Tetiba one day Damia kat rumah kecoh mengeja
Damia : B.a Ba, C.a Ca, D.a Da Sampai la ke Z.a Za
Mommy : Wahhh bagusnya anak mommy dah pandai mengeja 'a'...
Ok, 'i' pulak
B.i bi, C.i ci, D.i di
Damia : senyap
Mommy : Cepat la kakak,
b.i bi, c.i ci, d.i di, f.i fi
Damia : Xde pun kakak belajar kat sekolah.
Mana ada cikgu ajar macam tu
Mommy : Gggrrr....#$%^*(!@#()>
Puas gak carik kot kot ada sesapa buat kelas mengajar cepat membaca.
Kalo takat google kelas cepat membaca shah alam
hampeh.. x dpt jumpa
Tetiba tadi ni canne lak mommy boleh teringat Cikgu Adibah,
cikgu ganti kelas Damia sebab cikgu asal cuti bersalin.
Cikgu Dibah ni la yg ngajar mengeja ba ca da tu hari.
Masa lepas Damia dah pandai eja ba ca da tu mommy memang excited la kan.
Tunggu punya tunggu punya tunggu bila nak masuk bi ci di pulak
sampai la ke hari ni rasa dekat 2 bulan jugak la
Bila Damia balik sekolah je mommy tanya Damia belajar apa kat sekolah tadi,
ABC
ABC
ABC
aku rasa Damia ni sekolah bukan maju ke depan tapi ngundur ke belakang
Xkan setahun dok belajar ABC
Cecikgu ni mengajar ke tidak?
Bebudak gi sekolah melepaskan batuk di tangga ke apa?
So, tadi mommy pun wassap la cikgu Dibah tu
Huhu... dia nak masuk matrix dah la pulak by middle May or end of May
2 minggu pun 2 minggu la
Janji Damia akan belajar something
Nasebek cikgu Dibah ada & tinggal berdekatan je
So, Jumaat ni 1st class Damia Cik Jara
hope allah s.w.t memberkati
amin...