Tuesday, December 17, 2013

ToL

Haiyohh.. marak gegak gembita fb orang type pasai tol. Tol akan dinaikkan pada thn hadapan yakni lagi berapa minggu je pon nak sampai tahun 2014. Apa nak jadi Malaysia ni?

 Back to election day. Dah kata semua benda akan naik tapi x nak caya. 

 Back to election day. Until today baru berapa bulan je. Baru 7 bulan belum pun setahun lagi tapi UMNO dah tunjuk taring. Macamana pulak ye perkhabaran utk next election?

 Bercakap pasal election. Politik. Nak kempen kempen ni sepatutnya guna duit parti sendiri. Guna duit sediri. Xde duit? Carik la kau sponsorship yang boleh nak laburkan kat kau utk berkempen sampai menang. Tapi orang UMNO ni dah terbalik code. Dia pi guna duit government. Tu pasal die-die depa perlu utk menang last election. Hutang kena bayar. Lagi satu kalo depa kalah PR menang alamat memang ke dalam lah mereka semua tu.

 Ye ke? X payah cakap banyak or cakap lebih lah. Tengok aje laporan audit negara. The most important is audit. Sila tengok n rujuk laporan audit negara.

 Lagi satu UMNO ni dah mendidik penduduk Malaysia ni terbalik. Buat jalan raya - rakyat perlu berterima kasih pada kerajaan. Buat jambatan - kerajaan yang berjasa. Harus bersyukur dengan apa yang kerajaan dah beri. VAVI betul.

 Itu sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan. Duit kerajaan tu bukan duit UMNO. Kalo PR memerintah itu lah duit yang digunakan juga. Xde de kalo PR menang, duit semua ikut UMNO de. Abah kau ke yang ajar?

 At first place, kena pi bina highway? Kan jalan raya biasa dah ada. Yang membazir bina highway tu dah kenapa? Oooo sebab jalan sesak. Kereta dah banyak sgt kat especially KL ni. Tu sebab dibina another alternatif utk elakkan jammed. Nampak x kenapa highway dibina? Tujuan utama utk kurangkan kesesakan jalan raya. Pas tu ko bina tol? Ok la ok la, jalan cantik luas banyak lane nak cepat sikit so bayar la tollll. Tapi? Still jammed?  Bangang abadi x?

 Sama macam petrol. Petrol tu hak milik bumi Malaysia. Ayah kau ke yang ajar petrol tu Petronas punya? 

 Type banyak2 memang my blood go up stairs. Bukan orang ekonomi memang xkan paham. This is the basic knowledge.


No comments: