Wednesday, February 29, 2012

RuMaH MeSRa RaKYaT


Okey in Rumah Mesra Rakyat plan.

Pendapatan isi rumah RM3,000 dan kurang adalah layak untuk memohon tetapi masih terdapat syarat dan peraturan. Boleh dikategorikan sebagai rumah mampu milik serendah RM150 sebulan bayaran ansurannya. Reka bentuk juga adalah yang terkini dan moden yakni bukan lagi kategori rumah kotak. 

Pada tahun ini kerajaan mensasarkan untuk membina 10,000 unit rumah sdi seluruh negara. 

Jadi, mohon jangan x mohon.


Tuesday, February 28, 2012

HePY BeSDaY MY HuBBY

 This year..huhuu... this year, sebab aku terlupa besday my hubby.


 His birthday is on 26th Feb, last Sunday. Last Saturday night singgah kedai roti yg aku lupa dah namo eh. Bercadang utk beli pape utk alas perut dlm otw to Melaka. Aku amik cheese tart seperti biase ah, and hubby? Hubby tgk cake. Hurmm..nak makan kek ke? Aku asked mcm pelik. Selalu amik roti je. Hubby tgk dr deretan cake slice, membawa ke sebiji cake. Pelik la i kan.. nak beli sebiji kek? Nak makan ke?

 Sunday. At Melaka, his sister called and wish birthday.. Oh my god!!! Huhuhuu... sedey nye.. sian hubby i.

Mlm tu sampai Cheras singgah Jusco Balakong, beli cake n celebrate la birthday abi..hehe..sorry laling, i terforgot. This is the first n last time..insyAllah..



sangat sedap!!






Friday, February 24, 2012

HeBaT Ke YaHuDi?



Kehebatan dan kebijaksanaan Yahudi


Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Memang dasar dajjal laknatullah



Wednesday, February 22, 2012

New MoDeL FoR PRoToN 2012


Kereta dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo berharga serendah RM60,000

PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru sepenuhnya, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan bulan depan.
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.
“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.

Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta. 

Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).

Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti. 
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.

Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah.-BH

p/s : harap proton terus maju dan mengeluarkan model-model yang terbaik dari semua segi.

Saturday, February 18, 2012

LiPaS..??

 Today gi lunch kek area Maybank.Eh eh.. bukan today. Hehehe.. Ni cite last week sebenarnya tp aku xde masa nak update. Bebudak ni bawak la aku pun xtau kek mano. Lunch kek sini agak payah sket. Xde yg nearby. Yg nearby nearby pun nak kena naik keta jugak. Hurrmm... bole tahan mahal jugak kat situ. Nasi + ikan kembung + sayur = RM6.50.

 Sambil2 makan dgn nasi dan lauk da nak habis..Sekali agak2 korang apa yg aku jumpa kek ikan aku? Tada!!!!


Aku memang x tahu la ape kejadahnye ni. Tapi kalo sekali 10x tgk, korg agak2 apa?

Memula aku tolak tepi dulu pinggan. Sekali atas desakan org ramai aku pun angkut la pinggan aku ke counter.  Selalu sapa dok kat counter? Jarang la kuli duduk nak2 time2 busy lunch hour kan? Kalo x tokey mesti bos2 besar ye x?

" Kak, ni apa ye kak?"

Akak tu tgk2, x nampak amik speck pakai.. " apa tu?"

"saya x tahu. Saya tanya akak ni.."

"Kat dalam ikan ke?"

"Ye kak"

" Dalam ikan, ye la kita pun xtau kalo ikan tu makan lipas"

Baekk punya jawapan akak itu. 

" Akak x basuh bersih ke ikan?" 

" Xpe la dik, adik pun rasa x selesa, akak pulang balik duit adik.." Kata akak tadi sambil memulangkan duit RM1 sebanyak 3 helai.  Terkial-kial jgk aku tgk notes tu sebab aku rasa tadi aku bayar lebih dari itu.

