Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua.. semoga Aidilfitri tahun ni lebih meriah, lebih bererti & bermakna dari tahun2 yang sebelumnya...
Tahun ini merupakan giliran Kajang pula. Kami ni mengamalkan sistem bergiliran gitu. Tahun lepas sudah balik kampung hubby, tahun ni kampung i pulak. Kampung lah sangat kan? Kira kampung la.. selalu aktiviti kami sekeluarga di pagi hari, akan berkumpul di rumah Bonda tercinta. Sebaik semua adik beradik ada, kami akan konvoi reramai ke Jelebu kampung belah omak den. Tawaf la Jelebu tu dr pagi sampai ke petang membawa ke Seremban sampai ke malam buta baru habis beraya ke semua rumah dari Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang segala pak -pak n mak- mak cik yang ada lah.
Tetapi tiba-tiba aje tahun ni, pagi raya pada tahun ini, aku, Damia, kami sekeluarga kecil berada di Qlate. Pelik x? Pelik x???? Sesungguh nya aku sungguh pelik...
No comments:
Post a Comment