Info yg diperolehi dr Info Sihat dr Kementerian Kesihatan Malaysia, ulcer merupakan luka di dalam mulut yang berwarna putih yg dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.
Faktor :-
*Stres *Perubahan hormon *Jangkitan (infeksi) *Kekurangan zat makanan *Alahan *Radioterapi *Kimoterapi
aku mati2 ingatkan sebab kurang air. Dah mak ayah aku dulu kata gitu. So bila dpt ulcer tu mmg berteguk2 jugak lah aku minum air suam yg x berapa nak sedap tu.
Tanda-tanda (simptom):
*Rasa membakar dalam mulut *Kesakitan *Tidak selesa *Hilang selera makan *Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.
Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.
Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
*Gunakan bahan kumuran antiseptik *Sapu gel atau krim penahan sakit *Kekalkan kebersihan mulut yang baik *Makan makanan lembut *Elakkan makan makanan panas dan pedas *Banyakkan minum air
Hadoiyaii... sesunggguhnya sakit. Kalo petua2 org2 lama, dorg soh bubuh garam kat tempat kena ulcer tu. Perkkhh!!! Pedihnye jgn nak cakap la wa cakap sama lu. Tapi... sungguh berkesan.
Cuba2 lah n selamat beramal...
2 comments:
owh ptot lah ak xdpt ulcer nih lgi
sebab ak tak stress ker =.=
mne nk stress duduk umah jer
hahaha kang Allah ksi kena pdn muka >.<
thx for sharing
ak pun igt psl minum air jer
kalo dok bujang tu kat hostel ke mana ke simpn la garam wat stok yee...
Post a Comment