" Akak pulang kan harga ikan la dik.." Jawap akak tu mcm paham2 aku tertanya2.. Aku tgk muka akak tu nak tersenyum pun ada.

1- Selalu kalo ada problem at least org akan pulangkan harga the whole meal. Bole akak tu pulangkan hage ikan sahaje?

2- Dalam laut ada lipas ke sampai ikan bole makan lipas?

3- Kalo ye pun ikan makan lipas, mesti la masuk ke dalam kantung perut. Tapi kenapa 'lipas' tu ada kat bhgn insang je? 

4- Sorry x tau langsung nak sebut ke kak?

Lepas 3-4 minit, akak tu panggil tukang masak dia, and tukang masak dia explain kat aku.

" Itu  bukan lipas dik. Kekadang dekat bhgn insang ikan memang ada benda ni tapi ni bukan lipas.."

" Sepanjang umur hidup saya, saya beli, saya siang, saya basuh, saya makan, saya x penah jumpa pun benda  ni.."

" bukan lipas dik.."

" habis akak x basuh bersih ke ikan?" Ggrr....

Kenyataan di sini aku memang x penah jumpa pun benda alah tu. lagi,
bukan aku jugak yang kata 'lipas' memandangkan aku memang x tahu menahu pun kewujudan alah kejadah itu.

Balik office aku terus upload FB, haaa.. berderet la yg komen. Siap ada yg soh aku saman. Hehee... Yg paling terer Wana kata, patutnya soh akak tu makan pulak depan aku. So defensive. At least aku bertanya dulu. X tanya nanti sesat jalan. Tapi kak, saya tau la akak org kaya banyak duit. Akak kan tokey kedai  mesti la kaya. Tapi akak tu org Melayu xde adab sopan ke? X reti nak say sorry ke,


Ni la kodai tu terlotak kek Serdang Raya. Hurmm.. x payah la pegi lagi kedai ni. Boikot dia.

Balik2 je rumah, my hubby gelak. My hubby kata, memang benda alah tu wujud. Dia bukan lipas, namanya x tahu. Benda tu mmg suka melekat kat insang terutama ikan2 besar ke ikan kembung pun ada jugak. Ye ke?? Hehee... Omak den pun kata ye. 
Hurmm... 


Sunday, February 12, 2012

MooD

  Ermm... nak post apa pun x jadi. Mood hilang. Bukan sebab marah bukan sebab terkesima bukan juga sebab sakit hati. 

 Aku kah yg salah? Mesti la aku tertanya2 apabila disuruh hentikan. X pe la, ermm.. aku rasa betul la tu aku yg salah. Aku juga x blame memana pihak. Just aku mmg sayangkan persahabatan itu. Dia mmg sungguh bermakna sebenarnya dalam hidup aku. Susah untuk jumpa org seperti dia. Tapi x pe la..

 Cuma 1 je pesan aku, tanya lah dulu lain kali.

KeMas

 Hari ini pada hari ini yakni today, kami suami isteri telah bertungkus lumus tunggang tergolek mengemas rumah yg berhabuk seribu. Aktiviti bermula dr malam tadi sebenarnya tp suku jalan pun x sampai sebab Damia nak tido. Seperti biasa apabila nak tidokan Damia dgn mama sekali terus terlelap sehingga la ke pagi.

 Dan pagi ni, pagi la sgt kan kalo kol 11am, aktiviti bersambung semula. Dah berkoti2 juga sampah sarap telah dibuang. Ha..tgk jam tgk jam sudah pukul 4pm. Mama dah stop dr kol 3pm tadi tapi tgklah abi itu.. masih sibuk mengemas..

 Huhuu.. xde selera la nak gelak. Hilang mood

Saturday, February 11, 2012

SaYaNG MaMa

Dah lama mama x up date cite anak mama sayang ni. Anak mama sayang sekarang dah setahun 7 bulan dan 10 hari. Dah besauu anak mama. 

