Wednesday, May 30, 2012

TiK ToK

 Cepat nor masa berlalu, rasa baru semalam je dalam pantang . Lagi sebulan je lagi Damia akan berusia 2 tahun. He he.. Alhamdullillah..besar dah anak mama. Alhamdullillah, Allah masih memurahkan rezeki pada kami untuk membesarkan Damia. Speechless.. 

 Mana xnye, dulu bujang2 hu ha hu ha, pastu dah kawen walaupun hidup dah berdua tapi  maintenance tu seperti sorang2 je lagi. Tetiba lahir sorg baby.. dan guess what? Bole pulak kami berjaya memelihara, dan membesarkan, memberi makan tanpa mencederakan beliau. Alhamdullillah beliau tidak cedera parah dan tidak teraniaya sepanjang dipelihara oleh kami.

 Apa yang mama merepek ni? Tapi itu lah kenyataannya. 

 Ermm..apa pulak rancangan untuk menyambut kelahiran Damia Az Zahra yg kedua tahun ini? 2 tahun bermakna tiket flight mahal. Adoiii.. 

 Well..Ada surprise sikit dari abi. Ho ho.. 

Tuesday, May 29, 2012

MiB3


Bila ye? Last Saturday kot, kami sekeluarga yakni mama, abi + Damia juga bersama2 regu uncle K and uncle Hafiz, kami beramai2 telah memeriahkan majlis MIB3 di AEON Cheras Selatan. Well actually, thanks to Uncle K again!! Damia jgn lupa ye, t belanja uncle K pulak tau.. Hehehehee..

 Sinopsisnya? Malas la nak cite. 
Kesimpulannya ? Cite yg ke3 ni agak boring sikit sebab banyak nor cakap nye dan action2 nya agak kurang. Damia sampai tertido2 la dlm wayang. Dah jaga pun x habis lagi citenye.. Dah la air-cond nye terlebih sejuk..mama pun x tahan. 

Tapi part yg agak sedih sikit..

Kenapa si Kay ni recruit si Jay? Sapa tau? Sapa tau?

Rupa2nya, Jay adalah anak ermm... apa ye pangkat bapak si Jay ni? Tapi tenrera agak tinggi lah. Masa operasi alien2 ni, pegawai tentera ni bagi kebenaran pada si Kay utk melaksanakan misi nya dan pegawai askar tu mati terbunuh. Alien yg jahat badigol so'sot tu yg bunuh. 

That's why la si Kay ni gi cari Jay utk recruit. Kira2 terhutang budi gitu la..  


Saturday, May 26, 2012

aLHaMDuLLiLLaH

 He he.. Exam Passed!
 Syukur Alhamdullillah..


Friday, May 25, 2012

CaNNe eH?

 Kepelikkan melanda diri. Kata nya result akan diumumkan last Saturday. But then bilo di cek kato eh result kuar last Thursday. But try n try dan tried lagi tapi x dapat nak tgk result.

 Alih2 hari ni try cek lagik.. xde keputusan pun akan diumumkan..??

 Habeh canne ek?

Monday, May 21, 2012

TeNSi

 Ketensyenan melanda diri. Orang nampak kita keje memang senang. X dok opis. Jarang ada opis. Asyik keluar aje. Tapi utk org yg  keje asyik di luar opis pulak nampak org yg dok dlm opis senang aje. Xyah nak keluar kesana ke sini dgn panas lagi dengan fuel lagi.

 Tapi hakikatnya, memang semua keje ada senang ada susah nya. Just bile keje kena carik sales ni, memang x senang duduk la bila sales xde. Agak2 kat mana nak carik sales?



HoH?

 Saya sangat bersemangat utk cek result exam hari itu yg sepatutnya diumumkan pada last Saturday tapi until yesterday x bole nak cek. Dont know why. 

 And this morning masuk opis berkobar-kobar nak cek tp wekkk... keputusan akan diumumkan pada hari Khamis blablbalaa...boleh la pulak......

Saturday, May 19, 2012

PRa?

 Last time in Sabah, Zura tanya pasal result SPM anak2 sedara di Qlate nun. Hoh? Sesungguhnya aku terlupa terdapat 2 org budak anak sedara hubby aku yg amik SPM tahun lepas. Aku just jungkit bahu sebab memang aku x tau pape.

