Thursday, October 22, 2015

Alasan

Lama menyepi menyombong diri tetiba kak Fauzani gitau

K Fau: akak nak gitau ni tapi jgn terkejut
Aku : nape? akak nak kawen ke?
K Fau : aah

perkhh.. aku tembak tepat kena kepala

Aku : ok jom gi vietnam.

Tetiba planning onn

eh?

alasan la nak bagi jenjalan utk kali terakhir sebelum kawen.

Padahal? x penah pun kita gi jenjalan kan? kan?

actually mmg aku nak gi ho chi minh, ada projek nak dilaksanakan.
tapi xde member
:(

tetiba ajak kak fauzani on ermm.. shes bizi but still in the planning. if confirm we will rock there coming december.
rock pala bana ko
ahhahahaha

so,
kalo kak fauzani x jadi gi sebab keje yg 'bizi' sangat,
ada sesapa nak gi ho chi minh x?
jom jom?




Tuesday, October 20, 2015

GMO

PaNDuaN: PuaSa SYaWaL

Ramaiii yang masih samar2 atau x pasti bagaimana nak berpuasa di bulan Syawal yg selalunya orang kata Puasa 6 puasa 6 tu. 
Errmm.... nak puasa 6, puasa Ramadhan x berganti lagi. 
Puasa 6 dulu pastu ganti puasa Ramadhan la apa la memacam lagi la.
Macamana pula nak baca niat puasa?
Baca niat puasa ganti dulu pastu niat puasa 6 ke?

Jadi jawapannya adalah seperti di bawah, 
untuk panduan diri sendiri sebenarnya dan juga boleh membantu yg lelain bagi yg x berapa nak pasti tu.

* Puasa Syawal 6 hari tu boleh dilakukan berturutan yakni 6 hari berderet or
berselang2.
* yg penting mesti dilakukan dlm bulan Syawal

utk qadak/qadho puasa Ramadhan tu di bulan Syawal
* hanya perlu niat qadak/qadho dan berpusa la spt biasa di bulan Syawal
scr otomatik, kita akan dpt pahala utk puasa ganti yg dilakukan + pahala puasa 6 

credit to buyayahya.org 

Selain dari qadho or ganti puasa Ramadhan, selalunya applied to org pompuan la kan,
utk org lelaki dan juga org pompuan yg dah habis ganti puasa Ramadhan tapi masih nak meneruskan berpuasa di bulan Syawal,
seperti puasa isnin ka puasa khamis ka,

niatnya adalah

Contohnya : 
“ Saya niat puasa Senin digabung dengan niat puasa Syawal…” 
atau
 “ puasa Kamis dengan puasa Syawal.. “ 
atau 
“ puasa Daud dengan puasa Syawal..” 

Semoga Allah menjadikan kita ahli ibadah dan semoga Allah menerima amal kita. 
Wallahu a’lam bisshowab


Monday, October 19, 2015

Panduan: 3 WakTu DiLaRaNG MaNDi

3 waktu yg dilarang mandi :
A. 30min setelah Solat Asar
B. Setelah Maghrib
C. Setelah 'isya sehingga 12am.

* selepas masuk waktu sebab kita kan digalakkan utk solat diawal waktu

Kenapa?

A. 30min setelah asar tu waktu darah dalam badan kita tengah panas.
Jika kita mandi, akan menyebabkan badan lelah dan penat utk melakukan pekerjaan.

B. Selepas maghrib, jantung kita dah mulai lemah utk melakukan pekerjaan.
Kajian menunjukkan bahawa kalo kita mandi time ni akan 
menyebabkan paru2 boleh dimasuki dan 
menyebabkan paru2 basah.

C. Selepas isya,
saat ni jantung kita terhenti dan perlu berehat.
Kalo mandi time ni, jantung akan rosak akibat kemasukan air.

Sebaiknya mandi 1 jam selepas 12am yakni
antara jam 2-3am.
Time ni akan memberikan tenaga kpd badan kita sepertimana bateri lemah yg telah dicas semula.

Dikatakan :- 
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, Dikatakan juga:- 
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je... 
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. 
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. 
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. 
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... 
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.


