Thursday, November 13, 2014

SHoPPiNG

Last Isnin malam Selasa, Damia demam. Badan panas betoii. Malam around 12am mommy terjaga n realized badan Damia panas. Keluar bilik dgn niat nak pi dapur nak amik ais nak tuam badan Damia sekali nampak plak abi mata terbuntang2 nengok tivi. Aii apa lagi..

" Yang yang, apa kata sambil tgk tivi awak tolong tuam badan Damia ni panas.." Pastu mommy pun sambung tido. So, abi la dok menuam badan Damia.

Esok pagi bangun tido Damia masih panas. Aiseh. Since cuti mommy mmg dah habis, mommy soh le abi on-leave Tap abi refuse. Esok boleh katanya hari ni x bole. Fine. So mommy amik je un-paid leave. Senang dan mudah x yah nak bertekak. Mcm la selama ni bertekak pun. Ye lah, kalo mommy insist jgk abi utk take leave xke bertekak? Kemungkinan ye disitu.

Lepas elok je abi gi keje, mommy rasa tgk badan Damia dah surut panasnya. Siap masak bubur belum makan lagi sihat dah anak aku? Tgk jam baru kol 9am. Ermm...

Kol 10.30am mommy angkut Damia keluar rumah ada urusan nak dibereskan. Ikutkan, kalo hari ni x take leave, mommy still need to take leave oneday. So, co-incident.

After semua urusan dah settle, cek2 Damia kalo panas nak bawak gi klinik. Damia x panas pun. Alhamdullillah. So whats next?

Hehe.. so, mommy pun menghalakan kereta ke GM Klang. Wah kakakaka... 

Damia mmg dah lama aimed nak patung Frozen yg nyanyi2 tu. Baik kat Pasar Tani ke, Sg Wang ke Giant ke kat memana la bila ternampak je patung tu Damia nak. Nasebek Damia merengek pun menggunakan intonasi voice yg rendah xde sampai nak hentak2 kaki. 

So, 1st sampai GM kita pi cari patung dulu. Tapi bila dah try tgk test, sound pitching pecah la. Xde warranty plak tu. Tgk pun x firm. Adanya riwayat hanya sepermalam kang aku yg heart attack.

Dgn menggunakan daya usaha tolenrasi berkomunikasi dgn budak berusia 4 tahun, mommy memberikan hujah2 dalil yg bernas. Memang mommy melatih Damia ketika berkomunikasi berbincang @ explanation mengenai sesuatu perkara baru or besar dgn Damia, aku akan gunakan cara seperti berbincang dgn org tua. Sbb aku nak latih otak Damia berfikir, melatih Damia menggunakan otak utk berfikir dan supaya Damia lebih matang fikirannya dari usia.

Akhirnya Damia bersetuju menerima cadangan mommy. X yah beli patung nyanyi2 tu, sebaliknya beli je patung 1set bedua beradik frozen tu.

Siap langsaikan janji mommy pada hajat Damia. Pastu hajat mommy pulak. Dr 1 kedai ke 1 kedai cari. Bila jumpa display kat kedai, kedai tutup la plak. Ntah gi makan ke terberak ke ntah. Since GM ni pun byk je kedai yg jual benda yg sama, so kita bergerak la ke kedai yg lain. Xde la rejeki korg hari tu.

Apa hajat mommy sebenarnya? Mommy nak beli baju Damia. Hehhe.. lama dah x beli baju Damia. Since Damia mmg hard fan of Frozen so kita cari baju frozen la kan.

Salah 1 baju yg dibeli baju pink ada net ala2 princess. Senyum lebar Damia. As mommy of coz la kita tau betapa sukanya anak kita bila dapat baju tu. Balik terus basuh x sabar nak pakai. Nasebek Damia tau dah, baju baru kena basuh dulu. Malam basuh pagi kering dah. So, tengahari tu after school boleh la Damia melaram.


No comments: