Tuesday, November 30, 2010

JaNGGuT

 Today after  lunch gi round 1 mall jap. Lalu plak depan Wah Chan. Tengok2 jenguk2 wahh.... skg emas 916 1g= RM157 seh...?? Rasanya last month stil RM137 lagi.. Biarlah betul..RM20 differ tu.. 
 Bukan nak beli barang kemas tp achik tgh berkira2 congak2 nak kumpul modal wat gold saving. Kalo kat Public bank min 20g. Kalo Maybank min 5g. Kalo 1g RM157 nak dpt kan 20g tu alahai...berjanggut jugak nih..

PaBiLa aKHiRaT TiBa

untuk di kongsi bersama...

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi .

Sunday, November 28, 2010

DaMia SaYaNG

 Until today batuk Damia x sembuh lagi. Sikit2 merengek sikit2 merengek. Tapi nasebek today mama senang je bagi Damia ubat. Mmg makan masa tp Damia tetap telan, xde luak2 balik ubat tu.
 Esok kena gtau akak baby sitter tu, jgn la bagi anak dia batuk depan Damia. Damia dpt batuk ni dr anak dia lah ni...mama pasti. Sebab last week masa mama hantar selamba je anak akak tu batuk depan Damia. Aisehh...
 Damia sayang mama, cepat sembuh yea sayang

aFTeR XCiDeNT

 X lama lepas xcident tu, Din and the gang pun dtg. Yg aku xleh ingat tu Din siap berlari2 dgn reaksi muka yg sgt cemas. Dia kata tgk dr org yg ramai gila teruk excident gini. Tu yg dia berlari2 tu bimbangkan kawan dia b2 nia skali tgk ilex je kitorg dok tepi jalan. Hahahhaa....
 Ganu gi amik motor  Rdah. Perkh.. Gear kemek ah.. Jocker pulak dtg tgk Rdah pegang bahu spt menahan kesakitan, dia pun pegang tangan n lengan mcm terer2 konon nak betulkan postur tulang la kot. Tapi hasilnya? Rdah kata bunyi krakk!! Jocker pun main capai x ask pape n Rdah yg tgh skit tangan tu mcmn nak tarik balik dr pegangan Jocker. Itu yg Rdah bengang. Dia kata sebab tu tulang dia patah.
 Yg x bole blahnye tu, Din bawak kitorg gi sepital paling dekat Sepital Klang la. Nasebek time tu Din bawak keta. Tapi si Din ni, dah lah xtau jalan, bawak laju pulak tu. Konon nak kejarkan smp sepital cepat. Sudahnya sepital yg dekat tu, jalan pun x jammed sebab dah tgh malam, makan masa lebih dr sejam. Sebab apa? Keje kitorg mlm tu asyik salah jalan n asyik patah2 balik jalan. Itu lah keje si Din. Dah lah xtau jalan bawak mcm tgh racing keta.
 Dan yg x bole blah sebanrnya adalah, bebudak laki tu sebenarnya otw nak gi main futsal. OTW tu kitrog called kata xcident, so dorg pun tukar direction. Tanpa sorg pun memaklumkan kejadian kepd Ja yg dah pun smp tercongok kat tmpt futsal tu. Tunggu punya tunggu sorg pun x dtg. Mber pun nak bengang lah ni. Xkan  April fool pulak kot.. Hahahaha..
 Smp sekarang pun, kalo terungkitlah cite xcident ni, kitorg masih lagi bantai gelakkan si Ja yg menunggu. Ho ho ho

aFTeR WaYaNG

 What happened? Ni kenangan time UiTM dolu2. Hobi kitorg time bosan2 adalah menonton wayang. And port  paling kitorg suka gi kek Jusco Bukit Raja. Aku n Rusydah gi la tgk movie kol 10pm nye x silap. Judulnye eh..taking live x silap aku. Angelina Jolie n Ethan Hawk. Tp aku bukan nak borak pasal cite tu, apa yg aku nak kongsi adalah incident selepas menonton.
 Time belajo dulu kitorg bawak motor. Maklumlah, nak soh parents bagi keta, kitorg x suka meminta..(padahal mcm lah mampu..). Bila smp area Padang Jawa tu, dr jauh aku nampak mcm x best. Belum pun sempat aku berkata apa, motor yg Rdah bawak tu bergesel dgn hujung bontot tepi satria. Lalu? Kitorg pun tergolek lah ke tepi dimana baekknye aku landing atas Rdah. 
 Kesimpulan dr excident itu adalah dimana,
 Kereta yg dipandu oleh seorg lelaki India ni, terhegeh2 di hadapan smbil mgunakan handphone. Dia nak jumpa mber dia tp x pasti simpang mana  yg dia nak masuk. SImpang yg ni @ depan lagi sikit. Lepas tu dtg la 1 motor budak laki ni bawak. Hajat di hati nak memotong keta India yg terhegeh2 ni, baik dia amik kanan nak potong, India tu pun amik kanan tanpa memberikan signal. Akibatnya budak motor ni tercampak jatuh ke sebelah kiri kereta India tu yakni ke tgh jalan.
 Dan kereta Satria terpaksa emergency break bagi mengelakkan dia langgar budak motor tadi yg dah terpelanting ke tgh kalan. Dan kitorg pulak gagal mengelak emergency break Satria td. Begitulah ceritanya.
 Lepas xcident je, walaupun x teruk n x sakit, aku mesti terdiam punya. Kitorg pun dok tepi smbil mnunggu Din and the g ang dtg rescue. Sambil tu aku nampak budak motor tu batuk berdarah.
 Tapi apa yg aku bengang adalah. 
 Bila org pun dah semakin ramai..tau x apa si India tu cakap?
 Dia boleh nak salahkan budak laki tu xde lesen? Mmg budak laki tu salah menunggang tanpa lesen. Tp dia yg ada lesen tu yg menyebabkan excident berlaku. Tak pasal2 dorg settle smpi situ je sebab budak tu xde lesen. Kalo ada, bagi saman juta2 sikit kat India tu. Bengang tol aku.
 Sedang aku speechless and innocent duduk kat kaki lima jalanraya tu, aku tdgr la pulak antara pakcik2 yg ada berhampiran tu berborak masing2 nak tau mcmn cerita kemalangan. Tetiba salah seorg dr mereka bertanya dgn penuh pelik, apa kena mengena budak pompuan berdua ni duduk tepi jalan ni? And ada la jgk org menjwb, depa ni yg naik motor belakang yg langgar satria ni pulak. Ooo sapa yg bawak? Denagn terernya pakcik sorg tu tuding kat kepala aku?
 Sebab Rdah nampak sdg menahan kesakitan di bahu kiri x silap aku. Selalunya kalo xcident motor kan yg teruk adalah pembongceng. Jd dgn terernya pakcik tu kata aku sebab aku dok rilex je tanpa sbrg baik kecederaan mahupun lebam2 atau pun sengal2 badan. Malas betul aku nak layan pakcik tu. Aku diam aje lah
 Hhh... Rdah patah tulang bahu dlm xcident tu..

WaYaNG

Sekarang ni cite apa yg ditayangkan di pawagam2 berhampiraan anda ar? Dah lamaaaa achik tidak menonton wayang. Dolu2 time bujang2 dulu mmg aktif la, time2 cintan cintun pun tgk wayang gak. Time pegnant aku elakkan menonton wayang sebab takot risiko. Kalo ada incident2 terperanjatkan berbahaya utk kesihatan kandungan. Aku x mahu risiko keguguran. Nak dpt punya lah susah kang hishh...simpang malaikat 44. Itupun sebab aku masih ingat lagi pengalaman penyanyi Nurul x-ajai tu. Ntahlah kandungan 1st @ 2nd, dia bantai tgk cite anaconda. Kan byk scene tepanjat...hoh terus tergugur la kandungan dia. Aku xmo amik risiko...
 Skg dah ada Damia, wait Damia besar sikit lah kot kalo nak bawak pun. Lagipun skrg xde selera lah nak tgk wayang. Cite pun mcm xde yg best jek.. Kalo nak cite pasal wayang, mintak maaf ye. Achik x tgk cite Melayu di pawagam. Achik tgk cite ongputeh je. Filem2 Melayu pun jgn kata wayang, kalo ditayangkan kat tv pun belum tentu aku tgk.
 Kalo drama Melayu aku layan. Sebab apa?
 Aku sebenarnya suka tgk scenery, eh salah ke spelling? Pemandangan. Aku suka tgk gambo yg cantik yg dihasilkan dgn menggunakan kuality filem yg bagus aku rasa. Cuba korg bandingkan kualiti gambar drama Melayu dgn filem Melayu? Lagi terang n cantik drama kan? Gambar drama Melayu tu mcm cite zaman sekarg, tp kalo tgk filem Melayu, walaupun filem tahun 2010 tp nampak mcm filem hasilan 10-20thn yg lalu. Tu sebab lah aku nyampah nak tgk. Dorg nak jimat cost kot, maybe filem yg bagus gambarnya tu costnya tinggi. Market wayang kat Malaysia ni pun bukannya besar n luas sgt. X pulang modal kotttt
 Lepas tu main dubbing2 pulak. Dah jadi mcm cite alih bahasa je jadiknya. Feel suara pun x sama dgn body languages. 
 Jadi sebab itulah malasss aku nak tgk filem Melayu. Tapi kalo lagu Melayu aku layan. Lagu ongputeh maleh aku nak layan. Mmm.. i mean lagu bahase inggeris ye adik2. Sebabnya? Lagu dorg sama je...lebih kurang. Bosan aku dengar. Video clip lagilah benci aku nak tgk. Semuanya stok baju pakai mcm nak terbogel pehtu joget2 aksi2 terlampau. Kalo tgk video clips dorg mcm tgk cite porno pulak. Yakss!!!

Saturday, November 27, 2010

HaNTaRaN

 Mmm..yg ni paling best. Bukan duit hantaran ye, barang hantaran. Kalo org dolu2 parents yg tetapkan bape dulang apa isi dulangnya. Zaman aku ni semua aku tentukan. Hehehe... Tgk brg apa nak, kira pehtu baru tau bape dulang yg diperlukan.
 Kalo nak jimat belilah time sales. Time2 ada diskaun. Dan time sales yg paling gila babas murah adalah time Krismas. Kalo korg x caya korg survey la sendiri. Nak lagi jimat belilah time J card. Kan bole dapat voucher. Haa.. voucher tu bole buat beli benda lain pulak.
 Antara hantaran aku yg paling aku berkenan n aimed adalah handbeg n wallet brand Renoma. Aiseh.. new arrival lah pulak. Dah nama new arrival jgn haraplah nak ada diskaun. Time mega sales bulan Sept tu, mmg aku dah berkira nak beli je. Yelah new arrival, dr sales bulan March tu smp ke Sept, new arrival. Xde maknenya lah nak reduce price. Tapi ntah, x jugak aku beli.
 Sekali time J card bulan Dec tu aku gi tgk ada la pulak diskaun 15% pulak tu. Hoh.. tanpa lengah2, terus beli lah. Jimat2.. 

MaK aNDaM

Dah start cite pasal kawen ni, xcited sikit nak bercerita ni. Al maklum.. mana bley lupa nak2 pengalaman menguruskan sendiri dr A-Z...  korang ada?

 First sekali yg nak di cari adalah mak andam. Sebab? dlm 6 bulan before tu mesti dah kena start cari. Kedai pengantin kan banyak, bukan semuanya mengikut citarasa kita. Ada apa yg kita nak. And bole bagi commitment dgn tarikh yg kita nak. Nak2 kalo kawen time cuti sekola ke, special2 date ke.Haa mmg lah kena book awal2. Lambat2 sgt nanti, baju yg cantik2 dah xde. 

 First round tu gi dgn housemate. Byk gak la kedai area Bdr Baru Bangi yg kitorg masuk redah. Tp that time gi survey je dulu. Tgk baju, pelamin, harge... Pehtu gi lepak umah akak ipar. Cite2 borak2 dgn dia. Sekali selamba je dia sound..
 " Org gi tgk make up dia cantik ke x. Lawa ke x. Org gi kenduri mesti nak tgk pengantin. Lawa ke x cantik ke x. Bukannya org nak tgk pelamin..." Erkk..??? Salah sudah..??

 Pehtu aku pon heret la pulak akak ipau tu nama die Kak ina pulak gi survey. Hahahaa.... Sekali kitorg masuk 1 butik ni, selamba je mak andam tu cakap bila tgk Kina n baby.. "Ooo..br lepas pantang.. "Hoh?? Tepat sekali.

 Kina tgk make up dia cantik, guna Mac brand and bole baca sket2 naik seri. So. Kina soh lah try baju. Ooo..nak try baju kena letak deposit dlm 10% dulu. 

 Disebabkan plan nak kaler gold, yg ada kat sana 2 design je. Bj kebaya @ ala ala bj kurung. Try both and x decide lagi which want. Date siap bagi 6.6.2009.

 Sekali balik umah bincang2 blabla..tukar date. From June to April. Then aku gi kedai pengantin tu balik nak tukar date.. belum pun sempat aku gtau nak tukar date, assistant dia kata apa tau..??
 " Akak kena pakai bj kurung tu sebab bj kebaya tu dah ada org booked date yg sama.." Erkk..??
 " Hari tu i x decide lagi which one, n bukan i dah booked dulu ke?"
 " Budak tu dah booked dulu before akak book" Bole????
 Nape hari tu x ckp pape pon. Ikutkan hati mmg x puas hati tp disebabkan aku mmg nak change date pun, so aku x cakap byk lah. 

 Cara perbualan mak andam tu perkataan yg diucapkan kedengaran macam ok, tp nadanya macam sinis. Mcm bagus2 sgt. Bj pun x de lah santik sgt pun. Lama2 aku x puas hati sbb dia berkira sgt. Lagipun baju dia xde lah cantik sgt pun n pelamin dia pun aku x berkenan sgt. Dah kenapa pulak yg aku cepat je bayar deposit hari tu kan kan?

 Pehtu, aku cari kedai lain n terus confirmkan dgn kedai baru tu. Owner dia ok, pelamin pon lawa. Dapat pakai baju baru lagi.

Antara sebab2 kenapa aku tukar mak andam sampai sanggup melayang deposit hr tu adalah, yang mana memang majoriti kedai2 mak andam yg terdapat di area Kajang & Bdr Baru Bangi adalah:-
1. Baju x bole test.
Kalo kita konpem nak book dia dan letak deposit baru bole test baju. Baju mmg cantik tp adakah semuanya sesuai dengan kita? x, sebab tu kita kena test dulu. Kadang baju design & color dah cantik tapi bila kita test x sesuai dgn diri kita.
Aku gi kedai area Kajang & Bangi semua kena byr deposit dulu baru boleh test baju.
Kedai area Ampang & Cheras yg mana aku juga ada gi survey x kenakan syarat 10% tu pun. Boleh je nak test baju dorang tanpa deposit.

2. Dorg siapkan pakej perkahwinan siap2.
Let say A RM2k. Pelamin yg biasa je. Kalo nak rock ion kena tambah smp RM1k?? Kalo pelamin gini tambah sikit RM. Kalo gitu sekian RMnya pulak. Kalo fresh flower sekian pulak. Kalo kusi design gini tambah gini pulak. Kalo kusi gitu tambah sekian pulak.

Accessories pun lain harga.
Bantal duduk nikah tambah RM50 untuk 1 bantal. Payung sekian harga pulak. Crown lain harga. Rantai lain harga. Bantal pelapik masa atas pelamin lain harga. Kipas pengantin lain harga. Pelapik kaki time atas pelamin lain pulak harga.

Pening aku.

3. Pelamin pasang bukak ikut suka mak andam.
Kalo pelmin pasang dlm rumah boleh la nak bukak bulan depan pun. Ikut suka mak andam la. Tapi kalo nak bukak lepas majlis sebab pelamin kat parking lot, kena charge xtra. Ni mak andam yg aku cancel tu sendiri sebut ek.

4. Yg ni paling kelakar, transportation charges.
Kedai pengantin kat BBB, umah kat Kajang. Kena charge transportation RM80? Padahal kawasan sebalah je. Kiranya dorg ni ramai sgt la customer berebut2 org nak amik dia sebab tu nak kenakan charge transportation tu.

Xde guna jugak sebenarnya dorang letak Pakej A, Pakej B even sampai Z pun untuk membuatkan ianya nampak murah tapi ko exclude semua benda dalam tu.

5. Busana baru.
Kalo nak pakai bj baru kiranya merasmikan lah kena bayar RM800. Bole? Padahal sewa je pun.
Tapi ada 1 kedai kat area BBB sek apa ek yg belakang West Country tu, dia ok. Boleh test baju without deposit and sapa yg lucking kalo dorg ada baju baru boleh je rasmikan without any extra charges.

Tapi mak andam yg aku cancel tu kena extra charge. 

6. Kalo nak design sendiri bayar around RM1300-RM1800, tp pun baju sewa jugak. 

Mak andam yg aku hire tu bagus. Located in Cheras. Baju baru lagi. Mulanya mmg dia kata accessories tu different charges tapi last2 semua dia bagi free je. Kenapa aku kata free? Sebab aku x amik semua accessories tu, on the day dia bawak siap2 suruh aku pakai. Fresh flower lagi. Memang fresh flower mahal and mmg aku yg nak fresh flower tp harga yg dia bagi reasonable. Mak andam songeh tu mintak utk fresh flower je sampai extra RM1300.

Cost mak andam aku tahun 2009 utk 2 couple RM3900. Murah la, dedua perantin dapat baju baru kot.

Alaa... malu nak paste gmbr kawen kat sini, baju xde la glamer n cantik sgt tapi aku suka dan berpuas hati. Cukup. Ye x?


NiKaH

 Esok, one of my prend will going to nikah. Nikah by tomorrow and kenduri on 5th Dec 2010. Hmm...Nape jarak sgt? Ada ke jawapannya mak andam soh nikah awal seminggu? Nape mesti ikut mak andam? Sudahnya? Dikhabarkan adik beradik dia xde sekali. Sebab memasing keje. Maybe jgk sbb last minit bg date nikah, so dorg x sempat nak apply cuti. So, berkemungkinan besar mber2 keje yg jadik peneman. Nasebek ada mber keje, kalo x..??
 Teringat pulak zaman aku nikah dolu2..
 Tok kadi tu mmg carik pasal betul. Ada ke dia x ingat date? Nasebek aku bising soh hubby called to remind the tok kadi. Time akak aku dulu, dia kata tok kadi tu yg tepon dorg remind akan nikah blablba..
 Berbalik kpd cerita aku td, memula kitorg mmg patut nikah after Zohor. Pagi tu mak pon dah sebok2 memasak lah. Sebab t lepas nikah di Pejabat Agama Kajang,keluarga pihak laki nak dtg makan pulak. Alih2 disebabkan tok kadi tu lupa, bole pulak time hubby called tu dia kata dia ada kat Port Dickson? And dia soh nikah lepas Asar @ Isya'.   
 So, planning terus bertukar. Pihak laki tetap dtg makan lunch tp time tu kitorg x nikah lah lagi. Time pihak laki tu dtg aku xde ek. Gi tesco beli bantal n gi kedai mak andam try baju. Bole la pulak mak andam tu x ingat2 nak soh aku try test fit baju awal2 lagi??
 And kami pun bernikah la lepas Isya'. Sampai kat Pejabat Agama Islam Kajang tu, ada 1 surau kaca. Tok kadi la pulak x reti2 nak sampai..? Sebaik kadi sampai, huh!! muda lagi. Tok kadi sampai, amik port duduk bup!! Letrik terpadam. 
 Keluar cek tgk kawasan sekitar, gelap. Wait dlm 10min, still black out. Takot mengambil masa yg agak lama utk dpt letrik semula, tok kadi pon amik Harrier dia nak suluhkan lampu keta ke dlm Surau kaca tmpt kami bakal dinikahkan itu.... Nasebek la wall surau tu kaca. Kalo wall simen? Mau kena nikah kat parking lot gamaknye..Huhuhuuhuu...
 n nak dijadikan cerita lagi... Sebaik sah sah. Segala urusan settle, tok kadi nak berangkat lah dulu meninggalkan kami yg mana, photographer tu sebok pulak soh kitorg berposing2.
 Sebaik tok kadi tu angkat je punggung dia..Tup tup, lampu pun nyala kipas pun terpasang..
 Suweii la tok kadi sellfish tu. Hohohohoho...

Damia..sihat

 Today bawak Damia sayang gi klinik. Pagi subuh2 tadi Damia meragam. Ingatkan pesal sebab last night kitorg hang out gi bain bowling sebab uncle Din Domok turun KL. Dah lama giler x jumpa, last time Uncle Din kawen last March n mama gi tgh pegnant Damia lah. Semlm tgk masyAllah...punyalah demok (gemuk)..Huhuhuu... 
 Past bowling gi lepak kedai mamak la apa lagi. Kol 1am kitorg angkat kaki sebab Damia merengek2, xmo tido. Abi angkat punggung je Damia terus lelap sampai rumah. Smbg tido, kol 4am Damia start merengek. Bagi nenen xmo. Dodoi2..tido. 
 Kol 6am jaga lagi. Mama pulak dodoi sbb jap gi abi nak kena gi keje. Drpd apa yg mama tgk, Damia batuk, maybe rasa sakit itu yg mbuatkan Damia nangis. 
 Kol 11am, xle nak wait abi balik keje lambat sgt rasanya,mama pon bawak Damia gi kelinik. Dr kate Damia demam. Suhu 37.5. Pagi td mama checked 39. Mama dah siap tuam dgn ice. Tu yg suhu turun tu..
 Mmm... Damia sayang mama, cepat sembuh ye sayang..
 Damia x sihat merengek2 nenen pon x mo, mama xtau nak wat apa....
 Cepat sihat ye sayang mama..
 Ya Allah ya tuhanku, Kau sembuhkan lah sakit Damia. Sesungguhnya Engkau tuhan yg maha berkuasa. Amin ya rabbal al amin...

