Thursday, December 30, 2021
2021 The Red Sleeve
Shah Alam Banjir 2021
Last Shah Alam banjir masa tahun 2006. Banjir yg agak teruk. Ingat lagi masa malam kejadian tu aku & the gang naik Genting Highlands. Lepak bodo2 je layan sejuk. Pehtu turun. Sampai bawah tu hujan mula lebat. Hajat di hati nak terus balik Klang rumah sewa si Rusydah tapi disebabkan hujan terlalu lebat, kitorg decide overnite lepak kat kedai mamak area Ampang.
Rupanya time tu bukan hujan biasa, sebaliknya hujan yg luarbiasa sehingga mengakibatkann banjir. Ingat lagi 1 cerita, ada sebuah kereta dihanyutkan banjir ketika melalui federal highway. Bila di congak2, sekiranya kami meneruskan perjalanan pulang ke Klang time tu, mmg akan rempuh banjir yg x disangka tu lah. Nauzubillah...
Ada seorg kawan duduk di TTDI Jaya, rumah double storey, rumah dia habis air naik paras bumbung kereta. Kereta dia mmg habis terendam. Giant Seksyen 13 pula air cuma ada di luar je melimpahi parking tapi air x masuk ke dalam.
Tapi banjir kali ni 2021, air naik sehingga paras bumbung kereta sehingga air melimpah masuk membanjiri Giant Seksyen 13. Masya Allah. Ada jiran yg keje dia pejabat pos Seksyen 13 tu ptg around 4pm dah whatsapp video air dah naik paras betis. Rupanya air naik sgt cepat hingga mereka terpaksa bermalam di HQ gaint yg terletak di floor atas bangunan Giant tu. Semua terperangkap di situ sbb jalan keluar dr Seksyen 13 dah ditenggelami air.
Bila aku dgr air masuk Giant, aku tau dah, mesti banjir ni dahsyat.
tbc
Saturday, December 11, 2021
Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam
Sunday, November 28, 2021
Arya Suria Hot Spring, Bentong
Hotspring - Arya Suria Bentong
Hajat di hati sebaik potong gelang pada 19/11/2021 tu nak terus g checkin hot srping. Sekali alahai... stauts mysejahtera bukannya auto terus back to normal. Ngeee.... Dia mmg nak setting quarantine utk 10 hari maknanya hari ke-11 baru status back to biru. Apakan daya...
Mcm2 petua orang bagi utk covid ni, minum air lemon la, rendam bunga cengkih & minum airnya la apa la apa la. But I decided to go rendam2 swim2 kat air panas.
Memula nak pi Felda Residence Sungkai, but google pun x jumpa contact no, search thro agoda, booking.com dan selainnya semua fully booked. Ermm..??
Hasil dari google jumpa air panas Bentong. Ikut dari mileage lagi dekat ke Bentong instead of Sungkai. Tapi since Arya ni full then plan utk g public kolam air panas Bentong ni je.
Sampai2 kolam air panas Bentong ni actually exactly kat Arya Suria ni. Just Arya ni depa buat tembok tinggi sebagai pemisah public & private place. Ada 2 kolam utk open public ni. Memang besar kolamnya. Hok belah kanan tu air dia x panas, hok belah kiri ni panas. Tapi kolam dia betul2 tepi jalanraya ni. Nasebek jalan ni x busy je sebab ni jalan dalam. Jalan luar tu highway Bentong Karak tu.
Memula nak gak terjun tapi... ermmmmmm......
So decide utk naik ke GPO & balik. Next week aje la book Arya Suria ni.
tbc
Friday, November 26, 2021
Covid-19
Deepavali on 4th Nov 2021 kami balik kampung abi sebab kakak Mira nikah.
Tahniah Mira, semoga berbahagia till jannah.
Alkisah kenduri zaman covid ni, ikutkan aku mmg xnak balik kelantan la kan. Kenduri pulak tu ntah sesapa je la yg dtg bertandang nanti. Xde maknanya la ko nak ikut sop kan.
Dijadikan cerita, malam berinai (Rabu malam Khamis) tu aku pi salam Cik Dah pulak. Dah kenapa bongok kan. Selama ni aku mmg x salam orang. Siap terdetik lagi, xpe, salam je. Konon dia kan dok kampung.
Rupanya laki Cik Dah si Pak Bidin tu dia +ve covid. Haram betul la kau.
Sabtu Ahad tu dah start rasa tekak kering. Di confidentkan oleh Cikyo bahawasanya kesan akibat cuaca yg ketika itu bila panas, panas terik kemudia hujan turun selebatnya.
Kami bergerak dr Kelantan ke Cameron Highland hari Ahad. Smp Cameron lewat dalam 1030pm due to jammed n hujan lebat naik dr Lojing tu.
Malam tu tidur Damia dah start demam. Ingatkan sebab dia kena hujan malam tu. Badan aku pun panas.
Pagi Isnin, lepas mandi basah kepala Mia x panas. Lepas sarapan kami gerak turun ke Ipoh. 2x kitorg buat self test covid, 1 di Cameron 2nd di Ipoh. 2x kali tu result -ve. Sebab tu kami dgn confident check-in rumah maklang.
Malam tu di Ipoh Mia demam lagi.
Esoknya Selasa lepas maklang balik kerja, kami pun bergerak balik Shah Alam. Ikut plan awal spt biasa malam dlm 8-9pm baru gerak balik tapi xtau lah, hati ni nak balik cepat sebab risaukan tuan rumah dgn keadaan kesihatan kitorg time tu. Dah ptg jugak la, gerak2 je hujannn. Smp Shah Alam around 9pm terus kitorg singgah klinik buat covid test.
Memula abi je sebab dia kena kerja esoknya, But then aku pikir buat mia jugak la, Result bboth +ve. Ah sudah, dgn aku-aku sekali buat test & yes, all of us +ve covid. Ngeeeee...
Aduhh...!!! yg aku risaukan maklang sebab dia siap kencing manis darah tinggi apa semua. Aku inform jugak maklang malam tu result covid test kitorg utk dia & family take necessary action.
Esoknya kami ke CAC Shah Alam. Ada beberapa saringan tetapi utk berjumpa doktor tu abi & Mia kena pantau. Abi sebab darah tinggi sikit & mia sebab jantung laju. Ms kat area oantau tu, doktor in charge suruh mia minum air banyak2. Lepas cek lidah mia dia kata mmg kurang air. Selalu kalau kurang air mmg heart beat laju. So mia kena la habiskan sebotol besar air mineral.
Ms jumpa doktor pulak selepas siap pantau tu, aku inform doktor yg mia G6PD. Dia tetap nak confirmkan dgn pakar dia utk kebenaran self quarantine di rumah. Kemudia kami dipakaikan gelang yg mana perlu quarantine selama 10 hari.
Ptg tu dpt called dr CAC kata katil available utk mia. Hah??? Xnakkk... xkan mia nak quarantine sorang2 kat Maeps kan.. sedey la ni.. Yg called tu tanya doktor td xde inform ye dia book katil? Xde punnn... ok terus dibenarkan self quarantine di rumah.
Ptg tu jugak maklang inform yg Echa demam. Depa sekeluarga semua buat covid test & alhamdullillah depa sekeluarga -ve. Tapi aku tetap risau. Nak2 bila maklang cite paklang hari2 nangis, lepas mandi nangis lepas solat nangis. Aduhhhhh... rasa bersalah ni xtau nak gambarkan mcmana sebab doktor sendiri ckp, dia x risau kanak2 sebab antibodi kanak2 kuat tetapi yg merisaukan dia adalah org dewasa. Mana lah paklang x henti menangis kan.. Aduhh...
Maka selama 10 hari kami self quarantine tiap2 hari kami pantau sesama sendiri. Aku tanya maklang ok x, maklang tanya aku ok x. Sampai lah habis quarantine 10 hari. Baru aku lega & tenang dgn confidentnya maklang tidak dijangkiti covid.
Kalai tidak ya Allah... xtau la nak cakap mcmana.
Along Kak Jo pulak kenduri Feb 2022. Maaf.. aku sefamily x dpt balik.
Time kenduri Mira tu pun, awalnya mmg aku kata dah aku & mia x balik. Owh.. abi kata nak balik dgn cikyo. But then, kalo aku & mia x balik, kitorg dah selamat kat sini. But then abi yg balik tu nnt sama je bawak balik covid jankit kitorg.
Owhh big no no... Coming kenduri dgn abi abi sekali x boleh balik. No way.
Berkenaan quarantine pulak, dah la seminggu cuti balik kelantan, peti ais confirm2 kosong. Smp Shah ALam covid & kena quarantine 10 hari.. ngeee...
Nasib baik ada jiran yg prihatin. Bila inform je kami quarantine dgn segera offer diri belikan barang2 keperluan especially barang basah. Jadi xde la kami keputusan bekalan makanan. Terus berjinak jugak order Tesco online. Hehehe... ok jugak xyah angkat brg berat2.
Bear in mind.. JANGAN SALAM!!!!
Tuesday, September 14, 2021
Lovers of The Red Sky
Friday, August 13, 2021
2021/8/13
Up to today 13/8/2021 covid masih mengganas di Malaysia. Semalam highest case recorded 21K. Kes di Selangor menurun sedikit berbanding lain2 negeri byk melonjak naik maybe sebab Selangor pkp ntah la dari bila. Stress nak ingat. Duduk aje la berlumut di rumah.
Duduk diam2 mahirkan diri dgn chart & bursa. Sekali politician bukak mulut habis bursa kena libas. Bila politician tua2 ni nak mati ye? Hidup tidak mendatangkan faedah langsung.
Dapat ke x g jalan Korea, Australia, Jepun & Haji mcm ni?