Wednesday, December 21, 2016

eNGLisH

Tonight got chit chat with pak ngah.
So long time no see... no news.


ada hati balik keje tadi abi cakap maybe he only can take 2 weeks leave

he dont know that i plan to stay there for 3 months..???

lol

Sunday, December 18, 2016

SaCaRSTiCK

Opis aku ada sorg buyer yg lebih tua dari aku. 
Makanya experience dia lebih banyak dari aku.
Jangan kata ko baru keje memang nak kena luku.

Masalah orang yang x matured bekerja adalah dia memang langsung x pikir pasai company.
Dia bekerja sekadar melepaskan batuk di tangga je.

Last time, co ada buat anniversary sales.
Target memang kaw2 punya.
Ordering stocks pun memang banyak giler.

Tapi 1 supplier ni dia pi hantar 1 sku stocks ni dah la qty banyak,
depa pi hantar lepas anniversary sales.

Bila aku tanya buyer ni,
apasal ko received?

Dia pi dok ulang sales kan sampai end of dec.
Compared to last week sales +44%.

Nak je aku sepak dia sebab dia x puas hati bila aku tanya
nak dok ulang alasan yg sama.

Aku kata alasan sebab nampak nau kau tu bodoh.
Last week tu sales +44% sebab ada anniversary sales.
Bongoks.

Bila dia dok kata sales smp end of dec. Of fine.
Aku nak tgk January 2017 nanti berapa yg tinggal stock on hand.
Kalo ko x leh jual 3/4 dr apa yg ko order kau siap.

Lepas tu, kelmarin tetiba aku dapat whatsapp gambar shelf kosong.
Selamba je aku reply "so?"

Bengang la dia aku jawab so..

Dia kata tgk, aku sebok dok questioning dia tapi bila dia feedback aku macam blurr.

Bila aku cek balik, yg aku asked dia tu 2 minggu lepas.
Nak je aku tanya dia balik apasal ko x feedback tahun depan je.

Aku cakap je, ko jangan jawab kat aku, ko jawab kat director,

See, bila i share with u, u dont like.

I didnt questioning you, i just asking n yet see u knew yourself how u replied.

Lantak pi la grammer tunggang langgang pun janji sampai maksud.

Semalam tgh aku kusyuk2 buat analysis, aku dgr budak opis say hiiii...
ada someone dtg. Org tu pun hiii sama.
Aku pandang , si buyer tu dtg.

dia pun cakap

"hiii shida.... my manager...."

Haram punya budak.







Monday, October 17, 2016

2nd MoNTH PiaNo CLaSS

Damia yang aku ngantor gi kelas piano. Bukan aku. Heehe..
Actually memang aku dah belikan tapi keyboard la bukan piano. 
Giler nak beli piano? X mampu haku.

Beli keyboard je.
Keyboard casio tu seswai untuk beginnger. New learner sebab ada lampu2 boleh guide key by key.

Baru je last week aku macam tensi dgn damia sebab memain.
Aku ngajo laju twinkle twinkle little star pun dia xleh nak pickup.
Padahal sonang yo.
Lagu kekanak ni key tu aje yg direpeat-repeat.
Aku tau pun lepas blajo dgn lampu2 keyboard tu la.
Hahah...

Pehtu semalam, time aku layan gegar vaganza, damia layan keyboard dia.

Telinga aku tangkap dia main lagu marie had a little lamb.
Kitorg pun curik2 la nengok damia dalam bilik.
Sekali xyah la nak menyorok..

Damia : mommy meh sini jap.

Ok fine. Mommy menurut arahan.

Then, aku tengok damia main keyboard tu sambil tengok notes.
Wowww.. im impress.

Bila aku tanya kakak baca macamana?

Ni C, ni D katanya. 
Aku x nampak huruf C D pun kat buku tu...kann

Ni krochet blablalblaaa....

Fine. Alhamdullillah. Bagus anak mami.

Menda menate tu belajar darjah 4-5 dulu, haram nak  masuk kepala otak aku.

Slowly mommy keluar bilik sambung tengok gegar vaganza.


Wednesday, October 12, 2016

UK Tix


Aku telah pun selamat lock open tiket dengan Pemburu Tiket Murah.

Aku lock time tu depa buat promo Oct 2016.

Memula berbelah bagi gak nak lock ke xnak lock.

Bayar 50% dulu.
Bal 50% bayar 45days before departure.
Konpem travel date must be before 60 days before departure.

Nak beli sekarang takot hage boleh dpt lebih murah in future.
Kan pening.

Kalo dari awal dulu riki time,
rasa macam akan beli Vietnam Airlines je sebab tu paling murah pernah tengok.
Harga sepanjang masa, maknanya
bukan harga promo.

Tapi nak kena pikir makanan halal apa semua.
Last time member naik China ermm.. entah lah apa ke judul airways tapi belong to China,
dia kena email tanya n once konpem kena request for halal food.

Last2 sekali,
aku lock je open ticket ni dgn PTM.
X yah pening dah nak cari bila date dapat cheapest date.

Sekarang,
pikir bila nak pegi je.
Open tiket tu valid dari 
20 Jan 2017-Dec 2018.

Habis cite.

Insha Allah..
semoga segalanya dipermudahkan

Bear in mind,
planning utk flite KL-Edinburgh.

Why?
Kita pusing scotland dulu since Scotland nearest to New Castle
compared to London.

Later kita turun London then Pairs.
Anis, x-office mate aku akan kahwin next month Nov'16,
tunang dia keje kat Coventry.
Meaning, after married she will fly to stay in UK.
Coventry near to London kot x silap.

* updated
as at Nov'16, Anis kata tunang dia dah berpindah ke rumah kelamin mereka di Birmingham.
Wahh... x kisah la memana anis oiii

Tapi tu la, kalo takat datang bertiga ok kot nak tumpang tido umah orang.
Tapi kalo dah segerombolan dgn family pak ngah,
ermm......

So, from New Castle turun ke London.
Ada rejeki boleh ke Paris kan?
Maybe balik dari Paris ke?
or London.

Maksudnya kena amik multiple city gini.

The important one is planning.
But the most important one is....
Money..!!



Saturday, October 8, 2016

Tix Murah KL-UK

Sebelum ni rasa macam berangan je nak ke UK.
Abi macam x berminat sebab tix je dah mahal.

Ye la murah pada korang tapi mahal pada kami, camtu.

Bila mak ngah konpem je nak ke UK, aku terus zas zas cek tix price. 
Hehhee... Planning katanya kan. 
Persediaan dari segi mental katanya tengok hage tix camtu.
Lama2 rasa macam mimpi aje la.

Tetiba end last year nenek beriya ajak gi UK.
Nak melawat anak menantu cucu katanya.
Sekali lagi aku zas zas check tix.

Mulanya plan gi berdua aje la dengan nenek. Rasa mampu berdua. 
Tapi kemudian abi soh bawak Damia biar dia gi jenjalan.
Selepas itu nenek senyap.
Pulakkk.... kan.

Entaah macamana, semalam tetiba je abi pun bagi green light.
Hoihhh...
This time x boleh nak tarik balik ye abi.
Perghhhhhhh........ 

Insha Allah... ada rezeki kita jumpa ye mak ngah, pak ngah, echa, aisyah n saifullah...
tunggguuuuuu kami datang.

Pening nak cari tix murah canne.
Xtau.

Kalo dari awal riki riki hari tu, banyak cerita baca.

1- Vietnam airline memang murah.
Boleh dapat RM2200/pax macam tu return tix.
Tapi kena transit Ho Chi Minh la.
Since penah gi sana so aku x kisah sgt transit sana.
Transit lama sikit boleh ke Ben Than.
Pekena kopi kawwwww dia.
Perkhhh.... sembelit jadinya.

2- According tu what 'Pemburu Tiket Murah',
boleh dapat jugak dalam RM1600/pax.
Tapi banyak keje.
Dari KL-Tehran kot by Air Asia.
Lepas tu amik another airlines ke UK.

Ada pro & cons.

i - cons dia kalo AA delay ke pehtu tertinggal fligh dari Tehran-UK,
uiii memang ngeri nak beli tix on the spot nanti.
Boleh dielakkan insha allah kalo beli tix yg jauh gapnya.

ii - pro nya dapat tix murah. 

Tapi frankly speaking paling jauh aku penah gi pun Ho Chi Minh.
Naik 1 flight je.
* eh aku penah gi China la.
Tapi tetap 1 flight je..

Haaa kau.. ni nak ke Tehran sana?
Pehtu nak ke UK?
ada berani nak acah2 gamble 1st timer?

errrmmmm....?????

3. Naik la memana airline & bayar aje la tix.
Paling murah aku tgk RM3200/pax.

Dgn pak ngah boleh plak kata nak tour europe kan.
Perkhh.... besau nau belanja tix nih.

Aku nak cari max RM7000/family
2 adult + 1 kid 
ada x?

Tapi baru tadi ni aku cek skyscanner.
Boleh je dapat RM6200/family ni sekali naik Thai airlines.

Transit bangkok x silap pun 22 hours.
Berpeluh ketiak.
Nak murah punya pasal konon.
Tapi cer masukkan sekali expenses makan minum utk 22 hours kat Bangkok tu nanti.
Berapa dah kan?

4. Last night mak ngah kata Qatar airlines last time offer 
£300/pax KL-Edin.
Woww... murah jugak

Dr Edin-New Castle naik bas £7/pax.
Kata kan nak berjalan-jalan.
Haa.... jalan la.

5. Pemburu Tiket Murah tu ada offer
open tix valid Jan 2017-Dec 2018
RM2250/pax for adult
RM2000 utk Damia.

Woww... menarik jugak.

Book now pay 50%
and bal 50% pay 45days before departure.

X payah dah nak pening2

Aku tanya gak kot any other suggestion boleh dpt lagi murah tix.

Dorang reply since nak gi lambat lagi,
boleh tunggu coming Jan 2017 punya offer pulak.

6.  bersambung
sebab nak gi lambat lagi tahun depan lepas raya.

excited mommy taww





Kebenaran Pindah Milik - Gagal

Adeh baru dpt news dari lawyer, application untuk pindah milik rumah kos rendah gagal.
Alasan yang diberikan suami atau isteri tidak boleh memiliki rumah.

Sejak bila kan?

Dah kata ini rumah pertama kan?

Kat mana ntah dorg godek jumpa hak milik rumah ntah.

Grrr....

Saturday, September 24, 2016

Touch N Go salah deduct

Last time aku ada baca 1 post dari facebook, dia ni terperasan kenapa baru reload RM50 but then balance tgl short RM50.

Xkan 1 tol gate within KL tu caj sampai RM50.

Bila diinvestige, sah TNG salah deduct.

So dia ni called TnG customer service, operator tu jawab macam gelak2. Benda biasa tu bro. Awak gi opis TnG untuk claim balik.

So dia ni make noise la sebab tu bising kat FB. Jadi viral.

Ramai jugak orang yang x  notice balance kita tinggal berapa bila every day guna tol guna parking using TnG. Pada yang notice alhamdullillah. Pada yang tidak?

Sampai la ke satu hari after a week aku baca pasal post TnG tu, kami laki bini gi keje naik kereta smp komuter, naik komuter dari batu 3 ke subang jaya, then naik LRT dari subang jaya ke tmpt keje. 

Kalo guna TnG ada diskaun kan? So pagi tu kami gagahkan la bawak TnG memasing. Senang tett tett je terus jalan. X perlu nak beratur beli tiket.

Sampai subang jaya masa tettt tu, laki aku notice awat bal dia tgl RM22 je? Rasa baru top up, patut ada RM32. Ye ke??????

Lepas 2-3 minggu, pagi ni baru aku log in register card dulu kat TnG website, lepas tu gi tengok kat transaction details.

Tadaaa........ dia tolak RM10 di KTM Gong Badak. Dimanakah itu??????????????

Jadinya, terpaksa la pulak kita gi ke TnG centre untuk urusan claim balik Rm10 tu. Patut dorg caj RM1.70 je hari tu ni pi caj RM10 pasaipa.

Dah jadi satu keje nak gi centre tuntut RM8 tu. Hoihh...!!!!!!

Ntah2 minyak nak ke TnG centre tu je RM10.

Huh..!!

Bila x dituntut, bayang kalo 100 orang x tuntut? Gulpp..!!

Kenapa hal ni boleh berlaku?

Mungkin salah censor?

Anyway, komuter je ada diskaun untuk pengguna TnG tapi LRT Xde discount pon.

Huh







BeLiaN RuMaH

Nampaknya usaha untuk membeli rumah pertama last time telah berkubur.

Aku xde up date pape ek...? Bizi katanya...

Ok, rumah last time tu x boleh nak proceed beli sebab owner tu dah muflis. Ikut syarat developer aka ciptaan manusia tu, x boleh transfer nama dari developer terus ke pihak ketiga. Kena transfer ke pihak kedua (seller) dulu pehtu baru transfer ke pihak ketiga. Rulessss sangat.

Ada dgr owner tu nak jual rumah cepat sebab nak bayar hutang. Nampanya x sempat jual dah kena muflis. Rasa macam lecturer aku ada gitau dulu, proses nak bangkrup pun makan masa setahun. So sebelum disahkan bangkrup tu sempat la kita nak buat tukar hak milik pape. 

"Sebab tu u tengok CEO Mas yg diisytiharkan bangkrup tu, patut jadi miskin dah tapi elok je maintain dia dgn cara hidup kaya raya dia. Sebab dia dah siap transfer harta2 dia ke nama2 sesiapa yg patut, nama mak ke ayah ke bini ke anak2 ke. "

Camtu lecturer aku kata taww..

Kendian, bila dah cancel pembelian tu, elok la korang gi inform bank tmpt loan perumahan ko lulus hari tu. 

Macam laki aku, kata lawyer yg buat tu semua tapi xde pun.

Time kitorg submit utk beli rumah yang lain, dorang tanya apa status housing loan hari tu? Sebab dah masuk CCRIS. Padahal x disburse pun.

So, cubaan membeli rumah yg ni pulak still umah pertama, masa aku riki riki lawyer, mintak sampai 4 quatation hari tu.

Antara kesimpulan :-

1. Memula lawyer tanya loan bank mana?
    Bank Islam - good sebab dia pun panel bank Islam.
    Jadi kerja lebih cepat dan mudah dan jimat la sikit.

Ye lah, selalu nak pass docs dari one lawyer ke another lawyer tu la yang lambatnya. Pehtu lawyer seller pulak. Sampai 3 lawyer yang involved, tu yang berjanggut janggut menunggunya. Masuk pulak urusan kebenaran pindah milik. Haaa.... dah masuk gomen, pepaham la tahap kecepatan mereka bekerja.

Yang pakcik seller lagi terer. Dia tau duit masuk terus je dalam bank. Hahahahuhuhu...

Makanya, dengan pokcik pokcik sekali same lawyer.

Actually semua lawyer pun akan kata, bila kita guna same lawyer buyer and seller, anything happend akan timbul conflict. Sebab both pun client dia kan.. So yg mana dia nak fight lebih?

Kes sepupu aku, of cos la pihak buyer yg lebih untung sebab buyer bayar lawyer fees lebih mahai dari seller. Itu kes dia la. Kes org lain aku x tahu canne.

2. Bila gitau kat officer loan bank about panel lawyer, dia kata, 
    " akak biasa berurusan dgn lawyer sorg ni. Cepat mudah je keje. Apa2 hal kalo dia lambat ke apa       ke kan, senang jugak akak nak kejar.."

Last2 kitorg proceed untuk guna same lawyer housing loan and SnP.

Memula dia bagi quote tu sampai 9K jugak. Mahai aku tengok. Hari tu kata kalo guna same lawyer, boleh la dpt murah sikit.

Melalui perbandingan dengan 3-4 quotation yang lain, aku notis ada satu term ni caj sampai banyak ratus jugak la, tapi quotation dari lawyer lain xde pulak quote term tu. Aku try carik balik quote before and after amendment and others quote tapi x jumpa so x boleh nak gitau exactly apa yg dia cuba nak caj kan tu.

Aku pun tanya la ke lawyer tu, aku buat comparison ni dgn another 3 lawyer, tapi kena hanya co dia je ada quote 1 term ni smp banyak ratus? Dia pun terkial nak menjawab tapi still berikan jawapan yang aku x store pun dalam kepala. Dan dia waive la benda tu.

Banyak jugak aku mintak kurang, macam untuk telephone caj ke, photostat ke travelling caj ke.

Benda2 tu semua aku belajar dari bos aku la. Kitorg kan ada banyak guna lawyer untuk itu ini. Dapat invoice merepek sampai photostat pun boleh kena caj beribu. Bos aku kata kalo mahal sgt nanti kitorg hantar je 1 bundle a4 paper ke co dorang. Boleh? Yelah dari photostat yang dorg caj memahal tu kitorg dapat ada la dlm 2-3 books/30pages each.

Phone pun caj sampai RM400 padahal call no opis je. Banyak mana pun call untuk sesuatu urusan xkan sampa RM400. Hhuhu..

Dikatakan untuk rumah pertama dapat 50% diskaun. Dengar memang sedap 50% diskaun tapi hanyalah berjumlah RM1k je ponnn. Kalo kita beli baju selauar beza RM1k memang besar. Tapi sebab beli rumah harga ratus ribu, diskaun RM1k jeeee....?????

Sampai kami bersetuju dgn sekian sekian amount.

Pehtu balik aku dok pikir2 ada mahal sikit lagi jugak sebenarnya.

Standard la mommy standard, memula kita bagi quate mahal sebab confirm orang akan mintak discount punya. Confirm. After discount tu sebenarnya yang standard price. Huhuhuhu... Mommy cepat sgt berpuas hati ni taww...

AKu pun ada jugak mintak diskaun dgn lawyer lelain ni, and lawyer ni jugak yang bagi lowest quote sebenarnya. Hehhee...

Ok, untuk hage above market value by RM10k ni, 
Loan RM140k, housing price RM150K lawyer caj as below :-

SnP Title = RM 3,554.20
Financing (loan bank) = RM 3,653.60
Total RM 7,207.80.

Rasa macam aku mintak further discount after total. Ermm... lupa sudah....















Sunday, September 11, 2016

PiaNo CLass

Cari punya cari keyboard membawa ke Plaza Masalam Shah Alam. Ada jugak Yamaha Music kat sini.

Tetiba masuk, borak2 sikit.

Aku tanya direct je, org kat Subang Parade tu suggest beli sebijik keyboard untuk practise di rumah.

Tapi orang ni kata, keyboard so soft key dia x macam piano berat. Bunyi pun berbeza. Nanti lepas 3-4 bulan nanti dia boring, xnak dah keyboard tu. Beli mahal2 rugi kan...

Macam itu ka..??

Tetiba mommy terus enrol Damia kat situ,

Hahhaa... apa la mommy ni pening.

Yuran situ murah RM10 dari Subang Jaya.

Dan semalam siap 1st class Damia.

Damia memang 0 knowledge la pasai piano ni. Jgn kata Damia aku apatah lagi. 
X penah jugak aku beli pemenan piano  ke Damia tetiba je enroll masuk kelas. 
Instinc apakah mommy??


Sunday, September 4, 2016

PiaNo

Tetiba hari ni aku bawak Damia gi Yamaha Music Subang Parade.

Masuk2 je tetiba Damia excited giler tgk piano.

Tetiba dia angguk angguk .. " kakak suka...kakak suka mommy..."

Tanya punya tanya, yuran sebulan RM155. Each session 1/2 hour per week.

Aku macam half an hour je...???

Katanya bebudak lama2 nanti boring.

Nak register dah pehtu org tu dok further bebel, better u beli 1 keyboard at least. 
Sebab kalo xde kat umah lesson class once a week je takot nanti bebudak lupa.

Ye ke macam tu?

So kita pun pi tour la keyboard yg display kat situ. 
Paling murah utk beginner RM990. 
Yg RM7++ tu boleh jugak tapi xde LCD display ni bebudak xleh nampak.

Secara logiknya aku mengiyakan apa orang tu kata, nak blaja better ada at least 1 keyboard.

Pehtu dia soh aku pi tour kelas tgk bebudak dlm kelas macamana. 
Bertambah excited la Damia kan.

Lepas aku siap tour je tetiba tempat tu dipenuhi oleh orang ramai seperti biasa di mana saja kami berada. Huk huk huk..

Org td pun bizi dgn crowd, siap ada yg tengah isi form, mana yg nak membayor, blablabla... 
aku pun angkat kaki la.

Moh kita gi survey hage keyboard katanya.

Teringat kat sorg budak sekolah aku dulu si Pidot. 
Dia mmg hantar anak dia piano lesson gak tapi kat Jusco Cheras Balakong sana. 

Aku pun roger2 la tanya ada x dia beli keyboard ke anak dia.

Disebabkan anak dia jenis ganaz lasak giler, memang tidak la dia nak beli. 
Dia just beli yg keyboard mainan kat Toy'R'Us je.

OO... gitu?

Sebab menurutnya, dia x nampak lagi anak dia canne. 
Kalo lepas ni mmg anak dia berminat dgn piano ni n dia pandai nak jaga barang2 dia
 baru mungkin dia akan belikan.

Tapi aku jenis serious. Kalo nak blaja kena blaja. 
Xde ko nak main2 aje kejenye kan nak gi kelas sesaja nak menghabihkan duit.

Teringat kat sorang sepupu yg lama giler x jumpa.
Jumpa duluuuuu masa aku sekolah rendah pulak tu.
Dgn mak n arwah pak dia ada la jumpa time raya,
dianya jumpa sekali raya hari tu pun kekok giler dah la.

Dia keje kedai instrument jugak tapi x berapa nak amik port sgt la 
kedai kat mana apa semua.
Dia ngajau orang main gitar katanya.

Haa.... carik2 gak no phone dia nak tanya bape hage keyboard kat kedai dia.
Kot kot ada hage staff gitu...
kannnnnnn

Tetiba google jumpa lak kat Lazada pun ada je juai murah je siap ada 61 keys dalam below RM300. Owhhhhhhh why notttt kan...????

Kalo dah sampai beli keyboard dok kat umah, 
beli buku sendiri blaja sendiri aje lah dulu dehhh...

Huhuhu...

Still need to riki... see how.

Uncle K dia kol abi tadi pun Damia dah tanya aku

" abi tgh order keyboard kakak ke mommy? Bila orang tu nak hantar rumah? Esok keyboard sampai ke macam abi beli go-shop hari tu...?"

Aku macam errrrkkk....!!!!



Monday, August 8, 2016

MeNTaLiTY

Aku x tahu la apa mentality orang yg bekerja sekarang ni. Aku x kata semua tapi ramai juga la yang agak mental bekerja.

Last Friday aku pi site visit ke kedai2. Salah satu kedai ni the biggest one la. Store Manager yang handle. 

Aku masuk store jumpa 3 BIG boxes stocks yg ada missing parts ada yg stolen empty box je tinggal. Capai satu owh, ada remark missing part 2013. Kata missing part tapi box empty?

Aku wasap SM sebab aku x sure dia dh masuk shift ke x. Selamba dia reply aku dia x tau sebab dia join yr 2014?

Actually ni 2nd visit aku and 2nd time jugak ni aku tanya dia same thing. And dia still gave same answer.

Guess what? Aku x kira ko sapa aku bash. Tapi sebab dia xde depan muka aku tetap bash la dalam wasap.

Apa yg dorang ni pikir? Orang saje2 bagi ko gaji tapi ko x payah keje ke? Kalo soh buat keje sikit, merungut gaji dah la sikit. Habis gaji yg dapat tu apa? Utk ko tunjuk muka jadi pak pacak kat kedai? Nak gerak sikit, tambah gaji, buat tu sikit gaji tambah lain pulak. Macam tu ke?

Kalo ko baru 2 bulan join aku boleh accept la ko know nothing. Ni dah 2 tahun kot keje.
Ko nampak benda tu kat situ lepas tu buat bodo?

Kalo supervisor jawab macam tu aku boleh accept lagi ni SM? Manager bagi aku jawapan bodoh gitu?

Ptg tu nak gerak ke another shop pulak, selamba je SM tadi tu soh click aku printkan price tag?

Tanpa segan silu aku tanya dia u donno print meh?
Dia jawab tau tapi sebab colleague aku ada so dia soh click aku buat.

Depan semua orang aku bagi.
U ingat keje dia print price tag meh?

Actually aku bagi hint kat semua orang. colleague aku tu aje yg bekerja? Semuaaaa benda dia nak buat? Benda simple macam tu pun ko xleh buat? Dekat mana ada tertulis job tu job description colleague aku aka aku jugak sebab same post?

Tu cite last week.
Today punya cite pulak,
kitorg ada sorg buyer. Tapi aku xtau apa job description buyer tu kalo dah new sku pun dia soh colleague aku buat. 
Tolong la ko yg deal dgn supplier, apa yg nak buat promotion apa stock baru kan ko lebih arif. Bila ko dah ada tu ko striaght la buat key in dlm master list x boleh?
Owhh.... siap cc aku. 

Memula aku ok lagi. Tapi lelama aku rasa semak sebab aku xde masa pun nak baca email dia tu.
Sekali lagi dia cc aku aku nak reply je jgn xx aku dah.
Tetiba aku notice, shida, please assist.
Eh? Sejak bila pulak aku terima arahan dari dia ni?

Selamba aku reply, dear blabla, do not cc me in your future email. Walaupun email dia tu dia send ke aku. Huhu...

Siap tanya colleague aku lagi, shida bukan sama macam u meh? Why Shida said dont cc her?? colleague aku jawab Shida bizi doing other thing. U just send to me.

Aku tanya la colleague aku, siapa kata item master tu keje dia? 
Xtau kak, dari saya masuk keje semua kata saya yg buat.

Ok, aku xnak panjangkan cerita sebab ada sorg lagi budak kena sound dgn aku tadi.

Aku soh click aku masuk hq esok, kita pass keje tu kat intern. Sebab dari perancangan bos aku nak terminate je orang2 yg tido. Kita tarik sikit2 keje dia, then will questioning them, now what are u doing? If u not contribute anything, there is the door for u to walk out.

Orang2 yang dah lama keje mmg dah lemau. Patut dah lama keje jadik otai. Tapi dia nak jadi gangster plak, keje xnak gaji nak. 

Yg sorg tadi tu, aku tanya2 dia mintak info last2 sekali dia soh tanya colleague aku. 
Konpem2 la supplier oversea tu deal direct dgn ko. Ko jgk yg pass info ke click aku. ALih2 aku tanya pasal new info dia soh aku tanya click aku. Dia lagi...

Selamaba aku reply wasap dia, very funny ye u asked me to ask her..??

Terus dia email apa info yg aku nak.

Dgn aku keje is keje jangan nak maian2.
Melainkan ko xde kerja, gi lah ko nak berguling2 pun bermain main.

Rupanya wellknown, dorang memang jenis pass pass keje n tuding2 jari ke org lain.
But sorry... dgn aku sorry.. 

X kira la walau aku belum sebulan keje pun. So what?




aSTRoKKK

Sekali lagi astrok ni mencabar tahap kesaabaran.

Suddently astro aku ni xde signal. Bila call astro, dia soh buat sekian sekian cek settign apa semua jelas boleh tgk strengh dia 69-70% jeeeeee...??

Owhh signal ikutkan ada tapi puan still x boleh tgk ye?
Kalo nak kita send technician ada RM50 charges puan.
Kalao tgk decoder puan pun dah lebih dari 6 bulan kontrak. Puii... kata lah dah lebih 6 bulan warranty. Aku pun awalnya konpius asal pulak 6 bulan kontrk. 
Siap aku bash la 6 bulan kontrek kebenda nya aku ni customer lebih dari 6 tahun kot...

Betul betul kalo ada depan umah aku mmg aku nak penyepak je astro ni.
Yg menjawab called pun macam lahant jugak.
Dorang ni mmg xde servis yg ikhlas jujur dan amanah langsung.

Owh ye si Ananda Krishna tu kena tahan kan sebab penggubalan wang haram kat India kan kan?


Thursday, July 14, 2016

NeW PLaCe

Hari ni 4 hari dah aku keje kat tempat baru. 
So far so good. 
Aku lebih rileks bukan kerjanya rileks 
tapi aku xde la rasa cuak xleh cope, 
takut x boleh catch up things such like that. 
Feeling macam tu gitu xde.

Sebab? 
Mungkin sebab retail. 
Kalo retail aku kira dah otai la.
Sebab tu aku xde nak takot mende2.

Tapiiiiiii..... 
masih ada tapinya.

Betul seperti kata ceo tu masa interview dulu. 
Opis dia teruk giler...!!!!!!!
Hahahaha....
Kertas every where.
Hahhaa....
Bersepah serious.
Hahaha...
Anyway i didnt expect too much pun kat office dia.
Hahahhaha

And mmg a lot to improve there. 
Need to re-structure everything.
Filing also nak termuntah haku tengok.

Bos nak buat stock take yg dorg x pernah buat.
Hari ni je kalo menggaru kepala boleh mengakibatkan kepala berlekuk aku rasa dah lama senget kepala aku sebab menggaru dari 1st working day.

Haahahhhaaa....

Anywy its still fun for me.
Hahahhaah


Thursday, June 30, 2016

BaBY SePuPu

Baru terima berita gumbira.. bersungguh sepupu soh teka cer teka cer teka katanya.
Out of blue tetiba soh teka...
comey kan..?

So selaku sepupu yg patuh,
aku pun meneka la.
Yg keempat baru betul...

Sepupu dah pegnant...!!!
Wahhhhhh...!!!!!!
Akuuuu jgk yg sorang aje.

Tetiba hari ni notice post fb sepupu pelik sikit.
Rupanya...
Suspect mengandung luar rahim.
Hoh...???

Dont know detail yet.
Esok nak gi sepital tengoj canne..

Semoga segalanya berjalan lancar
Amin...



Tuesday, June 28, 2016

aNaK

Seorang anak, walau macamana pun parents treat dia, tetap nakkkk jugak ke parents dia. 
Especially utk anak2 yg masih toddler la.

Cer tgk video2 yg viral pasal parents yg menganiaya kat tmpt awam contohnya kedai mcm 7 eleven ke. 
Nampak terang dan jelas laki besar tu dok sepak2 budak kecik 2-3 tahun tu macam main bola tapi budak tu lepas tergolek bangun balik kejar laki besar tu tadi.. 
eh bangun balik kejar menate besar tu tadi.

Sama la macam anak aku sorang ni. 
Tapi aku x dera anak aku eh...
Bulan posa kan, kadar kemalasan especially nak memasak di siang hari ni berada di tahap dewa dewi.
Ada la dlm past 2-3 days aku goreng telur mata je ke damia..

" sedap mami masak..." katanya.

Sedih!!

Last week aku mcm sakit kepala betul,
lepas berehat bangun tido masih lagi sakit kepala

Mami : saya sakit kepala lagi la yang...

Damia : yayyyyyyy

Mami : eh.. kenapa pulak kakak suka ke mami sakit..?

Damia : xde la. Tapi esok mami cutiiiiiii....

Gulp..!!

Wahhh kemain lagi sukanya hati dia.
Memang itu la cecita damia supaya omak eh x payah kojo dok umah yooo...

Tengok pangai dia.
Aku dah last keje dari last tuesday kan,
khamis jumaat x sekolah.
x cukup dgn itu sambung lagi ponteng sekolah isnin dan hari ni.

Hoih..!!


Monday, June 27, 2016

CaNDLe

Dulu-dulu memang suka dan mint giler dengan candle ni. 
Berbatang batang bentuk cawan semua bentuk candle aku ada simpan 
baik yg beli sendiri mahupun orang bagi. 
Cupin pun penah bagi aku besday present katanya...eh.

X tau lah sapa yg berpegang kepada prinsip lilin ni. 
Hidup biar membakar diri untuk menerangi hidup orang lain. 
Masih ada atau x orang hidup berpegang pada prinsip lilin ni.

Dan paling x sangka aku jumpa lagi lilin bila dah tua bangka ni.

Sila hadam...




Tuesday, June 21, 2016

FaReWeLL


Disebabkan my last day of working jatuh pada bulan Ramadhon, 
tetiba gm masuk bilik aku

"nah shida, for u sebab i x dpt nak belanja u lunch..."

eiiii buat susah2 je taw....

thanks caryn fan

:)


KeNaiKKaN CaRuMaN SoCSo

Siapa perasan this month kadar caruman untuk socso start new rate?

Untuk gaji below RM3k the rate still the same.

But for salary RM3k and above the rate increase ermm how much ye..?? 
Utk majikan dan pekerja increase around RM22/staff..??

Woowwwweeeeeee

Kat co aku ni dorang start memekak mekak

What for i pay for nothing blablablabalbalabalalal

1 staff RM22 so u count how many staff in Malaysia?

Then got another voice 
"why theres no noise about this increment ...???"

Aku like... 
hahahaha... 
this month start implement only u want to make a noise? 
Hahahahahahahaa

U think gomen will bother?

Dream on bebeh!!!!


Monday, June 20, 2016

BYe Bye FLoNiC+JaG

Menghitung hari,, which is today is the 2nd last day of working. After 3 years + 3 months with Flonic + Jag group of company finally i end the journey.
Macam x caya. Ingatkan aku akan kekal smp pencen. Hahahaa..

Pehtu whats plan..?

Wish me luck to become full time house wife with full of money in bank. Hahahahahahahaahahahahahaha

Thanks sepupu sebab paksa aku pi kelas last saturday.

Thanks a lot..

muah muah

ermmm actually aku akan start keje with new company after raya.


Thursday, June 16, 2016

FeeLiNG eMo

Last Monday's nite, 
tetiba aku pasan Damia duk dalam bilik sengsorang. 
Bila dijengah Damia tengah tekun dgn buku Bahasa Melayunya. 
Aku pun datang duduk berhampiran. 
Tetiba Damia tanya..

Damia : mommy, kenapa mommy x duduk kat luar ?

Mommy : sebab kakak ada dalam bilik. Buat apa kakak duduk sorg2? Mesti lah mommy duduk dgn anak mommy...

Damia : habis, masa mommy gi keje, abi gi keje, kakak duduk rumah mak (pengasuh) dgn waei, dgn abg azri. Mak bukan mak kakak. Waei bukan adik kakak. Abg azri bukan abg kakak...

Mommy : sentap...

sedeh... !!



Monday, May 30, 2016

uJiaN SRAI

Last Saturday Damia ada ujian kemasukan ke SRAI. 
Sekolah agama integrasi. 
Selesai ujian, penat aku tanya soalan apa tapi seperti Damia gagal memahami soalan aku. 
Huhu...

Bila aku tanya ada x cikgu suruh membaca sebab yg tu aku sedia maklum ada ujian lisan. 

Damia : ada. Cikgu suruh baca bahasa melayu n bahasa inggeris.

Aku macam erk..?? Ternganga jap aku dgr.
Lisan english tu mmg aku unexpected.

Adoii x tahu la apa bunyi Damia reading in english.

Night before Damia ada bukak buku sekolah dia since cikgu tadika ada bagi kerja rumah. 
So aku pun tuding2 la jari suruh Damia baca sekali bus (english) bunyi bus. 
Ball (english) bunyi bal. 
Lepas 4-5 bunyi aku tutup buku.

Memandangkan Damia baru je pandai membaca dlm bahasa Melayu, 
xde la aku nak betulkan pronounce in english tu takot nanti dia confuse. 
Kang dia konfius kenapa bas tu bunyi dia bukan bus. 
Kan a bunyinya aaaaaaa.

Makanya, 
just let Damia lancar membaca bahasa melayu dulu baru aku nak proceed ke bahasa inggeris pulak. 
Gitu..

Yg mbuatkan aku membuak buak nak masukkan Damia ke SRAI tu bila dgr taklimat semalam sementara bebudak ujian.

Ada sorg cikgu sek men tgk anak murid dia ni mmg nakal giler tp akhlaknya terpuji.
Bila ditanya dari sek ren mana,
budak tu jawab SRAI.

Ya Allah ya tuhanku,
murahkan lah rezeki Damia Az Zahra binti Mohamad Hazlin
utk masuk ke SRAI.
Aminn...

Aminn...




Tuesday, May 24, 2016

KeLaS BaHaSa iNGGeRiS

Damia sudah pandai membaca dalam bahasa melayu. Whats next?

Skrg carik kelas bahasa inggeris pula.

Not now, later to enroll but still need to do some research and searching.

Kumon? Smart reader? Tapi rasa mungkin Cambridge tu kot.

Price sama mcm kumon x silap tgk kira hari tu.
Tapi Cambridge tu kena bayar per semester. 
Bila divide tu same je monthly fees.

Ermm....???

Last time masa hantar damia kelas membaca bhs melayu tu,
dok borak2 dgn sorang ibu ni.
Dia sharing ada kelas art di seksyen 9 kan plaza masalam tu.
Ada one of her friends hntr anak dia pi kelas arts tu.

Budak tu main dgn colors.
Cantik sgt.

Aku pun ooo ye kee??

Pernah hantar damia pi trial class art kat seksyen 13 tapi,
aku tgk x impressive la.

Takat lukis2 kaler2 gitu,
damia boleh buat kat rumah je pon.

So, cancel aku nak enroll damia pi kelas seksyen 13 tu.
Bila ibu tadi sharing cerita yg seksyen 9 tu dgr bagus lah.

Tapi skrg aku lupa plak apa nama ibu tadi tu.
Penat cari kat fb x jumpa.

Nampaknya aku kena cari dia kat kelas membaca tu.
Kena carik2 cepat2 before anak dia pandai baca.
Errmm...




Monday, May 23, 2016

KaSuT RoDa

Pagi ni Damia x mau bangun gi sekolah.

Mami : yang, damia xnak sekolah
Abi : nanti saya nak sorok kasut roda dia
Mami : eh? Damia mana ada main kasut roda semalam. Dari pagi saya suruh dia bukak buku buat matematik
Abi : erkk.... (sambil meneruskan ion baju...)

Sian mia x pasal2 abi nak sorok kasut roda dia

Hihihi... Nasebek mami x lepaskan kakak main sehari suntuk semalam.

Hahaha

Sunday, May 22, 2016

Friday, May 20, 2016

U-MoBiLe

Aku ni awal2 dulu pengguna Maxis around tahun 1999. Uiihh mahal time tu. Nak beli sim card starter pack pun RM238. Pehtu top up min RM60. Pastu yg rajin bergayut nya budak bilik aku. Pinjam handphone aku lak tu. Sampai pakwe dia konpius,

" eh shida tu xde pakwe ke..? " Mana member x pelik. Asal dia kol anytime je line avilable xpenah engage. Ceh..!! X laku ke aku ni dulu smp xde org ngorat.

Bila dah keje, rasa top up mahal, duit pun dah ada, aku tukar dari pre-paid ke post-paid. Masa time sms pun kena caj, bil aku monthly dalam RM100 tu mmg x lari la.

Bila tiba rasa maxis aku mahal, aku pun tukar line dari maxis ke celcom. Average bil dalam RM82-88 memang x lari la.

Aku pelik gak, asal adik aku dia guna intenet dalam RM20-30 je. X kira la student package ke apa ke, yg pasti ntah apa yg dia explain kat aku pun aku x paham. Huhuhu... sebab not important kot.

Lama kelamaan memang terasa bangang betul jadi pengguna setia celcom ni aku rasa bertahun-tahun. Bila kita bukak website dia tgk plan banyak pastu murah. Pelik ke x pelik? Aku pengguna sikit punya lama tapi aku bayar bil RM88 sebulan?

One day aku call la call centra dia. Boleh pulak operator tu jawab,

" akak guna plan mahal kak. Baik akak tukar ke plan blablab murah, internet pun lebih besar. Saya pun guna plan yg ni kak RM59 je sebulan.."

Bangang x celcom ni? Dia sama je bangang dgn maxis.

Bila aku kata nak switch plan, x boleh. Kalo nak maintain no, aku kena tukar ke lain co ke maxis ke, pehtu return back to celcom. Banyak cekadak betul.

Sempat jugak la aku sound, asal dorg ni x appreciate customer ek? Aku guna bertahun kot, kira loyal customer la so dorg should treat better. Betul x?

Orang yg dok tukar2 no ni bebudak je kekanak ribena. Orang2 dah matured berkerjaya ni ingat nak hadap ke tgk satu per satu plan. Mana yg murah tukar tukar no. Ye lah sim kad RM5 je pun boleh dapat. Kejap kang adik aku guna no lain. Kejap kang no lain pulak.

Kita ni nak kena maintain no. Ramai orang yg tahu no tu. Orang penting x penting nak nak kalo kerja. Jenuh la nak inform customer ke client ke no kita nak tukar. Hilang pulak sales client apa semua kang sebab dorg call no dah x available.

Macam no aku pakai sekarang. Dah dekat 2 tahun kot aku guna stilllll lagi orang call tanya previous owner. Kalo la si burn tu keje sales, perkhhh banyak giler dah ko hilang client wehh... Ramai nor yg mencari sampai aku naik fed up.

Last sekali aku switch ke U-Mobile baru puas hati.

So far berpuas hati.

Memula aku register plan aku yg internet 3G je. La ni dorang up grade secara otomatik dari 3G ke 5G. Macam tu la patutnya. Sebulan RM50. Sejam call free. So bill aku monthly average below RM60. Kekadang je RM71-72. Jauh murahhhh kannn...???

The latest aku nak amik wifi internet kat rumah. Cari2 package, u mobile gak yg bagus. Sekali bila nak reg tu, budak kat mobile la byk palk dia nak goreng. Better amik yg 15G + unlimited call kak. Lagi bagus blablbabla.. Pikir punya pikir lain kali la reg dik, kitorg nak balik pikir dulu. Ehh promotion smp akhir bulan ni je kak. Haa... ko guna lah ayat keramat yg paling aku menyampah tu. memang xkan adanya la aku nak reg dgn ko. Jalan...

Tadi, aku baru call u-mobile call centre. What happend?
Akak nak tukar plan dr P50 ke P70? Boleh kak, jap eh sy tukar plan.

Masha Allah.. like that only..??

Bukan macam maxis ke celcom ke, dia dah buat plan baru lg murah sebab org sekali prefer internet wasap kan free, so orang nak coverage internet besar. Buat plan baru yg amik 5G lagi murah plan dari 3G. Sapa pengguna tua bodoh macam aku bayar aje lah tetiap bulan 3G mahal. Cam tu la kekdah celcom n maxis dulu ni.

The latest apa berita yg viral giler babas tu? Pasal Maxis kan? Ambik ubat, hilang berapa juta customer ntah semula lari switch dari maxis. Itu makan dia.

Astro xtau pulak bila nak kena.

Wednesday, May 18, 2016

TuDuNG

Payoh sebenarnya haku nak cari tudung yang memenuhi criteria seperti berikut :-

x perlu di gosok

hik hik hik

dan terus sarung.

Kalo shawl shawl ni aku x boleh nak pakai.
Sebab nak sarung shawl kena pakai inner, 
benda yg grip kepala aku memang x boleh nak pakai.
Nanti sakit kepala menyerang.

Payah nak cari la ni sebab sekarang kan trend instant shawl.
1 muka la 2 muka la.
Masa kat Vietnam hari tu la baru aku notice kewujudan 1 2 muka ni.
Konon nak memborong tudung la dah ada depan mata masa tu,
sekali tercangak2 sebab xtau menda.

Nasebek ada orang sebelah tolong ajarkan,
kain macam ni yg sebijik ori.
Bukak plastic satu satu takot tertipu.

Aku just..
"ooooooooooooooooooo gitu...."

Tudung yg memenuhi kriteria aku dulu kat pasar malam berlambak.
Sekrg xde dah.
Yg tinggal pun stock size XL, XXL.
Muslimah sgt kalo aku yg pakei.

Selama ni aku beli yg murah je cukup.
RM 10 boleh dpt.
Tapi yelah, benda murah design x berapa nak cun la.

Tetiba semangat nak cun datang.
Konon, cukup2 la selekeh simple gamble.
Meh kita cun cun sikit.
Sikit jee...

So, aku pun telah meng up-kan harga tudung aku.
Ye lah, design hok lawo2 mesti lah mahai harganya ye x?

Last week gigih turun GM cari tudung.
Nan hado jugak tudung aku.
Kedai berlambak jual shawl.

Disebabkan aku gigih mencari,
akhirnya jumpa juga kedainya.

Terpaksa beli 2 sebab aku dah out fashion sgt.
Utk kesenangan sarung aje di pagi hari tanpa perlu iron.

Tapi sebenarnya aku terpaksa beli sebab dah xde tudung.
Maksud orang pompuan dah xde tudung tu paham ke paham?
Gitu..

Balik aku gitau hubby, murah2 kalo ada pun x cantik.
Yg cantik mmg mahal harga.
Hubby pun redho harga tudung aku RM50 selai.

Sekali hari ni tetiba jumpa plak satu brand, cari2 jumpa website dia.

Perlu tepek sini.
Senang sket aku nak beli nanti
entah bila...

in sha allah
ada rejeki lebih boleh beli.

mihmihmih..




ASB

Lama giler x berurusan dgn ASB ni. X tahu apa cita.

Tadi dgn semangat tok kadok aku pi post office nak masukkan duit. Niat di hati nak simpan untuk aku n hubbi sekali eh.. 

"Kalo utk orang lain, puan kena bawak sekali borang kebenaran wakil blablbala.."

Aku tgk la form nya, siap nak kena ada salinan IC, 
salinan 1st page buku pelaburan yg telah disahkan 
oleh ketua kampung, penghulu blablbala..

Seriously..????

Aku nak pi simpan duit kot bukan nak pi keluarkan duit.

Kalo nak keluarkan aku paham la kenapa x boleh pihak ketiga keluarkan tapi nak masukkan duit cannot...????

-blur-

Thursday, May 12, 2016

ReWaRDS

Aku memang x mahu biasakan Damia mudah mendapat or memperolehi apa yang dihajati, diminta dan yang sama waktu dengannya.

Aku x mahu Damia simply ask and simply get. I wont do that in sha allah.

Untuk dapatkan sesuatu, Damia mesti berusaha. There is no wish with me. 
Only a REWARD!

Last time, setiap hari aku dengar Damia bercerita pasal kasut roda.
Iris ada kasut roda.
Echa ada kasut roda.
Dia penat la tu sebab main kasut roda.

Memula aku macam x dpt nak tangkap.
But its boring kenapa Damia asyik nak cerita pasal orang kan..?

Poor mommy poor.

Suddenly 1 day...
pang!!!!!

Mommy : Kakak nak kasut roda ye?
Damia : diam.....
Damia : xde lahh...

Ok, since u said that so mommy pretend to believe it.
Tapi mommy dah siap2 gitau abi la hajat sebenar Damia.

Satu hari ketika melintasi pintu rumah jiran ni, 2 orang ibu dan anak memasing di muka pintu.
Kitorg pun joint the club la tengok apa yg dikecohkan.
Owhhhh rupanya Cik Mat tu ada jual kasut roda.
Wahh...!!!

Damia excited.
Damia tengok aku dengan senyuman yang penuh lebar...................
Sampai hari ni after 2 months aku still ingat senyuman lebar Damia tu.

Tapi Damia kata xde lah kannn?

Jadi kami pun beredar dari rumah Cik Mat tanpa membeli kasut roda tu.

Then, Damia just quiet no sound after that.

Mommy : kakak nak kasut roda ye?
Damia : senyap ............
Damia : angguk

Mommy : boleh kalo kakak nak kasut roda. Tapi kakak kena pandai membaca dulu. Kakak belajar cepat2 pandai baca cepat2. Bila kakak dah pandai membaca je, mommy terusss beli kasut roda untuk kakak.
ok??

