Saturday, September 18, 2010

MY BaBY

Frankly speaking, apabila ditanya mahukan anak lelaki @ perempuan, jawapan yg aku berikan adalah lelaki. Memang aku mahukan anak lelaki berbanding perempuan. Tetapi, ketika mengandung, hati terasa bahawa anak yg dikandung adalah perempuan. Sehingga la kepada scan, doktor juga mengatakan perempuan. Tetapi, 1000 orang yg aku jumpa, lebih kurang 980 orang akan mengatakan bahawa baby ku lelaki.

Dan yg paling kelakarnya, seorang drpd customer berbangsa Cina sanggup 'bat' mengatakan baby ku lelaki. Otherwise, dia mahu berikan aku duit.

Dengan bentuk perutku semua org menyangka baby ku adalah lelaki. Dan jika ditanya anak yg dikandung lelaki @ perempuan, walaupun aku sudah tahu jantina drpd scan, jawapan yg keluar dr mulut ku adalah " scan doktor kata perempuan, tp semua org tegur lelaki".

Tetapi, at the end of the day, setelah baby berada di dalam dakapan ku, setelah aku mengusukan babyku sendiri..tidak kira lah apa pun jantinanya, dia tetap baby ku. Anak ku. Permata hatiku. Mama tidak peduli apa pun jantina baby, mama sayaaaannngg sangat dengan Damia Az Zahra binti Mohamad Hazlin

No comments: