Friday, November 11, 2022
Bath&BodyWorks Re-Pack
Thursday, October 13, 2022
South Korea : ITTI 2022
Sebelum cite lebih panjang, ni kami punya itti sepanjang 12 hari di Korea.
Day 1
Sunday 2/10/2022
Itaewon
Dongdaemun
Check-in Yellow Itaewon Guesthouse
Yell-O Chicken
Day 2
Monday 3/10/2022
Mungyeong Open Set
Check-in Paradise Hotel @ Wonju
Day 3
Tuesday 4/10/2022
Alpaca World
Petite France
Day 4
Wednesday 5/10/2022
Coex Aquarium
Starfield Library
Lotte World
Day 5
Thursday 6/10/2022
Hanbook
Gyeongbokgung Palace
Gwanghwmun Square
Deoksugung Palace
Namsan Tower
Friday 7/10/2022
Seoul Mosque
Lunch at Eid, Itaewon
Nandaemon
Myeongdong
Saturday 8/10/2022
Noryangjin Fresh Market
Makan King Crab
Yonsei University
Sunday 9/10/2022
Dongdaemun
Namdaemun
Late lunch / dinner Ikan Bakar + Sotong Pedas
Cheongyecheon Stream
Monday 10/10/2022
Bukchon Hanok Village
Deoksugung Stone wall wallway
Tuesday 11/10/2022
Gapyeong Rail Bike
Zip Line
Nami Island
Wednesday 12/10/2022
Insadong
Checkout Yellow Itaewon Guesthouse
Return Wifi egg
Tido Airport
Day 12
Thursday 13/10/2022
Flight balik 630am
Ada tempat yg plan awal nak g but then cancel x jadi due to
penat...
huhuhu...
Monday, October 3, 2022
South Korea : Lotte Car Rental
Pening masa buat itti pasai rental car ni.
Google punya google punya google susah nak jumpa website dan sewa kereta juga agak mahal rate sekarang ni. Selepas hampir berputus asa hahaha, email terus ke lotte car rental ni, depa bg link website. Website ni kalo login guna lappy jadi unfriendly pulak. Terpaksa guna handphone eh senang pulak kekdahnya. Pelik betul dunia tipu2 sekrg ni. (padahal awak yg x reti ye dokk??)
Xpe, janji settle booking. Register jadi ahli dulu baru bole enjoy diskaun rate.
Apa yg diperlukan?
Tentulah IDP International Driving Permit.
Hok ni kena walkin pi JPJ apply. Boleh dpt terus. Bayarlah RM150 utk valid setahun IDP ni. Lesen memmandu juga perlu valid. Kalo lesen dah nak expired or expired date within the IDP period then kena renew lah lesen memandu tu. X paham? Gini cite dia...
IDP yg apply ni akan valid dari 10/2022 sehingga 10/2023.
Lesen pulak expired 03/2023.
So kena la renew driving lesen tu sesiap jadinya new expired date adalah 03/2024.
Haa gitu.
Print sesiap hardcopy :-
1. IDP
2. pasport.
Lotte Car Rental ni x amik deposit pun.
Sebab dah ada pengalaman sewa keta masa g UK tahun 2017 dulu, tau dah la selok belok serba sedikit. Jadinya kita pun cari lah sewa keta yg :-
1- full coverage insurance
2- unlimited mileage
So xyah la pening sat g nak add on gps lah booster la child seat la apa lah apa lah.
Fuel jenis masa dpt keta tu dah full tank, so masa nak return nnt mesti full tank jugak.
Masa nak cari branch ni pun fening jugak. Stated Seoul Station branch. Gigih selamba gi Seoul Station pehtu cari punya cari puny cari x jumpa, Huhuhu...
Tanya information kaunter pun x membantu sebab depa x boleh speaking english. Terer betoi amoi hok duduk kaunter ni. Not here. Dah.Thats it. Haru...
Pusing2 x jumpa aku x puas hati ni. Kata Seoul Stn tp xde and minah td x membantu langsung. Tapi hang dok kat kaunter information. Xpe, kita tanya orang lain tp bukan dia.
So tanya la another person which is a guy.
Ok, guy ni sgt membantu, Heheh,, pasai aku mntk dia teleponkan brnch td and tanya kat mana sebenonya branch mu ni? Haku sampai doh ni tp x tahu mana.
Haaa... rupanya branch dia nama je Seoul Stn tapi bukan dlm station tu. Ianya terletak nearby the Seoul Station. Cit.. So kena jalan sikit la, keluar dari Seoul Station tu ikut la direction yg guy kat info kaunter tu bagi.
Sayang eh, banyak video ni xde gamba. Xtau pasaipa xleh nak tepek video kat sini. ermm...
Sunday, October 2, 2022
South Korea : DDP
1st day, siap collect sewa wifi, siap collect DSP, siap topup T-Money kami pun berangkat ke Itaewon naik subway je sebab lebih murah. Huhu.. Dari Incheon airport ke Itaweon station dalam sejam 10 minit macam tu. Tambang won 4,950/pax.
aku mmg banyak refer sini ms nak buat itti and budget.
Tapi hati2 sikit masa di sana. Inchen station dgn Incheon Airport Terminal Station x sama tau.
Jgn hangpa semua dah la gerak ke airport malam hujung2, pehtu benti pulak salah station. Naya nanti.
Sesampai di Itaewon belum masa utk check in lagi. Kami smp around 1pm. Tapi sama mcm hotel gh lain, so kami letak dulu luggage di pantry area. Kemudian keluar gerak ke DDP Dongdaemon Design Plaza. Naik dari Itaewon station and stop di Dongdaemon History & Culture Park station.
Time kami smp DDP ni ada event apa ntah. Pertandingan solek utk Halloween. Ramai la hantu2 tgh disolek kat sana. Ramai la orang yg dtg pun. X lama pun kat sana terus jalan kaki ke Dotta Mall & Migliore Mall. Samada kami x jumpa tempat menarik seperti yg diwar2kan or mmg tempat tu xde la menarik sgt pun pada kami.
Both mall ni mall utk pakaian. Jenis pakaian utk org bashe2 je dah mcm Times Square and Bukit Bintang Plaza zaman dulu2. BBP skrg dah lama x pergi so xtau apa update culture kat sana. Huhuh...
Pakaian around won 10,000 byk boleh dapat sini. Bukan yg jenis branded la maksudnya.
South Korea : T-Money + Wifi + Discover Seoul Pass
Selepas selesai urusan immi, kami ke T2 utk cari kaunter utk sewa wifi.
Awalnya mmg dalam dilema xtau nak beli simcars korea atau nak sewa wifi. Dilema tu sampai lah menjejakkan kaki di Korea huhuhu...
Akhirnya mmg cari wifi je sbb mmg malas nak tukar sim card.
So jenguk lah ke setiap kaunter yg ada menawarkan sewa wifi ni dan kesimpulannya, kalo walk-in memang mahal. Untuk 12 hari di Korea kalo walkin hari tu dpt harga sekitar RM200 mcm tu. Then cepat2 skroll klook dan cari yg boleh book & pickup immediately. Kena tgk betui2 sbb ada yg perlukan masa 2-3 hari selepas booked. So, wifi rental hr tu dapat sewa utk 12 hari di Korea dalam RM119.88.
Wifi ni memang cover seluruh Korea sbb kami ke Mungyeong-si dan juga ke Alpaca World di Gangwon-do pun elok je coverage. Tapi ada sehari tu masa smp semula di Korea line mcm chipsmore kejap ada kejap xde. Then baca wifi guide tu suruh re-start then settled. Terus pulih.
Utk wifi ni kami booked di kaunter yg sama utk collect DSP.
DSP - Discover Seoul Pass ni ada utk 24jam/48jam & 72jam.
Boleh masuk ke byk tourist attraction. Tang sini kena bijak susun itti. Kalo ada stamina yg mantap boleh la korang nak padatkan itti utk sehari tu.
Pilih lah attraction yg mahal entrance fees baru berbaloi.
Hari tu DSP cost utk kami bertiga adalah RM406.19, 2 adult + 1 teenage.
Tempat yg kami pergi guna dsp:-
Lotte World Adventure
Coex Aquarium
Namsan Tower
Hanbook
Gyeongbokgung Palace
Deoksugung Palace
Cruise - plan awal nk g tp x larat dah utk hr tu huuhhu...
Changgyeonggung & Chandeokgung Palace ikutkan plan awal nak masuk last day dsp tu tapi pun x g jugak sebab penat. X larat nak bangun awal.
DSP pun bole digunakan sebagai T-Money. Boleh topup so x perlu beli T-Money card. Tapi itu akan cover utk adult punya tambang. So beli lah 1 kad T-Money for teenage utk Mia guna. Tambang utk teenage lebih murah dari tambang utk dewasa.
Card T-Money utk teenage dalam 4,000 won. Tambang utk dewasa normally start won 1,250 but the teenage won 900 mcm tu.
T-Money boleh guna utk naik bas, subway, taxi, berbelanja di convenience stire mcm cu, 7e etc.
Kalo baca experience org2 lain, ada yg dvise jgn topup byk terus T-Money tu sebab ada kes yg T-Money card tu rosak, then depa x boleh nak trace balance dlm card tu. Kira mcm x convenience utk pergi ke centre T-Money utk berurusan.
So ramai advise topup sikit2. Tapi semua tu baru baca selepas kami tiba di Malaysia.
Kami day 1 beli T-Money tu terus top won 50,000+50,000+70,000. Lepas tu ada topup lagi dan lagi sebab byk naik cab. So total kesemua T-Money utk 12 hari di Korea adalah won 170,000 = RM565
T-Money ni sama macam oyster card kat London. Ada max caj utk sehari. Maknanya kalo kita dok gigih naik turun naik turun jalan sana jalan sini yg selebihnya akan free of charged tapi utk subway dan bas aje lah. Taxi x termasuk.
Best kan?
Jom Jalan Jalan South Korea 2022
Kami berangkat ke South Korea dari Klia guna Air Asia departure 1/10/2022 11pm dan landing di Incheon around 6.30am time Korea.
Memula macam seram jugak nak beli AA sebab takut cancel la reschedule la yg mana banyak kes berlaku dan mmg kecoh la kat fb. Dalam riki2 tu tgk komen mostly international flight xde problem dan most of route to Korea xde re-schedule pun tu yg berani proceed beli AA.
Pagi 1/10 dah berjaya online check-in utk mia and abi. Tapi utk aku xleh. Awat la kan. So checkin kat kaunter je la malam tu. And stewardess tu kata x boleh checkin sebab nama beli as 'MR'. What..????? My god. Nasebek xde isu stewardess tu amend je mr to mrs and nsebek amend utk flight balik sekali. Selamat 1 perkara. Mana tau kan kena beli baru ka naya ....
Flight kami pada 1/10/2022 dan akan masuk South Korea pada 2/10/2022 dan yes Korea time tu baru je keluarkan rules baru x perlu amik PCR sesampai di Korea. Dalam a few weeks before tu rules utk enter Korea perlu pre-pcr dah pun dimansuhkan. Dah jimaat kat situ utk pre-pcr. Lepas tu ngam2 our time arrival pcr pun dimansuhkan. Ya allah... bestnya. Jimat almost RM 1k utk pcr ni. Alhamdullillah...
Pre-Pcr - mansuh
Pcr on arrival - mansuh
Immigration pagi tu utk mia lancar. Sepatutnya g together 1 family ke immi tu tp ntah dia nak mia sorg je dulu. Dah la mia under age tapi sekejapan mia settle. Sampai time aku lama sikit. Xtau dia tgk apa collegue dia dtg tgk tgk sok sek sok sek xtau depa bincang apa. Tapi dia tokse tanya aku. Pehtu dia panggil abi sekali since sefamily. Sok sek sok sek tgk tgk sok sek sok sek. Lama jugak tunggu situ. Tapi akhirnya depa release jugak tanpa tanya pape soalan.
Papehal pun kami mmg dah standby semua related siap2. Booking hotel siap, booking keta siap, siap la surat majikan dr abi. Gigih soh abi mntk dari HR beliau sebab xnak any issue kan.. but then alhamdulillah... settle.
Q-code - ni kami isi sambil2 nak check-in. Xde isu sgt part ni dan kalau rasa x pandai nak isi and xde sapa boleh tolong utk isi then no worries. Landing nnt ada lane utk manual q-code yg akan guide utk isi.
