Saturday, September 16, 2017

Coventry + Birmingham + Bicester Village 09/2017


Pening mikior mcmana nak ke Heathrow dari New Castle. Nak naik train ke King Cross pehtu naik subway ke Heathrow ke canne. Sebab mikior tu beg & luggage bapak berat. Mampus.. 

Nasebek Aunty Anis pelawa lelepak kat rumah dia before balik Malaysia. So naik bas dulu dari New Castle ke Coventry. Happy la mia dapat naik bas double decker ni. Gbp10.00. Mia free sebab kekanak ribena lagi. 




Ni baru sampai terminal bas di Coventry. Time ni tunggu husband Anis balik kerja jemput di terminal ni ha.. so melanguk la kami berdua. 




 




















Di Bicester Village lepas sejam sampai lebih kurang hujan pon turunnnnn... sedey..!














Terima kasih Anis & Najmi, sudi ajak kami tido ghumah tau. Time ni depa duduk Coventry lagi, tu nampak Anis tgh pegnant. Lepas baby kuar depa pindah rumah lain hok beso sikit lupa dah kat mana. Abi bercita2 lagi nak gi UK selagi Anis ada lagi kat sana kan. Nak balik ke dlm masa terdekat? Rasa x sbb updated 2021 Najmi dah dpt PR. Najmi ni lepas gradt master kat Rusia keje jap kat German pehtu dtg UK keje sampaiiiiiii la updated 2022 until now.



Monday, September 11, 2017

SeWa KeReTa Di UK

Senang je untuk sewa kereta di UK.

Lesen Malaysia valid selama setahun di UK jikalau berpindah ke UK. Kalo setakat untuk melancong 1-2 minggu, bole je guna jugak. X perlu untuk pi JPJ mintak translate lesen sebab lesen kita tu dah memang dwibahasa.

Masa 1st time sewa tu kitorang plan ke Manchester. 

Memula type je di google contoh car rental in Newcastle. Nanti keluar la berderet-deret suggesion seperti Rentalcars. Website ni fungsinya sama spt agoda, booking.com etc. or boleh gi direct ke website car hire tu sendiri spt Hertz, Budget, Easyrent etc.

1st time rent tu memang terkena betul. 
Sewa keta 3 hari £34+Insurans full coverage katanya (3rd party) £35= £69 (bayar pd rentalcars.com. ) Then smp hertz baru tau insurans awal tu only cover 3rd party then tambah £66 but then bila return ada xtra milage apa ke jadah apa semua total byr pada Hertz £102 which is grand total utk sewa 3 hari tu £171 *5.85 = RM10++.00

Di UK ni insurans memang hidup. Insurans tu la yg terlebih hidupnya sebab, harga insurans lebih mahal dari harga sewa kereta itu sendiri. Boleh?

Let say utk 3 hari, sewa kereta je baru la £34 tapi full cover insurans utk 3 hari adalah £66. 

Dinasihatkan utk tidak membeli insurans full cover melalui website agen spt rentalcars tu. Just booked kereta je. Sebab nanti ketika kita nak collect kereta tu, kita akan deal direct dgn car hire spt Hertz tu sendiri. Ketika tu nanti dorang akan tanya insurans lagi.

Masa nak collect 1st time rent car tu la baru tahu. Masa booked kereta melalui rentalcars tu dah beli dah insurans utk full cover katanya tetapi rupanya adalah insurans full cover utk 3rd party. Habis kalo anything happend canne?

Member kpd abang aku yg stay UK pernah terkena. Depa gamble je sewa keta tanpa insurans. But then masa return tu mmg dorg akan godek habis la kereta dan malang tidak berbau ada tergores sikitttt je dan mereka diminta utk membayar harga goresan tersebut sbyk £500. Memandangkan yg menyewa tu 5 orang bujang so share la seorang £100. Bayangkan kalo aku sefamily xkan nak bahagi 3 kot Damia pun kena bayar kan? Xke naya?

Walaupun share seorang £100 tapi £100 still a lot of money okay. X berbaloi sungguh. Kalo beli insurans full cover baru £66 utk 3 hari. Nak pedajal pun sila la hehhee... 

So bila dah tau tu, 2nd time sewa keta tu gi survey dulu kat rentalcars then pi direct ke website car hire tu which is kitorg sewa dgn easirent

Just booked car sahaja. Jgn buat lebih dari itu. Masa nak collect nanti baru beli insurans. Memandangkan this time nak gi Scotland, abg aku cakap Scotland nak naik bukit apa semua lasak, jalan pun x berapa nak cantik ye lah kawasan bukit, so kami sekali lg beli full cover insurans + insurans utk cover flat tyre + cover wind screen. Total sewa kali ni £34 + £72 = £106 *5.8 = RM624. Banyak giler jimat kan? Kan? 

Ketika nak sewa kereta sila pastikan :-

1- insurans full coverage tu mesti unlimited mileage.
    aku kena tipu masa 1st time dgn Hertz tu dia bagi limited mileage. Padahal harga sama dgn 2nd           time sewa.

2- Pastikan kereta yg disewa adalah unlimited mileage.
    Kereta yg aku sewa 1st time tu memang unlimited mileage tapi insurans tu yg unlimited? Bongok       betul..!

Pastikan la beli insurans full cover tu ketenangan fikiran ketika bercuti. Ye lah, bila kita dah tahu jenis risiko ni mula la cuak, teragak2, takut2 pape terjadi. Jadi lebih baik beli aje insuransnya. Nak kasi rembat itu kereta pun xpe. Full cover kan? (jangan ikut pulak cadangan aku ni ..)

K bai