Pada para2 ibu, semestinya moment yg paling indah sekali apabila bayi2 mereka sudah pandai bercakap especially bila menyebut 'mama' 'mommy' 'ibu' 'umi' 'emak' dan yg sama waktu dengannya. Betul?
Begitu jugak aku. Aku dulu senantiasa menanti2 bila lah Damia akan mula memanggil aku mama. Tunggu punya tunggu sehingga lah moment itu sampai. Rupanya Damia sudah lama pandai menyebut mama tapi sangat jarang digunakan untuk memanggil aku.
Budak yang bijak itu sememang nya bijak. Apa perkara yg paling mama suka? Bila Damia menyebut, memanggil mama mama mama.
Then,
Di satu hari, Damia seperti biasa menyelongkar hand bag mama tetapi pada kali ini agak special sebab Damia bukan setakat selongkar malah mencampak2 kan harta benda mama. Apabila mama sudah mula nak menyinga lalu Damia pun berkata 'mama, mama mama, mama, mama'.. Jadi mama buat apa? Senyum.
Di hari yang lain pula, ketika mama memberi salam, Damia telah memeluk mama dari belakang sehingga menjerut. Setelah selesai mama dengan menyinganya meleraikan rangkulan Damia yg menjerut itu dan mula mahu marah tetapi Damia berkata 'mama mama mama mama' dengan comelnya.
Jadi nampak x kenapa aku kata Damia bijak? Ye.. bijak mengambil hati. Tapi mama x mahu Damia menjadi 'Anakku Sazali' yea.. Tang bayi2 begini boleh la.. Dah besau nanti siap!!
1 comment:
Damia dh nak setahunnn.... HB budak comelssss
Post a Comment