Dah settle q-code, maka selesai lah urusan yg penting,,. dah boleh tertebaran di bumi Korea.
Wednesday, September 7, 2022
Money Exchange Shah Alam vs MidValley
Kalo selalu travel mesti arif dah mana yg offer rate rendah.
Last 2 weeks g Aeon Shah Alam rate 3.45, so tukar sikit.
Then the following week g Subang Parade rate 3.43.
Baca kat group Road To Korea Official kat FB, komen2 kata Midvalley 3.3. Rendahnya?
Actually, kalau tukar sikit2, x byk beza pun, melainkan jika tukar banyak2 amount, and yes, kena tgk rate. Tapi make sure lah tgk rate yg betul.
Kalu kita nak tukar dari RM ke currency negara lain, kena tgk kat 'we sell'.
We sell tu maknaya money exchange tu yang jual kat kita.
Lepas kita gi oversea let say Korea kan, x habis pun duit won dibelanjakan kat sana. Then, sampai Malaysia je kita nak tukar dari won ke ringgit Malaysia then kita refer pada 'We Buy'.
'We Buy' tu maknanya dia beli won dari kita.
Ha gitu. Jangan lah misleading info.
Selalu money exchanger ni x kan jauh sgt beza depa. Sikit2 tu ada lah.
Utk travel jauh semata nak tukar sikit amount of RM to other currency, fikirkan juga kos yg terlibat seperti, parking & fuel.
Setakat jimat RM10-RM20, baik tukar je kat money exchange yg closed to house.
Melainkan nak tukar big amount yg boleh menjimatkan beratus RM why not kan travel jauh sikit.
Ahhh giteee..
Okay, kat Midvalley ada 2 kawasan, both kat Level LG,
1- area belakang KFC
rate dia tinggi tadi. 3.405
2 -sebelah Mark & Spencer Food.
ada 3 money exchang kat sini. Beza x jauh sgt 3-3 ni.
Tadi yg tgh 3.385, yg kanan sekali 3.380
Thursday, July 28, 2022
Tempat Menarik Sekitar Nami Island
1. Gapyeong Rail Bike +82 31582 7788
Jarak dari Gapyeong station ke Rail Park ni about 2.5km.
Ada 2 seater ₩25,000 & 4 seater ₩35,000.
Sini la kalo nak book booking rail bike
Timing : 9am, 1030am, 12pm, 2pm, 330pm & last 5pm.
Total time utk tour nek rail bike ni appx 1 1/2 jam yakni 40 min pegi, rehat 10 minit pehtu 40min balik.
Ni ala2 taman rama2. Kat KL pun ado, kek Cameron Highland pun ado.
Sini ada zipline jugak. Ada pakej utk tapau 7-8 zaipline area sini termasuk zipline masuk ke Nami Island. Tp x pasti detail kena cari sendiri la sapa yg minat adventure tu kan.
Water sports & bunjee jump.
Hok terpaling femes sekali la dah mcm jadi wajib datang kalo sampai South Korea ni.
1 adalah naik zipline zasss terus masuk ke dalam pulau. Ambil masa appx dalam 2 minit je. Haa xyah batur pepanjang kat jeti tu kan. Tapi nak naik ni pun batur gak. Maybe xde la batur sgt sebab kalo dah beli tix online mmg dah sesiap book slot.
1st, book dulu slot utk zipline to Nami Island kek sini booking zipline. Boleh book in 1 month advance je. Price est ₩49,000. / pax adult. Price ni include entrance fee to Nami Island & ferry balik. Zipline ni bermula 9am and last 6pm or 530pm ikut cuaca keadaan musim & sebagainya.
Cara kedua kot x kuasa la kan nak berzipline bagai, mahai pulak tu then guna la cara traditional. Beli tix ferry g balik which include entrace fee berharga ₩13,000/ pax adult.
1st ferry ni jam 730am and last 940pm. Nak keluar lambat dari Nami Island pun xpe sebab last subway dari Gapyeong adalah jam 830pm. Boleh la consider balik lewat if Nami Island is the last destination of the day.
Mcm perkampungan Perancis la ni. Sebab pernah jadi location utk shooting kdrama tu dia jadi femes tu. Sama mcm Nami Island la impak dari drama winter sonata tu.
Taman Bunga ye rasa. Jarak dengan Gapyeong Station about 22km.
Mcm perkampungan Swiss pulak la rasanya. Jarak dengan Gapyeong Station about 23km.
Jarak antara Petite dgn Garden of Morning Calm about 25km.
Garden Morning Calm & Edelweiss is about 27km.
Ni jarak kalo driving sendiri. Boleh la nak baget2 timing kalo nak g sini kan.
Malam tido area Gapyeong pun ok utk cover semua ni.
Ada banyak cara utk datang ke Gapyeong dari Seoul iaitu menaiki bas, subway, ITX dan etc mcm amik pakej ke. kat klook ada je jual pakej tour ke Nami Island.
Kalo cara DIY g sendirian berhad, ada 2 cara senang boleh consider iaitu subway or ITX. Kalo nak terpaling murah naik subway lah.
ITX
ITX from Itaewon to Gapyeong :-
Memula naik subway dulu dari Itaewon Station (brown line) naik ke Hyocang Park. Turun di Hyocang Park utk pertukaran tren dari brown line ke Green Line. Berhenti di Yongsan Station. Itaewon Station to Yongsan fare ₩1,350.
Dari Yongsan station naik ITX ke Gapyeong station. Fare ₩6,900. ITX ni bermula 6am. So pepandai la baget timing. Travel time dalam 1jam dari Yongsan ke Gapyeong.
@
Subway dari Iatewon to Gapyeong est duration dalam 2 hours.
Dari Itaewon (brown line) turun di Sinnae. Di Sinnae exchange to Gapyeong (green line). Fare ₩2,350.
Sampai di Gapyeong station, Exit 2 dan cari Gapyeong City Tour Bus.
Gapyeong City Tour Bus ni :-
Unlimited ride so boleh naik turun naik turun dari 1 destination ke destinasi yang lain. Dia ada schedule timing sesiap. So rujuk la time table dia dan plan le engkorang punya tour nak wat canne. Fare est ₩8,000.
Lebih kurang cenggini time table bas ni, boleh la plan2 bape jam kat rail bike, bila kena gerak ke jeti Nami Island bape jam nak kena kejau bas ke Petite.
Petite France ni terletak jauh sikit dengan Nami Island ni tp nak balik ke Seoul nanti , nearest station adalah Cheongpyeong Station jarak dalam 12km. Kalo ikut bus tour tadi ada route dari Petite ke Cheongpyeong Station, so xdo masalah gak. Kalu nak patah balik ke Gapyeong station pun xde masalah.
Fare subway dari Cheongpyeong ke Itaewon est ₩2,350.
dan ada jugak ITX dari Cheongpyeong ke Yongsan.
Monday, July 18, 2022
K-ETA kami July 2022
Fuhhh... berdebor betul rasa nak menunggukan result K-ETA ni.
Disebabkan ghisau takut salah apply ke, nak2 address & no fon korea xde. So utk memudahkan jalan keje aku, aku soh agent je yg applykan. Huhu.. kurang adventure ye dok suruh org applykan. Kos apply K-ETA direct ni won 10,000. Tapi disebabkan aku soh agent ni applykan, xkan la dia wat keje free kan. So dia caj RM15/pax. So total utk kami bertiga ni RM151.77.
Aku tgk dia apply Friday, on the same day tu Mia dah approved. Bercinta tunggu utk aku & hubby.
Siap dah prepare la in mind, kalo x approved then kita g Jeju aje lah. Jeju xyah K-ETA. Tapi sewa keta la yg mahal kat Jeju. Aku pm gak sapa yg share depa ada kat Jeju skrg ni since depa share / komen yg fb group tu, aku pm la depa. Ada yg kata dia sewa keta 6 hari RM1600 total include full covered insurans.
and ada pm sorang ni sbb dia post tanya pasai K-ETA. Dia yg apply sendiri K-ETA total 7 orang utk anak2 wife & adik dia. Sekali semua approved, beliau sorg je x approved. Alahaiii...kesian. Huhuh...
