Wednesday, October 29, 2014

oRDeR

Semalam

Mommy : Wahh.. rajin nye kakak kaler buku. Dah habis dah kaler?
Damia : Nanti mommy beli baru. Dah habis kakak kaler. Kakak nak buku Sofia...
Mommy : Okay kalau kakak dengar cakap mommy, dengar cakap abi nanti mommy beli buku Sofia..

Hari ni balik dari kerja

Damia : Mommy x beli buku Sofia..? ( Damia tgk mommy dgn penuh konpius..)
Mommy : Amboii... main order je... Weekend la kakak, kan mommy gi keje, mana ada mommy gi Subang Jaya

Huhu... salah ajaran kah aku? Anak mintak terus dapat?
Rasa2 dulu macam xde ajar je Damia order ordering ni

Dulu2: Pegi memana Damia x penah mintak pape walaupun obvious nampak Damia interested dgn sesuatu benda.

Kemudian: Damia faham mommy n abi pesan 1 hari hanya beli 1 shj kalo Damia betul2 nak. Let say kalo tadi dah beli chupa chups, so x boleh la nak mintak beli Barbie doll plak.

Kemudian: Damia faham kalo mommy cakap, mommy xde duit or x gaji lagi or next time kita beli.

Sekarang : Damia dah pegang buku kaler Sofia so mommy mmg kena beli

Eh

Kat mana pulak yg boleh jadi salah ajaran nih..??

Nasib baik Damia belum sampai peringkat guling2 nak nak jugak jugak. Huhuu...

So, kena reset balik Damia ni sebelum terlambat. Masih sempat lagi..


Tuesday, October 14, 2014

oRiGiNaL

Masuk kedai gadget cari charger enpon. Nama pun iphone amik kau RM79.00. Warranty setahun. Pakai2, genap 11 bulan charger kong. 
Gi balik kedai sebab under warranty dorg pun bagi la new one. 
Sekarang pakai x sampai 6 bulan dah out jugak. 
Malas dah nak gi same kedai.
Gi beli baru aje la senang.

Masuk kedai i-tunes. 
Seller : mana u beli ini charger? Kenapa terbalik punya...? (sambil sengih perli..)
Aku : Sunway  pyramid. Ini harga i beli RM79 tauu
Seller : Sunway pyramid pun kedai kita jugak
Aku : So mine is not original? Actually rrr, its dificult to know which is original and which is not.
Terus hilang senyum seller tu.
Phuii

Betul x?

Kau jual harga original tapi cap ayam yg ko amik kat China.

No offense because this is not 1st time.

Its very simple.

If customer complaint ur price is expensive, then u give alternatif. Mau murah bukan original. Mau original harga mahal. Habis cerita. Yg kau x cukup2 nak mark-up pi jual local harga original benda?

Damn!!

Monday, October 13, 2014

BeLi RuMaH : 4th eNTRY

Okay, last Saturday kami jumpa agen, dia pass mai SNP n strata title. Makanya lengkap la kesemua hal n perkara. Tinggal gapo lagi? Tinggal submit application utk withdrawal EPF je. Dan lagi satu lupa plak..erm apa ek? Lupa dah.. Related to LHDN. Ada benda nak kena bayar..huuuhh..

Okay, so bila siap SNP tu selalunya lawyer kita yg akan hantar SNP ke lawyer bank. Lepas pihak bank dpt semua dokumen yg diperlukan barulah depa bulih nak transfer money money money. Tapi hanya 90% dari harga jualan je yg akan dibayar pada penjual. Pada yg mark-up loan tu, akan dpt excess tu tapi xtau bila. T dah dapat aku update.

Eventhough kita beli ghumah tu daripada individu yg mana dulu depa beli cash, the loan 90% monies will go to lawyer first instead of the seller. 

Bila lawyer dah dpt duit tu, depa kena tolak dulu pape yg patut contohnya segala mak nenek hutang yg masih berbaki. Make sure x penaya kat pembeli baru ni. Kang x pasai2 duit hang dapat pehtu cabut lari, pembeli sekarang ni dok nganga tgk bil maintenance bil yg bertahun x berbayar. Mampuih aku kang nak kena hadap. Huhuu...

Maksudnya di sini, pabila kami dapat rumah nanti, xde outstanding bills lagi. Kami sepatutnya dpt dgn RM0 beban. Air n electric, cukai pintu, bil pembentungan, semua 2 lah kena settle dulu. 

Selepas ditolak itu semua, barulah balance lawyer akan bayar pula pada penjual (balance 90% dr harga jualan). 

Ulangan di sini, normally proses pembelian rumah adalah :-

3% bayar masa booking
7% byr bila sign snp.
* (alhamdullillah..kami dapat lawyer yg boleh kawtim giler, so 7% bayar  bila epf kuar)

Pagi tadi alhamdullillah selamat submit application to withdrawal kat EPF Jalan Gasing. Selalu proses dalam 14 hari bekerja. So siapa nak cepat proses sila submit di KWSP Jalan Gasing. Proses within 5 working days. Pagi tadi aku tanya officemate yg juga baru beli rumah, dia dah selamat pun dapat duit epf dia. Katanya less than a week dia dapat dah.

Lagi in addition information, pada sesapa yg masih bujang wahai anak dara sekalian sila lah rerajin ke EPF Jalan Gasing tu. Budak kaunter yg attend kami tadi hensem. Muka ala2 artis K-Pop uolss.




Thursday, October 9, 2014

RuMaH PeRTaMa: TiNGGaL SeNDiRi @ PeLaBuRaN?

Rumah memang sgt penting hari ni untuk dibeli kerana harga rumah akan naik dan naik dan naik.

Lain orang lain pendapat memasing. Ikut suka lah nak buat canne pun janji jangan nak nyusahkan orang2 yang lain.

Pada aku, aku bercadang untuk buat cenggini, but still in research which is good which is best which is better. Meh aku copy paste dr blog or fr the experts.

Rumah pertama mestilah dibeli untuk pelaburan kerana:
  1. Rumah tersebut akan dibayar oleh penyewa.
  2. Dapat pendapatan daripada lebihan sewa tadi.
  3. Lepas setahun, mungkin dah boleh refinance untuk pembelian rumah seterusnya tanpa rasa bersalah kerana kalau instalment naik pun, masih lagi akan dibayar oleh penyewa.
hah... blog dia ariffshah.com

sekian

Tuesday, October 7, 2014

3rd eNTRY BeLi RuMaH

1st entry last time about beli membeli rumah ni on 30rd June 2014.
2nd entry was 4th July 2014. Kata next entry pasai submit KWSP pulak. Sila jgn nak berangan. Hahaha...

Okay, utk submit KWSP utk tujuan withdraw adalah memerlukan S&P. Canne nak submit KWSP kalo S&P xde ye x? Hahaa..

So apa problemnya yg timbul sebenor-benornya ni? Citenya gini,

di S&P haruslah tertera nama kita sebagai pembeli. Tapi masalah yg timbul adalah, rumah yg kami nak beli tu masih lagi atas nama developer. Summary nya adalah,

developer jual ruma ke A. Then lepas beberapa ketika A x dpt byr jadi rumah pun telah dilelong. Selepas itu si B telah beli rumah lelong tersebut dgn cash. Ye la, rumah kos murah pun, awak cegu lagi kontractor takat RM20-22k tu apadahal sgt. So sekrang B nak jual n kami nak beli.

Loan approved already tapi bank nak S&P atas nama pembeli sekrg la kan? So bermula proses pertukaran nama dari B ke kami. Tup tup timbui maselah iaitu, rumah tu masih atas nama developer. So, haruslah ditukar nama dari developer ke nama B baru lah boleh utk tukarkan dari nama B ke nama pembeli sekarang gitu. Nak yg sgt masalah adalah x tahu la apa polisi yg developer tu amalkan bahwasanya utk sebrg pertukaran nama haruslah di lakukan oleh developer sendiri.

Ikut kata agen aku, developer lain xde plak timbul isu n syarat begini tapi developer ni lain sket polisinya. So bayangkan proses pertukaran tu dari bulan July 4th sampai hari ni baru settled?

Start last month aku dah called/whatsapp every week tanya progression. Jgn nak bising haa.. nasebek aku x kol tetiap hari. Last week on Sept agen tu habaq mai yg developer kata end on month boleh settle. So today 2nd week of October aku whatsapp je, agen tu reply dah settled. Esok lawyer kol gitau date nak sign ntah apa lg aku pun x pasti.

Lepas dpt replay dr agen tu aku called nak tanya detail tapi dia x jawab. Bateri enpon pon tgl 3% je, malam nnt la kol agen tu tanya.

sekian..



FaiRuZ aDiK SaRiMaH

Adik Sarimah yakni Fairuz one of my friend masa sekolah dulu meninggal semalam. Gulp!!

Kan org cuti Hari Raya Aidil Adha yg jatuhnya pada last Ahad, 3 Oktober 2014, so org ramai pun berbondong2 la pulang ke kampung halaman memasing. Begitu jugak dgn arwah. So dah balik kampung so menolong la ibu di rumah apa yg patut. Mungkin jugal arwah menolong orang kg yg lain.

Arwah meninggal akibat di himpap pokok sagu yg ditebangnya,

Allahualam.. mak aku yg kabau poko sagu. Kalo pokok lain beta x pasti. Apa yg pasti, aku mmg xtau sagu tu ada pokok..

Al-Fatehah... Arwah pergi di usia 29thn pd tahun ni n masih bujang.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman


MiMPi

Boleh x kalo account bank ni makin kerap direnung figures dia jadik bertambah banyak?
boleh x?
boleh x?
bolehhhh xxxxx?????!!!!!!!!!!!!

tensi


MaNDi

Mommy : kakak nak gi jalan x?

Damia : Nak

Mommy : okay, kalo nak gi jalan mandi dulu. Kakak x mandi mommy x bawak gi jalan

Damia : okay, mommy mandi dulu

LoL

Thursday, October 2, 2014

Damia oh Damia

Pagi ni bangun tido

Mommy: nak hantar Damia gi sekolah x ni?
Abi : Next week aje la lepas raya haji

Masa abi tgh mandi mommy tanya Damia pulak

Mommy : Kakak nak gi sekolah x?
Damia : Geleng
Mommy : Malam tadi kakak cakap kalo x gi sekolah nanti x pandai?
Damia : no response
Mommy: ok, x payah mandi, kakak nak gi sekolah x?
Damia : angguk

see..???

Tapi mommy fikir just ikut idea abi. Next week aje lah hantar Damia sekolah semula after rest 1 month.

Tapi sedang mommy mandi pulak, Mommy dgr Damia ketuk2 pintu toilet. Damia nak tincing tapi x nak masuk bathroom mommy nak masuk toilet abi utk tincing. Dlm hati mommy pikir mesti Damia takot kalo masuk bathroom mommy nanti kena mandi.
Sekali mommy dgr Damia nangis2... haahhaaa.. kena mandi dgn abi.

Then what happen after shower?

 Tada..!!!



Hahaha... Damia capai baju sekolah la.

Abi : Saja saya mandikan dia biar dia biasa nanti senang nak gi sekolah next week.
Mommy : Awak kan tau dah prob Damia malas mandi bukan malas sekolah. 

Memang Damia sanggup x mandi tapi sekolah nak gi. Selama ni dia xnak mandi la dia sanggup x gi sekolah.
Boley..? pangai anak dara haku.

Abi : mengeluh.. dah la da lambat ni ..

LoL