 And semalam uncle K smp rumah. Menurut kata nenek tetiba je muka uncle tersembul di muka pintu. Tekojot beruk la nenek. Mama pun x tahu jgk sbb abi xde gtau pon..

 Then malam tadi mama pun tanya lah uncle pasal budak berdua orang itu. Menurut kata uncle K, sorang ok but seorang resultnya teruk sangat utk masuk IPTA.

 Hurmm yg budak sorg tu result ok tapi BI kantoi. Kalo nak masuk UiTM tu kalo BI nye dah kantoi memang susah lah. Nak2 lagi uncle K nya dah bukan lecturer UiTM lagi..hehee.. So, uncle K pun menurunkan lah ilmu petua apa yg ada.

 Jadi di sini wahai adik2, masih ada peluang walaupun result teruk sikit ke, x cantik sikit ke, tp jangan lah x cantik sangat kan. Memang payah lah kalo gitu. Jadi langkah nya, kalo x dpt masuk wat Diploma then try lah apply for Pra.

 Oh ada masalah sikit kalo nak apply Pra, sebab BI teruk. Then nasihat uncle K, si budak ni kena buat surat blablba then pi sendiri school jumpa Dekan. Baru lah nampak bersungguh2 yg awak tu nak belajar. Bukan mak bapak yg nak kena pi ngadap dekan tu. Bukan juga kakak @ abang. Xde de ko nak belajar org lain pulak nak pegi cari apa? kolej? Orang lain pulak nak buat surat kau. Orang lain pulak nak gi beli borang kau. 

 Kalo setakat nak tolong hantar kau pegi beli borang ke bole la. Xde aku pulak nak susah2 cari tarikh bila bila borang nak keluar la tarikh tutup lah. Aku dah gtau ada 2nd intake. Then kau lah kena alert. Macam tu.

 Dan hasilnya? Dapat la budak  tu further study Pra-course kek UiTM. Ceh..UiTM Machang la pulak. Di situ pak sedara belajar, disitu juga kakak sulung nye belajar di situ lah jugak dia akan belajar..Huhuuhuu...

 Kalo nak ditambah quote budak nak belagak pulak x tentu hala ni, yg study x habis lagi tu, jawapan aku senang aje. At least haku hada DEGREE. From Matrix-Degree. Kau ada? Account. Yup account. Sapa kata budak account xde paper management? Marketing? Hahaa.. ada ke paper marketing n management susah? Yahh... hehehe.. Try amik seminar in accounting?








Thursday, May 17, 2012

HiJRaH

 Wah... apakah perlu? Jauh juga tu. Tapi kalo dah nama pun pergi sefamily apakah salahnya kan?

 Bagaimana pula dengan Damia? Education dan perkembangan mental Damia? Kenapa perlu menjadi persoalan sedangkan sudah ramai di sana. 

 Ermm... 

Wednesday, May 16, 2012

TeRaNGKaT

 Alamak.. tetiba aku terbaca post fb budak ni..

' best tgk abg angkat die dgn awek die..sweet..'

 Ntah. Tapi aku memang menyampah dgn term adikangkat-abang angkat ni. Kalo dgn kakak angkat persoalan x timbul walaupun adik angkatnye lelaki sebab memang ada tp jarang lah adik angkat laki sangkut dgn kakak angkat.

 Berbalik pada asal -usul kejadian angkat mengangkat ni. Selalu kanak2 ribena je yg suka main pemenan ni masa sekola-sekola dulu. Tapi asal usul kejadian pun memula adik angkat - abang angkat lepas tu terangkat la. Nak jadi adik angkat tu cover line je. Ye la zaman dulu xde la darring sgt org pompuan nak mengorat org laki ni. So cara paling halus adalah jadik adik angkat.

 Tgk secara logik pun. mana ada org yg mukanya x hensem dijadikan abang angkat. Betul x? Memula adik angkat pastu lelama terangkat la..

 Kalo quote aku pulak, x cukup2 ke adik kat rumah tu nak ditambah adik angkat pulak? Yg si adik tu dah xde abang kandung kat rumah? Mana xnye, nak ngengada dgn abang sendiri makan pelempang aje la.

 Nak gi keje bole pulak call abang angkat soh dtg jemput naik motor? Ada ke called abang angkat jam 12 malam? Bila x dijawab called smp 3-4x? X jugak dijawab siap bagi sms " kenapa abang x jawab kol? adik nak dgr suara je.."

 Adakah? adakah? Nak jumpa pulak nak explain konon hanya setakat adik angkat. Bole jumpa..tapi naseb la kalo berbirat pipi tu..


ThumbDrive

tu dia.. chomel kan? sapa berminat sila pm ok?












Tuesday, May 15, 2012

TiKo- TiKaR



apakah itu? Tikar utk kanak2. Made from getah tapi atas nya dah dilapekkan dgn plastik so kalo air tumpah pun x meresap la.

First time jumpa kat rumah sepupu, sepupu beli on9. Then terjumpa pulak @ downtown. Sekali dorg juai RM75? Mahai nye la pulak..

So, bersempena berada di Sabah ni, tetiba terwar2 kan keberadaan di Sabah, hohoho..ramai la pulak yg mengirim. Ok Ok Ok Ok dan Ok tetiba urmm... bape ye airasia caj kargo? Hohohoho...



Monday, May 14, 2012

TiBaNYa aJaL


 Tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan nyata, hanya amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membedakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan, masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir hayat Baginda.

 Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu mempersiapkan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduk serta kafannya, hanya ketika sampai bagian tubuh dan kepala saja beliau telah memanggil abangnya yaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. 

 Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan selalu siap dalam perjalanan menghadap Allah SWT. 

 Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

 Adapun tanda-tanda ini terdiri beberapa keadaan : 
|♥| 100 Hari Sebelum Hari Kematian
|♥| Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja.


 Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. 

* Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
 Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.
  Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. 
  Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati. 
  
* 40 Hari Sebelum Hari Kematian Tanda ini juga akan terjadi - sesudah waktu Asar.
   Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. 
  Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. 
  Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. 
  Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

*  7 Hari Sebelum Hari Kematian 
  Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

*  3 Hari Sebelum Hari Kematian Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. 
  Jika tanda ini dapat diketahui/dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.     

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. 

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
 

 Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke
depan dan sukar ditegakkan. 


*  1 Hari Sebelum Hari Kematian Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Ashar keesokan harinya. 


*  Tanda akhir Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

  Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.





Sunday, May 13, 2012

BaS

 From Sandakan - Tawau kami menaiki bas express. Memula cuak gak. Jangan basnya tiada air-cond suda.. Hehe... Jakun sgt aku kan? Macam lah dorg tu lok lak sgt.

 Sementara tunggu bas tu kitorg dibawa makan ke restoren berdekatan. Haha.. gelak dulu baru cerita ya.. Memang konfirm org Sabah ni makanan dia failed! Ok, cemana aku ehem ehem...cemana abi masak mi goreng? Taruk rencah cili, blablababla...tumis2 pastu masukkan mi. Tapi guess how Sabahan masak?

 Masukkan mi ke dalam kuali. Tuangkan cili sos. Tuangkan kicap. Tuangkan balbalablaa...bukak api then gaul2 sampai masak. Tada!!!! Dah siap! Huhuhuuu...

 Semasa waiting for the bus tu, ada la sekumpulan minah salleh n mamat salleh x pasti pulak dr arah mana dorang datang bertanyakan bas ke Semporna. Hurmm...Same way. How much? RM40 jawab tukang jual tiket tu. Seingat aku tadi abi bayar RM50 utk 2 orang dewasa....??

 Bas kami @ 2pm. Tapi sampai Semporna around 10pm. Memula diberitahu around 5 jam ke tapi what happened? Kehanginan aku betul dgn drebar bas express tu? Ada ke long distance tu dibawaknya pada kelajuan bercinta? Nak ke aku soh dia ke tepi biar aku je yg drive..GGgrrrr..!! Hangin!

 Tapi 1 je yg bagusnya dorang ni adalah, apabila mahu mulakan perjalanan baik seawal perjalanan mahupun selepas berhenti rehat, mesti mereka akan bekalkan air-mineral + roti kepada semua penumpang. Wah.. bagus betul.

 Bas Semenanjung nak buat gitu? Jangan lah harap!!

FLiGHT

 Dah la flight sepagi yg mungkin @ 7.15am, malam tu memasing x reti2 nak tido awal? Kami semua masuk tido @ 1.30am baik mama, baik abi baik nenek baik Damia.

 Esoknya pepagi butet lagi @ 3.30am mama dah bangun n bangun kan Damia sekali. Mandi2 siap2 kami bertolak ke LCCT around 4.30am rasenya. 

