Nak cite pasal rezeki ni mmg mcm2 n byk boleh diklasifikasikan sbg rezeki.
Keje dpt gaji rezeki. Kawen pun rezeki jgk. Dpt anak lagilah rezeki.
Bila dah nama pun rezeki, rezeki yg halal jugak lah yg berkat.
Nak2 rezeki yg dimakan, menjadi darah daging.
Halal sumbernya maka baik lah daging termasuk hati budinya.
Haram sumbernya maka busuklah dagingnya dan hitam hatinya.
Begitu juga kalo nak kawen.
Wang ringgit yg mahu diguna pakai untuk melangsungkan segala urusan pernikahan kahwin tu semua mestilah dari sumber yg halal.
Maka berkat lah perkahwinan tersebut.
Segala tanggungjawab termasuk anak dan isteri juga mestilah diberi pakai makan dr sumber2 yg halal.
Kalo yg x halal tu?
Haa...renung2kan lah apa yg terjadi nak2 zaman sekarang ni.
Mana yg buang anak, yg bunuh2 kerat2 bakar2 org, yg nak tetak sepak terajang mak bapak sendiri pun punyalah ramai sekarang ni.
Bukan mempersoalkan rezeki yg ibu bapa tersebut dah bagi makan kat anak2 dia, tp itu adalah salah 1 punca sebab yg perlu kita fikir dan renung2kan.
Nampak x betapa pentingnya keberkatan dlm rezeki?
Tapi kenapa bukan setakat ada tp ramai org yg makan gaji tp kerjanya asyik mengularr aje.
Selain drpd tu, yg wat kerja under table.
Pecah amanah? Rasuah? Mencurik? Merompak? Meragut?
Pelik la dgn manusia yg terlibat zaman sekarang ni?
Kalo xde ilmu Islam yg mendalam at least basic xkan xde langsung?
X takot ke mereka2 tu dgn balasan drpd Allah s.w.t??
No comments:
Post a Comment