Alamak! Sekarang ni penyakit denggi kembali lagi. Kemana2 aku pegi ade je dengar cite orang dijangkiti denggi. First sekali tunang kepada budak opis aku ni, demam dah dekat seminggu. Yg baru nak perasan tu bila pagi x bangun2 tido, try kejut dah x sedarkan diri. Terus la masuk ICU Sepital Kajang.
Malam tadi pulak adik member sekolah dulu, adik si Sarimah. Ni lagi teruk sebab budak ZAm tu kena denggi berdarah. Aiseh.. Dah 2 hari masuk ICU Sepital Kajang jugak.
So, aku pun nak share2 sikit sebanyak la pasal denggi ni.
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah pada badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- rasa pahit pada lidah
- lemah dan tidak bermaya
diminta la sentiasa alert kalo ade demam2 yg lebih dari 2-3 hari tu, segera segera lahmendapatkan rawatan doktor ye..
huhuu.. Damia pun demam jugak dari semalam mama da perasan badan panas. Tapi start malam tadi lah Damia da panas betul.
Sayang mama, cepat sihat ye sayang..kita nak gi Sunway Lagoon esok nih.... Damia suka mandi pool kan? kan? kan? Cepat sembuh ye saayang..
No comments:
Post a Comment