Macamana nak renew passport 2015?
Up to today, bulan November 2015,
renew passport utk 2 tahun RM100 dimansuhkan.
Jadi, sediakan RM200 untuk 5 tahun.
Untuk renew,
Sila bawak expired passport & Ic. - itu je.
Gambar x perlu dah. Sebab kat kaunter urusan nanti dah siap ada camera yg canggih utk terus snap gambar. Jimat dah duit untuk amik gambar passport. Gambar kita nanti jadi gambar hitam putih je. So, jgn datang pakai pakaian or tudung yg berwarna terang or cerah or light sudah. Nanti x pasai2 kena tukar pakai tudung dorang kaler hitam. Pakai baju kot yg dorang provide ok lagi sebab aku tgk smart je kot tu. Just nak adjust tudung nanti la takot susah or x santikkk.
Untuk yg mahu renew passport yang dahulunya menggunakan surat beranak,
contohnya dulu tu issued umur dibawah 12 tahun, xde ic lagi time tu.
Sekarnag umur dah 15 tahun kan dah ada ic kan?
Jadi untuk renew, masih perlu bawak surat beranak sekali.
Dinasihatkan, sila la ke imigresen ketika weekdays. Rentikan lah urusan untuk weekend.
Kenapa?
Kalo nak gi weekend gak boleh tapi make sure korang sampai kat pintu imigresen tu nak beratur seawal 7am lah.
kalo aku google2 tu, menurut blogger tu, sabtu ahad ni imigresen bukak half day je.
so nombor pun dorang limitkan utk 100-200 nombor je.
Make sure korang mesti ada backup plan. Kalo plan A x jadi, proceed dgn plan B.
Mcm aku hari tu, kami tiba selewat 8.30am, beratur 5 langkah, nombor pun habis. Huhuu..
Budak laki belakang aku kata nak pi Putarajaya.
Aku : eh Putrajaya bukak ke?
Budak : Putrajaya ada bukak.
Tapi aku x ke Putrajaya sebab aku malas nak drive. Lagipun mesti bukak half day. Apa kau pikir sini habis nombor sana banyak nombor lagi?
Dalam kepala otak mmg dah plan, kalo x sempat di shah alam, aku nak gi utc je.
Lepas tu aku terus bergegas ke komuter, parking, naik komuter, zass ke utc pudu.
Nana cakap gi utc sentul. Sebab dia selalu berurusan kat sentul cepat.
Harus diingat cepat tu sebab weekdays.
Disebabkan aku x berapa nak familiar dgn sentul, so aku ke pudu je.
Sampai2 pudu dlm 10.30am kot, beratur mmg dah panjang.
Bila beborak dgn akak yg beratur sama tu,
semua kes dari tempat lain.
2 orang akak ni dari putrajaya.
Imigresen Putrajaya tu, dalam web kata bukak. Tu pasal dorg pi Putrajaya.
Tapi smp sana bukannya nombor habis tapi langsung x buka.
Tu pasal depa terus ke pudu pulak.
Beratur memang panjang tapi laju jugak gerak yelah sebab just nak amik nombor je.
Kol 11 dapat nombor 1336, officer kaunter tu kata 1336 around 3.30pm.
Memandangkan sekarang baru jam 11am,
pepandai lah adik nak buat apa2 nak kemana tapi make sure kol 3.30pm tu mesti ada lah kan.
Siap dapat nombor, aku pun bawak la Damia gi carik makan pulak.
Owhh... di puduraya ni ada Marrybrown.
Jadi kita makan bubur n prawan fingers la.
Dorang pasang cite Magnifient pulak.
Sedang elok la nak menghabiskan masa.
Sekali si Nana pulak reply wasap,
Nana: buat pa hang nak dok melangok sampai kol 3.30pm? Gi la ke Sentul.
ermm... jadik kacau pulau pikiran aku kan walau pun dr awal aku dah pertimbangkan hari weekend and weekdays.
Then, aku decided utk gi Sentul jugak.
Huhuhuhuh....
Kol 12.30pm aku sampai Sentul dpt nombor 1300.
Officer tu bole plak kata kan, " haa kak, kalo ada kawan kat sana boleh calling2 tanya dah no berapa? Mana cepat akak gi la situ..."
Hurmmm... aku pun x mintak lak no phone akak kat Pudu tadi. Kalo x boleh gak calling2.
Bila tunggu2 aku tgk nombor bergerak budget masa, mcm lambat ni no gerak kat Sentul.
Then aku patah balik ke Pudu.
Masa aku gerak ke Pudu nombor dah 173 kol 1.30pm.
Bila aku sampai Pudu kol 2pm tu nombor baru 130???!!!!!!
Adehhh...!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sian Damia aku seret ke hulur ke hilir,
Then aku tanya Damia, "kita gi tempat tadi nak?"
Aku kesian kat Damia,
dari stesen LRT tu terletak di luar Puduraya. Bermaksud kita ke berjalan jauh sikit.
Antara stesen LRT Sentul dgn UTC Sentul pun perlu berjalan 10-15min gitu.
Sian anak aku nak kena berjalan kaki.
Damia jawab : Jom la mommy, kita pegi tempat tadi.
Sebaik Damia jawab kami segera bergerak ke UTC Sentul.
Passprot aku siap kol 5.45pm.
Huhuuhu...
Memang lewat tapi nak balik nanti senang sikit.
Dr Sentul berhenti kat Bandaraya, jalan lagi ke komuter bank negara.
Bila naik komuter dari sana, orang x berapa ramai, so kita boleh dapat seat untuk duduk.
Kalo naik kat KL Sentral yg sedia maklum orang ramai, belum tentu boleh dapat seat.
Dah petang2 gini Damia mesti dah penat.
Nanti dia x larat nak diri kang aku lagi sedih.
Alhamdullillah seperti dijangka, dr Bank Negara tu kami dapat seat, smp KL Sentral orang naik penuh.
Bila orang dah ramai tu, Damia yg dari tadi dok berdiri happily ever after terus duduk utk jaga seat dia, pastu terus tertidur.
Smp Subang Jaya, aku perlu kejutkan Damia memandangkan x larat mommy dah dukung kakak dah.
Damia mamai2 bangun.
Sementara tunggu nak smp Batu 3, aku bisik kat Damia
Mommy : terima kasih ye kakak, sebab temankan mommy hari ni. Sian kakak. Mommy mintak maaf ye.. terima kasih ye kakak...
Aku tengok mata Damia dari kuyu2 tu terus terbuntang bila aku say thanks alot tu..
Huhu.. mmg mommy sedih.
Terima kasih ye kakak,
mommy bersyukur sgt dapat anak yang memahami.
Syukur ya Allah s.w.t pinjamkan aku anugerah yg terindah ini.