Friday, August 29, 2014

MeNiPu

Percaya x orang nak menipu ni mmg memacam cara..?

Today we got EGM. Biasa la after EGM closed mesti ada makan2. Kalo meeting in the morning then got breakfast. Kalo meeting petang ada high-tea pulok.

So, masa tgh2 makan tadi tetiba aku notice ada sorg Insdon pompuan ni ye ye tgh makan dgn lajunya. So aku tanya boss aku sapa tu ek? Boss aku direct gi tanya Indon tu sendiri. Katanya dia maid. Bila aku tanya balik boss aku, siapa punya maid? Boss aku terkelu. She forgot to ask the maid la tu.

Pakaian? Kemas. Kalo korg notice maid kepada org2 kaya ni kan selalu kemas2 pakaian dorang. Jarang la kita jumpa maid yg x serupa org. Kalo ada maid tu dorg x bawak keluar berjalan. Ko duduk aje la kat rumah buat keje gamaknya.

Yg bodonya si penipu ni, ini meeting bukan gi window shopping. Semua dress code office. Sapa pulak yg bawak maid gi opis..?  x gitu?

Settle2 makan maid pun hilang. Mmg aku dok perati dia dari awal. So bila lepas dia keluar tu aku nak jugak tgk dia kemana. Tapi hilang langsung x nampak2 dah.

Aku gelak dlm hati aje la..

Tapi apa yg aku notice, ada kelainan sikit apa salah seorg laki yg served kitorg tadi. Haha... mesti Indon tadi tu makwe ko kan? Aku x tanya je direct kat waiter tadi.

Cenggini punya orang pun boleh hidup.

Thursday, August 28, 2014

MaNDi

Rasa macam malas dah nak hantar Damia ke sekolah. Maleh nak berperang dgn dia pepagi butet soh bangun mandi.

Dah la nak bangunkan 1 hal nak soh mandi pulak 2 hal. Bila ditanya nak sekolah x, Damia angguk tapi soh bangun liat. 

This week aje, Monday n Tuesday Damia x sekolah. Pagi Wednesday kejut2 Damia bangun,

Mommy : Kakak nak g sekolah x?

Damia : Angguk2

Mommy : Ok bangun mandi

Damia : Geleng2

Mommy : Dah, nak gi sekolah x?

Damia : Angguk2

Mommy : Ok, x yah mandi tapi gi sekolah nak?

Damia : Anguk2 

Aduss.. 

Sudahnya selamat hantar Damia ke sekolah tanpa mandi that morning... huhuhuhuhu...

today? again x gi sekolah.

mommy pon konpius



Friday, August 22, 2014

HiLaNG

Thursday

Boss: Shida, u dont forgot the folder haa..

Punya la banyak kali boss aku remind jgn lupa bawak balik folder yg ada bank draft tu pasai hari ni aku nak kena pi lhdn byr something. LHDN Shah Alam, sebab rumah aku kat Shah Alam gak tu yg senang aku gi terus dr rumah pagi ini sepatutnya.

So, semalam punya cita, sampai rumah aku seperti biasa pi terus jemput Damia kat rumah Mak tu. Dia dah beli set kusi meja lepak2 mcm kat taman2 tasik kerajaan tu.. dia letak kat depan rumah dia. Senang nak bermesyuarat ahli lembaga tingkap. Hehee.. nope la.. senang la nak lepak2 borak2.

 So, aku sesampai letak folder atas meja and duduk sementara tunggu Damia keluar ambik beg apa semua. Semenjak2 dah tukar susu ni Damia agak hyper sket lari ke sana ke mari x reti dok diam. Beg pun x dibawak eh padahal aku gi jemput dia, dia dok lari tinggalkan aku plak kan.

 So dari duduk aku bangun gi amik beg borak2 n jalan ke rumah.

 Lama lepas tu baru teringat.. folder?!!!! Sudah.

 Gi balik kat meja dah xde. Ketuk rumah Mak tanya ada x perasan folder. Mak kata xde. Ketuk rumah depan mak, si ibu siap tanya anak, mmg xde perasan. Kata si ibu lagi, selalu beg sekolah tinggal pun terbiar sampai pagi ok je. Aku anguk2 kepala je la sebab kepala dah pening benda dah hilang.

 Its just a beg. Sapa pulak nak amik beg bebudak. Tapi kalo beg org besar ermm... kebrangkalian hilang mmg besar sbb beg org besar x sama dgn beg  kekanak. So, sama la mcm kes folder. If just folder maybe x hilang. Tapi ini clear folder and terang benderang ada cheque kat dalam tu.

  Orang sepatutnya tahu, its a cheque if cross chq lagi la xleh buat apa. Tapi cross chq pun byk kes dah sebenarnya. Org nak menipu kan, terer aje dia ubah payable to tu.

 Kalo org yg baik or biasa2 aje, bila ternampak folder and document tau dah mesti important. Sapa la plak yg tertinggal kan? Mesti org tu carik balik. So, x yah amik biar kan aje di situ.

 Another org yg baik, sebab ni tmpt public, and ini document penting, and rumah aku depan meja ni je, so baik aku simpan kan doc ni sblm org yg x bertanggung jawab. Nnt tuannya mesti ketuk pintu tanya. So aku boleh pulangkan.

 3 dr 4 rumah depan meja tu aku ketuk tanya dah tapi depa x noticed folder tu. Except 1 rumah yg lampu bernyala tp bila diketuk xde yg sambut. Tuan rumah keluar dinner kot. Mak pun kata dia keje shift malam kot tapi x tahu kol bape dorg kuar rumah gi keje. 

 :(

Canne ni adoii...