Panduan: Memotong Kuku


Islam itu complete
even nak potong kuku pun ada panduan

seelok-eloknya kuku hendaklah dipotong pada hari Jumaat ye mommy
ingat..!! Jumaat

insha allah

cara urutannya cenggini



utk gambau yg aku copy paste ni..
nak scroll balik dr fb jenuh





Thursday, October 15, 2015

SPeeCHLeSS

Last Tuesday, malam, time tu abi dah tido so tinggal la mommy sdgn menonton tv disamping Damia yg tak lekang dgn buku. Alhamdullillah.. anak mommy mmg rajin study.

Tetiba..

Damia : mommy tau x, kakak tgk kawan kakak yg nama din tu macam rindu je dgn akak
Mommy : hoh..?? apa kakak?
Damia : kawan kakak yg nama din tu mcm rindu je dgn kakak
Mommy : kenapa kakak kata macam rindu dgn kakak?
Damia : ye la.. kakak nak main dgn echa dgn kalisha, tiba2 din tu tgk je kakak. Pastu dia senyum dekat kakak, lepas tu kakak senyum la balik dekat dia
Mommy : ermm ermmm errmmm...

Seriously
mommy xtau canne nak feed back

anak aku baru baru 5 tahun dah kata nanti dah besar kakak kena 'bekawen'..

huhuh

lol

Tuesday, October 13, 2015

iQRa 1



Syukur alhamdullillah Damia dah habis iqra 1 last friday 9 Oktober 2015.
Monday nanti yakni semalam dah start iqra 2 pulak.

Good girl kakak.
Belajar rajin2 tau
rajin2 gi ngaji jangan asyik nak monteng yo..

Last weekend bawak Damia keluar.
Pi la giant kejap
dulu damia mesti nak pi main taman tu
tapi hari tu damia cakap

damia : taman ni untuk adik2 aje, kakak2 x main taman
mommy : aah pandai kakak ni, aah betul taman ni utk adik2 aje.
so mana tmpt kakak2?
damia : kakak2 pegi kedai buku. ni kakak2 yg main ni dia x nak pandai la tu
mommy : hhuhuuuhu... ok lepas ni kita gi kedai buku ye..



Monday, October 12, 2015

aSTRoKK

Last week haku dah hangin dah so sekarang dah rileks

Al-kisah
Dulu2 hubby ai kan dia langgan astro max. Hoh astro max?

Sapa yg x penah dgr, astro max ni kiranya mahal la. Mana x mahal, nak register pun RM800 +-. Dulu RM800 mahal la tu dalam tahun 2006-2007 kott..

Apa istimewa astro max ni compared to normal astro? Yg lelain x ingat dah tapi yg paling aku ingat ada recording. Astro biasa xde record system.

Lepas tu astro pi keluarkan beyond. Then kitorg received called fr astro suruh kitorg tukar dari max ke beyond. Ehhh apa pasai pulak nak kena tukar kan? Ko ingat astro max tu murah?

Owhh.. dia kata beyond pun ada record jugak. Akak akak jgn risau la kitorg xkan caj punya. Soh tukar ni sebab kitrog xde keluarkan max lagi in future. Ai x kisah la korg xde keluarkan lg ke tidak ke tp pasai apa nak soh tukar pulak? Owhh nanti anything happend kat decoder max susah pulak. Owhh only if we can enjoy the same benefit onlly we will change. Otherwise kitorg x nampak apa pasai nak kena tukar kan? Bila dah kata kena tukar jugak, n kitorg dpt same benefit baru lah kitorg tukar.

Bila dah tukar beyond tu, apa cer?
Let say kita beli channel hbo kan ada movie yg best2 kononnya. So kita record la. Pastu movie dia dari tahun lepas smp tahun ni depa dok ulang movie yg sammaaaaaaa jee. So apa kejadah nak langgan lagi ye x? Record kan ada?
So, bila kita terminate je channel hbo and yg seangkatan dgnnya tu,
bila astro max - semua movie yg kita dah record still ada.
bila beyond - semua movie yg kita dah record tu pun xde sama.
Nampak x permainan astro kat situ?

