Monday, December 28, 2015

Sports Direct



Pernah dengar nama kedai ni?
Kedai ni ala2 al ikhsan RSH kedai2 yang menjual peralatan untuk sukan.
Memula aku x kenal dan x tahu langsung kewujudan kedai ni.
Salah seorang member sekerja aku dulu aka client unit trust aku keje sini.
So bila nak buat appointment tu, utk memudahkan keje aku gi aje lah tmpt kerja dia ni.
Lokasi di attria mall, damansara.
1st time sampai yang membuatkan aku kagum adalah harganya.
Harganya serius murah, dan bebarang dalam ni mostly datang dari UK.
No ciplak2 semuanya original.
Last time aku pi tu dah aim nak beli satu kasut judul apa ek? Lupa dah tapi judul tu mmg xde la jual kat kedai kat Malaysia ni. That time the price was RM169/pair 2 months back.
Last thursday kitorg went there to buy the shoes, the price dah jadi RM89/pair.
Huhu...
Jangan cite la pasal out of season ke stock lama ke sebab aku peduli apa.
Aku bukan jenis branded type or up-to-date type.
Alkisahnya dikhabarkan, memang benda2 yg dah out season la mostly yg dorang jual tapi out season pun bukan la stock yg dah bertahun. UK pun kan negara 4 musim.
Kalo ikut akak ipau dan abg aku sefamily yg duduk kat UK sana tu dorang kata orang sana mmg asyik shopping je. Setiap musim shopping pakaian baru.
Kalo akak ipau aku tipu maka aku tertipu la. Heheheh..
Tapi xde maknanya la nak menipu benda gitu. Apa ke jadahnya carik dosa free free.

So, sebab tu lah dorang akan jual pada harga yg lebih rendah di sini.
Lebih lama akan lebih murah cumanya kalo kita nak tunggu harga jatuh serendah yg mungkin, kemungkinan besar size kasut yg dihajati tu dah xde la. Out of stocks org putih kata.


Cam kasut kaler grey white red ni, original price dia RM169 tapi sekarang dah jadik RM49.
Kira murah la tu. Daripada beli kasut kat apa ek, kedai2 kasut yg ada kat giant, tesco, aeonbig tu, bagi beli kasut kat sini.
Korang gi tgk dan pegang pakai boleh tgk tahap kualiti yg berbeza dgn kedai2 kasut yg biasa.



Aku pun x tahu apa fungsi kalkulator yg besar gabak tu.
Huhu...





Wednesday, December 23, 2015

2015 Ho Chi Minh Part 3

Ke Mekong kite…!!!

Ikut jadual bas akan bergerak dari hotel pada jam 7.45am.

Aku seperti biasa awal2 dah bangun la kan. Kalo nak membute kita membute di Malaysia x gitu..?

Pagi sebelum bergerak elok la amik breakfast dulu sebab lunch around 2pm. Sesapa yang ada gastric better breakfast. Tapi apakan daya, kamim masuk breakfast di Halal Amin tu x sampai pulak order aku kan.

Kebetulan pagi tu dah ada group yg reserved untuk breakfast so depa focus on group tu aje la. Tu pasal aku order roti Vietnam tu je pun x sampai2. Masak aku gini x breakfast. Jadi last2 minute aku pon mengendeng la mi pho si nana.


Sempat tourist guide group yg reserved breakfast tadi tegur ajar cecara nak makan mi pho. Memula aku pun mmg agak konpius canne nak makan mi tu dgn ulam dia kan. Rupanya ulam2 tu dan segala sos sila campak semua sekali ke dalam mangkuk mi pho dan makan. Kami pun “OOOOooooooooooOOOOO… gitu rupanya…”.

Disebabkan kami cari bas dan bas cari kami, perjalanan kami pun terlewat dan hanya bermula pada jam 8am.
Menurut tourist guide tu perjalanan memakan masa 2 jam dari Ben Than ke Mekong.
Tapi aku tgk 2 jam tu baru sampai kawasan rehat dia.
Huhuhuhu..

Mana xnya, bas berjalan masha allah.. aku rasa kura2 ada laju lagi bergerak dari bas yg kami naik. Tapi nasebek dalam bas ada wifi so memasing layan internet aje la.

Kawasan rehat Mekong ni adalah persinggahan untuk alas perut le. Toilet pun ada. Dinasihatkan bebawak la bersama botol air untuk tujuan 'pelepasan'. Huhuu... sebab sana konpem toilet xde hose cik kiah oiiii...!!
Dan restoren di situ pun non-halal. Sebab tu dinasihatkan utk breakfast sebelum gerak.

So, bas tadi gerak at 8am, kami sampai di jeti 11.07am. 2 jam sangat....

Malas pulak nak cite pasai mekong ni sebab xde apa yg menarik pun sangat sebenarnya.
Just gi tour melawat pulau2 antaranya ermm ermm.. lupa lah pulak kan.

Ada pulau kelapa? kot.. huhu...
tgk la tempat dorang proses gula2 kelapa. Pehtu boleh la try sikit yang mana x sanggup aku nak try sebab dorang proses gula2 tu pun x pakai glove. Huhu...

Masa time nak sampai ke tempat sampan tu, tour guide tu ada la gitau yg air sungai mekong ni fresh water. Dorang even guna air sungai tu untuk makan dan minum. Gulp!! Aku tgk berkeladak kaler air sungai eh. Macam air teh susu.. huhu...

Satu sampan ni kami naik bertiga exclude 2 orang yg mengemudi sampan di hadapan dan di belakang. Memandangkan yg di belakang tu seorang wanita tua, si nana ni rajin la berborak dgn budak pengemudi bhgn depan sampan tu.
Perempuan berusia 18 tahun. Ayah dah meniggal, so dia terpaksa la keje kayuh sampan tu adik bawah ada lagi 2 orang bersekolah. 
Sampai satu rumah papan yg sgt daifff dia pun tunjuk la, thats my house.
Memula yg aku dok pikir umah banglo yg belakang tu tapi rupanya rumah papan yg hampir tenggelam dalam sungai mekong tu rumah nya.
Biar betik baii...

Kami bersampan tu ada la dlm 2km kot x silap sehingga ke bot kami semula.
Dah memasing dok kesian nak bagi tips aku pun hulur jugak la. Huhu... eh iklas apa.

Siap sedia dalam bot nak bergerak balik ntah canne bebudak ni boleh bercerita pasai rumah buruk nak roboh tadi siap kesian bagai dgn budak tu.
Tetiba akak sebelah mencelah,
rumah buruk tadi tu ke rumah budak tu?
Budak yg dayung sampan kitorg tadi pun tunjuk rumah buruk tu jugak kata rumah dia.
Laki dia siap kesian siap bagi tips sampai RM10 seorang.

Apa jadi paas tu?
Kitorg gelak bergegar la bot tu.
Hahahahahahaha......
terkena sudah.

Itu pun asalnya husband dia nak bagi sorang RM20 sebab kesian.

Hahahhaa
hahaha
dan hahahahaah lagi








Tuesday, December 22, 2015

Loss of use claim

Keto omak sey accident bulan May 2014 lama tu. 3 kereta terlibat maso kejadian, keta omak sey tongah2. Pihak yg bersalah keto belakang sekali. 

Memulo, si kurnia insurans ni dio pi tolak pulak NCD keto omak sey kan. Tetibo lak kurnia insurans hantar surat suruh renew insurans sobab sum assured eh dah tinggal sikit lopeh kono tolak NCD tu kan. 

Pehtu berjela aku tulis surat. Ni dah 2nd case ni apahal pulak dorg tolak NCD kami yg tidak bersalah. Surat submit by hand kek insurans kajang tu. Memulo biaso la makan maso nak proses surat kan. Aku siap mintak kurnia insurans bagi detail explanation kek aku asal kejadian ni boleh berlaku bukan sekali tapi dah 2 kali.

1st time hari kes motor sey hilang kono curik. Kuasa allah s.w.t yang maha agung, bulih pulak jupo balik motor sey tu kan. Moto je pun, so kerosakan eh sikit yo. Mampu sgt la aku nak pi repair sendiri xyah claim insurans moto. Alih2 si kurnia insurans ni pi tolak gak NCD moto aku. Abah eh boto.

Makan maso gak la utk aku dpt balik claim NCD tu.

Ni jadik lagi pulak ha.

Bilo sampai maso omak sey nak pi renew insurans NCD masih RM0.00. Kalo xdo NCD tu mahal la jadi eh nak renew kan sobab xdo diskaun.