 Kita dah buat salah, telan aje la consequence nye kan. Aku x heran yg lelain kena marah ke apa ke sebab mmg salah aku. Kalo setakat chq, kita bole je cancelkan n re-print yg baru. Masalahnya aku susahkan orang. Sebab bank draft tu boss aku yg buat guna a/c dia. Dia nak kena gi bank balik la cancel and buat draft baru. Kan dah susahkan dia.

 Pastu lg all related docs are gone oso. Canne? Wish la boss aku ada scan and email to our tax-agent before. So ada la reference balik. Kalo x ke laut betul la aku nak kena call lhdn trace balik docs dah la due date kena bayar ikut surat 21 Ogos tapi depa bagi extend date to 28 Ogos. Ermm...

 Mengharap kan kuasa Allah utk menimbulkan documents tu semula..




Thursday, August 14, 2014

BuDaK

A few a months ago, masa tu aku dok melepak2 tunggu Damia main kat playground kat Giant Sek 13 Shah Alam. Mmg port faberet Damia. Every weekend mesti nak gi sana. So kalo weekend2 xde xtvt dari memboringkan diri kat rumah mommy pun gagahkan diri la melayan Damia ke sana. So sesambil Damia main mommy membaca la apa yg patut. Xkan nak melopong je tgk Damia main gelongsor lari kesana ke sini.

 Tapi, kita ni parents2 xleh la nak biarkan terus anak kita bermain2. Kena la pantau selalu. Yg paling penting keselamatan diri anak. Kang kita dok leka2 anak dah kemana mana pulak perginya. Jangan diambik orang cukup.

 Yg ke-2 paling penting kesejahteraan anak ketika bermain. Bukan hanya anak kita tapi anak orang yg lain juga. Tetiba telinga ni tertangkap kakak berdua kat sebelah ni berborak. Ceritanya lebih kurang gini, ada sorg lagi ibu anak dia pun dok bermain kat playground tu juga. Tapi anak2 depa ni dah ada terkasar sikit la dgn anak ibu tadi tu. So si ibu tu nak marah anak orang tp obvious la nampak dia mmg marah. So kakak berdua ni tadi kata..

" kalo xleh terusik sikit jgn bawak anak main kat tempat gini ramai budak2 bermain.." habis je ayat dia aku tertoleh ke kakak tadi tu..

 " kan..?" dia tanya aku. Berdesing je telinga aku dengau.. Terus aku paling dari dia.

 Sapa kata akak oii?? Ni taman permainan utk budak2 ramai2 main bersama-sama. Kalo dah anak ko nak kongker sorang apa ke jadah? Gelongsor tu anak ko dah turun, patut naik ikut tangga. Kat gelongsor tu jugak dia naik situ jugak dia turun situ naik lagi situ turun lagi. 

 Kalo gitu cara permainan nye, akak mmg terpaksa beli playground set tu letak depan rumah. Nak letak belakang rumah pun kau punya suka.

Pastu ini taman permainan untuk kanak2.. kalo dah size badan penuh gelongsor tu.. agak2 ko sesuai x? Kita tgk bebudak comey2 cute2 kecik2 lari2 kat playground tu comey la ni tetiba ada dinosor dok lari2.. comey sgt tuee..

 Yg paling aku x paham, bebudak mmg kasar bermain. Tapi yg mak ayah ni x nampak ke cemana cara anak ko bermain? Aku tgk reramai kat plyground tu anak ko je yg ada skill bermain lain dari yg lain. Ko mmg x perasan ke? Ko x reti nak tegur ke? 

Tolong ajar sikit anak2.. harta orang adalah harta orang bukan harta kau. Kalo dah public playground semua org boleh main pun bukan bermakna kau boleh nak menjahanamkan permainan tersebut.

 dol punya parents..



HaDiaH

Last July kan besday Damia yg ke 4 tahun. Kakak Lili aka anak kpd makcik yg jaga Damia tu telah menghadiahkan Damia se apa ek..? Sebuah patung? Xkan seorg patung pulak kan? Sebiji ke? Hahha...

Lily telah menghadiahkan doll Enna ke Anna ek? Alaa yg cite katun Frozen tue..? Doll si adik kepada Elsa tu. Meme comel le kan doll tu dgn rambut panjang tocang. Tapi siang tu dpt malam hari tu dah xde tocangnya sebab Damia dok sebok menyikat rambut doll tu.

Dah ke hulur ke hilir diangkut nye si doll tu. Nak ke giant pun diangkutnya. Punya la suka. Sayang x tau la sebab baru 2-3 hari je.

Sampai la ke satu pagi Damia nak bawak ke sekolah. Kang kawan amik kang canne? Tapi disebabkan setiap pagi mmg kami sentiasa lambat, nak berargue dgn Damia kang makan masa. So ok xpe. 

Mami : Kakak simpan dalam beg jgn bawak keluar ye.. nanti kawan amik
Damia : angguk kepala

Itu cerita beberapa bulan yg lepas. Dr July la ni dah masuk August.

Malam tadi la Damia dok sebok tetiba tunjuk baju Frozen,

Damia: Kan mommy, samakan doll kakak dgn baju ni..?

Mami : Hoh??!!!!!!!

Terus mami bertukar menjadi singa.

Mami : Mana patung kakak? 

Damia : Kawan yang nama Alia Damia tu amik..

Aduii..ade je yg ringan tangan aku rasa nak melempang.

Ehh.. July - Aug baru sebulan je apa..? Rasa2 budak Alia Damia tu dok berjiran je haa.. Hari tu budak tu amik magazine Barbie Damia. Nasebek mumi nampak. X kira aku mintak aje la kan. Baru sehari pun aku dok belikan Damia magazine tu ko dah amik. Padan la aku dah x nampak dah budak tu sebok berbasikal ke hulur ke hilir depan rumah aku. Dah di smuggle nya doll Damia. Huhu..