Monday, November 23, 2015

Persiapan ke Ho Chi Minh, Vietnam

Yeahh..!!!

Jom cek list :-

1 - Tiket - done!
Dapatkan tiket lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. 1st Vietnam trip ni kami akan pergi bertiga tanpa abi and Damia. Aku gi dgn member sekolah menengah dulu. Tiket ke Ho Chi Minh ni aku dah survey lama dah dari September lagi. Lama la sgt kan..? Time tu survey untuk Feb 2016 sebab perancangan awal nak gi bersama abi and Damia.

Selama survey tu tiket paling murah RM109+RM173.08= RM 282.08 without luggage fee.

Then bila dah confirm 3 org nak joint venture ni, on 30th Oct tu dah kelam kelibut. Pasai pa kelim kelibut?

1st attempt aku beli tiket. Sampai button payment je aku kena tendang keluar. Bila log-in balik tiket on the same date dah mahai. Then aku soh pulak Nana beli. Sampai payment button je, Nana pun kena tendang toingggg gak. Macam hampeh. Bila re-select balik same date, harga dah berubah jadi mahal.

Sudahnye Nana beli aje lah bebila date yg dapat murah tu. Lepas beli baru lah kitrog terhegeh2 apply leave.
Nasebek leave kami, tiada masalah untuk approved. Kalo dah beli then leave x approved x ke naya ye x?

Nana & Hanim backpacker je. So xde luggage fee. Aku je ada additional RM50 utk luggage 25kg utk tiket balik dr Vietnam nanti.

Jadinya, kena rajin cek harga n beli time murah.


2 - Passport - done!
Make sure passport x expired lagi. Passport aku mmg x dah lama expired la kan. So, kena renew baru. Even lagi 2 hari nak expired dari tarikh berlepas pun x dibenarkan. Make sure 6 bulan before expired. Nov 2015 renew passport fee RM200/5 years. 2 tahun renewal or new passport dah dimansuhkan.


3 - Hotel - done!
Bole booking thro agoda ke booking.com ke memana la yg korang boleh dpt lowest price. Make sure baca term & condition.

First booking, Nana dah booking thro booking.com. Katanya free cancellation until blablabla date. Aku x ingat & payment only the day we stay. But then, bila Nana dpt harga lebih murah untuk same room, hotel & date thro agoda, Nana tried to cancel but, booking.com said they want to charge for 1 nite eventho kitorg cancel before the stated date.

Jadi, aku pon called booking.com tu nak cancelkan & mintak waive the charges. Try la kan mana la tahu bole waive. x cuba x tahu ye x? And alhamdullillah, aku dapat waive that 1 nite charges tu.

Then, nana pun re-book same hotel, date & day thro agoda. Mesti pening hotel tu. Hahaa...Tadi cancel booking pehtu nak re-book pulok.

Kesimpulannya, sila baca term & condition bebetoi.

Booking.com - payment on the day we stay.
Agoda - payment charge 3 weeks before we stay.

So pilihan di tangan memasing.

Oh ye, hotel kami berharga RM 334.14 untuk 3 hari 3 malam utk double std room. Kami booked double std room untuk bertiga. Dan antara kriteria masa nak booking tu kami pilih yg bilik luas or besar sikit. Ye lah sebab kami bertiga kalo bilik kecik nanti sempit la plak kan dengan beg apa semua.


4 - Matawang.
Tukar RM10 ke Vietnam Dong untuk transportation. Cukup ke? Hehe... Memula planning dari airport ke hotel tu nak naik bas je dalam VND 5,000/ seorang. So, RM10 tu boleh dpt +- VND 50,000 - cukup la kan?

Tapi memandangkan kami sampai sana malam hari, utk mengelakkan sebarang un-expected situation, better aku tukar lebih sikit, cukup untuk naik cab dari airport ke hotel kalo ikut kata blogger2 dlm VND160,000. So tukar siap2 RM50 = +- VND 262,000. Ok la tu.

Info dari blogger, untuk shopping boleh guna RM or USD. So pilihan memasing lah nak guna duit apa pun. Just recommendation dari blogger yg lain untuk membuat pertukaran matawang di sana lebih menguntungkan. So Jadi, bawa RM aje lah dan sedikit VND dari malaysia.

Eh duit makan canne? Hahaa... lupa plak kan? Papehal tukaran wang di sana. Habih cite.


5 - Makanan.
Info dari blogger jugak, tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal di sana tetapi mahal. Sepinggan nasi goreng pun boleh cecah RM17. Memandangkan aku x penah sampai lagi, so sediakan aje lah baget untuk makan dalam RM20-30 untuk sekali makan.

Kalo nak  jimat, bawak la bekalan makanan dari Malaysia. Pepandai la kome nak idup di sana. Breakfast meggi ke or just take brunch ke untuk jimat. Dah kata backpacker kan, harus la berjimat cermat.

Hari tu 7-eleven ada promo meggi cup RM1/cup, dapat la abi belikan 5 cup hari tu tp skrg dah tgl 2cup je sebab dah selamat makan di rumah. Huhu.. ntah apa apa ntah, meggi pun x tahan tergoda.

Tu je la kot?

* updated

6- Waktu untuk pergi.
Aku tercari-cari gak info waktu yg kurang sesuai untuk ke sana. Contohnya macam ke China kan. Kalo nak berborong ke Guang zhao elakkan pergi pada waktu raya cina sebab most kedai akan tutup 2 minggu sebelum dan 2 minggu selepas raya cina. So rugi la kalo ke sana time tu sebab banyak kedai yang tutup.

Menurut kepada salah seorang budak sekolah aku dulu yg kini aktif jugak jd travel agen ni, dia kata xde had masa untuk ke Ho Chi Minh sebab kawasan pelancongan. So aku pikir ok dah la kitorg gi December 2015.

Tapi aku baru dapat latest info,
Ho Chi Minh ni ada 2 musim yang berbeza iaitu basah dan kering. Kalo ikut cuaca ni xde masalah nak bebila nak gi pun. Cumanya kalo musim hujan tu, hujan memang lebat turun jadi agak sukar la untuk pelancong nak menjelajah berjalan bersiar bagai.

Musim kering antara Disember - April, so ok lah tu. Just prepare air minum banyak2 since cuaca kering. Tatapi waktu malam suhu boleh mencapai 18°C terutama bulan Disember.

Vietnam pula menyambut perayaan Tahun Baru Lunar or Tet antara hujung Januari hingga middle Februari. Time ni dorang akan balik kampong. Sama la macam kita. Raya je balik kampong KL lengang. Banyak la kedai yang tutup time Tet ni. Owhh gitu.

Papehal kena tanya kedai yang akan diborong nanti, konpem ke tutup dr middle Jan sampa middle Feb nanti.











  


No comments: