Friday, May 29, 2020

KDrama - Memories of The Alhambra


KDrama ni sebenarnya memang banyak cerita yang bagus2 sampai bila sepupu suruh suggest yg mana aku jadi blur x tau nak suggest yg mana.

Kang suggest salah genre yg x kena dgn taste dia kang terus dia kata x best pun KDrama ni...
Tetiba aku kisah la pulak kan..

So, di sebabkan beliau adalah seorang IT developer yg hebat, jadi aku suggest beliau tgk cite Memories of The Alhambra nih.

Cite ni pasal hero- Hyun Bin ni ada co. yg develop games.
bla and blaaa mystery nya start di Granada, 
bila si Hyun Bin ni pi main games macam 'reality games'.
Well actually, the owner who develop the games called Hyun Bin and offer to sell.

Banyak hal & peristiwa yang berlaku sepanjang Hyun Bin main game ni. 
Seolah ada misteri yg x terungkap. jadi utk merungkai misteri tu Hyun Bin keep continue playing to the next level until the end.

Lakonan yg sgt mantap pada aku utk Hyun Bin.
Berlakon untuk aksi berlawan menggunakan imagination weapon was superb. 
Cabarannya menurut Hyun Bin adalah utk membuatkan lakonannya seolah real.

Watak heroin ni ermmm mcm kalo xde heroin mcm x best pulak kan. So terpaksa la kena adakan jugak watak heroin. tu je..

Genre : Sains Fantasy
Episod : 16
Release Date : 1/12/2018 - 20/1/2019

Mana nak tonton?
Google je nnt jumpa la link.
Yg pasti Netflix ada.


Hakak bagi 10 bintang  !!!



KDrama


Last week pi raya rumah sepupu, borak punya borak keluar topik cite korea. Aku lebih suka drama korea compared to drama Malaysia.
Kenapa?

Korang cuba dulu tonton drama korea tanpa prejudis, kendian maybe korang akan realize ada big different between both.

Drama Melayu ni kebanyakan memang hanya cerita cinta. Jadi jalan cerita dia pun asyik2 dialog pasai cinta. U know, kita hidup ni mmg 24 jam cakap pasal masalah cinta je ke?

8 jam kita kat tmpt keje, maybe 2 jam dalam jam pergi n balik dr kerja. Banyak masa kita focus pd kerja x teringat pun malam tadi bertekak bagai nak rak dgn boyfriend.

Kerja pun ada banyak yang wujud, ada doktor kalo nak hebat sikit, ada arkitek, ada engineer, ada nurse, ada store manager etc.

Tapi dalam drama Melayu penonton x dapat apa2 info apa sebenarnya job scope seorang site engineer ni, apa sebenarnya bidang tugas seorang auditor, sebenarnya apa fungsi seorang finance controller. 

Dalam drama Melayu ni, bila dia tgh sedih bakal mak metua x sudi bermenantukan dia, pelakon dia akan sedih muka cembeng. Kemudian best friend dia datang tanya " kenapa kau sedih ni? Cembeng je muka..."  Kenapa perlu emosi pelakon tu perlu dihurai dengan dialog? Mcm dah buang masa kat situ.

Jadi watak dan jalan cerita tidak berkembang dan tiada perkembangan.

Dalam 'The making' cite Goblin, Gong Yoo tu advise kat pelakon kanak2 masa tu scene kat kubur bapak budak tu. 

Utk menunjukkan emosi tidak semestinya perlu menangis.

Sepupu pun tanya, so apa cite yg best suggest kat aku nak tengok.

Ermmm ermmm... payah jugak nak suggest sbb drama korea ni terlalu banyak genre. Cite doktor ada, cite lawyer ada, cite hantu ada, cinta cinta mmg ada la kan. So aku pun ermmm ermmm ermmm....



Monday, May 11, 2020

COVID-19 - TReND ViRaL


Bila orang reramai dah terperuk kat rumah, haaa macam2 la perangai idea peel timbul. Hahahha...

Antaranya : - 

🌟 Senarai Korean Drama utk rujukan & ditonton bersama siap dgn link setiap episod. 

🌟 Resepi lauk pauk untuk berbuka puasa

🌟 Siap ada FB group masak apa x jadi hari ni 🤣🤣

🌟 Peningkatan pembelian secara online - courier svc jadi jammed yakni memerlukan masa yang lebih lama utk smp pd pembeli




Sementara antara yg jadi topik berbahasan ramai Jabatan Netizen Negara :-

🌟 Isu 'tudung' PPE 

🌟 Perangai netizen yg langgar PKP

🌟 Perangai Kayangan

🌟 Rohingya / PATI / Warga asing

🌟 BPN 
- yg x patut dpt boleh dpt seperti Rosmah Mansur 😂 
- Netizen dok bantai post kat fb mereka x layak dpt BPN ( ada tanda riak di situ )

🌟 Ebit Liew
yang meletup ni kes di Kedah.

🌟 Boikot Jakel
kesan dari kes salah seorang adik beradik Jakel yang dikatakan telah menghina Melayu, Jabatan Netizen telah menyeru untuk memboikot Jakel.




Yang Naik jadi trending :-

husband & wife ni naik mendadak youtube channel mereka kerana both yg low profile, bukan orang have-have, kaum India tetapi berbahasa Melayu malah fasih lagi. Bila baca kisah mereka ni, rupanya ada follower depa siap bagi rempah ratus utk digunakan ketika bersiaran malah ada juga yg sponsor mixer , periuk bertekanan tinggi mcm noxxa tu and etc. Bagus betul kan rakyat Malaysia support each other.

Netizen telah bercadang beramai2 beralih kepada koleksi milik Ebit Liew. Akibat dari permintaan yg meningkat secara mendadak, Ebit Liew ada post di fb menawarkan 1000 pekerjaan sebagai tukang jahit. Wow!!!



apa lagi?
lain kali la sambung 
bai



COVID-19 - PKP

Pernah terlintas x kita hidup di zaman moden canggih ni tapi kena kurung dalam rumah x boleh gi memana?

Sejarah tahun 2020 bukan saja melibatkan Malaysia tapi hampir keseluruh negara satu dunia.

PKP - Perintah Kawalan Pergerakan

FASA 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
FASA 2: 01 APR - 14 APR 2020
FASA 3: 15 APR - 28 APR 2020
FASA 4: 29 APR - 12 MEI 2020

📌 Tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP
📌PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadan, tiada terawih di masjid.
📌Tiada buffet Ramadan di hotel-hotel seperti tahun-tahun sebelumnya.
📌Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung.
📌Tiada bunyi mercun, tiada yg cedera akibat mercun.
📍 Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
📍Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid dihantar dlm group what'sapp.
📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Bersalam tangan ditukar dgn meletak tgn di dada.
📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan. Beratur hingga berpuluh meter ke luar kedai.
📍 Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus dan dibawa pulang sahaja. Food rider ibarat cendawan tumbuh lepas hujan. Ada yg kantoi jual rokok seludup dan ketum.
📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.
📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan. Kawasan tumpuan di bukit bintang sunyi sepi yg sblm ini sesak dan padat 24 jam. Ibarat tiada waktu tidur.
📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan. Tp diganti dgn nikah online.
📍Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.
📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu juga tidak dibenarkan.
📍Taman permainan kanak-kanak ditutup.
📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
📍Rak-rak di kedai menjadi kosong.
📍Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari jam 5 ptg.
📍 Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 mlm.
📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"
Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