Pastu, bebaru ni dalam bulan 8 yg lepas, hubby ai dok pi rajin nor pi lodge report complain la, decoder tu selalu 'hang'. Pastu dah 2 hari technician called. Soh buat gitu, soh buat gini pastu still selalu 'hang' jugak. Pastu apa yg berlaku? Dorg dtg bukannya dok repair decoder tu tapi dtg tukar ke decoder yg baru.

Lepas tukar decoder yg baru apa yg berlaku?
Aku tgk kekerapan 'hang' tu lg kerap tp laki aku malas nak complain. Just off then onn balik.
Pastu aku dok konpius pasai pa bill astro aku mahal RM10.60. Memula ingat sebab dorg diam2 naikkan caj. Aku x amik port lg. Pastu ntah canne aku pun dok belek la bill. Aku buat comparison current bill dgn old.
Owhh... rupanya dorg dok caj aku punya recording.

So, aku pun called la astro. Tanya, dorg simply2 jawab promotion dah tamat.
Promotion apa yg tamat?
Promotion utk recording. Dulu akak amik 2nd decoder kan dpt promotion utk free recording. Promotion tu 2 thn je kak.
Oooo 2 tahun promotion free, cer tgk bila date aku register 2nd decoder?
2nd decoder tu akak register pada Jan 2012 and end Jan 2014.
Jadi kenapa dari Feb 2014 tu awak x caj saya? And br sekrg awak nak caj?
Ermm ermm ermm.. sy x pasti kak sebab sy bahagian pakej. Akak kena call bahagian billing kak.. xpe sy help akak buat report.
Ok fine.

Pastu aku called billing, dorg kata dah received report.

Then, aku email.

Ni akuk rasa dah berbalas2 email dekat 3-4 kali dah ni.
Dorg dok ulang yg promotion dah habis.
Lagi nak terer budak ni reply email aku kata aku melanggan dari 2010, so promotion dah end 2012.

Aku reply la apa ke logiknya promotion end 2012 korang smp sekarang x caj lebih 3 thn dah. X buat keje ke apa?
Ehh xde la aku reply gitu.
Aku kata, free tu bukan dapat dr memana promotion. Aku dpt dr pertukaran dr astro max ke beyond. Sila kemaskini akaun aku.

Cakap byk mmg xde guna sebab kita bercakap melalui tulisan. Nak senang korg kena call aku. Nak harap aku call astro mcm bangang je, nak tunggu lama pastu ntah sesapa yg jawab call menjawab pun terbangak-bangak jugak.
Dorg ni mmg xde officer in-charged sesuatu kes ke apa.
Kan susah bila everytime org lain yg in-charged. Bila aku reply lepas tu another org yg reply. So, dorg mmg xkan study detail la apa yg berlaku betul x?

Yg aku called hari tu pun xde jugak org yg reply call.

Owh.. laki aku called baru sat ni org astro called.
Ok fine. Nasebek aku dah share dgn laki aku apa yg berlaku.

Senang cerita macamni la, aku reply email last friday,
kesilapan mungkin berlaku ketika pertukaran decoder yg baru last ogos. Tanpa selidik usul perikda akaun kitorg, astro senang2 bill recording charges. Pastu bila ditanya senang2 pulak jawab promotion dah habis.
Kalo pihak astro masih caj, kami dgn senang hati mahu terminate akaun astro.

Senang cerita.

Lagi satu, mmg dah lama aku nak terminate. Tapi laki aku syg bebenor dari astro max dia tu. Padahal jimat RM10 jekk bila ada gst ni jimat RM10.60.

So aku ckp, kita terminate. Dah xde alasan or benefit pun kalo kita terus melanggan astro.
Terus laki aku patah ayat.
Betul dah xde keistimewaan.

Lagipun cite tivi yg aku selalu tgk cite korea je. Running man. Semua tu boleh dapat dr internet dr youtube. Baik langgan internet unlimited je. Betoi x?

Tgk ptg ni apa astro nak kata. Td dia kata akan return call jam 3pm.


The point is
Asalnya kita dpt free. Utk apa kita tukar kepada sesuatu yg baru dan dikenakan caj betul x?