Wednesday, November 24, 2010

SPM

 Well, terlambat sehari nampaknya.
 SPM 2010 sudah pon bermula yesterday with ketas Bahasa Melayu. Today Bahasa Inggeris pulak. Hhhmm... xtau la si mak su tu bole jawap ke tidak.
 Dulu mulut aku ni mmg penat dah berbuih2 membebel2 kat dia. Tapi aku tgk dia boolayan je. Pehtu aku gunalah tektik kutuk mengutuk pulak. Sampai dia mmg sakit hati gilalah. Lantak dia lah janji tujuan aku supaya dia sakit hati, beringat n berazam utk tidak fail SPM ni. Tapi aku tgk dia macam x bole jugak pakai.
 Xde pulak dia mntk duit nak beli buku latihan ke buku gerak kerja ke gerak gempur ke pape lah janji buku. Haram x penah mintak. Ada ke aku yg offer nak belikan buku? Konpius betul aku. Kalo aku dulu, alangkah bestnya kalo dpt beli buku2 yg aku mahukan. Tapi x, aku dulu terpaksa membeli buku menggunakan duit belanja. Kalo nak beli buku maknanya aku x makan la kat sekola. 
 And frankly speaking aku x nampak pon adik aku tu mempunyai ciri2 utk masuk ke menara gading. Sebab dr cara kita bole tau la.
 Ada satu masa dahulu sebab ntah, Aku pulak yg risau giler tgk dia x bole pakai punya. Sampaikan utk bercakap pasal pelajaran dgn dia aku perlu utk menghamburkan maki hamun.
 Sehingalah sampai ke masa aku dah maleh nak amik port. So aku pun mmg x penah nak ask hows study or what ever berkaitan belajar. Salah satunya adalah, kang kalo aku bukak mulut pasal belajar aku kena nak maki hamun dia. 
 Sama jgk ms aku mintk help dia jaga Damia dulu. Aku bawak maksu balik rumah siap belikan buku. Tapi sebab hari SPM dah nak semakin hampir, bila asked maksu kata target akaun dpt A. Tapi aku tgk dia buat soalan ramalan set tu stok menggigil. Sebelum aku start nak ajar smbil maki baiklah aku soh dia tutup buku. Belajar ajelah sendiri.
 Bebudak zaman sekrg ni x paham sebernarnya. Selama ni kita dok marah2 tu dia ingat kita benci kat dia. Tapi sebenarnya kita risau dgn dia. Risau masa depan dia. Tapi bila apa yg kita ckp tu dia amik x endah, itu yg siap maki hamun semua siap. Itupun sebab dia stok nak tunjuk bagus. Cakap x dgr. Ingat dia bercakap dgn kengkawan dia?
 Kalo betullah kita ni benci dgn dia, baiklah kita buat derk je. Lantak ko lah nak terlingkup nak hidup nanti.  Tapi tulah....dorg x paham. 
 Maksu pun gi tusyen for akaun n math if i not mistaken. N last time aku jumpa dia last week, dia kata dah tau buat. Sebab gi tusyen kan n x sabar2 nak SPM. Berkobar2 lah nak SPM sebab yakin boleh.
 N entah. At that time until now, i believed she can do. InsyAllah. Ya Allah, ko terangkan hati budak sengal tu dan permudahkan lah pemahaman dia sewaktu menjawab peksa.. Sesungguhnya Engkau tuhan yg maha berkuasa. Amin ya rabbal al amin... 

WaLKie

Mmm..keje baru ni, work place lebih besar dr previous work place. When big n large then it is very hard to find people bcoz they will be everywhere. Then, hows to communicate? We need to use walkie talkie.
 Mula2 mmg seriau jugak lah nak guna. Segan pon segan malu pon malu. Tapi itu kisah lama. Sekrg sgl tahap kemaluan mgunakan walkie sudah dpt diatasi. 
 Tapi another masalah adalah, how to used. Total ada 5 channel semuanya, 5 channel tu ada 5 kegunaan lah. General is line 1, line 2 for cashier, line 3,4,5 for blabla.. And entahlah nape susah sgt aku nak ingat.
 Nak dijadikan cerita, on time aku on duty tu, dgn terernye aku pon panggil la maintenance kan. Ada hal sket.
 " Maintenance masuk maintenance.." Xde jgk2 org jwb. Skali selisih dgn ntah sapa ntah org tu kata, maintenance kan skg tgl 2 org je, so dorg masuk lambat sket. Ceh!! Penat je aku jerit2.
 Sekali after 10am aku panggil la lagi
 "Maintenance coming maintenance" Bukan sekali tp berbuih2 kali. Nak kena menampau betollah maintenance ni..Ggrr......
 " Maintenance coming....!!!" lupa dah utk kali keberapa.
 Sekali dgn jujurnya ada suara menjawab..
 " Maintenance channel 4..." Erkk...??? (Huhuhuhuu...)
 Begitu jgk masa ada sket yg memerlukan to communicate dgn cashier. Dengan terer aku pon panggil la Cashier cashier coming. Hisshh..Xde org jawab ah. Sekali my assistant pon asked, akak guna channel bape? Erkk..?? Gggrrr...salah lagi channel!!
 N the latest cite apa pulak skrg engkorang tau x? Tadilah br tau cite..Izza, my assistant gitau
 " Akak..akak tau x nape dorg x takot mase akak panggil guna walkie? Sebab dorg kata akak mcm menyanyi.." Erkk..??