Tu yg berdebo nunggu kami punya status tu. Siap, kalo x approved meh kita travel maya aje lah. Nak google lak tempat menarik di Turki ke kan...
Sekali whatsapp sampai dr agent. Dah approved..!! Alhamdullillahhh.....
Boleh proceed beli tix flight ler canni kann..
Hehe...
Wednesday, July 6, 2022
IC Mia
Semalam mia x g sekolah sebab nak buar IC. Beliau dah 12 tahun...
Memula nak pi JPN but then nak buat passport terus, so sudahnya ke UTC Anggerik Mall.
Sampai sana around 10-1030am? Lupa
Dah alang2 buat ic mia, aku pun tukar ic lah jugak.
1. sebab boleh tukar alamat terus. Alamat lama guna alamat Kajang. Lama dah pun pindah dari alamat tu.
Tukar Shah Alam terus so nnt xyah susah2 gi Kajang nak mengundi.
Ngundi kat Shah Alam better since mmg bertahun dah duduk Shah Alam dan rumah pun beli kat Shah Alam. Rasa x pindah mana dah
2. IC lama tu dah mcm nak tercabut laminatenya walaupun chip ok xde masalah. X pernah ada masalah chip pun masa berurusan kat bank etc. Tu yg gigih x bertukar2 nak2 gambo masa umo 24 thn. Hikhik.. perasan muda sokmo
So, nak buat ic mia, alamat akan follow alamat ibu.
Jadi disebabkan aku pun tukar ic ke alamat baru, mia pun ikutlah new address.
Ibu kena bayar RM10 reason kat bill tu ic rosak, mia free.
Kiranya ibu nak tukar alamat, so kena ada bill alamat sekarang, bawak fotocopy pun xpe,
Mia pulak kena bawak surat beranak original dan fotocopy.
Selesai urusan dalam sejam baru siap, gi makan lunch dulu then 1230pm dtg semula utk collect new IC.
Dah siap IC ke tgkt 3 pulak utk urusan immigresen.
Sampai sana mmg ngam2, org last yg dapat nombor.
Eh? Immi tutup lunch 1pm. Huh!!
Dtg semula 230pm officer tu kata. Eh.. awat 230pm? Lunch smp kol bape?
Lunch 1-2pm puan.
Pelik di situ, then awat hang soh aku mai 230pm?
Kami tunggu aje la situ sebab dah siap lunch tadi.
Org yg baru dtg mmg siap beratur la tunggu konter bukak.
Smp 210pm kaunter x jugak bukak2.
Dgr sok sek depa kata system down.
Yg hok dtg beratur time lunch hour tadi dah berangin2.
Sysyem down, bagi aje lah no so depa boleh la duduk. Penat beratur oiii.. katanya
Pehtu dah kecoh2...
Ada la officer buat annoucement inform system down, xleh bagi no sbb depa x pasti bila bole solve.
No bagi lepas system ok kata beliau.
Aku teruskan aje la kedudukan dok menonggok smp main game kan
Aroun 220pm mcm tu dgr bunyi no giliran.
Ermmm.... system down sangat...
Awai tadi hang dah siap2 pesan soh dtg semula 230pm.
Tentu lah suspocious
Rules skrg, kena renew online. X boleh walkin. Hasil dr godekan recently, mia x boleh renew online.
Sebab tu aku gigih la dok dtg siapkan hari ni
Old passport mia masa dia darjah 1, 2017, so expired May 2022.
Skrg nak renew and mia dah ada ic, so kena la dtg immi.
Hasil dr carian, sekiranya old ic let say darjah 3, kat passport kan muka kekanak ribena, thn ni dah ada ic, x perlu renew passport.
Means, passport tu still valid dgn muka kekenak ribena just kena bring together la surat beranak nnt bila nak g oversea.
Masa amik nombor tu tanya dah, boleh x aku renew passport sama kan ye lah dah alang2.
Tapi officer tu kata xleh kena buat online.
Iye lahhhh...
Tapi masa smp giliran mia tu g kaunter 3 tu, ms serentak je bertanya.
Aku tanya xleh ke aku renew sekali, officer tu pun tanya ibu xnak renew sekali?
Ehhh nak lah...
Aku habaq lah tanya dah tadi konter no tu officer tu x bagi.