 Damia dah tahu mata, kening, rambut, telinga, pipi, hidung, mulut, gigi, lidah, dagu, bahu, leher, perut, pusat, tangan, kaki and pop. Hoh? Apakah itu pop..?? Hehehee...

 Ada lagi 1 cite yg kelakau yg mana mama tersalah ajar. Jadi Damia pun salah la. Hehee... Ceritanya melibatkan pronouns for bas. Hheee.. SUsah nak cerita kat sini sebab pronouns. 

 Dah. Bubbye


Wednesday, February 8, 2012

KFC

 Sekali lagi KFC bikin havoc! Lepas satu satu kes keluar. Hari tu kuar ayam cap tapak kasut. Pehtu minyak cap kain buruk. La ni apa pulak? Gaduh bertumbuk dgn customer pulak.

 Maleh la aku nak share2 link kat sini. Tapi meh aku story mory sikit apa yg berlaku. Customer tu wait dah lama dekat sejam. Bila sampai turn dia ayam pun habis. Itu cerita yg dorg cerita. Pehtu that customers demand for apologise from the management. But the Store Manager doing nothing instead of the staff shouted at that customer ' kalau nak makan buat sendiri la b***'.

My experience..

1- if no enought stocks then- they will run looking for it from nearby outlet. Definitely the Store Manager able to read the customers flow. 

2- staff at the back are not aware with the crowd bcoz they at the back maa.. If no order then dorg bole goyang kaki. Kalo customer ramai dorg mmg x sempat nak even duduk pun.

3- when got customer complaint - actually nobody (staff) happy want to entertain. But the Store Manager have no choice to entertain the complaint.

4- what ever complain - worse to worse Store Manager only can angguk angguk ok ok sorry sorry. Standart maa.. 'customer is always right' - quote- they said but no me! Hehehee..

My conclusion :-

1. Customer terdiri dr byk jenis. Antaranya :-

    1. customer yg ok - able to understand the situation. Kalo dah mmg crowded- sendiri mau ingat la..
   2.  customer yg bengang - paling terer sumpah bodoh @ bangang then angkat kaki.
  
  3. customer yg dah nak mampus - pegi pulak maki hamun staffs. 

 Haaa... tu pasal la makan penumbuk dgn staff tu. 

 In real world la kan, org yg x keje retail mmg x akan tahu. Setakat kena maki hamun tu sebenarnya perkara biasa. Dah lali. Dah x heran. Cakap la apa pun, x jadi kudis pun dgn dorg. Masuk telinga kiri kuar telinga kanan. Ini bukan cerita kalo x bole handle stress pressure tekanan complaint pegi cari keje lain la, nak keje xde stress gi blaja tinggi2 amik dip degree dpt keje baik2 bagus2 gaji tinggi. Bukan ini cerita.

 Tapi kalo dah sampai makan penumbuk tu haa... lu pikir la sendiri!!


Sunday, February 5, 2012

PoWeRLiNK Allianz



Click to show "Allianz logo" result 15


Allianz Powerlink


Satu pelan yang menggabungkan semua keperluan perlindungan Anda.

Apakah Powerlink?

1.  Powerlink adalah satu pelan insurans 'semua dalam satu' yang mempunyai ciri-ciri


 pelaburan dan gabungan beberapa faedah pilihan utama antaranya adalah seperti berikut:-

pampasan Kematian @ Cacat Kekal

pampasan 36 Penyakit Kritikal

manfaat Rawatan Hospital Pakar dan Pembedahan

pelepasan bayaran Premium jika berlaku sakit kritikal

pampasan Kemalangan Diri

pampasan Man Guard

pampasan Lady Guard

pampasan Child Guard


2.  Premium serendah RM100.00 mengikut umur.


Faedah PowerLink

1.  perlindungan asas sehingga umur 100 tahun


2.  manfaat pembayar sehingga umur 100 tahun



3.  simpanan automatik sehingga umur 100 tahun



4.  kad perubatab sehingga umur 81 tahun

5.  manfaat cacat kekal sehingga umur 65 tahun



6.  perlindungan 24 jan di 101 Hospital Swasta di seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak



7.  pembaharuan polisi yang dijamin

8.  premium yang tetap

9.  tiada ko-insurans - 100% bil hospital ditanggung oleh Allianz

10.  plan yang flexible. Boleh diubah mengikut kesesuian cara hidup semasa.


- buat lah keputusan yang bijak hari ini !





MauLiDuR RaSuL









Maulidur Rasul dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh
 pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25),
 12 Rabiul Awal Tahun Gajah 
bersamaan dengan 23 April 571. 
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

 Semoga hidup kita semua diberkati oleh-Nya. Amin Rabbil Al Amin


Saturday, February 4, 2012

QLaTe

Jadi x jadik jadi x jadik.. akhirnya jadik juga kami berlima- mama, abi, damia, nenek n wan induk ke Qlate this time. After this, ke Terengganu and balik KL.

 Malam tadi start journey at 9.30pm dr Cheras. Semua la siap bawak macam nak gi berkelah tepi pantai je. Huhuu.. air, roti, jam, nasi apa lagi ntah. Sebelum tu mmg balik berlenggang je. Tapi begitu la yg sepatutnya, just mama je yg pemaleh. Eh ye ke mama malas? Ni journey punyalah jauh, nak bawak tu semua nak singgah2 makan? Bila jam pulak nak sampai kampung? Hehehe... entah la alasan atau tidak. Mama pun kurang pasti.

 Ok. So mama drive dr Cheras smp kol 2.30am. Dr KL semua dok memekak borak dlm keta. Dah tgh malam tu nenek dah senyap. Tido la tu ngantuk. Sekali dgn mama pun mengantuk. hohoho... Mama drive smp kol 2.30am kat Gua Musang. Pehtu nenek sambung. 

 Dlm tido2 jaga tedo2 ayam tu, mama bole rasa nenek drive mmg laju. Yg induk dok bising, keta depan lori, selekoh, mama terjaga2 la. Ada ke tang selekoh tu nenek bantai memotong? Seram gak dalam mamai2 tu. Tapi sebab nenek mmg dah berpuluh tahun drive n experience lebih lagi dr mama, mama tido aje. Hahahaa...

 Akhirnya kami berjaya tiba di Beta Hulu pada jam 5.15am.


Thursday, February 2, 2012

PeNYaKiT TaNGaN, KaKi DaN MuLuT (HFMD)


Damia demam last Monday nite. Diikuti kurang selera makan n even nenen pun Damia xmo. Malam tu Damia xmo nenen mama dah agak, mesti ulcer. So kitorg dgn terer nye bagi Damia minum air ais biar sejuk n kebas, then baru lah Damia bole nenen. Esok nye mama bawak anak mama sayang gi klinik dan Dr telah mesahkan yg Damia menghidap HFMD yakni Hand Foot and Mouth Decease @ cakap org Melayunya penyakit Tangan Kaki dan Mulut. Aiisehh!!

Marilah kita sama-sama berkongsi pengetahuan tentang penyakit yang pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian.

Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.


Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui :-cairan hidung dan mulut, air liur,

 cecair daripada lepuh tangan dan kaki,
 dan najis mereka yang dijangkiti. 
Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh:-

 di tangan
 dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. 

Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala (padan la Damia merengek2 sambil memegang kepalanya mmg lagak org pening kepala)

, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.



Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Di copy paste dr Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/



Perkara paling merisaukan ialah apabila anak2 dehydrated kerana tidak minum kerana mulut sakit. biar doktor yang melihat keadaan hydrasi anak supaya jika berlaku dehidrasi teruk, anak perlu dimasukkan ke dalam hospital. 

Jika ada banyak ulser dalam mulut, boleh cuba ubat sapu seperti alloclair yang sejuk dan boleh kebaskan sakit ulser di kawasan mulut. Boleh beri sedikit kelegaan.