Thursday, July 28, 2022

Tempat Menarik Sekitar Nami Island

 

Jom jalan-jalan ke Gapyeong area.

Banyak jugak tempat sebenarnya tempat menarik di Gapyeong ni antaranya :-

1. Gapyeong Rail Bike +82 31582 7788

 Jarak dari Gapyeong station ke Rail Park ni about 2.5km.

Ada 2 seater 25,000 & 4 seater 35,000.
Sini la kalo nak book booking rail bike
Timing : 9am, 1030am, 12pm, 2pm, 330pm & last 5pm. 
Total time utk tour nek rail bike ni appx 1 1/2 jam yakni 40 min pegi, rehat 10 minit pehtu 40min balik.


2. Nine Forest Ewhawon +82 31581 0228. 
Ni ala2 taman rama2. Kat KL pun ado, kek Cameron Highland pun ado.

3. Jara Island +82 31581 2813. 
Sini ada zipline jugak. Ada pakej utk tapau 7-8 zaipline area sini termasuk zipline masuk ke Nami Island. Tp x pasti detail kena cari sendiri la sapa yg minat adventure tu kan.


4. KTOPLAND +82 31582 5372. 
Water sports & bunjee jump.


5. Nami Island
Hok terpaling femes sekali la dah mcm jadi wajib datang kalo sampai South Korea ni.


Jarak dari Gapyeong Station to Nami wharf ni about 2km je. No wonder ada yg jalan kaki je. Kalo x kuasa sebab nnt nak berjalan jalan jugak kat dalam Nami Island tu boleh la naik taxi je 5,000.

Pehtu nak masuk ke Nami Island ni ada 2 kekdah pulak yakni :-

1 adalah naik zipline zasss terus masuk ke dalam pulau. Ambil masa appx dalam 2 minit je. Haa xyah batur pepanjang kat jeti tu kan. Tapi nak naik ni pun batur gak. Maybe xde la batur sgt sebab kalo dah beli tix online mmg dah sesiap book slot.

1st, book dulu slot utk zipline to Nami Island kek sini booking zipline. Boleh book in 1 month advance je. Price est 49,000. / pax adult. Price ni include entrance fee to Nami Island & ferry balik. Zipline ni bermula 9am and last 6pm or 530pm ikut cuaca keadaan musim & sebagainya.

Cara kedua kot x kuasa la kan nak berzipline bagai, mahai pulak tu then guna la cara traditional. Beli tix ferry g balik which include entrace fee berharga  13,000/ pax adult. 

1st ferry ni jam 730am and last 940pm. Nak keluar lambat dari Nami Island pun xpe sebab last subway dari Gapyeong adalah jam 830pm. Boleh la consider balik lewat if Nami Island is the last destination of the day.



6. Petite France. +82 31584 8200.
Fare masuk 10,000. Open daily 9am-6pm.
Mcm perkampungan Perancis la ni. Sebab pernah jadi location utk shooting kdrama tu dia jadi femes tu. Sama mcm Nami Island la impak dari drama winter sonata tu.


7. Garden of Morning Calm
Taman Bunga ye rasa. Jarak dengan Gapyeong Station about 22km. 


8. Edelweiss Swiss Theme Park +82 31581 9400. 
Mcm perkampungan Swiss pulak la rasanya. Jarak dengan Gapyeong Station about 23km.

Jarak antara Petite France dgn Edelweiss ni about 10km.
Jarak antara Petite dgn Garden of Morning Calm about 25km.
Garden Morning Calm & Edelweiss is about 27km.
Ni jarak kalo driving sendiri. Boleh la nak baget2 timing kalo nak g sini kan.
Malam tido area Gapyeong pun ok utk cover semua ni.


Ada banyak cara utk datang ke Gapyeong dari Seoul iaitu menaiki bas, subway, ITX dan etc mcm amik pakej ke. kat klook ada je jual pakej tour ke Nami Island.


Kalo cara DIY g sendirian berhad, ada 2 cara senang boleh consider iaitu subway or ITX. Kalo nak terpaling murah naik subway lah. 


ITX 

ITX from Itaewon to Gapyeong :-

Memula  naik subway dulu dari Itaewon Station (brown line) naik ke Hyocang Park. Turun di Hyocang Park utk pertukaran tren dari brown line ke Green Line. Berhenti di Yongsan Station. Itaewon Station to Yongsan fare 1,350.

Dari Yongsan station naik ITX ke Gapyeong station. Fare 6,900. ITX ni bermula 6am. So pepandai la baget timing. Travel time dalam 1jam dari Yongsan ke Gapyeong.

@

Subway dari Iatewon to Gapyeong est duration dalam 2 hours.

Dari Itaewon (brown line) turun di Sinnae. Di Sinnae exchange to Gapyeong (green line). Fare 2,350.


Sampai di Gapyeong station, Exit 2 dan cari Gapyeong City Tour Bus.


Gapyeong City Tour Bus ni :-

Unlimited ride so boleh naik turun naik turun dari 1 destination ke destinasi yang lain. Dia ada schedule timing sesiap. So rujuk la time table dia dan plan le engkorang punya tour nak wat canne. Fare est 8,000.


Lebih kurang cenggini time table bas ni, boleh la plan2 bape jam kat rail bike, bila kena gerak ke jeti Nami Island bape jam nak kena kejau bas ke Petite.


Petite France ni terletak jauh sikit dengan Nami Island ni tp nak balik ke Seoul nanti , nearest station adalah Cheongpyeong Station jarak dalam 12km. Kalo ikut bus tour tadi ada route dari Petite ke Cheongpyeong Station, so xdo masalah gak. Kalu nak patah balik ke Gapyeong station pun xde masalah.

Fare subway dari Cheongpyeong ke Itaewon est 2,350.

dan ada jugak ITX dari Cheongpyeong ke Yongsan.





No comments: