdullilah.. petang semalam punya lah lebat hujan. Memang la mcm payah nak keluar dr kereta ke rumah tapi ehh hujan lah. Kan rahmat. Di bulan puasa pulak.. so betullah.. alhamdullillah..

 Since 1st presentation, memang x perfect la. Masa tgk si Tahir present tu best je. Mcm clear and paham. Masuk aku lak...tinggal tu tinggal ni. Banyak pulak soalan budak Syam tu. Ye lah sebab walaupun ramai yg dah buat tapi masih ramai jugak yang x tahu. Ramai yg tahu ramai jugak x pernah dengar2 and x ambik tahu. And insha allah lebih ramai yg x tahu aku akan jumpa lepas ni. Semoga Allah s.w.t permudahkan dan permurahkan rezeki hamba-Nya ini. Aminn...

 Ye, budak Amin tu baru berusia 8 tahun and semalam aku tengok iyo iyo boto dio kusyuk solat. Alhamdullillah.. Kagum mama dude.

 Balik kepada cerita budak Syam. Nasib baik aku boleh jawab semua soalan basic dia tu. And bermulalah episod yg sungguh ngeri. Hari tu Tahir passed kat aku 5 borang je sebab dia xde banyak. Prob utk aku ke public mutual utk amik borang la pulak kan.. Since PM tu bukak opis hour adn time opis hour tentu2 lah aku dok menonggok kek opis aku kan.

 So, dari 5 borang tu aku selamat bawak balik 2 borang je yg masih kosong. GGrr.... what happen?
Ni si budak SYam ni ada prob signing. Kejap sign dia rupa gitu, kejap rupa gini. Same borang, belah sini sign dia gini. Belah belakang sign dia gitu. Haruskah aku hangin?

 Nasebek memang aku x moody pun. Dah nak buat canne jumpa client gitu. Hahaha...

 Last2 Syam just sign ala2 menulis aje. Selamat..


Tuesday, June 24, 2014

Unit Trust

Dulu dulu dah penah share story mory pasai Malay n insurans. Skang kita start share pasai unit trust pulak. Mari kita tgk survey apa kata Malay pasal unit trust plak. 

 Nanti2 tu means later later la.. bukan hok skrg la la ni jugak. Achik baru laaa pass exam kelmarin. Lesen pun x dpt lagi..

 Tapi mmg dah share2 jugak sebenarnya dgn org keliling.

 Hehe...

 Ada sorg kenalan ni.. ni penah draw sekalije katanya dulu.. Skrg xde ke kak? Xde regular draw ke?

 " I malas la nak draw-draw ni.. biar aje la kat dalam 'tu' beranak... "

 Ok fine. :)


Monday, June 23, 2014

Cute Exam

Alhamdullillah..

achik lulus...

yeaahhhaa...!!


Thursday, June 19, 2014

Innalillah

Innalillah wainnailahirojiun..

Ayah akak ipau den meninggal pagi tadi.

Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin...

Al-Fatihah

Wednesday, June 18, 2014

CuTe

Okeh, this weekend i gonna sit for cute exam. Notes dah dapat since last month but this week baru terhegeh2 nak study. Mood ala2 perasan macam dah gi kelas hari tu semua dah ada dlm pala otak. Hotak ko... hahhaaa...

Yup, mmg x boleh disangkal2 lagi aku sekarang adalah pesakit short memory. Huhuu... itu la yg boss aku selalu dok bebelkan. Hurmmm...

Penyakit yg aku dapat since pregnant adalah malas membaca. Selalunya aku hanya mampu baca tajuk ke kat sok khabar. Paling terer pun aku mampu utk baca 1st paragraph je. Entah lah.. Mcm nak terjojol2 keluar je bijik mata aku ni bila membaca. Padahal dulu, nak berak pun boleh bawak masuk buku masuk jamban. Normally komik aje la. Xkan nak bawak masuk buku sejarah pulak kan masuk toilet. Huhuu...

So, dari last month since dpt notes tu mmg aku try2 nak baca tapi out. 

Last weekend baru paksa2 diri utk baca. Last Monday yakni kelmarin la baru start buat Test 1. Hambik ko. Semalam Test 2. Ambik ubat. Paling terer aku leh dpt 51% je. Huhuu... Tengah2 malam buta tu siap bole whatssapp akak ipau tanya canne nak kira guna calculator 2 kuasa 5? Hahahaa huhuu boleh? Totally lost.

Sekali akak ipar reply .. 2*2*2*2*2. Hahh.. tersentap den baco. Hahahahahahahaahaa... canne aku bole lupa kan? Hhahahaaa..... adehh pedih. Aku dah sampai tahap kronik.

Aku akui aku rasa cuak gak bila dedua test tu aku try buat dpt 50% je.. ermm.. exam pulak berbayar. Kalo repeat kena bayar lagi. Apa? x mahal exam tu pun? Suka aku la aku rasa mahal sebab aku xnak membazir. :)

Tapi Alhamdullillah, start test 3 and 4 tu aku dah ok. Rasa cuak dah xde. Conpident dah sampai. Canne tu? Pengalaman mengajar. Baca aje la balik test2 yg da buat tu banyak2 kali. Nanti lekat la dlm pala otak kan? Bukan letak jawapan dia tapi lebih understand and tahu apa trick apa repeat question canne nak jawab cara jalan apa semua.

Ikutkan masa amik lesen insurans dulu mmg satu patah haram aku x paham. Tapi boleh lulus. Hhahagagaga... Org akan kata sama je cara soalan 2 exam nih. Tapi aku take more serious today and nowadays. 

So, cecara nak lulus cute adalah... buat je contoh test tu bebanyak kali. Soalan gitu2  gak yg keluar. So, wish me luck!!



Friday, June 6, 2014

SeMaNGaT

Alahaii... aku tengah semangat kobar2 ni tolong la jangan jawab..

" apa? x pasti la.."

" x sure lagi.."

" belum terbuka lagi.."

"nanti2 lah.."

Orang dah sampai ke bulan xkan hang nak dok bawah tempurung lagi kot?

Hehehe...

Kekadang kalo jumpa org gini biar la knowledge superb pun.. meme susah nak gi gak.

Huhuu...

Wednesday, June 4, 2014

iNTeRVieW

Hoh! Semalam dpt dah result Spa exam akauntan lah sgt..

Failed!! What the the.. hahhaaa...

Masa baca email tu macam sentap sikit. Erkk.. failed?

Hoh.. baru ingat kalo lulus sampaiinterview tu aku dah basuh sikit interviewer tu .. hoho..

Ye lah.. dari pengalaman aku yg lepas, masa interview dia gi tanya pulak apa logo jabatan audit? Soalan gitu tanya masa exam cukup la. Masa assessment lain pulak bentuk soklan. Ni interview nak tanya soalan gitu plak. Tanya macamana nak dapatkan untung bersih la. Ko penah keje swasta ke x? Logic x logic la soalan ko nak tanya tu kan.

( ni kata org yg marah fail interview.. )

Kalo ikut pangaman aku yg lepas2, kita gi interview co besar ek, si tukang interview tu HR exec je pun. Sekali soalan ' please introduce yourself..' Alamak.. aku rasa soalan2 skema gitu kat budak fresh grade boleh la kot ko nak tanya. Ni gi bantai tanya utk post store manager pada org yg berpengelaman sebagai store manager selama 7 tahun?

Agak2 ko kalo pengalaman kerja pun dah 10 tahun, kenapa dia nak tukar kerja?

Aku pun penah berpengalaman interview2 nak hired2 org ni. Ko ingat 1st 2nd 3rd time jumpa tu ko boleh baca orang? Silap lah wehhh..!! Utk para HR exec tu x payah la korg nak tunjuk muka poyo sgt interview org. Time ko interview dulu pun muka ko poyo je jugak. Huhuu..

Berbeza bila diinterview dgn GM or CEO company yg ada 10 branch. Aku penah. Best. Selamba. Borak2. Dari situ baru ko boleh tengok org tu canne. Xde de CEO tu nak buat muka poyo tgk muka poyo ko sampai tanya soalan poyo nak tgk canne poyonye ko nak jawab. Haa banyak gila poyo.

Sekali CEO tu tanya " why should we hire u?"

" Because i am a good manager.." Speechless dia dgr n xde suruh aku huraikan pun. Haha.. Sebab dia dah dpt jawapan pun utk soalan tu masa borak2 tadi. Kalo dia x ingat aku masih ingat. Kalo ko lupa, lepas ni mesti ko akan teringat balik. 

Lepas 5 min aku left the co terus dorg called tanya bila nak start keje. :)

Dont judge a book by its cover. Pepatah yg paling bagus untuk interview. Hard. Its hard to read people because people are keep changing. Penipu pun ramai. Sesi interview diadakan utk mengenali para calon lebih dekat. Tapi siapa nak mengaku di sini, ramai org yg menipu masa interview?




Monday, June 2, 2014

Kenduri Kawen

Musim cuti sekolah sekarang ni  memang musim org kawen. Sana sini ada je jemputan. Jalan raya musin cuti sekolah pun lengang. Kalo selama ni travel gi balik keje naik moto, musim cuti sekolah gini bole la nak merasa bawak keta. 
 Cite pasai kenduri kawen, tgk blog org pun ada je xtvt gi makan kenduri. Asal aku xde ek? Huhu.. Nak kata xde kawan ada jugak la kawan. Nak kata xde jemputan ada jemputan sebenarnya. Tapi asal aku xde gi memenuhi jemputan org ek?

 Alamak..tetiba aku teringat bahawa kita harus lah memenuhi jemputan sekiranya dijemput. Tapi!! Adalah haram untuk kita menghadiri kenduri yg x dijemput. Kalo dah tersalah makan kenduri orang lain pulak ceritanya. Sila lah ke depan tonjolkan diri n xplain pada wakil majlis. Hehhe... yelah mintak dihalalkan apa yg dah selamat masuk perut. X gitu?

 Sebenarnya masa aku nak post entry ni sebab aku dok terpikir2 gak asal aku xde org jemput dtg kenduri. Sekali bila dah mula menaip baru la teringat itu teringat ini. Huhuuu...

 Actually one of my best prend masa sekolah dulu yakni Baybee melangsungkan perkhwinan beliau pada minggu lepas, 24 May x silap. Dia jemput via fb. Canggih dah kan zaman la ni. Excited gak masa memula dpt jemputan tu sebab kami dah lama x bersua + hubungan pun dah x macam dulu akibat dek kesalahan kefahaman kekecilan hati dan memacam lagi la. Yg ni mmg aku betul2 terkilan sebab kami renggang adalah sebab SALAH FAHAM.. Sedey tau..

 Biasa la, katanya jemputan kahwin harus dijemput awal2 so, para jemputan bole nak plan pape. Ntah aku ni dah pelupa tahap nak mampus kan, elok je selepas selepas itu aku diregister kan utk kelas Unit Trust on the wedding day. And aku ok set je konon. Dah register x boleh nak ubah baru teringat. Hambik obat..

 Another wedding invitation pulak adalah dari budak se matrix dulu. Memang x rapat pun dgn budak ni tapi memang kenal la dgn dia. Tapi pun x gi gak. Ada masalah kewangan sikit. Alasan x? Hehe.. org jemput dtg makan free bukan soh bayar pun. Abi pun xde rumah sebab part-time job. Boring la nak gi berdua terkontang-kanting je dgn Damia kan?

 Ok, selain dari aku ramai x lagi yg malas nak gi kenduri? Kalo kaum mak2 ni selalu mmg kena gi bila dah dijemput sebab katanya, nanti kalo org jemput kita x gi, nanti kenduri kita org xnak dtg. Ye ke? Mak aku la dulu gitu kata masa time kitorg nak buat kenduri kahwin adik-beradik. Lepas mak aku cakap baru aku macam ooooooooo.... ye ke gitu?

 Kenduri aku? Ramai gak yg x datang. Tu sebab aku malas nak gi kenduri org. Huhu..


BaBy aNGie

Last  month my x-staff Angie aka Shalasiah dah bersalin. Erkk.. lupa plak nak tanya girl ke boy. Huuhuu.. Tau dia dah bersalin sebab post kat fb la apa lagi..

 Sebulan telah berlalu senyap. Dah xde dgr cerita apa pun. Bila teringat2 tu mmg perasan la xde latest post kat fb. Ermm..?? Something wrong somewhere ka?

 Pagi ni baru terdetik and terus called Angie tadi ni. Ye, dia masih di kampung di Perak and baby kat nicu. Saluran pernafasan kecik. Kena pakai tiub oxsigen.

 Masa Damia dlm wad kanak2 HKL dulu ada gak budak katil sebelah ni. Anak lahir twin x cukup bulan. Tapi masa mak dia cerita sorang dah meninggal macam rilex je.. Huhuu.. maybe jugak dia dah kering air mata. Yg tinggal sorg mi rasa dah 3-4 bulan tapi masih dalam wad sebab kena pantau pembesaran. Masih lagi kena pantau pernafasan. Pelik sebab kita x tau bila dikatakan baby lupa nak bernafas tau tau badan biru jee... Tu yg bahaya bila xde org jaga. Bila badan dah biru sampai satu tahap, oxsigen x sampai ke paru2 n otak..inalillah.

 So, bila dah perasan badan biru canne nak buat? Kasi baby nangis. Erk..? Jentik jari kaki ke.. so bila dia nangis tu otomatik oxsigen akan berlumba2 lah masuk ke dalam lubang hidung mulut apa semua. Oooooo... cenggitu rupanya.

 And now happen to my x-staf.

 Semoga beliau tabah cekal menghadapi dugaan ini ya Allah. Berikan sinar bahagia kepada dia. Amin ya rabbal al amin.