Sekarang ni cite apa yg ditayangkan di pawagam2 berhampiraan anda ar? Dah lamaaaa achik tidak menonton wayang. Dolu2 time bujang2 dulu mmg aktif la, time2 cintan cintun pun tgk wayang gak. Time pegnant aku elakkan menonton wayang sebab takot risiko. Kalo ada incident2 terperanjatkan berbahaya utk kesihatan kandungan. Aku x mahu risiko keguguran. Nak dpt punya lah susah kang hishh...simpang malaikat 44. Itupun sebab aku masih ingat lagi pengalaman penyanyi Nurul x-ajai tu. Ntahlah kandungan 1st @ 2nd, dia bantai tgk cite anaconda. Kan byk scene tepanjat...hoh terus tergugur la kandungan dia. Aku xmo amik risiko...
Skg dah ada Damia, wait Damia besar sikit lah kot kalo nak bawak pun. Lagipun skrg xde selera lah nak tgk wayang. Cite pun mcm xde yg best jek.. Kalo nak cite pasal wayang, mintak maaf ye. Achik x tgk cite Melayu di pawagam. Achik tgk cite ongputeh je. Filem2 Melayu pun jgn kata wayang, kalo ditayangkan kat tv pun belum tentu aku tgk.
Kalo drama Melayu aku layan. Sebab apa?
Aku sebenarnya suka tgk scenery, eh salah ke spelling? Pemandangan. Aku suka tgk gambo yg cantik yg dihasilkan dgn menggunakan kuality filem yg bagus aku rasa. Cuba korg bandingkan kualiti gambar drama Melayu dgn filem Melayu? Lagi terang n cantik drama kan? Gambar drama Melayu tu mcm cite zaman sekarg, tp kalo tgk filem Melayu, walaupun filem tahun 2010 tp nampak mcm filem hasilan 10-20thn yg lalu. Tu sebab lah aku nyampah nak tgk. Dorg nak jimat cost kot, maybe filem yg bagus gambarnya tu costnya tinggi. Market wayang kat Malaysia ni pun bukannya besar n luas sgt. X pulang modal kotttt
Lepas tu main dubbing2 pulak. Dah jadi mcm cite alih bahasa je jadiknya. Feel suara pun x sama dgn body languages.
Jadi sebab itulah malasss aku nak tgk filem Melayu. Tapi kalo lagu Melayu aku layan. Lagu ongputeh maleh aku nak layan. Mmm.. i mean lagu bahase inggeris ye adik2. Sebabnya? Lagu dorg sama je...lebih kurang. Bosan aku dengar. Video clip lagilah benci aku nak tgk. Semuanya stok baju pakai mcm nak terbogel pehtu joget2 aksi2 terlampau. Kalo tgk video clips dorg mcm tgk cite porno pulak. Yakss!!!
No comments:
Post a Comment