Aku start bleeding hari Selasa 18 Aug. Awal pagi tu lepas kencing aku nak cebok cuci aku noticed ada 1 dot warna merah. Then maghrib same day tu start bleeding. Aku terus wasap kakak aku kat Ipoh inform dia aku bleeding. Beliau suruh aku g sepital dgn segera. Hhuhuuu....
Kol 9pm aku dah tercongok kat sepital Shah Alam tunggu doktor bertugas yg kejap ada kejap xde. Rupanya beliau g masuk operation theatre. Around 11pm baru doktor avaiable.
Doktor scan perut tp x dapat detact jantung. So kena scan dr bawah. Aku gulpp!!!!!! Doktor x pasti bleeding dr kantung or polyp.
Lepas scan doktor kata...ermmmm... okay sy boleh kata awak pregnant. Tapi kantung kecil. 11 weeks sepatutnya kantung dah besar. Ur kantung 17mm je. Kita jgn bg apa2 decision, kita bagi masa. Next appointment lg 3 weeks, kantung sepatutnya dlm 25mm. Kalau kantung tidak membesar, kemungkinan dia sudah tidak ada.
Tapi sekiranya awak bleeding dgn darah yg banyak, x perlu tunggu 3 weeks just come back here.
Ok. Aku husnuzon. Tapi kakak aku bising suruh g 2nd opinion. So esoknya aku pun p Hosp Salam kat Sek19 ni. And doktor pun buat same thing. Scan perut jantung xleh detact, scan dr bawah. And apa yg doktor Salam ni kata sama mcm doktor hosp. Shah Alam. Tp dia bg next app next week.
Keluar dari hosp Salam disebabkan pakai mask, air mata aku terus x leh tahan. Menjejes jejes keluar. Aku try hard meraung tanpa keluar suara. Balik rumah sambung nangis. Aku menangis selama 24jam. Lepas tu aku ok.
Pregnant 2nd ni, mmg aku x expect walaupun aku mmg terdetik kalo aku nak anak lagi, aku perlu start pregnant this year which is next year 2021 baby should be born. Sebab next year aku dah 40 tahun. Semua sedia maklum, memang boleh utk deliver paling lewat 43 tapi ada risikonya.
Aku mmg selalu berurut. Selama ni mmg aku rileks je berurut. This time aku urut 28/6 dan aku siap suruh akak urut tu urut perut aku lagi. After a week, aku rasa nak berurut lg sebab aku rasa badan aku x sedap. Tapi x tau, aku p Guardian dulu beli pregnancy test.
The best timing utk test adalah di waktu pagi. Seperti biasa aku ni mana lah tau sabau. Tghri tu aku kencing and test. Titik je air kecing dgn laju garis merah kedua naik jelas & pekat and aku terpana.
Dulu keje guardian customer tanya, aku konpident je jawab, even kalo 2nd red line tu x terang but as long as dia timbul sikit tu pun maknanya +ve pregnant. Tapi smp kat aku kali ni aku google, if x pregnant y test show so. Salah satu ada fibroid. Yg lain google sendiri huhu..
Spy hati aku x tertanya2 aku terus p klinik Mediviron. Ingatkan doktor bole scan tp sebab baru 5 weeks kata beliau. Kalo nak scan kena scan dr bawah. Aku dgr bawah? Xpe terima kasih je. Huhuh.. Tapi 5 weeks? Aku kira2 1st day period 6/6 urut 28/6 maknanya time urut tu dah 3 weeks ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Selepas tu selamat aku beraya haji kat Kelantan. Dr Kelantan ke Cameron Highland pulak. Nasib baik ke Cameron ada driver smp ke Shah Alam. Tapi sepanjang di Kelantan perut aku x beraa best. Hati aku was2. Kalo pasal perut aku rasa sangsi, was2 tapi xtau apasal aku x g hosp. Aku nak tunggu 3 bulan utk buat buku pink terus rancangnya. Walau aku cuba husnuzon dan berlagak biasa tapi jauhhhhh kat sudut hati aku rasa something sebenarnya. Xtau macamana aku nak gambarkan.