Owh iklan jap, maso lunch tadi aku byr kek kaunter after si NOH HUJAN tu. Wahh... 1 kodai nengok ke dio. Aku tgk xdo lak nampak riak2 eksyen di wajah eh. Alhamdullillah... bini n pak mertua kayo nak mamp** xdo lak dia sombong. Tinggi sikit yo dari aku yo kau Noh? Xdo la tinggi bona ekau nih.

Ok, kek mano tadi?

Pehtu omak sey momokak, kolam kelibut dorg buat kojo terus update, dapat balik NCD. Settle kes NCD.

Ni kes satu laie, loss of used claim.

Ikutkan maleh aku nak folo2 up case ni. Mmg keje2 folo up ni cukup menyampah lah aku nak buat. Dulu maso kojo jadik boss aku soh je staff aku yg folo up. Ni dah keje x jadi boss aku lah pulak kan kena folo up. Menyampah betul aku nak2 deal dgn LHDN. HArukk..!!!

Melalut kan?

Sian pulak ko omak sey tu kan, aku pun gagahkan jugak ni pi kol kurnia insurans.

Dah x tahu mende so kita bertanya la kan? Siap aku soh org kurnia tu explain apa ke benda loss of used tu. Pehtu cara cakap eh mcm kita ni keje company insurans. Aku bagi taruk skali. 

Awak ni nak cakap bagi cakap elok2 sikit. Jgn nak bercakap ikut sedap ikut senang je. Explain satu2.

Baru dia tau nak cakap elok2 sikit. Kot mak aku tipon tadi canne gamak eh cara ko bercakap agaknye.

So, kes aku ni kes loss of used. Sebab accident last time, kereta aku masuk bengkel, aku dah xde kereta untuk digunakan makanya kita boleh claim loss of used.

Bila aku tgk balik surat yg aku hantar tu bertarikh Januari 2015. Wahhh ni nak masuk another januari nih aku tanya.

Sekali budak kurnia tu kata,

kak, surat approved dari kurnia insurans dah keluar 26 Feb 2015 ke lawyer akak. Kita selalu memang berurusan dgn lawyer kak, bukan dgn orang persendirian. Saya bagi akak no lawyer ni akak call dia tanya.

EH?

Mana datang pulak lawyer ni kan? Sejak bila pulak aku hire lawyer ni?

Ni another lawyer yg nak kena dgn aku lah ni. Nak dekat setahun kes x settle lagi. Bukan lambat dari pihak insurans tapi dari pihak lawyer.

Aku called, person in charged ni xde pulak hari ni puan... dia cek2 pastu kata person in charged in mc hari ni. Tutt tutt betul la.

Aku tinggalkan no phone, ko x call esok ko siap..!

Aku garang okeh

* updated 23/12/2015

Aku baru called lawyer, lawyer tu explain cenggini,

bila keta dah masuk workshop kes 3rd party ni, semua kos2 repair ditanggung oleh 3rd party termasuk lah loss of used claim. Masa nak claim insurans ni yg melibatkan lawyer. Jadinya lawyer adalah antara workshop dan pihak insurans.

Then, insurans akan keluarkan surat offer let say insurans nak reimburse dalam RM5000 je untuk total membaiki apa semua.

Then, kalo workshop nak accept, return balik surat offer tu ke insurans kemudian barulah insurans release payment. Kalo workshop x bersetuju dgn offer tadi, lawyer akan appeal la increase amount dari yg insurans offered early. Camtu

So, kita ni pemilik keto ni nak mntk claim tu dari workshop dan bukannya dari pihak insurans.

Kerana, insurans hanya akan issue satu chq sahaja utk 1 kes.

Dan menurut kata lawyer lg, byk kes pihak workshop xmo bagi client duit claim loss of use tu. Hoh??


Thursday, December 17, 2015

Clearance Jubah Cotton

CLEARANCE STOCKS..!!

Jubah untuk dewasa

Material English cotton
kain lembut, sedap dipakai dan tidak kecut.

Dapatkan sekarang terhangat di pasaran hanya

RM 75.00 sahaja..

Standard market price RM89-119

Ni murah je taww RM 75 aje sepasang
Harga mampu milik

Meh la beli
tinggal selai je lagi haa


Size S

Size M

Size L

Size L

Size L

Size L

Sesapa yang berminat untuk pre-order boleh dapatkan pada harga borong

Sila whatsapp 017-6118769

Wasap cecepat sikit eh..


