Wednesday, April 19, 2017

Lower Back Pain

Uii..penyakit ni mmg dah jadi penyakit keturunan anak beranak pak Arshad ke canne aku pun xtau.

Tiba giliran aku la pulak kan ini kali.

Dah rajin bebenor duduk salah position masa tgh google2 utk travel ke uk ni, semua blog nak riki nak baca canne journey orang lain sampaikan ke jam 4 pagi Ahad.

Kol 3pm aku dah start sakit. Tgh mandi dia tangkap. Perkhhh...!!

Sampai ke petang sakit dia tahap sampai terlantar tanpa boleh bergerak waima seinci. Senget sikit perkkhhh.... sakit menyerang. 

Masuk malam around 9pm ke dah start pulak even berbaring saje pun sakit. Uiii... azab boto la.

Ptg td tu ada la bersms dgn sepupu gitau dia aku sakit. Sebab last time dia pernah sakit gitu. Aku pun pernah jugak rasa sakit tulang belakang ni sebab last time masa zaman study kat UiTM dedulu aku keje part time di A&W. A&W kan ke root beer guna mug. So mug tu simpan per tray. 1 tray tu ada la dalam 6-8 mug kot. So kitorg gagah mengangkat se tray se tray tu lelama dia tangkap la tulang belakang ni. Zaman study merempit pulak naik motor. Uiiii azab betul la bila terhentak ke langgar lubang ke lalu bonggol ke. Azab ....azab...

Xde pulak aku ke klinik. Mana xnya duit nak soru pun miss ada hati lagi nak ke klinik?

Masa sekolah dulu, pernah teman mak aku ke klinik sebab sakit yg sama. One day tu selisih dgn ada seorang makcik yg dgn rela hati mensuggestkan spy mak aku tidur bertilamkan papan untuk membetulkan kembali postur badan yg dah lari. Masa dgr tu kami macam "ooooo... itu macam ka?" "Iye sebab saya selalu sakit macam tu..."

Bila teringatkan kata2 makcik tu la yg aku start treatment sendiri sendiri je yakni aku x pernah tidur atas lantai atas simen atas tikar getah. Aku mesti berbaring berlapikkan tilam. Wajib.

Itu yg aku ingatkan sepupu kena benda yg sama dgn zaman aku studi dulu2.

Ptg tu sepupu reply wasap pesan jangan simpan. Segera gi hospital sebab memang azab. Sepupu x silap slip dics.

Sekali sampai ke malam azab lebih pedih. Berbaring saje pun sakit. Sakit x boleh nak digambarkan.

Masuk jam 12am, aku soh abi kol ambulan je. Sebab aku berjalan ke kereta pun adalah tidak mungkin sama sekali. Gerak sikit pun aku menjerit hoi.

Sekali abi terpaksa jugak call ambulan sebab aku sakit giler. Owh... aku dpt dgr apa yg abi cakapkan di phone sebab aku masih berjaga, x boleh tidur dan tidak pengsan. Sebab aku masih berjaga aku dikategorikan tahap 4 yakni bukan kritikal dan boleh ditunggu lagi. Mereka terpaksa utamakan mana yg kritikal saja. Okya fine....mungkin nak tunggu aku tak sedarkan diri baru ambulan tu datang enong nenong nenong gamaknya.

Azab semakin pedih, cadang nak gi ke Salam Hospital je. Dekat sikit dari rumah sebab menurut org talian kecemasan tu, ambulan yg dg nanti akan hantar ke Hospital Klang. Jauh la pulak kan? Canne abi nak drive ke Klang sana kalo 10 tahun dok Cheras-Kajang pun masih sesat. Inikan Klang????

Rupanya private hosp pun xde ambulan. Dia ada 1 badan or organisasi or company (whateverlah..) yang menyediakan perkhidmatan ambulan. So nanti kita call je then gtau dorg hantar ke sekian sekian sepital. Ye ke? Entah.. Itu adalah info yg kitorg dpt dr Salam Hospital tu.

Then, selesai called, abi gtau, Salam kata deposit RM2k. Pastu abi diam. Dalam sakit2 tu sempat lagi aku tanya, RM2k terus terdiam ke?

Tadi sebelum call Salam dah decide, gi Salam aje lah sebab dekat pun dekat. Bayar sikit la janji mudah dan senang. Nak gi uk lagi erbelas ribu habis ni utk kesihatan dan kemudahan.

Tetiba lepas dgr deposit RM2k abi terus senyap?

Lepas terdiam 10 saat tu terus ambulan call semula mengatakan mereka akan sampai lagi 20 minit.

Elok je MA kot sebab aku x rasa doktor, sampai2 je tanya aku kencing senang x? Apa punya soalan..

"x, saya tanya kencing lawas x?"
"Lawasss" aku jawab.
"period dah belum?"
"baru je habis..."

Dia pun masuk ubat.. 

" patut ok dah ni. Saya dah masuk 3 ubat sekali jalan..."  Kemudian MA tu soh anak buah abi turun bawah, cakap kat driver ambulan tu soh bawak apa pulak namanya lupa dah. Katil pengusung tu la, Oooo...sekarang mana ada usung2, katil siap roda terus toak je senang.

"dia x nak bangun nak wat cemana" amboii... Nasibkan aku sakit je.

Lepas katil tu sampai soh aku bangun naik katil tu. ABi nak tolong la nampak aku mcm payah sgt. 
" Xpe, dia boleh tu...."

Aku dengarkan je ko nak cakap apa ye.

Aku pun try jugak mengensot ke katil. Then abi nak tolong. Bila difikirkan tadi ko dah masukkan ubat tahan sakit kan, so aku percaya mesti rasa sakit tu dah kurang sngt. So aku pun pelan2 try, sekali krakkkk....... menjerit la beta di kedinginan pagi nan syahdu tu...

Yg aku x caya sangat abi boleh dukung aku naik atas stretcher. Haa... ingat pown.
Ada yg aku sihat nanti abi pulak yg sakit. Unbelievable betul abi angkat aku. Hehehehehehee...

Sekali masa kat dalam ambulan on the way tu MA tu cakap.

"nak kata batu karang sebab kencing x lawas macam ye tapi bukan, nak kata pregnant tapi baru habis period....." Dia pelik simptom tu nampak macam ye tapi bukan sebab dia dah masukkan 3dos ubat tapi aku still sakit.

Pastu aku pun bukak la cite, aku pernah keje a&w dan ada 3-4x incident aku sakit belakang tapi kali dia the worst one and dah lama aku x pernah sakit gini.

"oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo"

Baru dia mengucap panjang. Maybe aku kes blablbala...apa apa lah.

Patut la 3 dos ubat tu selalu saya bagi memang jalan. Patut akak xde kesan. Salah ubat. Patut saya bagi morfin baru boleh jalan.

Ye lah dah kau bukannya sakit. Ko tgk je baget ko tau terus pehtu mcm nak perkecilkan org yg tgh sakit ni macam sakit mengada-ngada. Nasebek aku x lempang je ko dari tadi.

Tapi xde la aku kata gitu ke dia. Hahahuhuhu....

Pehtu MA tu pesan soh aku gtau camtu ke doktor sebab kang x pasai2 doktor dok godek perut aku tapi ok je kang. Huhh

2x gak doktor soh aku tunjuk part mana sakit. Memang part situ xtau la dia nak pelik2 ke nak kata mustahil ke. Lepas xray pun tulang aku ok. Alhamdullillah bukan slip disc. Takot jugak weyy..

Tadi MA tanya aku antara 1-10 mana tahap sakit aku. Selamba aku jawab 10 ye lah bukan sebab ngengada tapi mmg sakit.

1st ubat inject bontot. Boleh rasa sakit berkurang dari 10 ke 2. Tapi sekejap je kemudian naik 3 naik 4. Pastu gi xray.

Lepas xray aku gtau nurse aku sakit lagi.

Doktor datang. Sebab aku terbaring je then doktor naikkan kepala tilam sikit sikit. Sekali lagi naik aku nak menjerit..uiiihhhh sakit.

Then masuk 2nd ubat terus aku semua yg aku nampak berpinar. Terasa ubat dari tangan naik ke kepala. Aku tanya gak ubat apa tapi nurse x gtau pun nama ubat tu just gtau ubat tu jauh lebih kuat dari 1st ubat.

X lama aku mamai terlelap kejap kot sebab doktor datang tanya sakit lagi x? Ermmm... sbb aku berbaring aku pun xtau kalo gerak sakit atau x sebab aku dah bole keluar.

Aku cakap kalo sakit lagi
"Memang la sakit..."
" Kalo sakit boleh jalan ok lagi. Ni baring pun sakit...." Ye baru doktor nak paham maksud aku.
Tapi x sakit dah ni. So aku pun boleh keluar tanpa warded.

Alhamdulllillah.

Dapat la mc 2 hari Isnin and Selasa dan aku menjadi robot utk 2 hari tu.

Owwh Isnin pagi tu sampai rumah aku nak bubur. Abi beli la bubur McD. X boleh telan sebab nak muntah. 2x aku try makan tapi last2 aku gi toilet sbb rasa nak terberi ada nak muntah lagi lah ada.

After that baru aku notice. Rasa nak muntah tu macam masa aku lepas scezer Damia. Rupanya kesan ubat masih ada tu sebab bila masuk perut je terus nak muntah,

Keluar toilet x jadi makan aku terus masuk bilik naik katil tidur kroh kroh krohhh....

Hari ni dah keje siap naik motor lagi.

Pagi tadi kat office ada gak sengal2 sikit. Xleh nak dok lama. 

Owhh ye, doktor cakap aku ada batu karang tapi kecik2.

Sebab main sakit aku rasa adalah lower back ni so aku pun x heran sangat dgn batu karang. Doktor pun cakap xpe sebab kecik2 je. Pastu langsung aku x tanya pasal batu karang tu.

Dan sekarang aku baru nak terkial2 dan terhegeh2 kat mana nak korek info pasal batu karang?

Wadahek







Wednesday, April 12, 2017

Tidur lewat

Tengok jam dah menunjukkan andka 12.30am and mommy still wake up?

Rumah aku ni baru terminate astrokkk tu dan terus sambung unify dengan harapan tinggi menggunung untuk trade shares la kan. Memalam nak riki kaunter study candle ke jantung ke.

Sekali lepas selamat terminate dan sambung unfiy, living style pulak berubah.

Sebab Damia perlu untuk dilatih tidur on time supaya dia mendapat rehat yg mencukupi untuk membolehkan damia bangun pagi, makanya tidur time untuk damia telah direvised ke jam 9.30pm.

Bagus untuk damia tetapi malang untuk mommy sebab anak bertuah tu selagi mommy x tidur sama dia pun x tidur. Maka mommy terpaksa menidurkan dia. Ketika waktu itulah dgn mommy2 sekali akan terlelap sampai keesokan harinya.

Benda ni dah menjadi rutin  dr awal sekolah sehingga sekarang almost 4 month mommy pun tido on time. Paling lewat jam 10pm mengantuk dah. Hoh! Sesia je bayor unify RM180 sebulan.

Okay hari ini merupakan hari kedua mommy berlatih utk tidur lewat. Ni ngantuk dah ni. Maintain selama seminggu ke insha allah masalah tidur awal boleh settle.

Moh cari duit untuk shopping di uk...!!!!

Chaiyok chaiyokk

Friday, April 7, 2017

Tix Train London - New Castle


Mok ngah message smlm inform tix murah boleh la beli.

Beli awai2 murah katanya.

Beli lambat harga makin naik.

Jadi marilah kita menggoogle n godek.


Sunday, April 2, 2017

Check result exam sekolah

zaman teknologi sekarang ni memang memudahkan kerja.
alhamdullillah.


aku je yang terlambat tau.
Bila ada parents yg share kat group baru tau wujudnya website ni.

So tanpa membuang masa achik pun zas zas
boleh rujuk link di bawah.
sama je



hari tu damia jawab aku dia dapat no 11,
"apa salahnya no jugak kan?"

saje jugak aku print nak tunjuk kat dia dapat no berapa.

dalam kelas dapat no 22/42
antara darjah no 41

huh
sikit lagi nak kena singkir

tapi biasalah

damia still x faham

dia macam ala-ala

so...?

aiLee GoBLiN OST


my favourite song ever