Eh, xde ek aku post pasai Damia kena cubit?
Selalu memang aku biarkan Damia main basikal dia kat rumah tu. Ko kayuh la puas2 ke hulu ke hilir. Xde la nak rasa bimbang kena langgar moto ke keta ke sebab umah flat. So, aku buat la apa yg patut dalam rumah seperti menonton telebisen dgn gumbiranya.
Tetiba terdgr sore Damia menangis. Apehal lak? Jatuh ka?
Elok je muka aku tersembul depan pintu aku nampak 2-3 orang budak berambat lari. Aii.. ni yg aku nak hangin ni.
Tepat spt jangkaan , bebudak tu sesaja datang mencubit anak aku yg elok je main basikal depan area rumah ni.
Itu 1st time, aku biarkan dulu.
Masuk 2nd time, x leh jadi.
Masa aku tersembul yg muka pintu ada sorg budak laki. Kecik lagi. Ye ye dia kata " bukan saya yg buat.. bukan saya.."
Ok fine, sebab aku mmg dah jelak sesangat dgn perangai bebudak yang macam setan membuli budak lain tu, makanya aku pun capai tangan Damia soh tunjuk mana budaknya.
Naik tingkat atas, hilang lenyap terus bebudaknya.
Sebab aku mcm nmpk kelibat budak pompuan yg mencubit tadi, so aku gi jugak kat ada satu rumah ni pintu rumah dia terbukak.
Selamba aku tanya akak ada anak perempuan x?
Akak tu panggil anak dia. Aku tgk x berapa nak cam jugak la muka budak tadi.
Aku cite la ada budak cubit anak aku. Aku mmg x suka la kan kenapa nak main cubit2 anak aku.
Bukan anak dia kot, anak dia mmg ada sini. Ciss x bole pakai la ayat akak tu. Tapi xde la aku suarakan.
Akak tu cakap, budak bawah ni kot sebab mmg budak tu ala-ala ganas sikit. Bebudak ni selalu kena jugak. Ye ke..? Ok fine, aku gi pulak rumah budak yg dia maksudkan tadi.
Bagi bagi salam, budak pompuan keluar. Mak mana aku tanya. Omak eh tido.
Aku tgk budak tu, ikutkan dari bebudak yg lain masa 1st time Damia kena cubit dulu, budak ni la yg punya keje. Mak eh tido plak. Ok fine. Tapi aku sempat gak la pesan kat budak tu nama Kasih konon..
Aku : Lain kali jgn cubit2 Damia ye.. nanti aunty cubit2 kau balik. Lepas pesan aku pun balik. Elok je smp depan rumah baru Damia cakap, budak atas td tu yg cubit dia tadi. Betul?? Banyak kali aku tanya dok pusing2 ayat, budak atas tadi tu jgk yg Damia point.
So, aku naik atas balik.
Jumpa balik akak tadi tu. Aku pun gitau, Damia cakap mmg anak dia ni yg cubit. Akak tu seboleh2 nya mcm nak nafikan, td anak dia x keluar la mmg ada dalam rumah la, bila masa pulak anak dia main smp ke bawah la. Di tanyanya depan2 aku, betul ke cubit Damia?
Mmg x berani la budak tu nak jawab. Ye x?
Aku : xpe la kak, tanya pun xkan dia nak mengak. Just saya nak high light aje la, saya mmg x suka budak2 kecik lagi nak main cubit2 anak orang pulak.
Point aku, nanti akak sila warning anak akak jgn nak mengada-ngada dok gi rajin sgt nak cubit anak org lain sesaja.
Kalo dorg main sesama pastu gaduh tu aku boleh la nak accept, tp elok je anak aku main sengsorang, engkau ntah dari mana datang nak cubit2 anak aku pulak. Tu yg aku hangin sgt tu.
Sekali tgh cakap2 tu, akak tu ye ye dok tanya anak dia, anak dia lg sorang yg lelaki last2 bukak mulut.
Boy : Memang dia ma yg cubit budak ni tadi. Dia cakap kat along tadi, eeii geram betul aku dgn budak kat bawah ni..
Dah bukak mulut macam tu aku terus la tanya budak pompuan tu,
Kenapa geram pulak? Kenapa pulak nak cubit2? Saya mmg x suka sangat2 ye nak cubit2 anak orang. Lepas ni kalo saya tau awak cubit lagi.. siap!
Lantak la selamba aku sound depan mak dia. Memang suara x tinggi, kang aku pulak yg gaduh dgn mak dia pulak. Tapi maksudnya haruslah sampai.
Habis cerita kat situ.
Semalam, abi cuti2 Malaysia jaga Damia sbb makcik Idah tu nak gi Sepital cek darah. Abi pun cite kat mommy sesampai rumah dari keje,
Abi : Tadi, masa saya dgn Damia dalam lif ada budak tanya Damia, siapa yang cubit Damia? Siapa nama budak tu? Laki ke perempaun? Budak tu tinggal kat tingkat bape?
Wahhh...!!!!
Mesti akak tu dah bawak isu ni ke mesyuarat tingkat ahli lembaga...
No comments:
Post a Comment