Wednesday, December 16, 2015

2015 Ho Chi Minh, Vietnam Part 2

Selamat Pagi Vietnam...!!

Sgt kannn...

Vietnam ni lambat 1 jam dari Malaysia. So, kalo Vietnam kol 10am, Malaysia dah kol 11am. Tapi matahari terik kat sana macam ikut waktu Malaysia. Malaysia kol 12pm terik tu sama macam terik masa Vietnam 11am. Paham ke paham?

6.30am di Vietnam tu dah terang benderang macam kol 7.30am Malaysia.

Apa cite 1st day di sana? Papehal kita gi soruu dulu.

Kami terjah restoren yang sama dgn malam tadi. Restoren Halal Amin. 



Kali ni aku makan nasi goreng seafood. Rasa biasa2 je dan berharga VND 70,000 = RM 13.72 + kopi free. Kopi di Halal Amin berharga VND 20,000. Malam tadi dah pekena, pagi ni kasi kena lagi.


Nana punya, nasi goreng pattaya VND 75,000 = 14.70


Nasi lemak Anim punya VND 70,000 = RM 13.72

First destination, kami ke Bin Thay. Hasil dari googlelan, aku decided utk gi naik bas.

Jadi kalo korang dr pasar Ben Than tu, sila lah melintas jalan ke seberang roundabout. Motor kereta mmg banyak giler. Especially motor. Sgt banyak i tell you. Banyak giler. Ramai yg gerun nak melintas. Meh sini achik bagi petua cecara untuk melintas.

Cara-cara untuk melintas jalanraya di Ho Chi Minh, Vietnam adalah dengan terus je berjalan untuk melintas. Korang jalan je. Jgn takot2 sebab motor & kereta tu nanti yg akan mengelak dari pejalan kaki. Jangan smp tgh2 jalanraya tu korang berhenti diri kaku lak. Xde sapa yg akan berhenti bg korang melintas. Jalan jee...

Gitu..

Bus stop dia agak besar jugak. Bukan bus stop sekangkang kera dgn atap tu. Kat situ mmg ada byk lorong untuk bas2 ni berhenti menurun dan menaikkan penumpang. Tapi bas2 tu xkan berhenti utk parking. So, make sure korang naik bas # 1 or # 56 dan berhenti di last station yakni stesyen bas. Ok kat sini bas akan berhenti dan masuk parking. So paham ke paham bus stop dgn station bus?




Tambang bas dar Ben Than ke Bin Thay ialah VND 6,000 untuk pergi dan balik VND 5,000. Pergi kami naik bas # 56 dan balik kami menaiki bas # 1. Mungkin route berbeza kot tu pasai tambang berbeza.



Sebaik turun dari bas, sila la berjalan ke pintu keluar station. Boleh nampak dgn jelas terdapat sebuah petrol pam kecik di pintu keluar station bus tu. 


Dari petrol pam tu x boleh nampak pasar Bin Thay sebab, Bin Thay tu terletak di belakang deretan kedai yang berhadapan dgn petrol pam tu.

Pastu, pepandai korang la canne nak gi hehe.. Jalan kaki je la. Dari petrol pam, pasar Bin Thay ke kanan, owh silap. Kalo dari pandangan cenggini, depan ni korang nampak petrol pam 'petrolimex ni', korang ke kiri dan jalan terus ke depan.

Kemudian, di hujung blok seberang jalan tu korang masuk la kiri dan terus berjalan. Di hujung jalan tu baru boleh nampak pasar Bin Thay.


Bin Thay ni lebih kepada jualan borong.


Macam helmet ni. Helmet dorang meme cute cute tapi sini x boleh la nak beli 1 je. Kena beli 1 bundle ada dlm 8 biji x silap aku kira hari tu.

Hanya kain aje la murah. Cotton ke lace ke. Tapi aku x sure harga lace kat sini sebab aku x membeli lace pun. Kalo nak beli je bole tanya harga dan start bargain. Jgn le nak carik penyakit sesaja pi main tawar menawar pehtu x beli. Huhu... 

Kesimpulan,
pergi sini untuk borong kain cotton je murah. Dapat lebih murah dalam RM2-3 dari Ben Than sepasang. So kalo hanya setakat nak beli 1-5 pasang ke x payah lah datang sini.

