Friday, August 30, 2013

THe CoNJuRiNG


Ha ha.. sesapa peminat cite hantu? X takut hantu? Yang penting jangan berperangai seperti hantu.

Sesapa yang rasa nak menguji tahap ketereran anda yang x takut hantu, sila la menonton cerita ini ya.

Best sangat ke cite ni? Seram sgt ke? Seram ke terkejut je lebih...
Maklum la cerita2 horror sekarang ni selalunya bukannya seram membuatkan kita rasa takut. Tapi babak2 adegan suspend je lebihyg membuatkan kita hampir gugur jantung.

Tapi cite ni lain macam pulak feedback yang dapat.
Kalo org yg memang payah nak puji pun boleh bagi 6 star out of 5. Apa cerr kan?

Kalo budak Haziq umo 6thn tu x boleh nak tido malam lepas menonton aku x kisah lagi, ni org umo 32 tahun pun sampai x sanggup n x rela nak tido malam. Perghh... memang penangan la.

Aku?

Malas la nak tgk oii..





Tuesday, August 20, 2013

TiLaM

Yahh.. tilam oh tilam. Tilam apakah yan paling bagus? Paling sesuai?

Yang paling bagus tentunya yang mahal. Ye tak? Yang paling sesuai? Perlulah bergantung kepada poket. Hehe..

Bebaru ni kami gi lah survey tilam. Maklumlah, nak pindah rumah, tilam pulak xde. Selama  ni? Masuk rumah sewa yang semi furnished. La ni menggigil nak pindah rumah. Reta x banyak makanya mmg banyak lah duit yg kena keluar... gitu.

Survey punya survey apa pun x boleh survey sendiri kan? Boleh survey harga aje lah. Pasal jenis2 n kebaikan tilam bergantung la kepada salesman/salesgirl. Jumpa yg cekik darah alamat..

Tapi satu info yg masuk dlm kepala ni adalah, berkenaan tilam spring. Tilam memang ada banyak jenis n ketebalan. Selalu 8" @ 11". Lagi tebal lagi mahal lah kan. Selalu tilam spring ni memang harganya mencecah beratus2. Kita tolak jenama Vono n yang harga main ribu riban ye. Tu org2 kaya terlebih duit bole nak cita. Kita ni kurang la sikit kaya nya.

Tilam spring untuk yang berkualiti sikit harganya adalah RM400 dan ke atas. Boleh juga dapatkan harga yang lebih rendah dari RM400 tetapi kualiti adalah kurang. Itu adalah kata salesman. Achik x pasti betul / salah. Maksud di sini adalah actual price. Kalo Vono after less boleh dpt RM399 why not kan?

Itu sahaja info yg melekat di kepala. Yg lain sendiri pening nak tengok pilih tilam yg mana satu nak beli. Seperti apa yg dikatakan awal2, semuanya bergantung kepada poket... :)


Ni adalah gambar Damia apabila disuruh pose.. baekk punya pose.




Monday, August 19, 2013

Mia


Mumi : Nama kakak apa?
Damia : Nia
Mumi  : Bukan Nia, Mia
Damia : Nia
Mumi  : Mia
Damia : Nia

Huk alohh... sudah 3 thn pun Damia still failed to pronounce her nama.
Tetiba Mumi teringat once nice morning

Mumi  : Kakak nak susu? Mumi buatkan susu
Damia : Xnak. Nak mi
Mumi  : Hoh? Anak aku dah pandai mintak mi?

So,

Mumi  : kakak suka makan mi kan?
Damia : Suka
Mumi  : Mi
Damia : Mi
Mumi  : Ya
Damia : Ya
Mumi  : Miya
Damia : Miya
Mumi  : Nama kakak apa? Mia
Damia : Mia

Lol. Umo 3 thn baru pandai pronounce... kekekek