Dari Dia kita datang, kepada-Nya kita kembali.
Last week, sepupu ku Sharudin anak arwah Pak Tam telah terlibat dalam kemalangan motosikal di Seremban dan beliau telah ditempatkan di ICU akibat kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Menurut doktor yang merawat berpendapat, kecederaan adalah tidak konsisten dengan kemalangan kecil yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi seorang lagi mangsa kemalangan yakni Bangla hanya mendapat luka2 kecil sahaja.
Yang sangat menyedihkan adalah kerana, ketika dibawa ke hospital Seremban tiada sebarang pengenalan diri pada arwah. Handfon n wallet habis dikebas. Pihak Polis hanya dapat mengesan Mak Tam hanya selepas 3 hari arwah Sharudin koma di ICU Seremban. Itu pun selepas di trace motosikal arwah yang membawa polis kepada alamat kampung.
Nasebek adik arwah Hasbullah ada di rumah ketika pihak polis tiba. Kerana Mak Tam berada di Melaka menemani Fatin kakak arwah yang sedang bersalin. Erkk.. samada dalam pantang @ menunggu hari mumi x perasan.
Sedey sangat sedey sebab arwah telah dicederakan. Kematian arwah bukanlah disebabkan kemalangan motosikal yang dialami sebaliknya kecederaan di kepala suspect akibat di pukul. Selepas terlantar koma dan kritikal selama 3 hari di hospital barulah si ibu mendapat berita. Sedey..
Semoga Allah s.w.t membalas perbuatan si pelaku dengan setimpal.
Semoga Allah s.w.t menempatkan arwah di kalangan orang yang beriman.. Al - fatehah
No comments:
Post a Comment