Sebab hanya kain cotton je boleh masuk. Yang lain semua ke laut ke hutan fashionnya.
Huhu... bukan taste org Malaysia yang dah smp ke oversea la. Haha..

X yah la buang masa dan tenaga nak berjalan sampai Ben Thay ni.

Huhu..
Time aku gi tu pun, x banyak sgt kain design baru. Banyak yg dah jumpa musim raya yg baru lepas ni.
So aku pun xde la memborong dgn jayanya di situ.

Balik dari Ben Thay kita balik hotel dulu. Simpan kain dulu x larat pulak nak berjalan bawak stocks. Mampuih aku kang.

Kendian baru lah kami ke Ben Than.







Sunday, December 13, 2015

2015 Ho Chi Minh Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. gitu.

Kami bertiga bertolak dari KLIA ke Ho Chi Minh was on 7 Dec 2015, flight 6.45pm tetapi malangnya flight kami telah delay pada hari tersebut. Flight kami hanya start terbang take off pada jam 8pm. Huhuh... 

Jadi apa aktiviti sementara menanti tu..?


Ni lah dia keje kitorg. Ni time pegi ok lagi..
.
Cer tgk time balik dari Ho chi Minh - KLIA also flight delay..


Hahaha... dapat pahala free ni.
Memula masa kami sampai carik soket ada sorang Chinese tgh charged enpon dia. 1 charger satu soket xke membazir ye x? So kitrog pun suggest la untuk pasang international extention ni dan share reramai. Siap ada extention, Chinese tu charged satu lagi  handphone dia. 
X cukup dgn Chinese tu, sorang sorang datang tanya boleh x dorang nak guna sama. Orang Vietnam, Chinese, minah salleh, semua ada dan ramai la orang berkumpul sekelompok area kami. Macam lawak pun ada time tu.

Sebelum melangkah masuk ke dalam perut kapatebang, ada 2 orang imigresen dah standby untuk cek penumpang. Sorang2 imigresen tu cek buat perbandingan rupa sebenar dgn gambar dalam passport. Tujuannya selain dari untuk double cek penumpang, saya tidak pasti. Yang pasti hanya warganegara asing je diperiksa sementara penumpang Malaysia tidak diperiksa.

Sesampai di Tan Son Nhat airport, everything is smooth tiada masalah.

Tiket flight yang kami dapat RM 282.08 + Luggage RM50 + Insurans RM36.45 = RM 368.45.
Hanya aku je amik luggage balik sebab aku nak amik stocks sementara anim & nana x amik luggage.
Nana la yg ajar ni bawak back pack & troli luggage as hand carry. So pergi tu tanpa luggage dan balik aku berluggage.

Kalo gi sana melainkan ko backpacker tegar, korang mesti amik luggage.
Kenapa? Try gi dulu nanti korang akan faham kenapa aku kata luggage is a must!

Insurance pula, kalo korang direct amik dengan AA lebih murah RM30 je.
Memandangkan budak beruda tu x amik insurance, so aku terpaksa amik sendiri dgn MSIG. RM36.45 the price after 25% discount. So dont forget to ask for discount okay..?

Planning asal kami nak naik bas je dari airport ke hotel. Tetapi memandangkan kami sampai agak lewat jam 10pm, makanya kami batalkan hasrat untuk menaiki bas.
Di pintu keluar masuk airport tu banyak je kaunter2 teksi dan kaunter menjual simkad.

Kalo rajin boleh jalan keluar dan terus ke kanan, di situ terdapat banyak teksi2 bersidai menanti penumpang. Dari google2 blogger2 suggest utntuk amik teksi Vinasun kaler hijau putih.

Tapi kami amik teksi dari banyak2 kaunter teksi tu. Bayar di kaunter dan terus naik sampai. No extra charges. Tapi kena rajin la tanya harga untuk dapatkan best price.
Ada makcik sekeluarga ni cepat sgt bayar teksi di kaunter dalam VND 220,000 = RM 43.12.

Tapi aku cari bertanya sampai kaunter hujung, dapat paling murah 
VND 190,000 = RM 37.24 / 3 orang = RM12.41 seorang.

Jangan beli la sim kad di airport sebab agak mahal. Di kawasan hotel or area Ben Than tu banyak je kedai jual sim kad. Sila bertekak untuk dapatkan harga terendah. Hehe..

Perjalanan dari airport ke hotel dalam 10-15 minit je. Eh ye ke?

Kami menginap di Than Thu Hotel, 100m je dari Ben Than. Kami tempah dari Agoda.com dapat better price dari booking.com. 
Masa booking tu kami dapat harga RM 334.14/3 = RM 111.38 seorang untuk standard room for two.
 Tetapi masa register tu, bila dorang mintak passport je kami tersurrender 3 pasport.
Then dorang questioning, masa booking untuk 2 orang je kenapa datang bertiga?
So, kesimpulannya hotel di sana x sama macam Malaysia. Kalo kat Malaysia boleh je kita amik bilik pape dan nak masuk bape ramai pun.

Pilihan yang diberikan samada untuk tambah extra person aka extra bed or nak upgrade bilik.
Kami pilih untuk upgrade bilik sebab bilik2 disana kecik.
Than Thu Hotel tu mintak USD15/ nite after discount untuk upgrade bilik selepas mendapat persetujuan dari boss dia.
Kemudian aku pun suruh dia call balik boss untuk mintak further discount.
Memula dia kata dah bagi discount. First price is USD 20/nite, my boss already gave u discount.
Pehtu selamba je aku kata

Aku : That is 1st call. You try make a 2nd call and ask for USD10/nite.
Dan kami pun dapat harga tambahan USD10/nite x 3 malam = USD10 seorang.
Hahaha... lawak pun ada rasa time tu.

So total hotel adalah 
RM 111.38 + USD10 (RM42.35) = RM153.73 seorang untuk penginapan selama 3 hari 3 malam.


Receptionist boleh speaking english so no problem tapi dorang tak boleh berbahasa melayu.


Katil satu queen dan satu lagi super single. Boleh je tido berdua di katil super single tu.
Keluasan ok memuaskan dan selesa.
Toilet pun ada hose tapi air panas dia kurang panas.


Air mineral atas esbox tu free tapi segala isi esbox tu semua perlu dibayar. Ada harga di tampal tapi aku x amik port. Every day dorang akan provide each person 1 botol.



Than Thu Hotel ni jugak terletak dekattt je dgn pasar Ben Than. Nampak tu hujung jalan bangunan pasar Ben Than?
Berhadapan Than Thu hotel ni juga ada berderet kedai makanan or restoren halal. So xde masalah untuk makan. Sediakan ongkos je.

Malam tu kami sampai check-in hotel around jam 10.30-40pm.
Lepas check-in terus keluar untuk dinner.

Sim kad yang kami dapat VND90,000 = RM 17.64 untuk aku x pasti. Sebab musabab dapatkan sim kad ni spy boleh wasap call dgn Damia Az Zahra..!!!
Sebab wi-fi hotel memang x boleh nak diharapkan. Kejap ada kejap xde wifinya.
Bila abi called kejap putus kejap putus. Guna sim kad sendiri buat call lagi puas hati.

Oh yeah, currency rate yg kami dapat untuk ke sana adalah
USD 4.235 dan dong 5102. Pening sikit aku tgk rate dong, dari calculation aku gini la.
Let say VND 100,000/5102 = RM 19.60.
Jadi kaya bila tgk dong dan jadi semikin bila tgk USD.


Malam tu kita buat perasmian makan di Halal Amin ni.
Pekena 'Pho' Mi la kan + air kopi Vietnam yang orang heboh sangat kata sedap2 tu.
Pho Mi VND 70,000 + Kopi VND RM20,000 = VND 90,000 = RM 13.72

Dan Pho Mi tu memang sedap. Dia macam mi sup je tapi ada banyak daun apa ntah dorang makan macam ulam kat sini. Ulam tu rasanya x sesedap ulam2 kita macam ulam raja pegaga atau mungkin juga sebab kita x biasa dgn ulam tu makanya rasanya pun jadi kurang sedap.

Kopi tu memang sedap la weyyhhh..!!!
Thorbaik..!!!

Flight RM 368.46 +
Hotel RM 153.73  =
RM 522.19

Taxi RM 12.41 +
Sim kad RM 17.64 +
Dinner RM 13.72 =
RM 43.77

Grand total = RM 565.96






Saturday, December 12, 2015

Dec 2015 Ho Chi Minh, Vietnam let's jom

Assalamualaikum w.b.t.,
aku dah selamat sampai Malaysia dgn selamatnya tetapi flight pergi delay, balik pun delay.. huhuhu.

Perkara yang perlu tahu tentang Ho Chi Minh.

Kita tolak tepi sejarah apa semua, kalo nak tau jgk google je memang berlambak blog ada share cerita pasal sejarah Ho Chi Minh ni.

1. Perjalanan menggunakan fight dari KLIA, Malaysia ke airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, Vietnam dalam 2 jam je. Banyak je syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan ke sana. Nak murah Airasia tapi kena beli luggage sekali. Sila pastikan korang beli luggage sekali jika naik AA melainkan korang backpacker. 


2. Kami telah booked hotel bilik untuk 2 orang melalui Agoda. Tetapi pada hari kejadian kami memula sampai, dgn terrernya kami tersurrender 3 passport makanya mereka telah meminta bayaran tambahan. According to booking uolls booked untuk 2 orang nape datang 3 orang..? Camtu lah aku tolong translatekan ke base Melayu.

 Tidak dapat dipastikan pulak kalo boleh lepas jika kami hanya surrender 2 passport time tu.

 Tapi dinasihatkan, kalo bertiga tempah aje la bilik untuk 3 orang sebab bilik dia kecik. X cukup space untuk bertiga. Serious.


3. Makanan.
Kalo duduk kat 'Malaysian street' tu tak perlu risau sebab kedai2 makan or restoren kat situ semuanya halal restoren. So korang boleh la bergilir2 restoren kalo nak rasa tapi, sama je pun menunya. Bezanya mahal dan murah. 

Macam restoren 'Mu Sa Ka Ri Em' ni, salah seorang budak pompuan waitress ni or mungkin juga anak tokey, antara reramai tu, dia ni agak fasih la berbahasa Melayu. Bila ditanya rupanya dia pernah belajar pondok di Sri Petaling KL. Wahh... sekolah tahfiz budak pompuan ni. Memang dia berpurdah tutup muka pun walaupun dia pakai seluar. Budak tu jugak la yg aku nampak 'cantek' nor bersepak takraw masa 1st nite kitorg sampai. Huhuhu...

Rasa makanan, orang Vietnam masak makanan Melayu Malaysia, ermm... xde la sedap mana pun. Even aku makan nasi goreng kat Hjh Basiroh tu pun xde sedap jugak. Biasa2 je rasanya.

Tentang makanan yang dikatakan mahal pulak di sana, memang agak mahal sikit nak2 lagi kalo korang berhidang dgn ikan siakap 3 rasanya, sotong la udang la apa la memang la mahal kan..? Takat makan sefamily 6 orang boleh cecah RM200. 

So far kitorang makan je 'Pho' mi yang dikatakan glamour sedap tu dalam semangkuk VND 50,000-60,000 = RM10-12. Ataupun nasi goreng kampung or cina adalah dalam VND70,000-75,000 = RM14-16.

Nak jimat boleh la breakfast kat Restoren Halal Amin boleh dapat kopi free jika order makanan melebihi VND50,000.


4. Matawang.
Jika blog2 terdahulu advice unutk kita bawak 3 matawang ke sana iaitu RM, VND & USD, nampaknya cara tersebut dah x boleh dipakai sebab dorang mmg nak RM.

Contohnya, bila ditanya berapa RM beg deuter, dorang akan jawab RM20. Kalo dong? Selepas diconvert akan jadi RM22. Harga untuk USD akan jadi RM25, lagi teruk. Padahal USD lagi firm dari RM. Macam hampeh...

So, VND digunakan untuk transport dan makan. (Makan pun dorg boleh je accept RM tapi aku x tahu mcmana dorang mintak nnti sebab aku fully guna VND untuk makan di sana).
Guna RM untuk shopping dan USD untuk hotel dan trip2 ke Mekong or Cu Chi Tunnel. Ingat satu perkara, guna RM untuk shopping.


5. Kopi dorang yang dikatakan sedap sgt tu, memang sedap la wehh..!!! Ecah bagi 20 bintang..!! Memang pagi petang siang malam aku bedal kopi Vietnam tu sampai sembelit. Huhu..Hahaha...


6. Ho Chi Minh ni sebenarnya tempat nak beli kain cotton dan tudung2 shawl naelofar ke fareeda ke. Kalo hajat di hati nak shopping selain cotton ermm... pendamkan aje la niat tu sebab, kalo x percaya gi la Ben Than yang heboh dikatakan tu. 

