Sebelum ni rasa macam berangan je nak ke UK.
Abi macam x berminat sebab tix je dah mahal.
Ye la murah pada korang tapi mahal pada kami, camtu.
Bila mak ngah konpem je nak ke UK, aku terus zas zas cek tix price.
Hehhee... Planning katanya kan.
Persediaan dari segi mental katanya tengok hage tix camtu.
Lama2 rasa macam mimpi aje la.
Tetiba end last year nenek beriya ajak gi UK.
Nak melawat anak menantu cucu katanya.
Sekali lagi aku zas zas check tix.
Mulanya plan gi berdua aje la dengan nenek. Rasa mampu berdua.
Tapi kemudian abi soh bawak Damia biar dia gi jenjalan.
Selepas itu nenek senyap.
Pulakkk.... kan.
Entaah macamana, semalam tetiba je abi pun bagi green light.
Hoihhh...
This time x boleh nak tarik balik ye abi.
Perghhhhhhh........
Insha Allah... ada rezeki kita jumpa ye mak ngah, pak ngah, echa, aisyah n saifullah...
tunggguuuuuu kami datang.
Pening nak cari tix murah canne.
Xtau.
Kalo dari awal riki riki hari tu, banyak cerita baca.
1- Vietnam airline memang murah.
Boleh dapat RM2200/pax macam tu return tix.
Tapi kena transit Ho Chi Minh la.
Since penah gi sana so aku x kisah sgt transit sana.
Transit lama sikit boleh ke Ben Than.
Pekena kopi kawwwww dia.
Perkhhh.... sembelit jadinya.
2- According tu what 'Pemburu Tiket Murah',
boleh dapat jugak dalam RM1600/pax.
Tapi banyak keje.
Dari KL-Tehran kot by Air Asia.
Lepas tu amik another airlines ke UK.
Ada pro & cons.
i - cons dia kalo AA delay ke pehtu tertinggal fligh dari Tehran-UK,
uiii memang ngeri nak beli tix on the spot nanti.
Boleh dielakkan insha allah kalo beli tix yg jauh gapnya.
ii - pro nya dapat tix murah.
Tapi frankly speaking paling jauh aku penah gi pun Ho Chi Minh.
Naik 1 flight je.
* eh aku penah gi China la.
Tapi tetap 1 flight je..
Haaa kau.. ni nak ke Tehran sana?
Pehtu nak ke UK?
ada berani nak acah2 gamble 1st timer?
errrmmmm....?????
3. Naik la memana airline & bayar aje la tix.
Paling murah aku tgk RM3200/pax.
Dgn pak ngah boleh plak kata nak tour europe kan.
Perkhh.... besau nau belanja tix nih.
Aku nak cari max RM7000/family
2 adult + 1 kid
ada x?
Tapi baru tadi ni aku cek skyscanner.
Boleh je dapat RM6200/family ni sekali naik Thai airlines.
Transit bangkok x silap pun 22 hours.
Berpeluh ketiak.
Nak murah punya pasal konon.
Tapi cer masukkan sekali expenses makan minum utk 22 hours kat Bangkok tu nanti.
Berapa dah kan?
4. Last night mak ngah kata Qatar airlines last time offer
£300/pax KL-Edin.
Woww... murah jugak
Dr Edin-New Castle naik bas £7/pax.
Kata kan nak berjalan-jalan.
Haa.... jalan la.
5. Pemburu Tiket Murah tu ada offer
open tix valid Jan 2017-Dec 2018
RM2250/pax for adult
RM2000 utk Damia.
Woww... menarik jugak.
Book now pay 50%
and bal 50% pay 45days before departure.
X payah dah nak pening2
Aku tanya gak kot any other suggestion boleh dpt lagi murah tix.
Dorang reply since nak gi lambat lagi,
boleh tunggu coming Jan 2017 punya offer pulak.
6. bersambung
sebab nak gi lambat lagi tahun depan lepas raya.
excited mommy taww