Pd ms sekrg ni, pelajaran mmg penting. Salah satu sebab yg paling penting tu adalah tiket utk mdpt gaji yg lebih tinggi sikit. Tp itu x bermakna org yg x belajar tinggi tu gaji dia akan sentiasa kurang dr yg berpelajaran tinggi ni. Org yg x belajar tinggi pun berupaya utk mdptkan gaji yg lebih tinggi malah lebih tinggi dr org yg belajar tinggi ni. Fuhh..penat betul asyik type tinggi tinggi je nih..
Tp apa2 hal pun, tahap pemikiran jugak yg paling penting. Ramai2 budak yg masuk U n ada sijil tu x bermakna mereka2 tu mmg pandai. Ramai jugak yg bodohnya. Lebih2 lagi bodoh sombong. Baget pandai ajee smp pandang org pun sipi aje..
Pelajaran ketika di sekolah yg paling penting adalah yg cikgu2 tu ajar. Tumpukan perhatian, masukkan dlm kepala otak spy mudah paham n senang mjawab peksa nanti. Selepas sekolah pulak, pelajaran kita adalah pengalaman. Bukan shj pengalaman sendiri, kita juga haruslah ambil n proses jugak pengalaman org lain. Sebab itu pergaulan itu sgt penting. Bergaul lah seramai yg anda boleh. Berkongsi lah apa shj cerita. Berkawan lah dgn semua lapis masyarakat. Baik lelaki baik perempuan baik Cina India Melayu sendiri. Berkongsi lah cerita n bertukar2 pandangan.
Kemudian proses lah semua cerita yg anda kongsikan. Fikirkan sedalamnya. Ambil lah iktibar. Barulah kita akan belajar n menjadi lebih matang. Buang yg keroh ambil yg jernih. Ikut yg baik tinggalkan yg buruk.
Dan yg paling penting sekali adalah, dengar juga mendapat org yg lain. Kerana latar belakang yg berbeza menzahirkan pendapat yg berbeza. Sesetengah perkara, buruk di mata yg lain ttp ada hikmah pd yg lain.
Renung2 kan lah..
No comments:
Post a Comment