Wahh..baru baca wall sorang kenalan ni. Agak hangat jugak apa yg dibicarakan @ di bahaskan. Ianya bermula apabila pemilik wall memberikan komen bahwa BERSIH telah menyusahkan hidupnya yg mana kemudian dibalas oleh kenalanya juga mengiyakan pendapat si pemilik wall.
Yang menghangatkan adalah komentar dari seorang yg lain ini. Tidak pasti pula rakan kenalan si pemilik wall @ rakan fb aje. Yg juga telah mngeluarkan hujah membidas yg panas. Just 1 statement yg aku suka, meh sini achik copy paste kojap...
Bersih 3.0 adalah satu perbuatan yang sia-sia, menyusahkan diri sendiri saja & segala tuntutan kononnya wujud penipuan & manipulasi dalam pilihanraya TIDAK AKAN DILAYAN pun...
JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH....
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil, lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.
“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”
SAYA YAKIN USAHA KAMI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA, SEKADAR BERHIMPUN DENGAN AMAN, BANGKIT BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN TANAHAIR ... TAPI IA SUDAH CUKUP MENGGERUNKAN KERAJAAN HINGGA SANGGUP MENGARAHKAN POLIS UNTUK BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI...
SEKURANG-KURANGNYA JIKA DITANYA ALLAH SWT, KAMI SUDAH PUN MENENTANG KEMUNGKARAN TERSEBUT & MEMBANTAH RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU SEDIKIT PUN....
Pada pendapat aku pula : kedua-dua pihak maksud aku yg BERSIH ye xde kena mengena dgn empunya wall. Kedua-dua pihak ada betul dan ada salah. Aku rasa apa yg semua orang tidak perlu lupa adalah tujuan sebenar BERSIH diadakan. Tujuan sebenar.
Hura hara yg berlaku sekarang adalah kesan daripada segala pihak berkempentingan yg telah memutar belit alam.. Itu saja.
No comments:
Post a Comment