Masuk2 je Ben Than tu, macam pasar kat Terengganu Kelantan tu la. Ada bermacam2 yg dijualnya dan kedai yg berlambak2. Blous dorang..? Kelaut designnya. Baju kekanak? Ketasik. Takat fesyen dan kualitinya boleh cari je kat pasar malam cina kat Malaysia ni. Huhu... 


7. Bila nak bargain shopping tu mesti hati kental. Memula bila kita tanya 'berapa' or 'how much', dorang tanya kita balik pulak 'berapa u nak beli..'? Eh eh.. aku cakap singgit kang marah. Tapi serious, bila dorang tanya berapa kita nak tu, make sure korang letak harga semengarut mungkin sebab dorang akan tarik harga.

Contoh situation.
a - kat kedai2 bawah hotel kitorg tu banyak je kedai or penjual2 jalanan yang menjual 'key chain' dengan harga RM5 untuk sepapan 10 bijik key chain. Kat Ben Than tu dorang jual RM25. Lepas tu dari RM25 jadik RM15 jadik RM10, aku xnak gak. Nak blah terjerit2 dorang nak bagi aku RM7 paling rendah. Abah kau... 

b- Member aku Anim nak cari baju gown utk baby dia buat cukup syarat je. Ye la mama gi Vietnam x beli pape untuk baby..???? Walaupun baby dia baru 7 bulan konpem xkan tanya punya. Tapi disebabkan naluri keibuan, mesti nak beli paling tidak satu untuk anak. Capai satu gown, seller tanya kita harga. Nak letak RM10 x sampai hati. Sekali dia tibai RM74 untuk gown yg kain maha nipis? Bila questioning dia kata hand made hand made. Ceh..!!

Tawar punya tawar dia nak bagi paling rendah RM40. Tak perlu la merepek. Sekali Anim terlepas cakap 'kalo VND150,000 ok la jugak.' Terus dorang pegang RM30 tu sampai ke sudah. Kalo rendah dari itu dorang dah rugi la, hand made ni kos dia tinggi la, apa la apa laa.... Sekali Anim tanya aku 'aku sebut ke VND150,000 tadi.. ? Huhuh.. aah nim ko sebut tadi.

VND150,000 bersamaan dgn RM30. Ikutkan mmg aku x bagi pun Anim beli baju tu harga RM30 sebab x padan langsung harga dengan kain. Kain baju gitu boleh dapat pasar malam Malaysia RM5-10 je . 

Bertekak harga sampai seller tu marah2 la. Malaysian not good la apa la. Tapi Anim beli jugak la sebab malas nak pusing2 lagi sebab kami beli tu last day, nak balik dah.


8 - Info dari blogger lain ada stated yang imigresen or kastam sana kerek giler. Muka masam je. Tapi dari pengalaman aku, masa memula aku smp lepas cop passport aku kata thank you dia buat dono je. Masa balik pun muka stock masam je.

Tapi aku dgn terer nya gi tegur, tapi guna bahasa isyarat la "can i go that lane to Q?" Pompuan tu angguk tanpa senyum. Pehtu sebab aku kena jalan jauh untukberpusing2 ikut lane dia yg kosong tu buat pe kan? Dgn selamba aku nak bukak tali lane tu tapi x boleh, yang pompuan td dok perati kat aku. Ingat nak kena sound tadi sekali dia datang tolong bukak tali lane tu bagi kitorg lalu. 

So far kastam or imigresen or polis dorang ok je. Jadinya kesimpulan yang aku buat adalah, dorang masam untuk mengelakkan dari ditanya oleh foreigner sebab dorang langsung x tahu berbahasa inggeris. "baik aku masam2 so xde la orang sebok nak tanya itu ini bukan aku paham ponn.." gamaknya la dorg cakap gitu dlm hati.


9 - Toilet kat airport sana xde paip air or hose. Tapi sinki still ada air. So make sure korang bawak botol air untuk isi air cebok. Hahaha... puii..!


10 - Makan dulu sebelum bergerak balik dari hotel ke airport. X perlu keluar awal sangat rushing ke airport sebab walaupun jalanraya dorang banyakkkkk sgt kenderaan tapi x jam. Kenderaan bergerak perlaham tapi smooth. 

So makan dulu sebab dikhuatiri flight delay, di air port xde halal food. Or bawak bekal makanan ke air-port.