Thursday, June 25, 2020

Ready Enough?

Macamana ye nak mulakan ayat? Apa saja keputusan yang kita buat, selalu kita mesti fikir sehabis baik. Dulu, masa aku tgh buat degree, borak2 among friends of cos la tersentuh bab bakal suami. Macam2 la kriteria bebudak ni bagi nak itu la nak ini lah. Mostly time tu semua nak yg berkenan di mata. Kerjaya? Xde sorang pun sentuh. Aku? Jawapan aku, orang yang paling aku sukar nak duga di dunia ni adalah diri aku sendiri. Tapi aku jugak yang paling kenal dgn diri aku sendiri. Paling cikai, bakal suami aku mesti at least ada degree. Sebab? I just cant stand with stupid people. Aku takut nanti, masa bercinta semua indah bila dah kawen nanti aku akan pandang rendah or lekeh dgn dia semata hanya kerana dia x setaraf dalam pelajaran.

Masa berlalu and people changed. Semakin banyak kau bergaul, semakin banyak cerita dari pengalaman orang lain yang boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Jangan kita angkuh sangat selagi x kena kat batang hidung sendiri. Macam tu. Kita bergaul ramai2, share cerita dan learn from others. Orang lain punya experiences and opinions. Belajar dari kesilapan orang lain supaya kita tidak tersilap langkah sama.

So, bila sampai masa aku kenal my husband, dia keje supervisor je. Aku teragak2. Siap tanya mak lagi, ok ke sebab dia supervisor je sedangkan aku manager. Mak jawap, janji dia bekerja dia mahu bekerja bukan penganggur dan malas bekerja. Ermmm.... Aku pun just follow the flows. And yes, education beliau lower than degree.

Masa berlalu lagi, lepas kejadian aku saksi sendiri mcmana abg aku lempang kakak ipar aku depan mata, time tu fuhhh!!!. Bila org tanya jawapan aku bukan degree dah. Jawapan aku bertukar dah jadi " aku xnak kawen dgn orang yg ada ciri2 akan melempang aku satu hari nanti..." Huhuhuuhu... Orang yang dgr gelak2 dgr kriteria aku, tapi yes, I am serious.

Yang kelakar time nak beli brg hantaran bawak mber. "Weh ko xnak beli set wallet n belt ni?" "Hoh? Xnak la, nnt dia libas aku dgn belt tu" Mber aku pandang bengang je. Kahkahkah. Sampai mcm tu punya trauma.

Dan akhirnya kawen lah aku dgn suami aku ni dan sekarang alhamdullillah dah 11 tahun 3 bulan.

Tapi apa sebenarnya motif aku cite ni semua? Lupa pulak...

Owh ye, u know, bila ko pandai bijaksana, ko memang x terfikir langsung ke benda tu? Ko x kenal siapa diri kau sendiri? Apa kemampuan ko sejauh mana ko rasa ko boleh pergi? Agak menyedihkan bila kau sendiri x sedar jawapan kau tidak.

Dulu masa kat Uitm dulu, aku keje la sat part timer masa cuti semester kat kepci. Masa tu, kenal budak Uitm jugak buat part time cuti semester kat situ. Well, disebabkan aku howt cangat time tu, budak laki tu beriya iya la ngorat aku kan. Menyebok betul. Kau mcm xtau je aku dok usha course mate aku dok lepak tetiap hari kat luar kepci tu? Tetiap hari la dia ada kat luar ni. Aku? Giler kau aku nak ngorat dia. Aku ni kan pemalu. Nak aku doa doa hembus hembus supaya coursemate aku tu ngorat aku suka aku balik memang tidak la. 

Disebabkan ego aku yg xnak ngorat dan doa hembus2 kat coursemate aku tu, then aku bg peluang la kat bdk laki yg asyik ngorat2 aku ni. Cuba, kita cuba bagi peluang. So berkawan la kejap. Apa ke hal la tetiap mintak clash kan? Physco betul la ku pun. Sebenarnya ada ke kitorg declare? Xde pun. Rimas betul la aku budak ni asyik nak berkepit je dgn aku. 

