Yahh.. tilam oh tilam. Tilam apakah yan paling bagus? Paling sesuai?
Yang paling bagus tentunya yang mahal. Ye tak? Yang paling sesuai? Perlulah bergantung kepada poket. Hehe..
Bebaru ni kami gi lah survey tilam. Maklumlah, nak pindah rumah, tilam pulak xde. Selama ni? Masuk rumah sewa yang semi furnished. La ni menggigil nak pindah rumah. Reta x banyak makanya mmg banyak lah duit yg kena keluar... gitu.

Tapi satu info yg masuk dlm kepala ni adalah, berkenaan tilam spring. Tilam memang ada banyak jenis n ketebalan. Selalu 8" @ 11". Lagi tebal lagi mahal lah kan. Selalu tilam spring ni memang harganya mencecah beratus2. Kita tolak jenama Vono n yang harga main ribu riban ye. Tu org2 kaya terlebih duit bole nak cita. Kita ni kurang la sikit kaya nya.
Tilam spring untuk yang berkualiti sikit harganya adalah RM400 dan ke atas. Boleh juga dapatkan harga yang lebih rendah dari RM400 tetapi kualiti adalah kurang. Itu adalah kata salesman. Achik x pasti betul / salah. Maksud di sini adalah actual price. Kalo Vono after less boleh dpt RM399 why not kan?
Itu sahaja info yg melekat di kepala. Yg lain sendiri pening nak tengok pilih tilam yg mana satu nak beli. Seperti apa yg dikatakan awal2, semuanya bergantung kepada poket... :)
No comments:
Post a Comment