Damia : diam... angguk tanda faham.

Tapi bila sampai malas dia nak membaca tu
Mommy : cepat la kakak xnak kasut roda ke?
Damia : xnak. Kakak x suka kasut roda....

This week, Isnin cuti, Selasa n Rabu aku start bukak buku membaca every night.
Alhamdullillah Damia dah pandai jugak baca 'ng' 'ang' just last night 'sya' 'syi' ada lambat sikit.
Malam ni in sha allah boleh lancar.

Tinggal cerpen pendek je dlam 5 muka surat untuk di baca.
After that habisss....
Tamat lah sesi belajar cepat membaca.

Tapi last nite,
Damia : lepas tu mommy beli kasut roda kan...?

Wahhhhhhhh...!!!!!
tidak mungkin dia lupaa....!!!!

Mommy : baikk...!!!!




Wednesday, May 11, 2016

Finally

Already tendered resignation.
A month tendered actually.

Total 3 years & 3 months working here.

Future?

Will start after raya.

Wish me luck

In sha Allah...


Friday, May 6, 2016

DaMia MeMBaCa

Start hantar Damia ke kelas membca since Februari kat Kelas Membaca Optima Seksyen 20 Shah Alam. Ikutkan Damia dah membaca 2 suku kata dari sekolah Kemas 5 tahun. Tapi bila tengok Kelas 6 tahun dorang dok pi repeat A B C, eh x leh jadik gini. 

Cari punya cari jumpa juga kelas Optima tu. Lama jugak mencari since last year.

Cukup 3 bulan hantar je till April. May ni aku decided utk habiskan sendiri 2nd book tu dgn Damia and start untuk beli buku2 ikut kesesuaian Damia membaca. Before ni memang Damia rajin ke MPH sebab nak 'tengok' buku since Damia x pandai membaca.

Aku pun dah janji, once kakak pandai baca je mommy akan beli buku apa je utk kakak. X kisah lah  even barbie magazine pun janji Damia nak membaca. Practice makes perfect kannn.. gitu.

Makanya, genap 3 bulan Damia ke kelas membaca.

Alhamdullillah.

Itu membaca bahasa melayu. Mengaji macamana pulak?

Alhamdullillah... Damia dah masuk iqra 3. 6 bulan jugak Damia baca iqra 2 termasuk ponteng memonteng dan cuti sebulan last Dec cuti sekolah. Motif? Hhaahaha... konon di sini mommy x nak menerima kenyataan Damia baca iqra 2 selama 6 bulan. Poyo mommy poyo.

Next?

Bagi Damia lancar membaca bahasa melayu dulu,
then kita proceed ke Cambridge English for Junior maybe?

Next year,
ke UK kita....!!!!!

( duit dah cukup ke...?? )


Monday, April 18, 2016

NGaH's FaMiLY

Apa la khabar pak ngah & family. Lama x dengar cerita. Sihat ka sakit ka...

Last time masa kat Malaysia x silap pak ngah ada sakit belakang. Slip disc ke? Patut operate  ermm... lupa pulak nak tanya ada operate ke x.

Mak ngah sihat ke?
Kakak Iqa? Kakak Aisyah dan Saifullah..?

Hope semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat,
happy sokmo,
bahagia selalu
dan sentiada berada dalam lindungan-Nya.

Ada rejeki terpijak Damia nak gi nanti ni... muahaha...

Soon or not so soon.

We miss uolsss


Friday, April 15, 2016

Tuesday, April 5, 2016

Wednesday, March 30, 2016

Saham Worrior


Yuran murah la compared to other place.

One time payment only and u can enjoy refresher class for free for unlimited time.

So, its quite good.


Monday, February 29, 2016

Villa A'Famosa


Last weekend ada school gathering.
Huuurrmmm... gathering la sangat.
Dgn bebudak x sekolah menengah dulu. Tapi ada 3 family & sorg je single yg join.

Kalo ikut dorg, balik2 muka yg tu jugak. Bebudak lain x sporting nak berhibur sesama.
OOoooo ye ke...?
Aku pun ni lah baru 1st time bergathering dgn dorang.

Eh.. last time gi Vietnam dgn dorang jugak.
Hahahaha....

Dari entrance a'famosa tu, agak jauh ke dalam jugak villa ni.
dan ada banyakkkkk villa sebenarnya dan kedudukannya rapat antara satu sama lain dan tidak berpagar.
Ada jugak owner yg stay di sini or mungkin juga dorang sewakan tapi mostly semua buat home stay.

Sewa villa semalam range Rm700-RM1000++ kot.. untuk semalam bergantung kepada musim la.
Kitorg pi last weekend dapat RM 750 utk 2 hari 1 malam.
Villa 4 bilik dan 2 bilik air.
Dapur boleh cooking2, ada refrigerator dan oso dapur gas. Tapi tong gas xde.
Huhu... actually tuan rumah pun x perasan xde tong gas. 
Lepas di inform, dia pun dtg mai hantar tong gasnya.

Dari luar x snap gambo la, panas... nampak mcm 2 tingkat banglo tapi sebenarnya 1 tingkat je sebab siling nye tinggi dan ermm.. xde la besar mana sgt pun villa tu.


Ni ruang tamunya.
Air-cond yg tidak terasa.


Ruang makan.
Meja 6 kerusi.



Dapur.
Ni model dapur bersama suaminya.
Mak ikin yg 1st sampai around 2.30pm. Sesampai anak2 beliau terus terjun pool smp lewat ptg.
Berbahagia sungguh jaman kekanak.


Anim rajin buat lempeng untuk breakfast.



Ni tempat bbq nya.




Pool utk villa yg kami sewa ni pulak terletak di bahagian laman belakang rumah.
So, kalo nak private sikit cari lah pool yg terletak di belakang.
Kalo nak pool depan rumah pun ada gak.
Ikut la mana suka pong..

Pool ni pulak mempunyai kadar kedalaman paras dada.
Heheh.. Dalam 4 kaki kot..?

Jadi kekanak yg riang ria mandi manda tu semua mmg jenis x takot air.  Kaki cecah dasar pool ke x belakang cite janji ada pelampung. Terjun aje.

Damia yg selama ni phobia dah mula berendam2. Memula kat tangga pool je. Pehtu xtau dia rembat sapa punya pelampung, berani jgk Damia meniti gigi kolam dan pusing 1 kolam. Sebok jerit2 panggil mommy mommy mommy, soh  tgk dia dah x takot.

Yg aku dok mamai baru bangun tido. Apa punya bagus org gi bercuti awak bantai membuta petang tu.
Drebar kan katanya. Dgn cuaca panas berdenting kat highway, apa lagi, sakit kepala pun dtg la.
Nasebek x migraine.




Kesimpulannya,
kawasan villa x besar sgt pun.
Yg happy nya bila dpt berkumpul bersama2.

Sekian..