Monday, November 22, 2010

oH DaMia

 Today start keje balik after 6 hari cuti for Raya Haji. Bermakna selama 6 hari jugaklah Damia nenen. No syringe. Today mama gi keje awal n dgn gamblenye pegi keje.
 Ptg ni smpi umah, akak baby sitter pon datang...
 " Damia xmo menum susu hari ni tau..bagi susu melalak lalak. X caya tanya ni anak buah si Mira ni."
 " Tapi kena paksa2 jugaklah menum, habeh xkan x menum. Dah sedap 6 hari dpt nene" Mama pon terbuntang lah mata terlopong la mulut..
 Ya Allah Damia.....!!!!!!

Sunday, November 21, 2010

PoToNG

 Start gerak dr Kelantan kol 2.30pm. Sempat jemput dulu anak buah hubby, Mira. Form 4. Cuti skola kan dah start, dia pun nak merasa bercuti cuti sekolah ke KL pulak, so kitorg pun angkut aje lah. 
 Smp tgh jalan, mana ek.. lepas2 Gua Musang lah, perkh hujan punyalah lebat smp jalan pun x berapa nampak. 
 Ada 1 part yg kelakau x ingatlah. Around pukul 8pm gitulah, kitorg smp ke somewhere in Pahang. Lupalah pulak achik namo tompek eh.. Baekk punya aku potong memotong bukan 1 2 keta tp berketa ketalah. Sekali dr jauh ada simpang 3 masuk kiri, hubby dah nampak dr jauh ada palang menghadang kat tgh2 simpang tu. Maknanya dr jalan kitorg tu xleh lah nak memotong. So, seblum smpai ke penghadang tu, aku berjaya lah masuk balik ke dlm line. Terima kasih kepada last keta yg aku ptong sbb bagi masuk jalan balik.
 Yg kelakarnya, sebaek aku keluar baris nak memotong, keta belakang (kaler purple) pun ikut motong gak. Tapi aku sempat masuk line balik ngam2 smp ke penghadang tu, tp keta belakang x dpt masuk line balik. Cuba anda semua bayangkan betapa kelakarnya kitorg tgk dia, n betapa cuaknya dia berapa di jln yg bertentangan? Bayangkan kalo tetiba ada lori treler pulak dtg menghadap? SubhanAllah...
 Kitorg gelak jgn nak cakap ah. Memang kelakar lah rasanya. Itu baru kitorg, keta2 yg lain yg menjadi saksi kejadian? Adoii...mesti org dlm keta yg baru nak kuar simpang tu konpius tgk apa kejadahnya tetiba ada 1 keta sesat berada di jln bertentangan...
 Tp Alhamdullillah, kejadian tersebut tidak berakhir di dada2 akhbar yg menyiarkan berita kemalangan membabitkan keta tersebut. Keta tu sempat masuk balik dlm barisan melalui simpg 3 tu, n selepas cabang ke kiri tu baru lah terdpt kenderaan dtg dr arah bertentangan. Lori pulak tu.. Simpang malaikat 44+44 lagi.
 Dan kami tiba di rumah pada jam 10.30pm. Syukur Alhamdullillah, perjalanan kami selamat. Selamat pergi dan selamat pulang ke rumah dlm keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan -Nya
 Oh yeah, selepas kejadian tersebt, aku tertunggu2 gak bila keta purple tu nak pintas aku, sbb aku nak tgk sape drivernya. Tp smp ke sudah, aku x pasan ada keta purple potong aku. Mmm...xkan terus melupakan xtvty potong memotong kot...?? Hehehe hahahaa...

CeLCoM

 Cuti raya haji 5 hari balik Kelantan, my hubby's hometown. Dr 1st day sampai sampailah hari nak bergerak balik ke KL, xde line. Ada mmg ada tp very lah the slow... Berjanggut2 nak wait. Ada skali dpt line baekk nye achik menaip nak update blog dgn experience travel balik ke Kelantan, alih2 x sempat publish, line problem, ngokngekngokngek hilang semua apa yg aku type. Dah lah panjang berjela. Maleh ah nak amik port, terus shut down je lap top. Habeh cite..ati pun x sakit..
 Line Celcom ah. Ntah apa pantah

Tuesday, November 16, 2010

TRaVeL

 Yaa....today going back to Kelantan.. My hubby's hometown. First time Damia kelik Kelate nih...
 Tonite after Maghbrib maybe akan bermula la journey kitorg tp jangan riso sebb kitorg balik 2 keta. Together gether dgn abg ipau n family.
 Ada gak terpikir, xpe ke bawak baby travel jejauh memalam? Tapi ntah... Dah x kan nak gerak esok kot. Esok org dah raye la mama.. Nak gerak hari ni hubby i keje. Nama pun baru start keje xle la nak byk sgt songel. Boss dia dah bagi cuti Khamis, Jumaat and Sabtu ni pun dah kira oraittt.
 Abg ipau and family, anak dia pun kecek jugak. Adib, tp skg dah 10 bulan. Adib lagi lah kena berjalan-jalan since kecek lagi dolu2... So, achik pun..kira redah aje lah. Tawakal pada Allah s.w.t semoga dipermudahkan segalanya....Amin.

Sunday, November 14, 2010

aTTiTuDe

 Jumaat jd Charlie 2. Meaning? Kena open store. Came early in the morning. Then kena round2 floor tgk pape yg patut. Majority staff sini semuanya keje dah lama. Yg baru joint aku je. Yg baru transfer ke sini ada la sorg tp dia pun dah lama keje kat company ni.
 Keje dulu n skrg sama line je..retail. Tapi dulu fully manage n small outlet. Now? To control. Control expenses, wastage blablabla. Memana keje pun aku percaya ada senang n ade susahnya. Kalo keje xde challenged, x best gak. Yelah keje dah senang sgt, makin lama kita akan jd makin malas n dah start memain la  gi keje kan.. 
 Dlm byk2 cabaran dlm pekerjaan, yg paling mencabar adalah kena manage org. Kalo brg, xde la mencabar sgt. Sebab brg kat mana kita letak keadaan dia gitu je. Tp kalo org ni, memasing ada ragamnya. Lain org lain ragamnnya. Kalo adik2 kita xde dgr cakap bole la kita nak tampar2 kan. Ingat anak org bole nak main tampar2? 
 Patut dah nama retail ni, pepagi buta masuk keje kena lah housekeep. Biar kedai nmpk cantik n tersusun kemas. Barulah customer berselera nak shopping. Ni ntah apa yg dorg buat ntah pepagi buta masuk keje. Aku round dept furniture, lemari boleh terbalik pun, dah kol 9am sorg pun xde betulkan.
 Aku pgl kat walkie, xde effect. Ckp depan2 pulak, terkejut la staff bila aku kata lemari terbalik. Cepat2 dorg gi tgk nak betulkan la. Yg mgr nye bole kata apa kat aku bila aku asked x housekeep ke?
 " Mmg pepagi kitorg housekeep. Tp yela byk keje dept besar. X penah dok floor ke?" Haa... itu org yg dah 15thn keje. Kalo betulla dia housekeep, xde de lemari tu terbalik de bro!!
 3rd time aku round, mmg lemari tu dah ok. Tp td aku kata lemari aje ke? Aku kata towel bersepah x berlipat kali. Tapi haram.....
 Mcmana la staff keje xde penah semenggah? Kalo dah mgr keje lagilah x semenggah? Aku amik wilkie saound je dlm walkie..habih cite.
 Oooo...dah blame staff.Sales Mgr ckp itu ini staff xdgr. Lama2 SM pun fed up. SM fed up dgn staff. Div Head fed up plk dgn SM. Lelama boss pun fed up dgn Div Head. Last2 semua pun fed up, memasing buat keje melepaskan batuk di tangga. 
 Jadi salah siapa???

x sihat?

 2day aku mc.. x sihat la. 
Bawak dr kelmarin sebenarnya tp kelmarin tu sakit kepala sikit je. 
Semalam la yg membuatkan sakit kepala menjadi tenat. 

 Jumaat masuk keje, on pc, baca email got something to do. 
Budget for 2011. Bukak la excel file yg HQ hantar. 
Baca punya baca baca dan baca, x paham mcmana nak buat. 
Jumaat jd Charlie 2 pulak so x duduk dlm bilik la. 
Kena  ronda floor tgk pantau pape yg patut. 
After busines trading start  baru masuk office. 
Baca balik email x lama nak kena masuk briefing pulak.

 After briefing ngadap pc balik. 
Try wat ikut instruction baru paham. 

So 1st thing kena copy paste dulu belanjawan this year. 
Hadoiiyaiii..rasa nak terjojol bijik mata ni ngadap excel yg small font nye. 
Masuk bulan April dah rasa nak termuntah. 
Before muntah baik aku angkat kaki gi makan lunch dulu.

 After lunch mmg sakit kepala worst than that morning r. 
Nasebek ado assistant yg mmg ringan tulang.. Dia pulak smbg copy paste.

 Bayangkan kol 3-4pm baru siap copy paste? 
Patut achik today kol 4pm dah bole angkat kaki balik kalo keje dah settle la kan.. 
Dlm kol 4pm tu baru start nak analyse n prepare  OPEX budget for 2011. 
Dateline today. 
Tp xde mention pulak kol bape.

 Sudahnya kol 8pm baru kitorg angkat kaki balik. 
Sob sob.. Sabtu kena keje. 
Mmg patut keje la sebab Khamis ari tu dah cuti bawak Damia gi monthly check up. 
Dgn sakit kepala yg hampir2 nak meletup ni tahan jugak la drive. 
Jalan pulak jammed. 

Hishh...  balik gini punya lambat pun jammed jugak jln?? 
Signal fuel pulak dah nyala2. 
Disebabkan dr pagi  dr dtg keje td mmg dah start nyala, 
sebelum aku kena tolak keta baik lah aku benti isi fuel dulu. 

Dahlah enset tinggal kat umah. 
Paling koman, kalo mmg fuel habis tgh jalan, bole la tepon hubby soh dtg. 
 Smpai umah kol 9pm lebih2...
 Sudahnya... this morning badan flatttt......


Thursday, November 11, 2010

Ladies & Gentlemen


AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN.

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

Salam Ukhuwah..~

aYooOOoo..

 Today mama off sebab Damia ada monthly check up kek klinik gomen.. Tapi abi keje. Baru start keje xle la nak byk sgt songeh.. So terpaksa la mama bawak Damia sensorang.. 
 Bukan x bole gi sensorg selama ni tp x romantik la kan? Gi sensorg je..mcm menyedihkan je.. Yelah kata hidup berdua jadi mestilah buat benda pun berdua. Kalo hidup je berdua tp benda nak buat semua sorg2 baik x yah hidup berdua. Tapi sebab todaynye incident mmg xle di elakkan n utk kami sekeluarga juga, jadi mama xde la byk songeh n memahami lah kan.
 Just org2 lelaki di luar sana tu, tgk sikit situasi. Jgn biarkan isteri2 anda buat benda semua sensorang. Dulu ms gi check up maternity, x penah langsung i pegi sensorg tau. Hubby i mesti ada sekali. Ye lah time pegnant especially, mmg sensitif. Jgn la biarkan isteri anda pergi seorg diri. Moral support perlu sentiasa ada barulah diri akan rasa dihargai dan disayangi. 
 Mesti sedih tau bila tgk org lain semua ada hubby tersayang menemani tp tgk diri sendiri sensorg je. Bukan nak kata jealous dengki tp mesti terasa punya lah. Terasa diri mcm x di hargai je..lebih kurang gitulah.
 Jangan biarkan emosi isteri anda terganggu, x elok utk tumbesaran baby di dalam kandungan. 
 Okeh para husband?