Tp officer hok ni jawab kalau saya bagi je sebab dah alang2 kan.
Puan gi balik sana mintak no.
Bagitau dia saya kaunter 3 ni soh bg no.
Dapat no, procced renew terus sekali passport aku.
Selesai urusan, selesai bayar, ya ampun. Kena tunggu lagi sejam lepas pembayaran.
Pengsan.
Siap selesai urusan passport di tangan jam 715pm.
Fengsannnnnnnn
Malam tido soh abi urut kaki
abi : erm,... mcmana nak gi jalan2 mcm ni?
wekkk
Saturday, July 2, 2022
Syarat Kemasukan Ke Korea Selatan 2022
Updated latest info as at 7 June 2022
Jika kita bertolak dari Malaysia ke Korea
1- RT- PCR Test di Malaysia
buat RT-PCR test within 48 jam sebelum bertolak / depart
2. K-ETA
Pemegang passport Malaysai x perlukan visa kalo nak masuk Korea.
Tp apply K-ETA ni, valid utk stay sampai 3 bulan jgn lebih.
Apply di sini K-ETA apply
Perlukan gambar photo kalo kita apply guna computer.
Kalo apply guna handphone kan, xyah gambar photo la nnt snap terus guna camera handphone.
And payment fees est 10,000 won.
Tips :- jgn letak self employ - mostly K-ETA akan reject. Kalo rejected xleh la nak masuk kan, Kena re-apply lg bayar la lagi..
K-ETA perlu apply 72 jam / 3 hari sebelum bertolak.
K-ETA ni valid 2 years dari date of approval. Mana tau kan dah approved sekali cancel x jadi gi adaaa je hal nnt. So boleh keep la valid 2 yrs.
Seorg boleh apply utk 30 orang travellers dan bayo lumpsum. Senang sikit kan.
Updated as at 19/07/2022
Within 6 months boleh re-apply K-ETA sebanyak 3x. Cukup max 3x which all rejected, website akan block yolls punya application.
So kalo dah 3x rejected tu toksah dah nak re-apply lagi.
Tunggu la after 6 months from date of the 1st application.
Xyah la nak try sampai 5-6x. Membazir duit ja
3. QR Code
Dapatkan QR code di Q-Code system.
Pi sini website Q-Code
Key-in info ikut passport, enter/stay in Korea, pre-departure rest result td yg buat kat Msia, vaccination info dan health condition piror to boarding.
Dapat je QR code tu kena print hardcopy.
Depa sent jugak sofy copy to email kita nanti.
4- PCR Test di Korea
sampai je airport Korea nanti kena test sekali lagi.
Samada buat di airport or authorize clinic.
Cost di airport Korea est 80,000 won
Boleh book PCR Arrival Test sini
* latest updated as at 15/07/2022
due to kes covid di Korea yg meningkat naik.
do PCR within 24hours of arrival.
Dok dendiam & tunggu result. Kalo +ve kena korentin 7 hari ye.
Kalo result -ve :-
x perlu korentin,
perlu repeat RAT (rapid Antigent Test) pd hari ke 6 or 7 after arrival.
RAT boleh guna self-test kit or gi nearby medical klinik.
Tuesday, June 21, 2022
Plan Jalan Korea
Ok, saka nak gi Korea dah mai..
Plan nak gi 2023 around May itupun sebab survey2 ada yg kata May ok time to visit.
So bermula la survey2 xtau la bape hari dok menghadap pakcik google ni menggogle sampai last2 aku rasa dah terer sgt dah ni. Bukak la setiap blog yang share cerita journey depa gi Korea tapi tu semua dari tahun 2011 pun ada sampai la paling banyak tahun 2015.
Tahun selepas covid ni x jumpa lagi blog nya.
Ni masalah bila hari hari google sampai naik jemu. Last2 saka dah lari menyorok xtau mana.
Google pun rasa nak termuntah baca.
Huhuu... sadis...
Paling sadis tix flight 2x ganda.
Thursday, March 31, 2022
2022 Business Proposal
Monday, March 7, 2022
Kolam Renang UiTM Shah Alam
Saturday, February 19, 2022
Pantai Cunang, Tanjung Sepat