Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia. Jika untuk tahun2 sebelumnya SPNB ada juga mengambil alih projek perumahan yg terbengkalai, tahun ini SPNB more focus untuk mendirikan rumah di atas tanah persendirian. Macam mana tu? Cenggini,
Jika anda mempunyai pendapatan isi rumah RM3000 dan ke bawah serta memiliki sebidang tanah untuk mendirikan rumah, then, anda bole atau layak sangat la untuk memohon. Kendian, apabila diputuskan bahawa anda selayaknya, then SPNB akan dirikan lah sebuah rumah untuk anda di atas tanah anda sendiri tu. Monthly payment hanyalah sekitar RM150 sebulan sahaja.
Jika anda tidak memiliki tanah atas nama sendiri, tanah atas nama adik beradik ke mak ke bapak ke sedara ke pun boleh jugak. Tapi haruslah disertakan sekali surat persetujuan dari tuan tanah mengatakan bahawa beliau membenarkan rumah anda didirikan di atas tanah mereka.
Best x kemudahan yg ada sekarang? Bestt memang best. Benar2 boleh membantu golongan yg kurang pendapatan. Tetapi? Manusia tetap manusia. Suka mengambil kesempatan. Apa yg telah berlaku tu?
Ada sesetengah golongan yg telah pun didirikan rumah RMR ni, setelah siap selesai pembinaannya, dengan jumlah pinjaman lebih kurang RM40,000 sahaja. Maklum lah, kan golongan kurang kemampuan katanya. Bayar pun baru RM150 aje sebulan. Then what happend? Mereka ini bukan semua tapi ada segelintir yang kemudiannya me'renovate' pulak rumah tersebut menjadi lebih besar. Wahh!! tadi masa apply kata x mampu kemudian renovate jadi bunglow mampu la pulak...kan?
Selain dari itu, ada juga mereka2 ini tidak melunaskan pinjaman. Ramai juga yg peminjam tegar yakni xmau @ x penah bayar langsung pun. Hurmm..... Abeh camni tu? xkan awak aje nak hidup kan? Nak rumah murah yg selesa kan? Ramai lagi orang lain yg nak jugak tau. Kalo rase2 awak tu org susah, ramai lagi yg susah di luar sana tau...
No comments:
Post a Comment