Bila bukak semester baru, syukur alhamdulillah, aku kat Shah Alam, bdk laki tu kat Perak kot and tetiap hari dalam kelas dok sebelah coursemate aku tadi. Huhuhu... gelak gatal.

Ceritanya, aku memang x suka dgn budak laki ni. Xde hati x berkenan. So, end la the relationship. Good bye bai bai. When I decided to leave then I just leave. Bagi la puluhan sms pun, time tu xde whatsapp, xde 1 pun yg aku bukak baca. Received je aku just delete. Phone call lagi la jgn harap la aku nak jawap.

Point aku, when I decided to leave then I just leave.

Bila kerja pulak, aku ni jenis orang yg buat kerja. Aku bukan jenis politicians. Aku bercakap guna fakta. Pantang aku kau cakap berbelit2. Sebab tu even country manager pun gentar dgn aku. Sebab apa? Sebab kau country manager tp xtau buat keje. Buat keje guna mulut. Kelakar kan country manager takut dgn aku? Aku called je area manager and tanya "What happends to Lego's stocks?". Gegak gembita berjoget la depa nak jawab. And everybody start called me and tried hard to pusing cerita. My god. Aku print je report aku tau la what happen. Deyy... dont eat curry to much la. 

Point aku kat sini adalah aku bercakap guna fakta. Ramai sentap sebab fakta aku tepat. Biasa la kebenaran itu kan pedih. Cuba la pusing tang mana pun, aku x gentar sebab? 1st aku ni jujur orangnya. Ikhlas. Bukan talam dua muka bukan fake. Allah itu ada. Kau cuba nak aniaya aku kat belakang, aku sikit pun x heran sebab Allah itu ada. Aku meminta hanya ada-Nya. X perlu susah2, one day Allah tunjukkan kebenaran. 

So ceritanya, bila kau try hard to manipulate people around you, u r totally forgot that Allah is there. Ada sorang member aku parents dia divorce dr kecil n bapak dia just ignore her. Sebab? Bapak dia kata nanti dah besar nak nikah pandai la dia cari aku wali dia. Senang kan org yg x bertanggungjawab bercakap.

Macamana pulak dgn org yg tetap bagi nafkah anak2 tapi dinafikan hak?  Pusing la apa cerita pun selagi anak2 tu masih kecil. Anak2 yang kecil itu nanti akan menjadi dewasa juga akhirnya.

Orang yang menipu ni selalu dia akan takut dengan bayang2 dia sendiri. Jadi mereka akan sentiasa menyorok. 

" Tapi saya tutututut dia sikit pun dia xnak cerita. Sebab tu saya tanya awak ni"

"Cuba kalau dia makan pelempang laki dia, mesti gegak gembita officemate dia tau. Dia senyap sebab dia salah simple."

Banyak soalan ditanya, aku ulang sekali lagi di sini, aku x suka makan kari. Aku bercakap guna fakta. Kebenaran itu pahit kan?

Aku xleh nak pretend lama sangat buat buat x tahu yg ko stalk aku. Sebab aku x suka sebenarnya. Move on la. Just leave and go. You got to go. Just go. Leave. 

Bayangkan dgn rupa fake tu acting maybe acting innocent? tapi the whole office dah lama tau cerita sebenar and ko baru tahu everybody knew the true story.

Xyah sembang kencang la hantaran x cukup. Yg wajib mas kahwin je. Kau yg gatal jubo nak jugak kawen xnak tunggu duit cukup. Errmm.. kau ingat kitorg semua xtau ke kau yg ajak dia kawen?













Wednesday, June 24, 2020

Tteok-booki sedap umpphh!! @GM Klang




First time makan tteok-bokki yang sedap. Sesuai dengan tekak orang Malaysia. Korean kan suka makan pedas2, sebelum ni makan tteok-bokki mmg pedas. Ada yg serious pedas. X kena la dgn tekak aku yg x berapa nak pedas ni.

Sebab tu tteok-bokki ni sangat sedap pada tekak aku. Tidak terlalu pedas and ada manis sikit maybe utk counter kepedasan original korea dia tu kot spy kena sikit dgn tekak Melayu.

Cheff dia tadi pun memang Korean Muslim. Dibantu oleh staff Malay.

Owh... ttaek-bokki dlm bekas bertutup tu. Sama je kuah dia dgn ramen tu. Apa ntah nama menu tu tapi campuran ttaek-bokki & ramen.

Level 4 kot kat Street Food Corner GM Klang.
.





Tuesday, June 23, 2020

Harga Emas 23 Jun 2020 RM235/g

Dahsyat betul harga emas naik melambung lambung macam bola. Baru je beli 31/1/2020 RM199/g lepas tu PKP sedar2 dah RM235? Macam terjaga dari lena yg panjang je huhuhu....

Baru nak berangan tambah aset. Mungkin kena tunggu lepas raya haji kot? Orang kata emas Kelantan murah tapi  kalo balik time raya haji mesti masih mahal. Graf mana graff... adoiii reti baca graf bole la predict est future value dah kenapa nak main agak2? Xpe la, x berapa nak penting pun. Simpan aje la cash kalo ada. 

Ingat dulu masa nak beli gelang nikah tahun 2008-2009, emas time beli tu RM105/gram je. Itu harga emas Wah Chan Poh Kong. Tapi emas Kelantan time tu dalam RM88 x silap. Sebab masa tu x berminat nak beli2 emas buat pakai, just beli sebab nak tunang nikah  je, so tertanya tanya la kenapa emas Kelantan lebih murah?

Jangan tanya PK WC la sebab dorang jawap emas kurang kualiti. Aku la tu yg tanya. Heheh... Orang yg x jujur & x fake memang macam ni. 

Kesimpulannya, harga PK & WC mmg lebih mahal sebab dorg ikut gang2 dorg persatuan depa. Kita orang Melayu ni sila beli kedai Melayu je. Sama je emasnya tapi lebih murah esp kalo emas beli kat Kelantan. Masuk pajak sama je xde de ar Rahnu tu nak bagi harga PK WC lebih tinggi dari emas lain. Dan yg paling penting sila jangan masuk pajak gadai cina. Ar Rahnu banyak. Bank Islam pun ada ar Rahnu. Dah dah jangan g pajak gadai cina tu..


Wednesday, June 17, 2020

KDrama - The Royal Gambler / Jackpot


Genre : Historical
Episode : 24
Release Date : 28/3 - 14/6/2016

Patut la aku suka giler cite ni. Release on my brithday.. pulak.


x tau kenapa tapi aku paling suka cite  ni.
Masa gezet cite ni keluar, ada keluar sorg pelakon la mmg cute giler. Tapi setelah habis tonton kesemua 24 episod aku x nampak pun mana pergi budak cute tu. Pelik. Rupanya budak cute dalam gezet yang aku nampak tu si 1st lead, Jang Keun Suk. Hahhaa... dalam cite ni series mmg x nampak cute langsung. Maybe sebab cite ni cite series and Keun Suk ni dah matured. Hahahah.. sian.

                                                        

Pelakon Putera Mahkota, Yeon Jin-Go ni pun aku suka. Ada satu lagi cite dia best giler, Crown Clown. Lain tahun aku aku post cite tu. Sekarang kita cite pasai drama ni. 


Lagi satu watak yang sungguh charismatic ialah watak Maharaja dia, Choi Min-Soo. Tengok la gambar dia pun dah nampak gerun. Gerun la ko nak hadap Maharaja kan bukannya pakcik uncle2 yang selisih tepi jalan. 

Cite ni mula2 dia Maharaja ni dok terpikat pulak dengan seorang dayang pekerja istana bernama Sookbin. Bila dah start ngorat2, dayang ni bagitau hal sebenar yakni dia rupanya isteri orang. Terkejut la Maharaja tu kan. Bini orang la pulak. Siasat punya siasat ceh.. dia x nikah pun tapi bila dah kena bawak lari oleh orang yg jatuh cinta dgn dia, terus depa duduk bersama dah jadi macam laki bini. Masalahnya suami dia ni kaki judi. Menyampah betui aku tengok rupa suami dia ni. Dah la x hensem, semikin pulak tu pehtu kaki judi. Aduihhh sila la angkat kaki lari jauh2 kalau jumpa spesis laki macam ni.

Jadi Maharaja tadi ni menyamar la jadi saudagar kaya dan telah pergi berjudi di sarang perjudian kat kota Hanyang kot. Aim sebenar adalah untuk kalahkan si suami tadi ni. Maklum lah taik judi. Dan seperti diduga last2 sekali bila si suami dah pokai, si suami sanggup gadaikan isteri dia semata-mata untuk cuba jugak kalahkan saudagar kaya tadi ni. So, since bini dia dengar sendiri dengan telinga dia yang si suami siap gadaikan si isteri terus lah isteri dia tekad untuk tinggalkan si suami dan pergi kepada Maharaja.

8 bulan kemudian si gundik Sookbin ni tadi telah selamat melahirkan seorang putera. Tetapi disebabkan tidak cukup  bulan, sok sek sok sek di istana pun bertebaran. Memasing sangsi anak raja sebab x cukup bulan. Mesti anak bekas suami ni kata mereka mereki. Akibatnya? Putera tadi dah ditukar atas arahan gundik tadi demi keselamatan nyawa putera tadi. Maha hiduplah beliau dalam buangan penuh kemiskinan.

Sementara putera kedua gundik Sookbin tadi telah menjadi seorang putera yang agak x boleh dipakai dan kuat berpoya2. Setelah Putera Mahkota anak kepada Permaisuri mangkat barulah Yeo Jin-Goo naik jadi Putera Mahkota. Biasa la watak Putera Mahkota mesti akan keluar istana mnyamar jadi orang kebanyakan.

Hasil dari pemyamaran tu beliau pun berkenalan la dengan kaki judi Baek Dae Gil yang kemudian nasib hidup dia asyik la bertukar-tukar sebab asyik bertembung dengan si jahat Lee In-Jwa. Ntah apa yang Lee-in-Jwa ni nak sangat dari dia entah sehinggakan bapak angkat si Baek Dae Gil ni pun mati dibunuh oleh Lee In-Jwa. 

Nasib si Dae Gil ni bertukar bila dia mula berguru dengan seorang pahlawan yang rupanya merupakan pahlawan diraja. Lepas tu baru Dae Gil ni nampak hensem sikit. Ye lah berbeza kan orang bodoh dengan orang pandai. Macam tu la lebih kurang. Hahahaha.... 

Satu hari, Maharaja tadi telah berpakat dengan pengawal diraja tadi utk adakan latihan ugutan bunuh ke atas Maharaja. Seorang pembunuh upahan cuba mengambil kesempatan membalas dendam untuk membunuh Maharaja yang telah membunuh bapanya lama dahulu ketika beliau masih kecil. Ketika cubaan bunuh itu, Maharaja telah diselamatkan oleh Dae Gil yang kemudiannya dianugerahkan sebilah pedang hebat oleh Maharaja.


Putera Mahkota agak pelik apahal pulak bagi pedang yg hebat itu pada ntah sesapa. Kat aku xnak pulak bagi. Macam tu. 

Tiap cite mesti ada orang jahat kan? Watak jahat ni si Lee In Jwa. Menyampah betul aku tengok dia ni. X habis2 gila kuasa. Macam2 Lee In Jwa ni punya perangai. Yang si Putera Mahkota ni pun dah banyak ikhtiar. Liat pulak tu nyawa dia. Bila dah kena tangkap nak jatuh hukum si Permaisuri pulak mangkat. Selamat lagi nyawa dia.

Part paling best bila dah kena tangkap, Si Lee In Jwa menganjing putera mahkota suruh list kan la apa kesalahan dia sampai kena tangkap. Ada je hujah dia nak patahkan dakwaan putera mahkota. Sekali Maharaja datang. Apa yang payah sgt ko ni nak buat keje ha putera mahkota? Sekali Maharaja kira kira terus jatuh hukum bunuh lusa. Hahahahahahhahaha... Kan senang. Eh suka hati aku la nak hukum bunuh ko macam tu la kiranya cara Maharaja jatuh hukum. Aku kan raja, sukahati akulah.
Hahahahahaha...


  















Sunday, June 14, 2020

KDrama - Confession


Genre : Crime , Lawyer
Episode : 16
Release Date : Mar - May 2019

Pada aku, cite ni best. Dah. Hahaha.

Cite ni pasai hero ni, Choi Do-Hyun (Lee Joon Ho) merupakan seorang lawyer. Dalam satu kes ni Do-Hyun represent seorang pembunuh dan Do-Hyun menang kes ni yang mana pembunuh tadi didapati tidak bersalah and he walks free while pegawai polis yang menyiasat kes ni terpaksa letak jawatan.

After 5 yrs pembunuh tadi ditangkap semula atas jenis kesalahan yang sama tapi mangsa yang berlainan. Disebabkan ini kes kedua, pihak polis memang xkan adanya la nak lepaskan si pembunuh ni tadi kan sbb polis mmg yakin sesangat dari kes pertama lagi pembunuh ni mmg bersalah. Disebabkan semua bukti memang point pada si pembunuh tadi , si pembunuh ni tadi dah terdesak giler sebab dia memang tidak bersalah untuk kes kedua ni. Makanya beliau pun sekali lagi appoint Do-Hyun untuk represent dia.

Baca elok2, pembunuh tu kata kes kedua ni memang dia langsung tidak terlibat. Jadi apakah maksudnya? Huhuhuh....  Semasa kes kedua ni berlangsung la terbongkar satu - satu information penting untuk kes bapak si Do-Hyun.

Rupanya bapak si Do-Hyun ni merupakan bekas askar yang sedang menunggu hukuman gantung untuk satu kes bunuh. Time tu Do-Hyun sekolah lagi. Bapak dia diam langsung xnak bukak mulut sehingga langsung xnak dilawat oleh Do-Hyun selama dia di penjara. Sian dia, membesar sorang2 tanpa mak pak. Nasebek bijak jadilah seorang lawyer.

Part yang kelakar bila Do-Hyun beberapa kali bertembung dengan Lee Hyun-Joon seorang pendakwa raya sampaikan si Hyun-Joon ni rasa bengang giler la apasal Do-Hyun ni asyik nak cari pasal dengan dia. Yang kelakar sebnarnya bukan apa tapi si Hyun-Joon ni sebok nak berlawan kalahkan si Do-Hyun ni, yang si Do-Hyun ni pulak macam lantak ko le labu, ada kes lebih penting aku nak handle ni. Macam tu la manusia sentiasa fikir orang lain asyik nak nyebok hal dia padahal ada aku kesah?  Ehhh lantak ko la kan nak kata apa pun. Aku ada hal yg lebih mustahak nak dipikirkan ni. Haa macam tu lah lebih kurang.

Part yang sedihnya bila bapak Do-Hyun reversed statement dan dia appoint Do-Hyun untuk re-appeal kes dia. Sedih la kan, anak sendiri bermatian tau nak bongkar kes bapak, bapak ni diam aje xnak pun pikir sian kat anak. Padahal Allah swt aje la yang tahu apa yg berlaku dan apa yg terbuku dalam hati setiap insan. Kita ni cuma manusia kerdil je.

Rupanya polis yang letak jawatan kes pertama tadi, Ki Choon-Ho juga merupakan polis yang terlibat dalam kes bapak si Do-Hyun ni tadi. Tu pasal la masa 1st kes tu masa polis tu datang confront Do-Hyun lepas jatuh hukum tu selamba je Do-Hyun tembak polis tu tadi. Ko kata aku lepaskan pembunuh? Ko tu polis x cekap. Kalo ko cekap sgt apasal kes bapak aku ko xnak siasat bebetul kan.. Mcm tu lah lebih kurang.

Akhirnya Do-Hyun telah bekerjasama dengan polis tadi Ki Choon-Ho untuk membuka semula, menyiasat dan membongkar kes bapak Do-Hyun yang rupanya bukan kaleng-kaleng kes. Ramai juga yang mati akibat dari kes bapak Do-Hyun ni dan rupanya pembunuh kes pertama tadi, Han Jong Koo merupakan bekas pemandu askar dan beliau merupakan salah seorang saksi untuk kes bapak si Do-Hyun ni. 

Macam yang dikatakan tadi, rupanya kes bapak Do-Hyun ni bukan kes kaleng-kaleng kerana melibatkan VVVVVIP macam tu. Masa di kandang saksi konon VVVIP ni tanya ngejek "kau ada bukti ke?" Dia tanya. Berani la tanya sebab dia dah arahkan balaci dia selongkar office Do-Hyun utk rampas bukti. Sekali Do-Hyun jawab "Ada.." Hahaha...  

Part paling best sekali, last sekali bila hakim kes bapak Do-Hyun ni nasihat pendakwaraya untuk menyiasat kes kaleng-kaleng ni. Biasa la bila kes melibatkan VVVVIP ni siapa yang berani nak bongkar kan sebab rasuahnya masyuk. So siapa pendakwaraya yang terlibat untuk kes kaleng-kaleng ni?

Seposen je muka VVVVIP tadi ni bila masuk bilik siasatan. Masuk2 je tengok muka pendakwaraya ni muka si DO-Hyun. Kahkahkahkahka... Konpem2 la ko kedalam lepas ni.

Tolong netflix siarkan drama ni. Hakak suka. Hakak bagi 11 bintang. Sekali dengan subtitle Malay ye. Walaupun hakak x terer english akak tetap nak tonton with sub Malay.

Tapi sorry para pencinta manusia semua, cite ni bukan kisah cinta-cinta.















Saturday, June 13, 2020

Mandulkan Kucing di i-Vet



Hari ni kita g i-Vet untuk mandulkan si Comel. Comot dah melarikan diri dari rumah. Malas nak cari dah. Hari tu hilang seminggu lebih jugak, Damia jumpa kat lowest floor. Kali ni hilang malas la nak cari dah. 

Comot & Comel ni macam main gilir2 melarikan diri dari rumah. Hilang jumpa hilanng jumpa. Malas dah nak cari. Comot tu pun kebetulan je Damia jumpa. Lepas hilang hari tu, jumpa semula beliau dah jadi buas. Lagak kucing liar dok selongkar tong sampah. Pukul kang baru tau.

Masa doktor cek tadi doktor terus cakap "oooo belum setahun lagi ni'.
Eeeee,,, pandai la doktor ni.

Sebelum dia mengenyam kita kasi mandul dulu. Sebelum hantar tu nasebek abi tanya dulu kat klinik ni. Doktor pesan kalau bawak esok malam ni start kol 10.30pm tu kena puasa. "ooo begitu..." maklum la pestime bawak kucing g klinik kan. 

Kecik2 dulu ada je bela kuing tapi xde la sampai bawak g klinik la, nak mandulkan la, beli frieskies la, pasir kucing la, sangkar la. Tiada itu semua. Pandai2 la kucing bawak diri ye. Jangan berak dalam rumah sudah. Mau kena hambat dengan nenek agaknya.

Tapi still ingat time tu, kucing jiran tetiba datang nak beranak. Rupanya tuan rumah dia balik kampung tinggalkan kucing. Kesian beliau.

Sekali beranak 3 ekor anak kucing. Haa berebut la sorang sekor anak kucing tu. Ingat lagi depa dok kencing port dia bawah tv. Siapa yg rajin kemas cuci? Tentulah pakngah. Hehehe... Pak ngah la tetiap hari tukang mop cuci tukar alas surat khabar. Lama2 depa pandai dah x kencing lagi bawah tv.  Nasebek time tu rumah landed. Ada la depan depan tu kot lepas buat pelaburan pandai la depa kambus semula.

Tapi Comel ni dok rumah tinggi. Berkurung la dalam rumah. So skrg turn Damia la pulak buang po po kucing ni. Mummy? X kuasa la kan. Mummy senang je. Xnak buang mummy buang dengan kucing2 sekali. Simple.


Masuk2 i-Vet tadi kami disapa oleh 2 ekor penyambut tetamu ni. Punya la besar cantik betul bulu kaler kelabu. Tengok la duduk pun.. samseng betul.

Comel malam ni tido i-Vet la. Doktor kena pantau dulu lepas operate. Kasi mandi2 cuci2 grooming sket.

Kos di i-Vet :-

Mandul utk kucing betina RM150
Worm RM5
Grooming RM50
Warded / nite RM20.

Total = RM 225.



Wednesday, June 10, 2020

Draw EPF - Pembelian rumah kedua

Akibat dari virus covid-19, PKP dilaksanakan, segala urusan terhenti. Sign SNP pun tertangguh. Booking dah bayar Mar 2020, lepas tu PKP pulok. Huhuhu...

Lepas siap stamping SNP maka boleh la proceed draw EPF.

Disebabkan SNP 2 nama, husband dah draw EPF utk rumah pertama. Until rumah pertama still x habis hutang, EPF utk husband dah bind dgn rumah pertama. So x boleh draw utk rumah kedua pulak.

Oleh kerana ni rumah pertama sis, jadi sis boleh la draw EPF sis yang sikit tu kan. Maklumlah dah draw untuk settle PTPTN. Huhuhu... kesedihan.. Maklum la kita ni bukan orang senang. Segala usaha atas kaki sendiri. Bukan ada mak ayah yang sediakan simpanan asb untuk bayar down payment rumah, bayar deposit kereta, siap ada hantaran kahwin pun guna asb yg bapak simpankan dr kecik. Bertuah betul ada bapak begitu kan? 

Tapi itulah, dah ada bapak begitu, anak pulak perasan bagus. Di bodo bodo kan je pulak mak bapak nya. X sedar adik beradik termasuk diri sendiri pandang rendah pada mak bapak. Mendabik dada banding keluarga orang lupa nak suluh cermin tengok keluarga sendiri.

Kalo la sis ada mak bapak begitu konpem sis jadi doktor. Dulu patut amik je kelas sains. G amik akaun sapa suruh kan. 

Ada mak bapak bagus anak2 pulak perasan bagus. Kalo dpt mcm mak pak aku entah lah kan... Bersyukur la. Jangan nak perasan sangat awak sekarang tu atas kaki sendiri siap aniaya orang. Well, ilmu allah tu terlalu luas. Kalo ko doktor terer ilmu kedoktoran ko mesti xtau ilmu akaun kan? So sama la dalam apa2 bidang pun. Jangan la nak sangka bila peksa semua A mendabik dada awak tu dah bijak sangat. Macam tadi dah kata ilmu allah ni terlalu luas. Ilmu dalam buku yg org dok amik peksa yg belajar kat sekolah tu hanya ibarat sititik air di lautan je.

Tapi x sangka, belajar tinggi2 masih x paham dengan perumpamaan. Pada dia ilmu bijaksana seseorang hanya pada sijil la kot. Sebab tu dia rasa dia paling bijak.

Aku nak borak dengan makcik cleaner pun segan2 juga sbb makcik tu konpem lagi banyak makan garam dari aku. 

Berbalik kepada cite kwsp tadi. Penat sis g KWSP Shah Alam nak submit withdrawal tp depa kata semua ransaction hold until lepas pkp. Sis pun okay je la, will delay la which is bukan masalah sis. 

Malam dok pikir2, nak tunggu tamat PKP bulan Ogos mcm lewat sangat. So seperti diadvice lawyer, tadi selamat la sis submit kat EPF Kajang. Jauh perjalanan luas pandangan. Sia sia ko berjalan jauh kalo x belajar pape. Ingat belajar tu bukan pegang buku je. 



KDrama - Kingdom Season 2


Kingdom Season 2
Genre : Zombie , History
Episod : 6
Release Date : 13/3/2020

Episod 2 ni bermula ngam2 last episod season 1.
Time tu Putea mahkota Lee Chang ni tengah bersedia menunggu ketibaan zombie2 sekelian alam.
Berjaga la depa dari malam menunggu ketibaan zezombie kan.
Bila matahari dah naik je depa semua dah lega mesti zombie dah menyorok x bergerak.
So depa pun pakat2 la siap siram unggun api.
Tetiba zombie sampai.

Haaa x ke cuak dibuatnya. Canne zombie ni boleh bertukar sifat pulak kan boleh kena cahaya matahari. Matilanak kalo dah zombie boleh bergerak 24 jam time mana nak melarikan diri. Kalo stay kat kubu sekarang alamat mati kebulur la dengan tiada bekalan makanan apa semua kan.

Kat season ni la terjawab asal kejadian zombie berasal dari resurrection plant.
Siap ada pulak yg post kat fb ntah2 covid 19 ni pun berasal dari resurrection plant. 
Boleh la pulak kadar imaginasi manusia zaman serba nothing impossible ni.

Tapi siapa penyebab utama penggunaan resurrection plant ni?
Siapa punya angkara? Rancangan ?
Kenapa dan mengapa?

Sampai la ke satu masa, si State Councilor dah perangkap Putera Mahkota sehingga memaksa Putera Mahkota tadi penggal sendiri kepala Maharaja.
Maharaja dah mati apa lagi, Putera Mahkota pun dikatakan telah mengkhianat la, akibat nak rampas kuasa sanggup bunuh Maharaja blablabla.

Season 2 ni terjawab la sebenarnya apa yang berlaku pada Maharaja.
Journey Putera Mahkota tadi menyelamatkan rakyat jelata dari zombie bermula dari klinik pakar perubatan di-Raja sampai la membawa ke istana.

Scene paling dramatic bile seluruh istana dah kena zombie. 
Pintu gerbang istana mmg ditutup supaya zombie x keluar ke jalanan. 
Eh, kalo dr awal zombie serang dari satu kawasan ke satu kawasan canne boleh serang istana tapi luar istana selamat dr zombie?
Tadaaaa........... magic. Kena la tonton sendiri dong.









KDrama - Kingdom Season 1


Kingdom Season 1
Genre : Zombie , History
Episod : 6
Release Date : 25/1/2019

Season 3 dijangka akan ditayangkan around March 2021.
Cite ni best yang x bestnya stiap season cuma ada 6 episod je. X puas tengok.

Tengok gambo poster tau dah citeberkisar zaman dulu2.
Cite ni pasal Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji-Hoon) awalnya nak jumpa pak eh tapi xleh. Permaisuri x benarkan. Kata Maharaja gering berhri-hari dah tapi anaknya sendiri x dibenar pulok nak jenguk bapak sendiri kan. Tapi Chief State Counsilor boleh pulak jumpa Maharaja kan.

Merasakan confirmed ada sesuatu yang tidak kena telah membuatkan Putera Mahkota mengambil keputusan untuk keluar dari istana bagi mencari pakar perubatan di-Raja terakhir yang telah merawat Maharaja.

Pencarian tersebut membawa kepada pertemuan dengan pembantu kepada pakar perubatan di-Raja tadi, Seo Bi yang telah bertembung terlebih dahulu dengan zombie2 sekelian alam.

Well, actually zombie tu bermula di klinik milik pakar perubatan di-Raja tadi.
Haaaa... canno lak bole bermula kat klinik tu kena la tengok sendiri.

Hakak memang suka cite ni compared to Train to Busan walaupun zombie jugak tapi entah. X best.

Scene paling bengong bila Putera Mahkota tadi suruh bukak pintu gate Kota Sangjubagi penduduk dari negeri lain masuk menyelamatkan diri dr zombie. Tapi pemerintah situ xnak bagi bukak.
Putera Mahkota kata la habeh ko nak bunuh rakyat yg x bersalah ke?
Dia jawab, untuk menyelamatkan lebih ramai xpe kita korbankan rakyat yg sikit ni.
Putera Mahkota tu suruh bukak jugak gate.
Laki tu tanya apa hak ko untuk ingkar perintah dia.

Apa la bengong. Ko tu sapa? Konpemm2 la dia tu Putera Mahkota. Tolong series sikit boley?
Terus Putera Mahkota pecat dia.
Kahkahkah...

Asalnya, zezombie ni semua hanya akan bergerak di waktu malam. Bila matahari naik je depa lari lintang pukang menyorok. Sehingga la ke satu waktu, time tu Seo Bi tengah kutip akar kayu, time tu zombie siap keluar walaupun matahari dah naik. Haaaa... cemas la time tu dibuatnya kan.
Lepas tu tamat season 1. Ciss.... Kena la tunggu season 2.

Sekian