Then, bila bleeding tu, balik dr Hosp Shah Alam, malam tu sempat gerak ke Melaka sebab esoknya cuti Awal Muharam ada viewing Cikyo nak view banglo kat Melaka. Import driver la apa lagi. Esoknya lepas view sempat lagi g jalan2 ke menara Taming Sari, makan cendol durian, tawaf Mahkota Parade. Huhuh...Malam tu baru balikke Shah Alam.
Jumaat, maghrib aku start bleeding banyak. Banyak giler ketul2 darah keluar and aku ada almost an hour dlm toilet. Sebelum aku pengsan, aku cepat2 mandi n pakai pad, pakai baju naik katil. Darah2 ketul td aku tinggalkan suruh lin uruskan.
Naik katil perut sakit giler. Sakitttt pastu elok, pastu sakitttt then aku realize aku tgh contraction. Huiii sakit giler contraction yg ni. Dulu masa Damia contraction dia rasa macam vibration kat perut. tapi time tu poor progression, jalan hanya terbuka until 6cmm je.
Tapi kali ni hurrmmm... Walaupun aku jenis sakit sengugut sikit2 je especially bila nak keluar darah ketul uiii mmg sakit. So pada yg x tau maybe aku boleh gambarkan yang sakit contraction tu macam sakit period sampai guling2 tu. Aku sengugut masa nak keluar darah ketul yg kecik x besar tu pun sakit, tp contraction ni mcm sakit samppai guling2 tu. Huhuhuhu....
Then 3x contraction perut aku lega, aku baring mcm biasa. tetiba pulp, rasa ada seketul besar keluar. Terus g toilet cek and ye ada seketul panjang sebesr 2 jari ke tapak tangan. bentuk mcm apple pie kat mcd tu. Huuh..
Member tanya macam isi ikan ke? Sis is blurr xtau rupa isi ikan.
Esoknya aku suruh Lin tanam tanpa tahu rupanya kena bawak g sepital sebab doktor nak cek. Aku dah selamat tanam. Nasebek lin ada snap gambar tapi xleh la aku nak share pulak gambo ketulan tu di sini. X bagus rasanya.
Lepas gugur tu aku x terus g sepital sbb aku nak tunggu darah keluar semua. Boleh? Taku d&c punya pasal. Juga sbb aku dah x sakit perut. Kalo lepas gugur tu masih sakit perut prefer terus pergi hospital tanpa lengah sebab yg sakit tu kemungkinan ada yg tertinggal mcm serpihan daging ke atau kantung. Tapi esoknya 3pm aku smp hosp. nurse tanya kenapa br dtg sekarang? Huhu.. aku jawab xde driver 😅.
Doktor scan perut still ada something. So masuk la gunting utk tarik darah ketul keluar. Then scan semula dan ada lg something kat rahim. Doktor tanya boleh dia masuk gunting atau nak tunggu darah turun sendiri? Owhh... tunggu dulu boleh ? Boleh. kenapa aku x habiskan je? Sebab sakit la. Sakit uii masuk mulut itik tu. Huhuhu...
Selepas tu doktor bagi katil rehat. Nurse inject ubat utk kecutkan rahim. Inject kat upper thigh. Bila ubat tu masuk mak aiii sakitttttnya.
Tapi inject kol 630pm sampai 8pm pun xde darah yg keluar. Xleh jadi, nak tunggu smp bila kan? Dlm 830pm sekali lagi buat bend yg sama. Masuk mulut itik tu. Lepas selesai doktor kata ooo bukan apa punn... darah kbeku je. Haaa.. bukan apa pun? Maksudnya bukan kantung or else.. Ooooo okay. Baik. Alhamdulllillah.. Selesai azab gugur ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Tunggu mommy di sana ye baby EL..