 Yg xcited sikit pada kali ini adalah this is the first time Damia Az Zahra sayang mama naik flight. Wahhh.... ounya lah xcited. By the time nak amik gambar Damia tu mama pun tercari2 lah enset ku..Huhuu... xtahu ke mana. Mama x bole nak recall kek mano lah dah dicicirkan nye enset tu. Gagal!

 Tapi mama rasa kat rumah. Mama tertinggal di rumah. Tapi kalo dirumah kenapa mesti off? Mama n nenek try called tp line off? Konpiusnye mama..

 Sudahnya tiada lah gambar Damia Az Zahra..

 Mase dlm flight tu, Damia tgk dr jendela..wahh... Damia tgk dulu another flight yg sedang berlepas dengan lajunya bergerak di landasan. By the time kapal terbang tu start naik ke udara je... Damia gelak? What so funny la my dear? U yg funny tau.. Tgk kapal terebang terebang pun gelak?

 Masa dlm perjalanan tu utk mengelakkan Damia bosan dan mengambil langkah utk merengek2 dan merayap2 baik lah mama bagi nenen dulu memandangkan Damia pun bangun tersangat la awal pagi itu. Tgh2 Damia tido sambil nenen tu tetiba Damia muntah?? Ya Allah.. Riso mama tau

 Tapi nasebek la x byk pun muntah susu yg keluar. Ermm... 


Tuesday, May 8, 2012

KL-SaNDaKaN


flight @ 7.15am..

sHaRiNG iS CaRiNG



Subhanallah...

Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah 
negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... 

Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...

kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...

dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...

pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ... 



HaLaL HaRaM HaRuS

Salman al Farsi meriwayatkan yg apabila Rasulullah saw ditanya tentang lemak binatang, keju & bulu, baginda menjawab "Apa yg Allah s.w.t telah halalkan dlm kitabnya adalah halal & apa yg diharamkannya adalah haram & apa yg didiamkannya diharuskan sebagai anugerahNya. Jadi terimalah drpd Allah s.w.t anugerahNya kerana Allah tidak lupa sesuatu pun." diriwayatkan oleh Al Tirmidhi dan Ibn Majah


Wednesday, May 2, 2012

BeRSiH

Wahh..baru baca wall sorang kenalan ni. Agak hangat jugak apa yg dibicarakan @ di bahaskan. Ianya bermula apabila pemilik wall memberikan komen bahwa BERSIH telah menyusahkan hidupnya yg mana kemudian dibalas oleh kenalanya juga mengiyakan pendapat si pemilik wall.

 Yang menghangatkan adalah komentar dari seorang yg lain ini. Tidak pasti pula rakan kenalan si pemilik wall @ rakan fb aje. Yg juga telah mngeluarkan hujah membidas yg panas. Just 1 statement yg aku suka, meh sini achik copy paste kojap...


Bersih 3.0 adalah satu perbuatan yang sia-sia, menyusahkan diri sendiri saja & segala tuntutan kononnya wujud penipuan & manipulasi dalam pilihanraya TIDAK AKAN DILAYAN pun... 

JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH.... 

Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.

Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.

“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.

“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”

SAYA YAKIN USAHA KAMI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA, SEKADAR BERHIMPUN DENGAN AMAN, BANGKIT BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN TANAHAIR ... TAPI IA SUDAH CUKUP MENGGERUNKAN KERAJAAN HINGGA SANGGUP MENGARAHKAN POLIS UNTUK BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI... 

SEKURANG-KURANGNYA JIKA DITANYA ALLAH SWT, KAMI SUDAH PUN MENENTANG KEMUNGKARAN TERSEBUT & MEMBANTAH RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU SEDIKIT PUN....



Pada pendapat aku pula : kedua-dua pihak maksud aku yg BERSIH ye xde kena mengena dgn empunya wall. Kedua-dua pihak ada betul dan ada salah. Aku rasa apa yg semua orang tidak perlu lupa adalah tujuan sebenar BERSIH diadakan. Tujuan sebenar. 


 Hura hara yg berlaku sekarang adalah kesan daripada segala pihak berkempentingan yg telah memutar belit alam.. Itu saja.

BaNJiR

 Astaqfirullah al azim.. sekarang ni hujan sedang turun selebat2 alamnya di bumi Serdang. Dan mengikut wall2 FB ramai yg memberikan komen tempat memasing juga sedang hujan lebat. Dan berita yg agak tekejut, bandar Kajang juga telah banjir.

 Ini bermakna Kajang sekali lagi banjir apabila kita dikejutkan dgn berita banjir lebih kurang 2-3 bulan yg lepas. Hurmm... Sebelum ni dlm jarak lebih kurang 10tahun sekali Kajang akan banjir tp ni x sampai setahun sekali lagi banjir walaupun tidak seteruk last time.

 Dan yg paling aku bersyukur sangat adalah, baru semalam juga kami sekeluarga berada di Kajang. 

 Dari tengahari sampai ke petang kami ke Jalan Reko, menukar tayar keretaku yg telah pun botak terkoyak sehingga nampak benang. Ganas x? Sampai sekarang pun aku masih musykil cemana bole jadi gitu.

 Selesai operasi menukar tayar kereta, kami sekeluarga singgah di Metro Kajang utk mengisi perut disamping terbeli baju Damia. Damia lagi... Parking? Seperti biasa parking area bekas bus stop yg depan kedai buku Chip Lee tu. Sampai2 je hujan baru turun 2-3-4-5 titik. 

 Habis2 segala urusan kamim nak balik je amik kau..Hujan punya la lebat. Erkk?? Risau gak. Almaklumlah, takot menjadi mangsa bencana banjir kilat je. Hujan mmg lebat tp tidak lah selebat2 dan lebatnya so kami masih tunggu rileks dulu. Tapi dlm hati dah tekad, let say hujan adalah pada tahap lebat yg melampau n x henti2  dalam jangkamasa lebih dr setengah jam, mmg kami terpkasa jugak redah hujan tersebut demi keselamatan harta. Erk..keselamatan nyawa bagaimana pula??

 Alhamdullillah, tiada insident yg menyayat hati. Hujan reda sikit je kami terus redah. Dan Alhamdulliallah mmg tiada apa yg berlaku semalam. Sebaliknya banjir berlaku pula pada hari ini di tempat yg sama. Syukran daripada kami sekeluarga.



BaNGaNG

 Kalo dah bangang tu memang bangang la. Sapa ada baca Berita Harian today? Aku baca on line aje cukup. Kes budak bangang lemaskan bayi dalam baldi.

 Bangang 1 - ko dah sodap romen pehtu dapat baby pastu takot.
 Bangang 2 - selepas bayi dilahirkan, si boyfriend yg bangang melemaskan bayi tersebut di dalam baldi sebelum    dibungkus dan disimpan di dalam almari.
Bangang 3 - keesokan harinya si girlfriend yg bangang membawa bayi yg sudah tidak bernyawa itu ke sekolah. Around 10am dia menunjukkan lagi kebangangan dgn keluar dari sekolah time waktu sekolah.
Bangang 4 - kedua jahanam bangang itu menanam bayi mereka yg sudah tidak bernyawa di kawasan kilang.
Super duper bangang - dah buat segala onar membunuh tu diceritakan pulak kepada beberapa kawannya yg mana kemudian melaporkan kepada guru kaunseling.

Kesimpulan = sah2 bangang. Kalau dah mmg bangang bangang lah jugak.

Yang kesiannya, yang sedihnya, teramat la sedih, bayi tersebut lahir cukup sifat sempurna dan masih bernyawa.

Si bangang tu tergamak melemaskan bayi sehingga mati. Semalaman dibiarkan di dalam almari. Dari detik melahirkan sehingga mereka menanam bayi tersebut x pernah terfikir, terdetik, terkenang, berrtafakur apa semua ke si ibu yg jahanam itu? Sikit pun xde? Xde rasa belas kasihan langsung? Bukan belas kasihan tetapi xde sikit sekelumit pun perasaan sayang? Kesal? Xde? Memang lah dah nak mampus betina itu.

 Elok la, kedua mereka telah pun ditahan polis dan hendaklah didakwa atas kesalahan membunuh tahap pertama kerana sesungguhnya mereka mereka itu waras ketika melakukan kejadian. Harus juga diletakkan pertuduhan mengikut usia org dewasa.

 Betul x aku cakap mereka berdua tu bangang? Org Islam yang sudah meninggal dunia macamana kita buat? Mandikan, kafankan, tanamkan. Tapi mcmn mereka buat pada bayi mereka yg tidak bersalah tu? Ingat tanam anak kucing ke? Hari ni mereka buat darah daging mereka sendiri cenggitu, nantikan aje lah macamn pulak azabnya mereka mati nanti.

mood= sgt geram