Wednesday, November 10, 2010

MisS 3 HeRMaNaS

Ms cite ni disiarkan dolu dolu, aku maleh nak amik port. Nyampah sebab cite eh panjang berjela-jela xtau bila nak habis. Sekali tgk nak kena folow2 terlepas 1 episode kang x best lak. Kang kot xle nak tinggal, aku kena lak ponteng sekola plak. Tapi bila dah ditayangkan semula ni, disebabkan aku teringin nak tau apa ending eh, aku pun follow r. Nasibek ado astro max so x yah riso lah kalo x dpt@x sempat nak tgk on time. Janji dah record, bebila pon bole tgk. Tada masalah munya..
 Tapi episode hari ni mmg aku berbulu betul dgn si Margarita tu. Augusto dah mengamuk kat Santiago, dorg dah gado, scr x sengaja Augusto pun xcident n masuk icu koma. Bila dah tau laki eh koma, ada ke si Margarita tu bole pulak balik umah Augusto balik nak sebok2 nak kata dia ada hak atas rumah tu? Ooo.. sebab rumah tu nama Augusto seorg n kalo jadi pape kat Augusto tu dia ada hak dgn rumah tu? Apa la punya bebal pompuan tu??
 Patutnya dia rasa la serba salah laki dia kecewa smp jadi kejadian yg x diingini. Kalo dah sebok dgn hak dia atas rumah tu maknanya dia harap laki dia matilah. Sebab kalo Augusto hidup, dia pulak yg mati dikerjakan dek laki dia.
 Santiago dah xnak tu, ada ke nak paksa2 org bertanggungjawab. Santiago dah kata dia bole nak bertanggungjawab atas anak dia saja. Tapi mati hidup balik la si Margarita tu nak Santiago amik package. Tanggung anak dgn mak2 sekali. Bebal punya pompuan.
 Hadooiiyaii..sakit jiwa betul aku tgk si Margarita tu.

Tuesday, November 9, 2010

PeLiK PeLiK

 Nak cite pasal rezeki ni mmg mcm2 n byk boleh diklasifikasikan sbg rezeki. 
Keje dpt gaji rezeki. Kawen pun rezeki jgk. Dpt anak lagilah rezeki. 
Bila dah nama pun rezeki, rezeki yg halal jugak lah yg berkat. 
Nak2 rezeki yg dimakan, menjadi darah daging. 
Halal sumbernya maka baik lah daging termasuk hati budinya. 
Haram sumbernya maka busuklah dagingnya dan hitam hatinya.

 Begitu juga kalo nak kawen. 
Wang ringgit yg mahu diguna pakai untuk melangsungkan segala urusan pernikahan kahwin tu semua mestilah dari sumber yg halal. 
Maka berkat lah perkahwinan tersebut. 
Segala tanggungjawab termasuk anak dan isteri juga mestilah diberi pakai makan dr sumber2 yg halal.

Kalo yg x halal tu? 
Haa...renung2kan lah apa yg terjadi nak2 zaman sekarang ni. 
Mana yg buang anak, yg bunuh2 kerat2 bakar2 org, yg nak tetak sepak terajang mak bapak sendiri pun punyalah ramai sekarang ni. 

Bukan mempersoalkan rezeki yg ibu bapa tersebut dah bagi makan kat anak2 dia, tp itu adalah salah 1 punca sebab yg perlu kita fikir dan renung2kan.

 Nampak x betapa pentingnya keberkatan dlm rezeki?
 Tapi  kenapa bukan setakat ada tp ramai org yg makan gaji tp kerjanya asyik mengularr aje. 
Selain drpd tu, yg wat kerja under table. 
Pecah amanah? Rasuah? Mencurik? Merompak? Meragut? 
 Pelik la dgn manusia yg terlibat zaman sekarang ni? 
Kalo xde ilmu Islam yg mendalam at least basic xkan xde langsung? 
X takot ke mereka2 tu dgn balasan drpd Allah s.w.t??


Sunday, November 7, 2010

iNTeNeT

  Ptg2 gini, xde pape xtvty, aku pon bukak le FB. Skali terpasan 1 of my friend sudah kena tag dgn someone berkenaan dgn katalog perfume. Disebabkan aku mmg berminat dgn perfume, achik pon gi r gk survey apa lagi ada dlm katalog tu. Sekali mak aii... harge bukan main lagi murah. Gambar2 semua perfume yg ori. Jadi timbullah kemusykilan di sini..
 Betul ke perfume tersebut original? Kalo brand CK euphoria tu time nak kawen dulu, aku beli wat hantaran, beli nak murah time sale la kan. Yg gila2 sale time Krismas. Beli set men n women aku beli dulu RM270. Ikut normal price, men RM 197 n women RM 220. Sekali kat katalog tu RM70 + free delivery. Murah murah..
 Zaman sekrg ni semakin canggih busines, penipunya pun canggih jugak. Adik ipar cakap, x pasti pulak sapa yg terkena. Samada dia sendiri @ kawan dia. Order2 bank in2 sekali tunggu la smp berjanggut..haram barangnya nak sampai...
Kalo betul murah n ori n genuine penjualannya, aku pun nak gak join sekaki order. Tapi tulah.. Siapa boleh bg guaranty?